Kadang-kadang aku rasa perkara yang berlaku dalam hidup aku ni macam mimpi. Sesuatu yang tak sangka. Entah la. Tak logik pun ada. Haish.. Harapannya, apa yang sudah dilalui ini akan berakhir dengan kesudahan yang baik. Semoga apa jua rintangan yang berlaku di masa akan datang, akan dilalui dengan lebih tabah dan lebih matang lagi. Kadang-kadang rasa takut gak bila banyak perkara manis dan baik berlaku, takut bila satu hari perkara yang tak elok jadi dan masa tu, aku tak mampu nak lalui. Mintak dijauhkanlah.
1.34 pagi : Baru nak siapkan report untuk fyp. Adoi.. Masa-masa macam ni lah baru start nak buat semua kerja. Masa siang-siang tadi haram satu ape pun tak sentuh.
Tetiba tertoleh ke kanan, tengok housemate dah tido, then terfikir, siapa sangka kita akan serumah.? Macam mimpi.!! Haha... 12.00 pagi : Texting dengan kamu, hoi balik la. rindu gile tahu. Hurm. Entah bile boleh jumpa lagi kan.? Raya pun belum tentu cuti. seminggu yang lepas berada dalam situasi yang tegang. Masing-masing busy dan penat. So sama-sama angin semacam. Aku yang emo..pergh... then emo tu tempias dekat kamu. Sudahnya...... malam sebelum exam tidur dalam sendu. Hahaa. Sorry AmarSyah. Saya sedang dalam mood berperang dengan emosi dan awaklah mangsanya.
1.40 pagi : Kerja tak siap lagi... Sekarang ni memang cuaca bahang ya amat. terpaksa tidur dekat ruang tamu. dalam bilik macam sauna. I need to continue with my work.Sebab hari ni dah terlebih tidur, so malam ni jadi burung hantu.
Esok nak hantar surat kat tempat untuk praktikal, mudah-mudahan langkah kanan dapat intra dekat sana. InsyaAllah. Semoga urusan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Aku hamba yang hina yang sering lupa selalu mencari bila berduka. ... Ya Rahman.. 1.56 pagi : Update dari classmate. katanya tak perlu buat hard cover lagi. Sebab 16hb nanti baru lecturer update sal status report.Jadi boleh lah saya tidur malam ni. Haha p/s: Tengah pasang ayat Quran ni sambil menaip, seba dengar macam-macam bunyi kat dapur, aku dah la penakut.adoi... Salam....
♥♥ Mutiara Kata ♥♥
♥ Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa,tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara...
♥♥ Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan
♥♥♥ "Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia sendiri."
0 comments on "khayalan diri"
Post a Comment