Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda..
Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini..
1. Nama beliau Aini.Nama penuh lupa nak tanya tuan empunya diri pula.
2. Beliau adalah kawan kepada kawan-kawan saya.Jadi kami ni boleh dianggap sebagai kawan kuasa dua la.Tak pernah lagi bertentang mata, tapi ada la juga kenal beliau ni dari kawan-kawan saya yang juga merupakan kawan beliau.(amacam ada pening tak.?)
3. Beliau ni bagi saya pandai orangnya. Kalau tak, masakan beliau boleh dapat Dean list.Ya tak..?
4. Tak banyak yang saya tahu tentang beliau, tapi yang saya tahu dia baik orangnya.Kena puji lebih2 ni.Huhu
5. Kami pernah chatting di ym.Sekadar bertanya khabar jer.Yang selebihnya tak tahu nak cerita apa. ツ
Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..
1.Fakta pertama,selalu merasakan diri ini Lonely walau pada hakikatnya dia dikelilingi oleh kawan-kawan.
2.Fakta kedua, Setia.Pergh..promot sikit.Hehe..Tak baik kan saya..? Well perempuan ini, kalau sudah sayang pada insan lelaki, susah nak dibuang perasaan itu, melainkan dia telah dipermainkan.!
3.Fakta ketiga, sedang belajar untuk jadi rajin,tapi masih lagi jadi si pemalas.Apa nak buat lagi erk.? Ada tak ubat rajin yang dijual di mana-mana farmasi.?
4.Fakta keempat, Sedang menunggu dan menanti sesuatu yang tak pasti.Hakikatnya dia selalu macam itu, Suka menyeksa diri.
5.Fakta kelima, Sedang mengalami kekecewaan yang dia tak berkongsi dengan sesiapa pun hatta dengan orang itu pun. Tapi dia bernasib baik kerana ketika sesuatu yang mengecewakan itu berlaku dia sedang sibuk dengan petandingan futsal dan aktiviti berakit. Jadi dia dapat release tension di situ.
6.Hobi pertama, Seperti biasa la, dah lama tak jumpa internet ni, so bila dah dapat internet balik online je 48 jam.
7.Hobi kedua, suka layan lagu-lagu baru, Sekarang tengah dengar lagu Aku tak percaya cinta dari Liyana Jasmay. Tapi dia sedang jatuh cinta dengan lagu Muhasabah Cinta dari Edcoustic.
8.Hobi ketiga, Suka berkurung dalam bilik dan layan cerita korea yag dah banyak kali dia tengok.
9.Hobi keempat, Dia suka bersukan, dan baru menceburkan diri dalam bidang sukan futsal, sebelum ni dia tak pernah main futsal, tapi sudah rezeki dia dapat main juga akhirnya. Tapi sebenarnya dia sangat rindu untuk bermain softball balik, namun apakan daya, tempat dia belajar sekarang tak ada sukan softball.
10.Hobi kelima, Dia suka gelak sakan dan ketawa. Itu pengubat duka kan.Jadi selagi kita mampu ketawa dan rasa bahagia, kita ketawa sepuasnya sampai semput(ini tak baik punyer..).Satu hari nanti kita tak tahu bila pula kita akan rasa bahagia.
Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka..
Ramai sangat la sepuluh.Adoi la..
1.Rifaiee - Junior saya di UniKL.Sama kos ni. Beliau ni seorang yang aktif. Moga anda berjaya ye adik.
2.Aqilah - Yang ini pun sama.Junior saya.Tapi saya belum kenal beliau di lua lagi. Tak pernah sembang pun.Kami pun berhubung dekat blog sahaja. Qila, nanti jumpa di kampus jangan sombong-sombong yer. +_+
3. Izhan - Ini senior saya, Tapi dia lagi muda dari saya, Hehe.Satu negeri ni.Tapi beliau tinggal kemaman.Izhan kereta baru apa cerita..? Hehe....
4. Amir, Senior saya juga, Satu kelas dengan izhan. Kami kenal kerana sedang berkerjasama salam satu jawatankuasa di kampus. Well amir, moga kita dapat berkerja dengan baik nanti.
5. Amyno - Saya baru je dapat tahu yang saudari ini adalah senior saya di Politeknik dulu. Hee..Cuma nak wish moga beliau happy dan berbahagia selalu.
6. Syahmil - Sahabat yang telah pun bekerja sekarang.Dah lama tak jumpa, apa khabar ko sekarang ni yer.?
7. Aus aka Oshie - Dahulu kala, ketika dizaman purba beliau ini pernah menjadi fasilitator saya merangkap senior saya. Tapi di masa akan datang, beliau akan menjadi junior saya pula dan insyaallah akan menjadi fasilitator beliau pula.Haha.See, dunia ini macam roda.Amaran untuk aus, jangan nakal2 nanti akak denda adik tau. :D
8. Alia - Ini pun junior saya di UniKL, kami adalah rakan seperjuangan di UniKL.
9. Anum - Juga junior saya, kami kenal ketika ingin pergi berkursus di UUM.Kami juga merupakan rakan seperjuangan seperti alia.
10. Zul Ttrickster - Ni lagi seorang junior saya.Haha,berapa banyak junior yang ada ni. Kenapa mereka-mereka ini sangat aktif berblogging yer.? Okay, zul ni kenal masa kursus kepimpinan UniKL. Lepas tu selalu lak ada nampak kat kampus.Lastly dia jadi sukerlawan dekatkarnival sukan di MFI saya pula jadi atlitnya dan terkahirnya kali sama-sama pergi program berkayak di Taman Negeri Endau Rompin. Beliau jadi pengantin di sana.Hehe...
p/s= Tetiba aku skema lak.Apa nak jadi la budak ni sowang.
6 comments on "Tags dan awards. Are yOu amazing..??"
huhu,
bukan zul trinker,
tapi zul trickster,
huhu,
pengantin pe plak ni?
mane de,
huhu,
XP
nt ade masa zul jwb tagg ni,
huhu
Oh..kesilapan ejaan la plak...
nnti betulkan balik..
haha.....
ade pic time berakit ari tu x...?
bile nk post sal berakit lak..?
hehehe
errrmmm muda setahun jer....
abg senior muda..
1 tahunje..he..
2tahun la...korang ni..aku kan da 22 tahun ni..korang baru masuk 20..hoho
malas gler la nk tulis sal berakit 2,
zul bukannye rajen sngt nk update blog n tulis pnjang2 ni, gpown gmbr2 sumer trtnggl kt kl, nape? nak ke gmbr 2? asenye xde kot gmbr sis lam 2,
huhu, :P
Post a Comment