Friday, October 31, 2008

TAG....hehe

Posted by aisHa 'S' at 10/31/2008 09:12:00 PM 3 comments
1. Sudah pukul berapa sekarang?
9.13 p.m

2. Apa mood sekarang?
Sangat berkecamuk dan dalam kepala pikir macam2..
yang penting adalah hari esok.

3. Rasa hendak buat apa sekarang?
rasa tak sabar...Dalam dada sangat penuh dengan perasaan yang tak mampu nak luah..

4. Kalau ada 'magic' sekarang rasa hendak buat apa?
Rasa nak setelkan semua yang tengah pk ni ngan jayanya.

5. Rasa hendak tengok cerita apa sekarang?
Nope......xde rasa nak tgk movie pun..

6. Keluarga sedang buat apa sekarang?
I donno....dorang duk jauh..sob2...

7. Apakah waktu makan sekarang? Sudah makan?
Dinner..sudah..makan ngann kekawan n driver bas..wah2..suka ada orang belanja..

8. Rasa hendak duduk bersama siapa sekarang?
Mohd Syukri bin Abd Rahman

9. Dan Dia/ Mereka sedang buat apa sekarang?
I donno..??? What to do.?

10. Macam mana cuaca sekarang?
Ok jer....

11. Kalau ada tunai sejuta di tangan sekarang, hendak buat apa?
Shopping n joli sakan..beli kereta n rumah idaman. Kalaulah boleh beli hatinya ngan duit tu?

12. Rasa hendak souvenir daripada siapa sekarang?
Mr Syooke Amusy

13. Setelah menjawab beberapa soalan survey ni, apa mood sekarang?
Still sama jer..cuma dapat lah luah sikit..

14. Jadinya, sudah pukul berapa sekarang?
9.18 p.m

15.Akhir sekali, rasa hendak tag siapa sekarang?
Sapa2 yang sudi..
speacially my new fwen misZ Izzah.

Wednesday, October 29, 2008

Mencari CINTA

Posted by aisHa 'S' at 10/29/2008 05:38:00 AM 2 comments
Semalam semasa aku dan kawan-kawan aku sedang sarapan pagi,
ada dua orang dari mereka iaitu ida n ena bertanyakan sesuatu kepada aku,
diorang cakap kalau ade orang nak melamar shah, nak terima tak ?
aku cuma cakap tak terima...!!!
so diorang tanya aku,
Kenapa..? Masih berharap lagi ker..?

Well 90% memang aku masih berharap.
5% lagi aku rase tak perlu kot aku couple skrg.
5% lagi ialah aku takut.

Aku cakap dekat dorang,Bagi aku masa setahun dulu. Sebab kali terakhir hubungan aku dan die betul-betul berakhir ialah pada Februari 2008. So tunggu tahun depan la kot.susah ni nak cari pengganti, sebab aku sangat sukar nak percayakan lelaki, setakat ni aku pernah kenal lelaki yang betul-betul baik, dan pernah juga yang cuba mengambil kesempatan sahaja. Tak banyak pun pengalaman cinta aku,tapi cukuplah untuk dijadikan pengajaran. Setakat ni,lelaki yang betul-betul aku percaya, die sorang jer. Aku tak nak buat silap lagi.
Lagipun aku happy ngan hidup aku sekarang, sebabnya aku tak perlu fikirkan untuk menjaga hati
dan perasaan orang lain, ditambah pula dengan kesibukan untuk final nanti, itu adalah bebanan bagi aku buat masa sekarang. Memang tak dinafikan memang hati aku sunyi, kesunyian yang dirasakan yang membuatkan kekadang aku menangis, bila aku bersendirian di bilik asrama,sedangkan kekawan lain sedang bahagia, tapi itu cuma sementara.
Sebabnya, bila aku tengok kawan-kawan yang sedang gaduh ngan pakwe dorang aku jadi fobia, aku selalu pesan dekat dorang, tolonglah jangan jadi macam aku dulu,seksa tau..
Mase tengah ada ni, jaga elok-elok. Nanti dah tak ada nak nangis air mata darah sekalipun memang tak berguna lagi.
Tapi CINTA untuk aku sendiri, ntah la,aku kekadang tak rase aku nak couple,sebab hidup sendiri juga ada baiknya, sebab aku masih lagi ada kekawan, ada teman dan ada lagi dia untuk menjadi kawan. Itu sudah cukup buat aku. CINTA tak perlu dicari, ia akan datang dengan sendiri. Well aku ada terbaca tips tentang cinta sejati di majalah DARA...hehe....

6 Tips menemukan CINTA SEJATI..

tip 1: JgN MeNcArinYa

cinta xdatang kpd seseorang y mencarinya. Jika kamu baru shj mgakhiri suatu hubungan, fokuslah kpd diri dan khidupan peribadi terlebih dahulu. Tdk perlu terburu-buru mencari cinta yg baru dan nikmatilah zaman solo kamu sebaik-baiknya.

—> Yang ni aku percaya, bagi aku cinta akan datang bila-bila masa, yang penting kita sudah bersedia.

tip 2: BeRgAuL n HaNgOuT

hal itu akn mberi kesempatan kpd kamu utk bertemu org baru. Siapa tahu salah satu antara mereka adalah cinta sejati kamu.

tip 3 : BeRaNi AmBiL RiSiKo

Jika suatu hari nanti kamu bertemu dgn seseorg y sesuai dgn kriteria yang kamu inginkan, jgn ragu utk memulakan langkah. Mulailah perkenalan dan menjalin hubungan. Kerana peluang mungkin tidak akn datang selalu.

tip 4 : CiNtAi DiRi KaMu TeRLeBiH dAhULu
.
Hiduplah dengan bahagia dan jgn pernah melepaskan harapan. yakinlah setiap org diciptakan utk berpasangan. Yg menjadi masalah adalah utk mendapatkan org y sesuai, pd waktu y tepat


tip 5 : JiKa SuDaH SeDiA

Lembaran baru bg hubungan, maka mulailah memilih karakter psgn seperti y kamu idamkan. Bukan hanya dr segi fizikal, tetapi juga dari segi mental dan keperibadian.

—> Jangan memilih, hehe...

tip 6 : BeRi WaKtU UtK DiRi SenDiRi

Temukan aura positif kamu. Jika perasaan puas terhadap diri muncul, maka secara automatik aura positif itu akan terpancar. Dan orang di sekitar pun akan melihatnya. Itulah daya tarikan bagi diri kamu.

p/s : aku memang sedang amalkan tips ini..huhu..Cuba enjoy dengan diri sendiri dulu..

Monday, October 27, 2008

Kenapa mesti STRESS...?

Posted by aisHa 'S' at 10/27/2008 12:49:00 AM 2 comments

Bila STRESS melanda...???
Buat apa pun semua tak kena.
Fikir apa pun tak tahu..
Kerja apa pun tak jalan
Malas mula terasa.
Hati gundah gelana
Rasa ingin mengamuk,menjerit
dan melepaskan geram
Jiwa mula tak tenang
Rasional semakin berkurang...


p/s : From the bottom of my broken heart, i wish he will give me SUPPORT like before.. Like last semester..Because i really need it from Him...But i know, i cannot dreams anymore, i must to wake up and work hard and do it by my self. I must STRONG. I will go for it. EGO mula menguasai diri aku...


Saturday, October 25, 2008

1000 senyuman vs 1 jelingan

Posted by aisHa 'S' at 10/25/2008 01:56:00 PM 4 comments

Seribu senyuman
belum tentu
menawan hati

satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa
benci
membina
mengambil masa
meruntuh sekelip masa

__________________________________________

Perkara berkaitan hati sangat sukar untuk diungkapkan...

Sekarang ini aku tertanya-tanya, kenapa aku tak suka dekat sorang budak ni..?
Junior aku,baru sem satu..perempuan, Pertama kali aku tengok die, ada sesuatu yang aku rasa tak senang pada dia, sebab die syumel ke, kurus ke..? Ntah aku tak ada jawapan.. Tapi bila aku pikir balik, kenapa aku mesti tak suka dia, dia takde wat salah pun dengan aku, belum tentu die pun suka bila nampak aku, mesti die pun menyampah giler bile tengok muka aku, bila kita tak suka akan seseorang, kita perlu sedar mesti ramai orang yang tak suka kita.? Sesuatu perkara akan berbalik pada diri kita semula. So lepas ni aku harap hati aku tak jahat macam ni lagi. Kita tak boleh terus menilai orang pada pandangan pertama. Aku tak nak BUSUK HATI macam ni lagi.. Uwaa..kenapa aku jahat macam ni. Die takde buat salah ngan aku, tak pernah sembang ngan aku, kenapa mesti aku tak suke die. Tak ada motif pun untuk aku tak suka die. Lepas ni aku nak bertanggapan baik ngan semua orang. sebab aku kena sedar tak semua orang akan suka kita.. Hidup kena ikhlas, baru orang akan senang ngan kita. Penyakit hati ini perlu dijauhkan. Tak guna membenci, sebab sorang kite benci, sorang kita umpatkan, sepuluh orang sedang benci kita, sepuluh orang sedang umpat tentang kita, kita jer yang tak sedar.. Setiap orang tak sempurna. Kita sendiri pun ada kekurangan, jangan memandang remeh tentang orang, sebab orang itu mungkin lebih baik dari kita... Aku tak nak busuk hati lagi.. Subhanallah....

p/s : Ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri, Tak ada kaitan dengan sesiapa pun..


Wednesday, October 22, 2008

Presentation + Kuiz + Assignment = S.T.R.E.S.S

Posted by aisHa 'S' at 10/22/2008 02:27:00 AM 3 comments
Rabu 22 November 2008...

Ari ni aku ada Presentation untuk final project untuk subjek programming..
Ari ni juga aku ada dua kuiz penting iaitu subjek Multimedia dan subjek Basic Graphic Design.
Aku juga ada assignment perlu dihantar iaitu Technical Communication..
My feeling...So better...Sangat BAGUS....dalam erti kata sebenar..Sangat Stress..
Sape suruh buat kerja last minit.. Macam ni la jadinya kan..?
So aku tak dapat tido malam ni sebab nk siapkan semua kerja..
Aku tak study lagi ni...Sangat teruk kan..?
Aku masih lagi boleh memain..
So semester ini aku tak nak mengalah awal-awal..
aku akan cuba buat apa yang mampu.. Akan berjuang sehingga ke akhirnya..
Baru boleh enjoy..hehe..
Kepada kekawan.Doakan kejayaan aku selepas ini ya..
Akan ku BANGKIT dan BUKTIKAN aku boleh BERJAYA ..!!!
Amin...

Monday, October 20, 2008

SenyumLah + SabarLah

Posted by aisHa 'S' at 10/20/2008 09:36:00 PM 3 comments

SenyumLah walau kau berada dalam kesakitan yang teramat...
SenyumLah walau kau berada dalam keadaan Marah...
Sesungguhnya,
Senyum itu adalah penawar...

Sabarlah...
Walau kau sedang menghadapi kenyataan yang pahit...
Sabarlah...
Walau ditimpa ujian getir...
_____________________________________

Ah aku..masih begini lagi..Kenapa...? Bila aku nak bangun dari mimpi ni..? Bila nak terima kenyataan ni.. Sesungguhnya..Aku amat terasa sekarang..Terasa kenapa..? Mesti sebab die.. Kenapa perkara tentang die mesti mempengaruhi emosi aku lagi..? Aku cuba bertahan.. Tiada khabar darinya. Tapi aku tau.die selamat. Sudah terbukti sekarang... Aku cuma sandaran.. Cuba lah bangkit... Aku akan cuba bertahan... Tidak mahu lemah-lemah lagi... Biarkan die dengan hidup die... Aku boleh berubah...!!! YA..!!! Aku yakin sekarang.. Aku sedang merubah hidup aku.. Moga aku mendapat kejayaan yang lain.. Amin..

IMPIAN aisHa

Posted by aisHa 'S' at 10/20/2008 01:14:00 AM 3 comments

Setiap orang ada impian...
Dari angan-angan terbinanya impian...
IMPIAN aku..???
Banyak sekali..

1) Aku nak sangat berjaya dalam pelajaran (Dapat result yang tinggi..Macam kawan-kawan aku yang lain..Boleh tunjukkan result aku dekat family aku dengan senyuman lebar.Tapi sampai sekarang masih belum mampu aku dapatkan semua itu..Sebab aku makin lalai.Hasilnya, Result aku sem lepas..langsung aku tak tunjukkan dekat parents aku..Jatuh merudum...Semester ini..??..Belum diketahui lagi jawapannyer..)

2) Ingin diCINTAi dan menCINTAi (Bagi sesetengah orang...Sangat mudah untuk jatuh cinta. dan senang saja cari pengganti.Aku..?? Sangat mudah suka dekat seseorang..Sangat susah untuk jatuh cinta..Sangat mudah untuk membenci dan menilai..Sangat sukar melupakan..Aku rumit...sengaja merumitkan keadaan...Aku tak suka main-main dalam satu perhubungan... Kalau aku dah ada someone..Memang aku tak hiraukan yang lain.Tapi untuk dapatkan "seorang" itu..Sangat sukar bagi aku..Adakah aku memilih.? Salahkah aku memilih..? No Answer..???)

3) Bertanggungjawab (Aku sorang yang suka menangguhkan kerja.. Kenapa..?? Entah...Suke buat kerja last minute..Memang habit.Dari dulu sampai sekarang...Bile mood rajin je kerja jalan...Aku masih lagi begitu...Akan cuba ku ubah...Godaan masih kuat..Aku tak menentangnya... Hanya biarkan saja..Mengapa.?Bila aku nak jadi bertanggunjawab!!!)

4) Ada kereta sendiri (Angan-angan besarku ini...Tak tahu bila akan tercapai..Sebab aku masih begini..Aku teringin nak ada kereta..Kenapa..??? Usahlah diketahui sebabnya..)

Banyak impian ku..Tapi tak mampu aku senaraikan kesemuanya lagi..Biarlah dulu,aku pendam buat masa ini..Aku cuma mahu..Aku dapat balik kekuatan aku dulu,kebahagiaan aku dulu,semangat aku dulu dan kasih sayang aku dulu.Kenapa semuanya dulu..??? Adakah sekarang tidak baik pada aku..? Kenapa aku mesti fikir perkara lepas..? Sedangkan orang lain sedang maju kedepan..? Aku harus dapatkan apa yang akan DATANG...BUKAN yang DULU...aku harus berubah dan merubah....Bolehkah aku..???

Friday, October 17, 2008

Pernah tak.???

Posted by aisHa 'S' at 10/17/2008 01:16:00 PM 4 comments

"Pernah tak korang rase korang sudah lalui hari itu...? Korang rase macam korang dah buat sesuatu menda tu.. maksudnya perkara yang pernah berlaku dulu,berulang kembali."

aku selalu alami menda ni..Tengah aku duk sembang ngan member2..tetiba aku rase macam pernah cakap da menda ni..
tengah aku duduk jejalan pastu ake rase aku dah lalui dah hari ini..
pastu mesti aku fikir pasni aku buat apa lak..
Macam2 lah pernah aku lalui...
aku rase macam pernah jadi da menda ni dulu...
aku pun tak tau kenapa...

Ada orang kate kite pernah mimpi dulu..
tapi aku rase tak..
aku rase macam memang dah berlaku dulu..
pastu menda ni berulang kembali..
ntah la..aku pun tak tahu...
nak pikir lebih-labih xleh gak..
so kita lalui lah ia seperti biasa..

Sunday, October 12, 2008

KLIA here i COME !!!

Posted by aisHa 'S' at 10/12/2008 08:48:00 PM 3 comments


Hari ini merupakan hari yang gile bagi aku..
Eh silap..Aku yang gile sangat hari ni...
Duk kat hostel pepagi aku jadi tak betul..
Sebabnya....??
aku resah.gelisah...tak senang duduk memikirkan orang yang ingin pergi jauh..
Roomate aku si Ena nak gi dating ngan pakwe die...
Uwaa.....aku nga tak betul ni..
so aku pn ambik keputusan tuk pergi ke KLIA..
Sebenarnye aku tak pk panjang pun nk pegi ke KLIA..
aku buat keptusan dan terus nekad..
so ditemani Ena,aku ke KL Sentral..
Beli tiket KLIA Transit Ekspress...So aku selamat sampai ke KLIA..
aku gi ke sane sorang diri jer..
ena dating ngan pakwe die..
aku tokleh kaco line..
hehe..jadi aku gi buat keje giler sorang diri..
Kul 4 petang sampai ke KLIA..hehe..
merayau-rayau kat sane n taking picture...
sejam lebih gak kat sane..aku mesej syuk tanye bile die sampai...
aku cakap aku nak gi KLIA...
die juz cakap suka hati..
sebab die tau kedegilan aku ni di tahap yang macam mana...

Aku ingatkan pemergian aku ke KLIA ni sia-sia je..
sebab die cakap die pergi terus nak check in..
tapi sebenarnya aku dapat jumpa die...hehe..
puas ati aku dapat gi sane,jumpe die n kire leh gak la anta die
dan tengok die sebelum die meninggalkan tanah air tercinta ini..

Tak lama pun jumpe.tapi berbaloi la kan..?
berbaloi ker..?
Ini mayb last aku jumpa die kot..
aku cikit pun tak rase sedih..
tapi aku tak rase pun ni last aku jumpe die..
tunggu la die balik malaysia nanti..
Lepas ni aku nak tutup da cite sal die kat blog ni...
heee...


Hidup aku pasni mesti sunyi,
sebab takde orang nak mesej aku da,
takde orang nak sakitkan hati aku lagi da..
takde orang nak buat aku resah gelisah da...
takde orang yang boleh aku find hari-hari...
dan takde orang aku nak ngadu kalo ade orang kaco aku lagi...
kul 6 pagi aku anta mesej kaco die...
hari-hari terakhir yang banyak tinggal kenangan...

Jadi hiduplah aku membizikan diri...
Melupakan kesunyian..

Saturday, October 11, 2008

Open House (AtiQah)

Posted by aisHa 'S' at 10/11/2008 06:42:00 PM 4 comments
Ari ni kite gi kota damansara yer..
hehe...
ari ni kitorang gi serbu rumah kawan kami iaitu iqa...
8orang je pergi...
plan 6 orang..pastu tetiba bertambah lak 2orang..
so meriah la cikit...
ni 1st time pergi damansara ngan kekawan yang semua tak tau tempat tu..
hehe....
dalam kul 1 lebih bertolak..pukul 3 lebih baru sampai rumah iqa...
damansara tempat yang besar..
jalan jam lak tu..adeh la..
nasib kami dapat abang teksi yang baik yang tau tempat nak pergi tu..
so jimat bajet..
kesian kat bebudak laki yang naik teksi satu lagi..
dorang tersesat sampai ke kolej segi..huhu...
Setiap kali gi open house mesti hujan..tapi hari ni nasib baik kami sempat sampai...

Ari ni aku makan spagetti n Laksa Penang..Huhu..Lapo sangat.
Pagi tadi alas perut ngan meggi jer...
So kat sane bantai makan puas-puas..
Dalam sejam duk kat sane Syahmil,Hafiz n Emi blah awal coz dorang nak gi Perak lak..
Tengok Konsert..Cam hampeh tul..
Pergi berlapan..balik berlima pastu tinggal bertiga jer...

Kami xbyk taking picxa.....banyak guna kamera iqa jer..aku punye fon simpan dlm beg..
ni je pixca yang sempat ambik....hehe..
Mase nak balik tu, ayah iqa yang hantar kitorang ke Stesen putra..
Ayah die baik sangat..Thanks to pak cik Abd Rahman..
kesian die penat..
So lepas ni ade sesapa nak buat open house lai tak..??
Kalo ade jemput kami yer..nGee..

_____________________________________________

Gendang gendut tali kecapi..
Kenyang perut senang hati..

Friday, October 10, 2008

Open House

Posted by aisHa 'S' at 10/10/2008 05:42:00 PM 2 comments
Time tunggu tren



Da lumrah bulan syawal ni...Mood raya tak habis lagi..
Open house kat mane-mane..
Tapi ni 1st time beraya kat kL..
semalam classmate aku fateen buat open house..
Kitorang budak2 class gi serbu rumah die lepas class..
heee...
lecturer pun dtg..
Aku n the gang pergi rumah die dekat wangsa maju..Kmi pergi naik putra jer..
ni 1st time pergi rumah die..
heee...
So bile da makan tu semua kitorang bantai jer..
aku makan nasi lemak n bubur kacang..hehe..pastu bantai tido..
kenyang siot...
pastu sesi bergambar la..
ape lagi..
semalam hujan...
mase sampai wangsa maju kami redah hujan pergi rumah fateen..
nk balik pun hujan..
dari pukul 1 sampai pukul 4 lebih kami duk rumah die...
so xbyk cite sal semalam..cuma nak post gambo jer..hehe...


Wan yg suke makan..

Wednesday, October 8, 2008

Effah cYg

Posted by aisHa 'S' at 10/08/2008 10:45:00 PM 0 comments
Aku kenal ngan die mase 1st day aku masuk kt sekolah menengah teknik besut pada tahun 2004..
Aku student baru ari tu..aku masuk teknik lewat sikit..kire aku xkena orientasi la kt teknik..hehe..
1st day pergi teknik mak n abang aku hantar,so walau ari tu 1st day aku pergi sane, class aku da mula class tambahan...Aku ambik kos Pengaturcaraan Komputer..Jadi memang dr high school lg la aku da mula mengadap komputer..hehe..
nak di jadikan cerita macam mana aku boleh kenal effah, petang tu aku diajak oleh classmate baru ku namenye nik untuk pergi ke asrama,as a new student aku mengambil kesempatan untuk nak masuk ke asrama seminggu lepas aku belajar kat sane..hehe..
jadi petang tu pergi ke hostel untuk melawat kawasan,so aku masuk la bilik nik..pastu kenal-kenal la ngan bebudak bilik die.pastu datang la sorang budak ni,rambut yang tak berapa panjang pun,die baru masuk bilik..salam ngan die..pastu die cakap name die Effah,aku plak Aishah..hehe..pastu budak-budak bilik die cakap weh muka korang same la..aku senyum jer..maklum la orang baru,jadi malu-malu kambing la lagi..
pastu budak bilik die suruh effah offer bagi pinjam baju sebab petang tu aku ade kelas,tapi aku tolak..malu la wei..tak kenal pn lagi ni...so that's is my first day i meet her...

Lepas da duk hostel aku aktif dalam sukan.mase tu ade pemilihan pemain bola baling..aku join la..pastu entah macam mana,xjadi training.jadi semua pergi ke padang untuk tengok orang main softball,jadi aku yang tak pernah tangok pun pergi la..n ari tu juga la aku 1st time pegang bating softball tu...
mase tu aku tak tau sangat macam mana main softball..cuma mase kecik-kecik dulu selalu la main ngan anak jirang..kami main "bola katok".pukul bola ngan kayu pastu lari..Tapi ari tu pakai bating yang besi punyer..dan 1st time pukul bola tu.aku dapat pukul ngan tepat dan bola aku pergi jauh..Wah terus cikgu aku suruh aku main untuk sekolah..hehe...

Macam mana aku boleh rapat ngan Effah ni sebab Sport jugakla..
die yang mengajar kami main softball..rupanye budak ni adalah pemain negeri terangganu dalam sukan ni..Sangat hebat la..kami jadi rapat dan selalu ke padang sesama..jadi kalo orang tengok kami jejalan sesama, mesti dorang cakap kami kembar...hehee..kelakor jer..Tapi kan mase tahun kami main softball kat teknik sekolah kitorang dapat johan antara sekolah-sekolah kat besut..woo..teror tu..tapi sekarang tak tahu la sape yang mewakili sekolah kat teknik sekarang..

kami sentiasa bersama time pegi padang jer..time lain buat hal memasing..Aku ngan life aku dan die ngan life die..Lagipun aku budak vokasional dan Effah budak aliran teknik..jadi kelas kami lain-lain blok..tapi pernah la jejalan sesama pegi kelas...

Teringat zaman sekolah sangat best..Sukar nak lupakan..Dulu mase aku form 5 aku jadi pengawas..so sesape yang kawan ngan aku memang aku back up la..kalo ade sport check awal-awal aku bagitau dorang..hehe...jahat tul..aku pun suke bawak handset gi sekolah..tapi konfirm r tak kantoi..hehe..suke sangat jadi nakal time sekolah... sebab tu semua adalah kenangan manis...

pastu sal couple-couple lak,Effah ni ramai peminat woo..walau tengok die rock macam tu tapi ramai yang nak kat die..ade yang sanggup belanja die..dan yang paling tak leh blah aku la jadi orang tengah yang menghantar makanan kat Effah. Memang siot la..Bile aku putus cinta time sekolah dulu aku mengadu gak kat Effah..Kire die pun jaga aku dan aku pun jaga die..hehe.. Bile aku kawan ngan orang lain pun aku cite kat Effah gak..hehe...Kami gelak sesama n nangis sesama..Uwaa..

Last day kat sekolah, lepas spm,memang aku nangis nak tinggalkan sekolah..
mak aku datang ambik kat ostel..aku nangis nak balik..sebab mase spm aku selalu study ngan Effah..Pergi Exam sesama...Kire mase last-last sekolah kami selalu together-gether...

Tapi walaupun aku belajar kat tempat lainn.persahabatan aku nga die still terus..tetap tak lupe..hehe..Mase ade berita yang menyedihkan sal family aku,memang aku cerita kat die dulu.. Family aku pun kenal ngan die..Kalo die sedih aku turut sedih..Kalo die happy aku tumpang happy...

Da masuk kat poli,jodoh persahabatan kami still berterusan coz poli kami dalam satu negeri walau berbeza poli..aku tinggal menyewa dekat ngan rumah die..Jadi kalo die balik kampung aku selalu la merempat kat rumah die...Family die da kenal sangat ngan aku..aku da anggap family die macam family aku jugak..Last pergi rumah die raya minggu lepas..heee.. Raya yang sedih..Uwaa...tapi xper.mayb ade hikmahnye kan..? Setakat ni..da 3tahun raya aku pegi rumah die berturut-turut..semua bermula lepas aku couple ngan anak buah die la..hehe...Mongok aku ni..Aku da rindu kat die ni..sebab die aku sanggup susah woo..Kalao die datang besut aku akan pergi gak jumpe die..Tapi tak per aku tak kisah...Sebab bagi aku kawan tu penting..!! Tapi raya tahun lepas adlaha yang kelakor..Mase pergi beraya kat rumah die,aku stay satu malam kat sane.Pastu esoknye die gi hantar aku dekat hentian teksi..Pastu kan ade la sorang kakak yang naik teksi same ngan aku,kakak tu tanye aku,boleh nak tanye something tak.aku cakap la boleh..akak tu tanye budak yang hantar tadi tu pakwe awak ker..? aku terkejut juga la ngan soklan akak tu.hehe..sku gelak jer..aku cakap kawan jer..kawan baik..Die pakai tudung kot ari tu..akak tu cakap bukan per tengok gaya die jer..sebab dulu akak couple ngan perempuan. hehe.. aku cite kat Effah..die gelak..lain kali cakap iye jer...adoi la aka tu memang takleh blah....
Sekarang aku da jauh ngan Effah..tapi takper aku harap persahabatan ngan die still berterusan.. Aku sayang die..

Tuesday, October 7, 2008

Syuk yang CARING...????

Posted by aisHa 'S' at 10/07/2008 02:21:00 PM 2 comments
Ari ni awal-awal pagi lagi syuk anta mesej kat aku..
die tanye semalam aku cerita aper..?
die xfaham...lor bukan main semalam aku bengang kat die sebab die cakap suka hati..
rupa-rupanyer die nga mamai..
so aku cite sal budak psyco semalam tu..
sangat berminat die ingin tahu..
hehe..so pastu tetiba die mintak no mamat psyco tu..
wah2...aku berdebor2 ni..
memang aku riso..kalo da sampai die mintak no ni...
takut pape yang buruk nanti berlaku..

tadi mase sampai campus,aku lepak kat lobi jap..
pastu tetiba member aku si syahmil ngan ina cakap,nanti kalo ade orang anta mms kat ko,kami da tau da saper..
aku berdebor da ni..uwaa..xkan sampai ambik pic kot..
tapi aku tak rase pun budak yang ambik pic tu adalah orang yang same..ntah la...
ku nak tengok je apa yang jadi nanti..
ina n syahmil da tengok da nama budak tu..
tapi aku malas nak pk..
nak tengok sejauh mana tindakan budak tu..
aku rase die takkan buat apa-apa kot..
aku harap-harap macam tu la..

.............................................................
Aku baru je berhajat nak jauhkan diri dari syuk..
tapi kenapa yer,bile aku nekad nak jauh,kitorang makin selalu berhubung..
setakat ni..lepas aku gi beraya rumah nenek die kat k.terengganu tu,
tiap-tiap hari kami mesej..
kalo aku tak anta mesej,syuk yang anta mesej..
urm mamcam mana ni..??
ishk..
tapi aku rase setakat ni aku nak kekal berhubung ngan die..
sebab die tengah menghitung hari je untuk pergi jauh..
mesti lepas die pergi,aku da tak leh mesej kan..
so aku biarkan je la...
setakat ni kami ok jer...hehe...
tak tau la nanti jadi macam dulu lagi ker..
tapi aku harap xde da..
aku da boleh kawal emosi aku..huhuhu...
aku pun tak tau sampai bile blog aku ni xde name die... :)

mamat psyco..!!!..Damn YOu...

Posted by aisHa 'S' at 10/07/2008 01:17:00 AM 5 comments
Ari ni tetiba lak ade 2 no baru kat maxis aku..
satu no celcom satu no maxis..
ntah sesape ntah..
anta mesej cakap nak kawan..
tapi aku tak balas..
yg maxis lak anta mesej tanye kenal die ke x..
pastu miscal2...malas nk layan...
tapi paling xleh blah yg no celcom tu..
die siap gi call aku lg..
dalam kemalasan aku jawab telefon...
memang nak cari gado la mamat tu...
memang aku layan die teruk la..
lagi makin galak die kenakan aku..
menyampah siot..
ah sakit hati aku..
bile aku tanye yang bagi no aku kat die.
boleh lak nk memain rahsia..memang aku nyampah..
aku cakap die tu poyo,berlagak..gila..hehe..
selumber jer..
die cakap nama die mohd syukri syahmil..
maunye aku tak sakit ati..
boleh ke die nak memainkan nama syukri ngan aku..??
damn you..!!!!!!!!

dalam kebencian dan kemeluatan aku layan die punye sembang sejam gak la..
ade ke nak paksa2 aku suh kawan ngan die..
orang da cakap tak nak tu tak nak la..
sape erk mamat ni...
die konfident je aku akan cari die lepas ni..
ishk...da la die tau aku keluar jejalan tadi..
die siap cakap nak jumpe aku esok..
dan die akan pastikan die tengok aku kat campus esok..
die nak anta aku balik esok..
giler r...aku xpernah jumpe org macam ni..
memang sah2 aku benci..!!!!!!!
die mintak aku cakap lembut ngan die..
of coz la aku cakap kasar.
die cakap xpernah jumpe org teruk mcm aku..
ade aku kesah..
lagi aku suke org pk aku teruk..
tapi die cakap die suke..sebab boleh gado2..
mongok betul...
aku loudspeaker bile ckp ngan die,
so kwn aku si fiqa yg basuh die..
kekawan aku menyampuk dan cakap die giler..
haha....

aku tanye mamat tu macam mana die leh dapat no aku..
die cakap die mintak ngan member die,lelaki,budak class aku..
sape erk budak class aku tu.?
urm lantak la..
mamat tu cakap die nak kawan perempuan,baik, pakai tudung..
hah ambik ko dapat la yang 'BAIK' macam aku..
sape la yg rase aku baik tu..??
memang kesian r..
huh xleh blah..
mau tipu yer...

tapi yang paling aku menyampah bile die ungkit sal syuk ngan aku..
die cakap xbf awak yg duk melaka apa khabar..??
aku da naik heran da..
SAPE MAMAT NI..?????
die cakap die baru je tadi dpt no aku..
kalo baru td dapat no aku,dan xkenal aku..
macam mana die leh tau sal syuk lak..?
aku cakap la aku ramai bf kat melaka.,.
die cakap bf awak yang awak sanggup pergi ke melaka untuk jumpe die..
memang sah la bf tu syuk..
aku mane de bf lain da..hehe..
so aku cakap, tu hal personal aku la watpe nak sebok...
so die lak baik hati nak bagi ceramah..
die cakap kalo la lelaki tu da tinggalkan kite,kenapa mesti tunggu2 lagi..?
aku pun cakap la..
sape tinggal sape ni..?? syuk tak tinggal aku la..!!!
so die betulkan ayat lak,kalo la kite pernah tinggalkan orang tu mesti sebab die teruk kan..??
aku pun memang lawan r cakap die..
kalo die teruk buat ape aku tunggu die lagi..!!!
sewel mamat ni..
aku pun cakap kat die jangan duk sebok hal personal aku..
memang xleh blah mamat poyo ni..
die ingat die sape ha..?..berlagak siot..
da la cara die ckp same mcm budak yang bagi bear kt aku...
lagi aku menci..cara dan nada yang sama..
macam mana la aku boleh kenal 2 org lelaki yg perwatakan same..??
berlagak..konfident lebih...rase diri hebat..!!! aku paling menyampah org macam ni..
tapi aku pun xleh blah gak..
gi layan die buat ape!!!
die yang tak betul ke aku yang xbetul ni..??
ntah la..
pape pun aku tak nak caye kat die..
xnak ambik tau sal die..
xnak pk sal die da...

aku bitau syuk sal ni..
uwaa..die cuma ckp suka hati..!!!
ishk..geram tul..
ok fine..
suka ati yer..
nak buat suke ati la ni..!!!!
ishk mat syuk ni pun satu..geram aku...
lor bleh terbabas lak blog ni masuk nama amusy..hehe

Monday, October 6, 2008

Kembali meneruskan perjuangan

Posted by aisHa 'S' at 10/06/2008 06:45:00 PM 0 comments
Sekarang da ade kt kL..
subuh tadi baru sampai..
ah sgt penat..
hehe...
ari ni aku masuk 1class jer..
4jam class statistik..
lepastu class programming di cancle kan..
lepas tu aku,ida,hafiz n syahmil pegi klcc..
kami nonton wayang pak...
hehe..
tengok cite KAMI..
boleh tahan la cite ni...
ade gak la tinggal kesan kat diri aku berbanding cite melayu yg lain..
hurm lepas tu aku ponteng class english..
bagus kn..?
ape nk jd la aku ni..
tp da call madam cakap kami xtau hala ni..
so madam ckp kat kami c u next week..
hehe..
nasib xblaja pun class tu ari ni..
lgpun kami da siap keje...
tunggu untuk present jer..tu yg liat nak masuk class tu..
tp minggu ni agak penat sket coz byk test n kuiz..
ayork..cayok2...uuuu.....
semalam dalam bas mesej amusy lagi..
hehe..
sowwi u all..
die anta mesej mintak tolong r....
huhu
xsampai ati tak tolong...
die mintak anta pic coz die baru format hp die..
so aku anta pic aku ngan mak sedara die time raya ari tu..
dalam kesejukan aku gagahi juga untuk anta mesej kat die..
so pasni kite tunggu bile lak die anta mesej k..
hehe..

Friday, October 3, 2008

Hidup baru

Posted by aisHa 'S' at 10/03/2008 04:42:00 PM 0 comments
Hari ini aku ingin memulakan hidup baru ku..
Tidak mahu menyeksa diri lagi...
Aku harap dapat hidup dengan gembira seperti sebelumnya...
Moga ada CINTA baru nanti..heee...
Cerita lalu aku harap dapat menjadi kenangan yang terindah dan pengajaran dalam hidup aku..
Tidak akan aku ulangi kesalahan dulu..
Aku harap aku TABAH menghadapi hari-hari yang akan datang..
Doakan aku ya...
Salam Sayang untuk semua.. :)
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez