Monday, January 3, 2022

Hello 2022

Posted by aisHa 'S' at 1/03/2022 07:08:00 PM 0 comments

 

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih di beri kesempatan dan peluang untuk menikmati kehidupan di tahun baru 2022.. Bersama suami dan 2 anak lelaki.  Bila masuk tahun 2022 dah kena bersedia dengan umur yang makin dewasa. Tahun ni insyAllah akan berumur 35 tahun. Subhanallah maha suci Allah, banyak nikmat yang Allah beri sepanjang hidup.

Sepanjang tahun 2020-2021, dunia di uji dengan wabak Covid-19. banyak perkara yang berlaku dalam hidup yang makin mendewasakan kita. 

Berharap tahun ini penuh dengan tawa, kejayaan, dan kedamaian rakan-rakan terkasih. Semoga Allah memberkati kita dan keluarga kita. Selamat Tahun Baru.

Monday, April 17, 2017

Pejam celik - pejam celik 2017 dah

Posted by aisHa 'S' at 4/17/2017 01:12:00 PM 0 comments
Salam...

Tak sangka dalam niat nak berblog dengan rajinnya tapi tertangguh sampai la sekarang dah masuk bulan April 2017 dah!
Masa dapat recover balik blog tahun lepas dah bersemangat dah nak berblogging, tapi lastly stop pulak sebab payah sungguh nak on off laptop. Tapi rasannya lepas ni kena taip kat fon je pastu post di blog.
Selalu kongsikan journey tumbesaran anak dekat insta/facebook saja, tapi hati teringin jugak nak update cerita dekat blog. tak tahu bila berkesempatan untuk cerita dekat blog lagi.


Latest picture masa bawak anak jalan-jalan pergi kl naik train. Ibu yang terinngin sangat nak naik train.

Thursday, September 1, 2016

Hari jadi yang ke 29

Posted by aisHa 'S' at 9/01/2016 01:14:00 PM 0 comments
Pagi 31 ogos tu husband kena kerja half day sebab ada CEO nya datang melawat kawasan.
pukul 3 petang kami pergi window shopping di sunway piramid. Sempena birthday aku yang ke 29. Tak sangka umur dah masuk 29 tahun. Tapi jiwa masih terasa muda walaupun dah ada seorang anak. Sempena umur 29 tahun ni macam-macam benda yang dikejar dalam hidup. Tapi kebanyakan benda masih di awal permulaan lagi. Walaupun dah 2 tahun bekerja aku masih tak mempunyai kereta sendiri lagi. Rumah sendiri pun belum ada lagi. Tapi Allah bagi aku rezeki jodoh dan anak dulu. Harta dunia tu perlahan-lahan kita usahakan.



Sempena ulang tahun yang ke 29 ni aku berharap dikurniakan rezeki yang halal dan mencukupi buat kami sekeluarga, Rezeki anak yang bertambah, Semoga anak ibu Aisy Naufal menjadi anak yang soleh, sihat, bijaksana dan disenangi orang.

nb




 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez