Monday, December 21, 2009

Madah unTukku.!

Posted by aisHa 'S' at 12/21/2009 08:32:00 PM 0 comments

CINTA mengajar kita erti setia.. dan andai ada setia itu CINTA itu bagaikan terlalu agung dirasakan dan terkadang bila kita cuba untuk mencari cinta lain, tapi jika setia itu masih ada pada cinta lama, hati kita tetap tidak tenang untuk menerima cinta baru walaupun berjuta kali kita cuba menafikan walaupun begitu lama bersembunyi di sebalik perasaan hati kita tidak mampu berbohong bahawa kita masih setia pada cinta itu....

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Menyintai bukan bererti memiliki,Memiliki bukan bermakna menakluki.
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari,
tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri


~>kHas untuk AKU.!


Memberi seseorang seluruh cinta anda
bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka
tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
satu jam untuk menyukai seseorang,
satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

JANGAN sesekali mengucapkan SELAMAT TINGGAL,
jika kamu masih mahu mencuba.
JANGAN sesekali mengatakan kamu TIDAK MENCINTAI,
jika kamu masih tidak dapat MELUPAKAN.!

* Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahasia dari masa muda yang abadi
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu untuk mencintai & dicintai, itu hak istimewa yang diberikan Tuhan
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa berarti
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
Ambillah waktu utk beramal, itu adalah kunci utk menuju surga
Gunakah waktu sebaik mungkin, karena waktu tidak akan bisa diputar kembali (by M-ir)

Sunday, December 13, 2009

Sahabat

Posted by aisHa 'S' at 12/13/2009 11:17:00 AM 0 comments
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan. Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian. Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka. Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya, kalau dia ``berjaya`` itu bukan kejayaan tapi kebetulan. Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup. Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur.

Termenung sejenak bila membaca kata-kata ini, lalu aku berfikir bila perlu aku bersendirian dan bila perlu aku bersama teman. Dan fahamlah aku kini tentang persoalan selama ini kenapa aku suka bersendiri. Jika aku rasa bersendirian itu lebih baik maka, aku memilih untuk sendiri. Di suatu sudut dalam hati, aku juga ingin teman-teman disekeliling menegur aku, sebab sebagai manusia aku tidak lari dari sikap lalai dan alpa. Tapi tolong lah jangan cakap belakang, sebab aku tidak akan berubah selagi anda tidak menegur. Entahlah.


Quote hari ini:- Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.

Friday, December 11, 2009

Personality Plus.

Posted by aisHa 'S' at 12/11/2009 08:56:00 PM 2 comments
Tadi aku blog walking jap. Baca-baca blog orang lepas tu aku terjumpa cerita tentang personality..
So aku try jawab dan ini adalah result die..
Huhu...



Personality Plus
Your Result: Sanguine
 

Sanguine - the extrovert, the talker, and the optimist. To view further information about the Sanguine personality type, visit personalityplus.awardspace.info

Phlegmatic
 
Melancholy
 
Choleric
 
Personality Plus
Quiz Created on GoToQuiz







PErsonaliti aku:-

>> sanguine - ini ialah orang yang sambil lewa, suka mahu main-main aja. Tak serius dalam perkara yang dilakukan, buat perkara separuh jalan, mudah bergaul dengan orang, sentiasa mencari jalan yang lebih seronok untuk melakukan sesuatu perkara.


Adoi la...
"People can change".Hehe..Statement tak boleh belah dari aku.

Quote hari ini.
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille "

Wednesday, December 9, 2009

Pedih di ulu hati..

Posted by aisHa 'S' at 12/09/2009 12:51:00 PM 4 comments
Memang tak boleh blah..
Perasaan yang dipendam kemudian diluah dengan tangisan yang mengisi ruang kosong kamar kecil. Sedang aku bergembira tiba-tiba aku menangis mengenangkan diri ini yang tak tahu mana arah tuju... Menanti pada yang tak sudi.!!!



http://www.emocutez.com

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez