Malam 28 mac 2009, ketika penduduk dunia sedang melaksanakan kempen Earth Hour, kami wakil pelajar UniKL City Campus telah menyaksikan bagaimana kempen ini berlangsung. Acara menutup lampu, bermula dengan menara KL dan diikuti dengan KLCC pula. Kami di UniKL juga menyokong kempen ini dan telah juga menjayakan kempen ini di kampus kami iaitu kampus Kota. Hee...Selama lebih kurang 1jam lebih berada di puncak kampus kami iaitu level 32, kami dapat menyaksikan bagaimana lampu-lampu di bangunan utama KL telah ditutup. Rasa sangat berbangga juga la. Tapi dari pandangan atas, kami masih lagi dapat melihat lampu-lampu jalan di sekitar Kuala Kumpur masih menyala, kami tidak tahu bagaimana keadaan warga KL di bawah sana. Mungkin mereka berada dalam keadaan gelap selama satu jam itu. Ini pengalaman pertama saya menjayakan kempen ini dan juga pengalaman pertama berada di level 32. Bukan senang nak berada di level itu. Sangat seronok. Hee...Harap kempen ini dapat berterusan lagi demi menjaga bumi kita.
Maaf Video ini terbalik. Tak boleh nak rotate..Biasalah guna Hanset je kan..
2 comments on "Malam yang Gelap"
comenye layout sha,,pink..sgt lembut..huhu
hehe...tiba2 terlembut hati lak nk bt pink..hahah
Post a Comment