Tuesday, August 10, 2010

Hari ke Sepuluh dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/10/2010 09:14:00 AM

Sudah hari kesepuluh dibulan ogos. Aku online fb semalam, tengok ramai betul wish birthday dekat kawan-kawan. Sesiapa yang lahir bulan lapan ni meriah la pula sambutannya. Seminggu pertama dan kedua ni, banyak pula entry tentang harijadi di blog. Dekat fb jangan cakap la..semua nak wish. *I got jealous here.! [atas sebab-sebab tertentu aku nak sentap.]

Esok dah mula nak puasa, jadi malam ni ada terawih. Seronoknya kalau boleh berada dirumah sekarang. Bersahur dan berbuka beramai-ramai dengan hidangan yang pelbagai. Mengenangkan esok nak puasa ni, pagi esok nak sahur apa.? Aku ni duk hostel, cafe mesti la buka. Tak payah masak. Turun beli, bayar dan makan saja. Tak payah susah-susah nak fikir dan penat-penat nak masak. Tadi kawan aku yang tinggal kat rumah sewa dah fikir da nak sahur apa. Syukurlah aku jenis tak cerewet, tak sahur pun tak apa. Sebab aku memang tak makan pagi.

Hari ini, untuk hari terakhir dibulan syaaban, waktu makan tengahari, kami 'para-para trainee' pergi makan dekat Subway di hotel I-tunes. First time makan subway. Sebelum ni tengok jer. Sebab hari terakhir, nak makan best-best sikit. Tak nak makan nasi. Semua nak demand. Kawan-kawan pun da ada yang ajak berbuka bersama bulan pausa nanti.Wee..Seronoknya, beginilah nasib anak perantau, bersama-sama berkongsi rasa ketika berbuka. Saling memerlukan untuk mengurangkan rasa rindu pada keluarga. Siapa nak berbuka sesorang bertemankan air mata.? Aku kalau boleh dah tak nak rasa semua itu. Nak bersama kawan-kawan juga. Cukuplah ada pengalaman begitu sebelum ni. Rindu nak makan nasi kerabu ramai-ramai dekat hostel. Oh my ex-Roomate.

Kamu, bila nak berbuka bersama-sama saya.???

p/s: Risau sal tiket nak balik kampung ni.Uwaa...Abang aku duk call da pagi tadi.tanya bila balik.? Masalahnya cuti raya tak tahu bila lagi..Sob-sob-sob

0 comments on "Hari ke Sepuluh dalam bulan Ogos"

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez