Tuesday, October 27, 2009

UniKL-MIIT anjur pertandingan perniagaan guna IT

Posted by aisHa 'S' at 10/27/2009 12:21:00 PM

Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my

UNIVERSITI Kuala Lumpur -Malaysian Institute of Information Technology (UniKL-MIIT) akan menganjurkan pertandingan penyelesaian masalah perniagaan menggunakan teknologi maklumat (IT), mulai 2 hingga 5 Disember depan.

Program tajaan Kementerian Pengajian Tinggi yang dikenali sebagai UniKL- MIIT Aries Malaysia Business IT Case Challenge 2009 disertai 16 pasukan institusi pengajian tinggi tempatan dan sekitar Asia Tenggara.

Presiden program itu, Mohd Amin Mohamad Arip, berkata pertandingan itu akan diadakan di beberapa tempat, termasuk Hotel Equatorial, Kelab The Shrime, kampus utama UniKL serta Genting International Convention Centre.


Pertandingan itu, katanya, antara lain bertujuan mempertemukan pelajar berbakat dalam bidang IT dengan syarikat serta agensi IT terkemuka seperti MIcrosoft, Cisco System Sdn Bhd dan Perbadanan Pembangunan Multimedia sebagai juri.

“Idea penganjuran ini timbul apabila kami membuat lawatan ke Singapore Management University April lalu yang menganjurkan pertandingan berkenaan. Di Malaysia, ini adalah penganjuran pertama.

“Daripada 16 pasukan, peserta dibahagikan empat kumpulan dan dikuarantin 24 jam di tempat berasingan bersama permasalahan perniagaan sebenar yang memerlukan penggunaan IT sebelum membuat pembentangan esoknya,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Mohd Amin berkata, pemenang utama pertandingan itu akan menerima pelbagai hadiah bernilai kira-kira RM15,000 termasuk komputer riba, Play Station 3 dan pakej percutian di pulau sekitar Malaysia, selain trofi dan sijil penyertaan.

Katanya, penyertaan masih dibuka sehingga 10 November ini dan keterangan lanjut, hubungi Pengarah Urusan Aries Malaysia 2009, Abdul Hadi Mohamad (013-2457079), Muhamad Fazaizul Razali (03-21754000 sambungan 5137), layari laman web:www.ariesmalaysia.com atau e-mel: ariesmalaysia@miit.unikl.edu.my.


Credit to Berita Harian.






p/s:- Tak sabar untuk program ini pula. Harap semua berjalan dengan lancar. Amin. Good Luck to All.

0 comments on "UniKL-MIIT anjur pertandingan perniagaan guna IT"

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez