Wednesday, June 27, 2012

Kawan saya nak kahwin

Posted by aisHa 'S' at 6/27/2012 11:46:00 PM

Sabtu ni kawan saya kawin. Sebenarnya agak segan juga nak pergi walaupun kawan dah lama kenal. Dari zaman form 4 lagi sampailah sekarang ni. Tapi disebabkan dah lama tak contact sebab saya da deactive facebook yang lama, then terus tak ambil tahu langsung perkembangan masing-masing. Pernah juga la beberapa bulan yang lepas beliau mesej sebab nak confirmkan no telefon saya. Lepas tu tak contact lagi dah. Zaman sekarang ni masing-masing bergantng dengan fb untuk tahu perkembangan kawan-kawan. Kalau orang kuno macam saya ni yang tak ada fb, jadi tak tahu langsung la pasal kawan-kawan. Beberapa bulan sebelum perkahwinan kawan saya ni, saya cuba contact beliau balik, ye la sebab yang menghilangkan diri ialah saya, tapi beberapa kali hantar whats app tapi tak dapat.So saya kira beliau dah tukar nombor la. Terasa pilu juga di hati, then satu hari tu ada dapat mesej dari beliau, katanya mahu menjemput datang kenduri dekat rumahnya 30 jun ni. Terharu juga la bila bacanya, semangat terus nak balik kampung. Syukur juga beliau tak lupakan saya di hari bahagianya. Ingatkan terus tak di jemputnya. Jadi bukan saya seorang saja yang ingat, rupanya beliau juga mungkin ingat untuk jemput saya, tapi sebab kekangan masa dan hal-hal lainyang buat jadi macam ni. Thanks kawan sebab sudi jemput. Sebab aku memang teringin sangat nak pergi ke majlis kawan-kawan. Tambah pula kita dah kenal lama. Penah makan sepinggan, tidur sebantal. Aku tumpang rumah sewa ko, ko tumpang rumah sewa aku masa zaman politeknik dulu. Jadi mungkin atas dasar itu kalau tak jemput terasa ralat sikit. Semoga berbahagia kawan. Kawin juga korang akhirnya. Dah 2orang kawan saya yang berkenalan di zaman politeknik dulu kahwin. Sekali lagi rasa cemburu sebab mereka mampu pertahankan relationship tu. Saya macam mana lah agaknye, belum masuk pertengahan da tumbang. Harapannya dapatlah saya dan beliau mempertahankan hubungan ni, banyak lagi perkara yang kena lalui.  Hee...

 
Soalan yang paling tak nak disoal ialah, "Mu ngan sapo lening.?"
Itu adalah soalan yang agak susah sikit untuk saya jawab. Tambah pula kawan saya ni kenal dengan awak, satu politeknik  pulak dengan awak. 
Takkan saya nak cakap, "aku dengan ''amar syah" la dengan sape lagi...?
Rasa rendah diri je, kalau boleh saya tak nak pun kawan-kawan tahu pasal kita. biar dia jadi rahsia dulu. Sebab kalau tak jadi nanti segan la pulak. Dulu kapel beria je, pastu clash. Orang lain dah fasa bertunang, berkahwin dan beranak-pinak dah, kita tak tahu mana lagi tujuan. Jadi, biarlah rahsia dulu. Hurm...

0 comments on "Kawan saya nak kahwin"

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez