Thursday, August 5, 2010

Hari ke Lima dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/05/2010 10:54:00 AM
Hari ni datang je kerja, aku dapat berita yang tak berapa nak best, iaitu gelang bermanik kristal warna pink kesayangan dan kepunyaan ibuku telah hilang. Seorang sahabat telah meminjam gelang itu untuk dipakai sekejap, lebih kurang seminggu dah gelang tu ada dengan dia, hari ni dia cakap dah hilang pula. Sedihnya rasa.... :(

Tadi send mesej dekat kamu cakap sal gelang tu hilang, it's a good thing when you reply my message. Thanks ya for your concern. Terharu sikit.Sob-sob-sob..Sebak sudah dada ini. Oh kenapa benda yang aku suka akan hilang. Dan kali ini hilang sebab orang lain yang buat. Sesungguhnya nak terima sesuatu kehilangan bukanlah satu perasaan yang menyenangkan tahu.? Walaupun benda yang hilang itu murah, sedikit sebanyak ia akan memberi kesan di hati dan mood pun jadi tak okay.Terus tak ceria hari ni.

Aku sedang mengalami eprasaan sedikit kecewa bila aku tak berjaya mendapatkan sesuatu yang dihajati.Bila kamu tahu orang yang kamu sayangi ingin 'sesuatu', dan kamu berusaha untuk mencari barang yang si dia inginkan dengan bersungguh-sungguh. Tapi usaha itu tak berjaya, mesti dalam hati tu rasa kecewa gila. Rasa sedih jer. Itulah yang aku tengah rasa sekarang. Semalam rasa kecewa sebab barang yang kamu nak tu tak jumpa lagi. Hari ni sedih sebab barang yang aku suka pula hilang.
+++++++++++++++++++++++++
Semalam aku pergi ke mid valley bersama beberapa teman baikku mencari 'sesuatu' itu. Tiba di kedai pertama, cashier tu cakap, 'sesuatu' itu dulu kami ada jual, tapi dah lama, sekarang dah tak ada dah, semua stail baru je sekarang. So aku dah rasa sedikit kecewa, tapi semangat masih membara nak cari lagi, sebab baru satu kedai. Lepas tu pergi kedai kedua pula, Cashier tu cakap, oh, 'sesuatu' itu dah tak ada stock dekat sini, kalau you nak boleh cari dekat pasar malam.! Terkedu aku mendengarnya, aku masuk kedai yang jual barang-barang yang original, tapi disuruhnya aku cari dekat pasar malam.??? Tapi setelah aku fikir dengan tenang, aku buat kesimpulan, 'sesuatu' itu mungkin dah tak jual di kedai-kedai besar macam ni sebab dah 'old stail', jadi kena cari tempat yang pelik-pelik baru jumpa. Maksudnya, kalau dapat tu, memang precious gila la. Rasa macam satu kejayaan bagi aku kalau dapat yang itu. Tapi malangnya, aku terpaksa menyusahkan kawan-kawan untuk mencarinya. Hee...

Kepada teman-temanku yang sudi menemani dan membantu aku mencari 'sesuatu' itu terima kasih sangat-sangat. Hari ini dan seterusnya, kalau masih belum dapat, akan aku terus berusaha mencari sehingga dapat, aku inginkan tahun ini lebih bermakna buat kamu, setiap masa dan saat. Semuga kamu gembira. :D

0 comments on "Hari ke Lima dalam bulan Ogos"

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez