Monday, September 28, 2009

i'm Home

Posted by aisHa 'S' at 9/28/2009 10:01:00 AM
Assalamualaikum....
(erk..tetibe jer bg salam)


Pukul 5pagi tadi aku dah selamat sampai ke stesen Hentian Putra. Sungguh nyenyak tidur aku tadi. Sedar-sedar dah sampai.Nasib aku sedar masa sampai. Kalau tak mesti dah sampai shah alam. Syukur la setakat ni, sepanjang perjalanan dari besut ke KL, aku masih belum terlepas stesen. Kena tinggal dengan bas tu pernah la..hehehe....

Selama bercuti ni, aku asyik baca blog orang jer. Duk cerita pasal raya..Happy nya mereka..Aku ni tak ada perasaan pun nak update entry pasal raya. Sebab hari raya aku sampai hari ketiga jer. Pastu raya kat rumah. Penat dengan makan jer.Huhu...Syukur la raya tahun ni meriah juga. Dapat tengok orang main mercun besar-besaran lagi. Terubat la kesedihan masa merdeka hari tu.

Aku malas nak upate la.No mood lagi. Lepas ni dah start busy da. Harap aku dapat la selesaikan semua tugasan di semester ini.Amin.

p/s: Semalam ada seorang budak tu tanya aku bila aku balik kl..aku cakap la malam ni. Dia tanya aku, kenapa balik lambat sangat. Aku senyum jer, dalam hati aku dah agak da, nak jumpa la tu...huhu....Kalau jumpa nak bagi duit raya tak apa lah juga. Ni, hurm.?... Kalau dia ajak aku pergi beraya rumah dia pun okay juga. Ni ajak lepak. Ada ke patut...Ishk... Mesej punya mesej dia dah merajuk. Sampai aku call pun tak angkat.Hurm lantak la....Geram gak ni...Grrrr...

p/ss : Teringin nak tengok pic kakak budak tu kahwin.Agak-agak dapat tengok tak eh. Sedihnya. Masa hari kenduri tu, aku cuma merindu dari jauh jer.Hurm....Tak apa la. Kalau ada rezeki dapat tengok. InsyaAllah.

0 comments on "i'm Home"

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez