Showing posts with label Bicara Hati. Show all posts
Showing posts with label Bicara Hati. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday

Posted by aisHa 'S' at 4/18/2012 10:36:00 PM 0 comments
Super Milah kepunyaan Matun Lebah.

mimpi tu...

Posted by aisHa 'S' at 4/18/2012 10:20:00 PM 0 comments
Semalam saya mimpi.....
Mimpi pasal die.....



Arwah adik saya..... :'(
I miss him...



Semoga beliau dirahmati sentiasa... 4 Disember 2004.
Ya Allah....
Daripadamu kami datang, maka kepada-Mu kami kembali.

Saturday, January 14, 2012

new year again

Posted by aisHa 'S' at 1/14/2012 09:36:00 PM 0 comments

sudah tahun baru.....huhu....
harap tahun ini memberi sinar kebahagiaan dan kejayaan buat saya. :D

Saturday, October 22, 2011

The Lazy Day

Posted by aisHa 'S' at 10/22/2011 02:35:00 PM 0 comments
Hari ni sepatutnya ada kelas, tapi aku xpergi, konon-kononnye tak sihat la..lepas bangun dan mandi untuk pergi ke kelas, kepala masih lagi pening-pening. Dapat pula mesej dari bestfriend, katanya kalo tak nak pergi kelas hari ni boleh tak..? heeee
Aku pun apa lagi, dah alang-alang tak sihat, buat sedikit perbincangan di telefon, then the conclusion is, TAK PERGI KELAS. Sambung tido sebab kepala dah semakin memberat. Makan panadol and sleeping. Oh God. :D

Photobucket
-Gambar yang berjaya dihasilkan selepas bermain dengan photoscape-

Friday, October 21, 2011

Bila dan bila dan bila.

Posted by aisHa 'S' at 10/21/2011 12:24:00 AM 0 comments
bila saya tension....

Bila tak tahu nak berkongsi dengan siapa..
Bila dah tak ada medium untuk meluahkan kata.
Bila tak ada siapa-siapa yang boleh dihubungi....
Bila keadaan semakin menghimpit......
Rasa lemas,rasa rimas....










Boleh tak siapa-siapa carikan saya .............................................................boipren..?
huhu

saya rindu beliau... :'(

Monday, August 15, 2011

Bekerja di bulan Ramadhan.

Posted by aisHa 'S' at 8/15/2011 05:14:00 AM 5 comments
1st time pakai vess hijau ni, sebab kena jaga VIP table.


Majlis berbuka puasa untuk staff.Jadi boleh la bergambar masa bekerja. Kalau tak jangan harap boleh pegang phone.

Serve customer...Padahal haousemate sendiri. (Lakonan ketika bekerja)

Buzzing. Sumpah berat. Tak Tipu.!

:D
Kita Enjoyyyyy....

Third person

Posted by aisHa 'S' at 8/15/2011 04:42:00 AM 0 comments
Semalam buka blog gossip, sekarang banyak cerita pasal artis nak kahwin bulan 9 nanti. Siap ada yang cakap, bulan 9 adalah bulan untuk artis-artis berkahwin. hehe.. Lepas tu ada pula story pasal artis tu nak kahwin dengan bekas suami orang. Maksudnye, artis tu jadi orang ketiga menyebabkan perkahwinan tersebut musnah dan mereka membina mahligai baru dengan artis perempuan tersebut. What the the la kan..?? Membina mahligai atas air mata orang lain.

**********
Suka aku bertanya satu soalan, kalau sesebuah perhubungan tu terbina atas air mata orang lain, then perhubungan yang terbina tu pula di ganggu oleh orang ketiga, rasa-rasanya ramai tak yang bersimpati kepada si perampas tersebut bila hak dia pula di rampas oleh orang lain.?

Ye, memanglah kata beliau dia bukan perampas sebab dia couple lepas mereka berpisah, tapi salah satu punca hubungan tu retak sebab apa.??? Lepas tu lagi nak bagi alasan macam-macam. Lagi nak serang-serang orang bila tau laki ko contact dengan perempuan lain. Tak fikir pulak mase ko contact ngan laki tu, sedangkan dia still lagi couple dengan xgf dia tu.? Sekarang nak tunjuk yang ko ni teranaiya la kan.? Boleh Blah...

*Tetiba ter emo pulak kan..? Heee :D


Saturday, July 16, 2011

Fasilitator lagi...

Posted by aisHa 'S' at 7/16/2011 10:57:00 PM 1 comments
Semester ni saya berperang dengan encik AS.. Saya jadi fasi untuk kampus saya dan beliau di kampus beliau. So FAIR la kan..
Untuk Encik A S awak jangan nak menggatai sangat la.. Saya tahu pasti akan ada junior yang nak menggedik nanti... Ada yang gedik kantoi siap la..!!! HAIP..AMARAN ni...haha..
Kita buat kerja kena lah ikhlas kan. So saya cuba untuk memahami dan saya harap awak pun memahami. JAngan nak tipu-tipu saya lagi. Nak sorok-sorok ke...Haa. Saya tak pe.. :D

Nak tido dah, esok perlu bertugas untuk menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru di universiti Kuala Lumpur..

Monday, July 11, 2011

Mencari-cari identiti diri. :D

Posted by aisHa 'S' at 7/11/2011 03:32:00 AM 0 comments
Time : 3:33am
Location : Kamar beradu Apartment X.

Sebenarnya aku sangat teringin mengupdate blog. Tapi aku tak tahu nak cerita apa. Kalau boleh aku dah malas nk cerita perihal diri, apa yang buat. cerita-cerita yang remeh. Kalau boleh aku nak share kan pendapat aku tentang sesuatu. Tapi aku takut nak curahkan idea. Dan aku dah malas nak menaip panjang-panjang. Aku selalu membaca blog orang lain, dan blog yang menarik minat aku kerana ada yang berkongsi ilmu tentang apa yang mereka pelajari, ada juga bercerita tentang kehidupannya beliau,tapi cara penceritaan yang menrik tu yang buat mata aku lekat untuk membaca blog beliau. Sekarang dalam proses mencari identiti blog. Harap akan rajin update selepas ini. :D
Salam....

Sunday, July 10, 2011

Multimedia vs Catering

Posted by aisHa 'S' at 7/10/2011 02:28:00 AM 3 comments
Sekarang jam sudah pukul 2pagi.... Aku tak lelapkan mata lagi sebab sedang mengedit gambar. Tak sedar sudah menginjak ke pukul 2pagi. Padahal esok pagi kerja. Omaigod-omaigod.!!!
10 julai 2011 merupakan hari terakhir aku akan berkerja di convex. As a waitress okay. 11 julai nanti aku akan berangkat ke Hulu Langat untuk menjalani Latihan Induksi bagi menjadi fasilitator untuk julai intake nanti. Kepada pelajar-pelajar baru selamat datang ke UniKL. :D

First time jadi waitress. Seronok juga kerja ni walaupun penat.






p/s : Sekarang dah jarang update blog, Sebenarnya teringin sangat nak update, tapi bila taip je tajuk, terus idea menulis hilang entah kemana-mana. Hurm...

Noted : Esok pagi encik AS akan berangkat ke pahang. Jelesnye tengok diorang punya training buat jauh. Tapi tak pe la. Good Luck untuk beliau. Ini percubaan pertama sebagai seorang senior. Jangan ada yang menggatal je nanti.! Haip..!!

ulat vs manusia = Duit

Posted by aisHa 'S' at 7/10/2011 12:55:00 AM 0 comments

Ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia.

Hidup sekarang ni kalau tak ada duit, memang susah. Memang duit tak boleh beli semua benda, tapi untuk kehidupan seharian kita memang perlukan duit. Kalau tak ada duit top up rm10 pn tak mampu nak beli. Kalau tak ada duit nak bergerak kemana-mana pun susah. Kalau tak ada duit, hati pun resah. Oh duit... Banyak masalah yang timbul bila tak ada duit.



p/s : bila MARA nak setel ni...?

Thursday, June 30, 2011

Siapa dia..?

Posted by aisHa 'S' at 6/30/2011 10:13:00 PM 0 comments
Salam...

Buat sahabat tersayang yang sangat teruja untuk mengenali siapakah gerangan yang mempunyai status "in relationship" dengan saya di facebook. Ini entry khas buat sahabatku tercinta (you know who you are). :D Beliau yg diberi gelaran sbg A S tu merupakah seseorang yang sangat jujur, baik hati, penyayang, comel, manja dan ramah. Sangat perfect la... Yeye aje kn...Haha. Sudah malas nak merapu-rapu lagi dah... A S yang dimaksudkan itu awak kenal wahai sahabatku. Beliau tu insan yang sama.
Sebenarnye tujuan utama fb itu saya create adalah untuk bermain game Car Town. Sebab game ni kena ada orang yang hantar barang untuk siapkan kereta, so saya buat keputusan untuk buat satu lagi fb baru beridentitikan lelaki. Macam-macam nama yang saya letak untuk fb yg baru ni. Shark Lantern la. Shah Buin la...Tapi sume tak dapat. Then tetiba dapat idea untuk letak nama A S ni sebab betul-betul dekat dengan si dia. Memang apa-apa yang saya buat tak lari jauh sangat, mesti akan ada berkaitan dengan dia juga.
Masa create fb ni saya memang tengah bosan tahap gaban, dan memang masa nak upload profile pic pun saya letak gambar berkaitan dengan dia dalam fb tu, saya anggap la fb tu sebagai dia A S yang sebenarnya. :D

Idea gila nak buat in relationship ni timbul dengan serta merta ketika saya kebosanan, saya tetiba terfikir, what will happen if saya buat in relationship with 'him' yang tiba-tiba muncul yang orang xkenal pun siapa. So tanpa fikir panjang lagi terus saya bt in relationship tu. Beberapa minit lepas pada terus ada kawan-kawan yang komen. hehe.. Laju betul Teruja tengok diorang. Kawan-kawan yang koment tu kawan-kawan yang tahu akan perihal diri saya. JAdi saya boleh tengok kegembiraan mereka. Terharu saya....



pajang lagi yang nak diceritakan..nanti saya sambung balik..sebab mata sudah mengantuk..Sorry dear izzah..xdpt cerita habis.. :D

Wednesday, June 29, 2011

aku bukan pilihan hati mu.

Posted by aisHa 'S' at 6/29/2011 07:06:00 PM 0 comments


Aku Bukan Pilihan Hatimu (Ungu)

Jika memang diriku
Bukanlah menjadi
Pilihan hatimu
Mungkih sudah takdirnya
Kau dan aku
Takkan mesti bersatu

Haruslah slalu kau tahu
Ku mencintaimu di sepanjang waktuku
Harus slalu kau tahu
Semua abadi untuk selamanya

Karena ku yakin
Cinta dalam hatiku
Hanya milikmu
Sampai akhir hidupku

Karena ku yakin
Di setiap hembus nafasku
Hanya dirimu
Satu yang slalu ku rindu



Pertama kali dengar lagu ni semalam masa tengah search lagu-lagu Ungu di youtube. Sekali rasa terkena pula pada diri sendiri. Layan lagu ni best juga. Lagu-lagu nyanyian ungu ni banyak yang best.

Sunday, April 17, 2011

Realiti Insan

Posted by aisHa 'S' at 4/17/2011 11:58:00 PM 0 comments
Baru je dengar lagu ni siang tadi dekat satu majlis. Very nice song. To cheer up. Naikkan balik semangat yang semakin pudar ditambah pula musim nak final ni. Lagu ni tajuk dia Realiti insan. Search dekat youtube. Penyanyinya adalah Santeekee. Layan jer...






Realiti Insan - Santeekee

Ku layangkan segala anganku
Ku lepaskan semua khayalan jiwaku
Berpijak di bumi yang satu
Memandang tinggi di langit biru

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku raih
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin memgapai cita dan cinta

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah realiti keyakinan insan yang penuh visi

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku raih
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin menggapai cita dan cinta

Satu.... satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti(2x)

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah realiti keyakinan insan yang penuh visi

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku raih
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin menggapai cita dan cinta

Satu.... satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu.... satu janji yang ku gapai pasti
Satu... satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu.... satu janji yang ku gapai pasti


Thursday, April 7, 2011

Bersabarlah...

Posted by aisHa 'S' at 4/07/2011 10:14:00 PM 1 comments

Aku memerlukan tahap kesabaran yang tinggi buat masa ini. Kalau aku angkat phone call tadi dah sah-sah aku maki orang lagi hari ni. Jadi baik tak payah angkat kan.?


Noted : Semalam my classmate share link ni (klik untuk baca) dekat aku, cerita pasal penyimbah asid jalanan. aku masa memula dengar cerita ni dari seorang kawan memang kecut perut juga la, sebab tempat kejadian tu sangat familiar. Aku cuma mampu berdoa agar dijauhkan semua perkara-perkara buruk dari berlaku. Ya Allah hanya kepadamu aku berlindung.


Psst : Aku nak tanya korang, hina ke seseorang itu kalau dia terima atau mencari balik bekas kekasih/isteri/suami dia dulu.? Salah ke kalau berbaik balik dengan your X...? pada aku la, sekurang-kurangnya mereka-mereka itu adalah seseorang yang pernah kita kenal dan sayang. Kalau kita rasa boleh terima just accept la, kalau mereka-mereka ini dah buat kesalahan yang ko rasa ko dah tak boleh nak maafkan, jadi buang je lah mereka-mereka itu dari hidup ko. Tapi janganlah menghina orang yang cuba untuk menerima bekas kekasih/suami/isteri tu. Mungkin dulu dia pernah buat silap, tapi manusia ini boleh berubahkan.?

Wednesday, April 6, 2011

Oh..sebab tu la....

Posted by aisHa 'S' at 4/06/2011 01:45:00 AM 0 comments
Sebab tu la orang kata, jangan benci sangat, nanti suatu hari jadi sayang. Dan sebab tu juga orang pesan, jangan terlalu sayang, satu hari nanti mungkin bertukar jadi benci. Okay, perasaan tak suka or benci dekat seseorang tu dah pun mula bertukar jadi kawan sekarang. Tapi perasaan sayang jadi benci tu buat masa ni tak ada lagi dan harapnya takkan berlaku pada aku.

Dulu prinsip aku ialah "Tak NAK gaduh dengan perempuan terutama pasal lelaki". Tapi itulah yang dah pun berlaku pada aku. Sungguh aku pun tak sangka benda tu berlaku pada aku dan memang gaduh gila-gila dengan perempuan tu. Haip...apa nak jadi ni ecah woi..?
Aku juga pernah tak suka dekat seorang perempuan sebab dia couple dengan Exboipren aku. Okay.! Memang aku ni sungguh tak patut bukan? Seriusly aku tak minta pun semua ni jadi pada aku. Dan bila ianya berlaku aku terpaksa la hadapi semuanya. Dan bila aku sedar aku dah buat silap, inilah yang jadinya. ^__^
Saya tak nak membenci,sebab saya tahu ianya adalah 'penyakit' kepada hati. Tapi kalau saya tak kacau orang dan orang yang kacau saya, mungkin kes akan jadi lain sikit kot. Ke guane.? Hehe...(Evil smile)

Bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Posted by aisHa 'S' at 4/06/2011 12:33:00 AM 0 comments


Masa belum start part time hari tu bukan main lagi nak kerja elok-elok. Bila dah masuk kerja,nah ambik ko, sekali terus fikir panjang...Haha..dah start rasa give up,rasa penat dan macam-macam rasa la ada. Bila masuk kerja, sikit-sikit tengok jam, lepas 5 minit tengok jam. Lepas tu mula la rasa macam lambatnya masa berlalu. Hari ketiga berkerja,pergi kerja dengan perasaan sedih. :(. Aku pun tak tahu kenapa rasa macam tu, mungkin sebab aku fikir,kenapa aku kena buat semua ni.?? Padahal tak ada sesiapa pun yang suruh aku kerja, aku yang buat keputusan sendiri.
Semua tu hanya mampu bertahan untuk 3minggu je, khamis lepas call die punya staff cakap, "angle, i xdapat nak pergi kerja la,sebab dah mula busy. Dah nak final. :(" dengan perasaan berat hati aku call dan cakap terus terang. Masa tu memang dah nekad buat keputusan ni,sebab aku kena bagi komitmen dengan group pantomime dan juga assignment aku. Jadi diari aku sebagai seorang promoter kasut berakhir sudah. Kiranya bulan ni aku kena bertahan untuk survive dan habiskan semester pertama ni. Bertahan dan survive dari segi kewangan, juga perkara-perkara lain yang selalu menghantui aku Lepas dah confirm berhenti kerja terus badan dan kepala rasa ringan. Oh my,kuat juga tekanan kerja masa tengah belajar ni ye.Hurm..Satu pengajaran buat aku. ^__^
Tugas sekarang fokus pada study.! Harapannya semester ini akan bagi sinar baru buat aku. Amin....

Sunday, March 6, 2011

Aku ini bukan malang dan bukan terbuang

Posted by aisHa 'S' at 3/06/2011 11:44:00 AM 0 comments
Pic credit to : AnnasEasKey
Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman..
Aku pernah rasa down giler sampai satu tahap aku rasa nak pergi tempat yang jauh...Yang tak ada orang boleh cari aku ataupun aku tidur malam nanti aku takkan bangun-bangun dah esoknya. Dan rasa seperti nak terjun je dari level 12 ni. Kalaulah akal pendek ni aku turutkan aku tak tahulah apa yang terjadi. Kenapa aku sebagai seorang hamba di dunia ni terlalu mengagungkan manusia dan mengutamakan manusia bukan Penciptanya.? Tapi aku bersyukur dalam keadaan ni aku masih mampu kawal emosi dan kawal diri aku dari buat benda-benda mengarut tu semua. Kalau tak, aku boleh bayangkan macam mana kecewanya keluarga aku dan macam mana loser nya aku pada mata semua orang. Seorang kenalan pernah berpesan, "Sabarlah,orang yang sabar akan berjaya". Aku simpan kata-kata itu, dan sedikit memberi pengharapan pada aku.

Kenapa aku sebagai manusia ini selalu membuatkan diri aku kelihatan sangat malang padahal hal yang berlaku tidaklah sebesar mana.? Kenapa aku sebagai tuan kepada diri aku yang dipinjamkan oleh pencipta ini membuat diri sendiri menjadi lemah dan tunduk pada keadaan.? Kenapa aku tidak membuat diri aku menjadi gembira.? Kenapa aku tak buat diri aku menjadi hebat pada mata yang memandang rendah pada aku.? Sedarlah wahai diri ku ini bahawa, orang lain tidak akan membuatkan kita bahagia selain diri kita sendiri. Lecturer aku ada berkata, "Tubuh badan kita ni hanya pinjaman dari Allah. Ia bukanlah milik kita, jadi jagalah tubuh badan kita ini sebaiknya, jangan sakiti dan ubah sesuka hati."

Kita hidup ini bukanlah untuk memuja manusia,tetapi mengabdikan diri padaNya. Kita bukan hidup untuk manusia dan bukan juga menjadi hamba kepada manusia.


Tuhanku, ampuni aku, sayangi aku,tutuplah aib-aibku,angkatlah darjatku,berilah aku rezeki,berilah aku petunjuk,sihatkan aku,maafkan aku..
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

p/s: Sekarang aku fahamlah kenapa ada manusia yang sanggup bunuh diri bila kecewa gila. Sebab rasa sakit tu susah nak cakap dan susah nak zahirkan. Tapi kenapa kita tidak mengadu pada Dia yang menciptakan kita.? Jangan memilih jalan singkat untuk lari dari masalah. *ini adalah pesanan untuk diri sendiri.

Cover duit poket

Posted by aisHa 'S' at 3/06/2011 12:24:00 AM 1 comments

Memandangkan aku sekarang sedang mengalami masalah kewangan jadi aku pun memilih untuk bekerja sambilan. Tadi baru pergi ke mid valley. Dapat buat part time dekat sana. InsyaAllah jumaat ni aku akan start bekerja. Selama 3hari je dalam seminggu. Harap dapat la cover duit belanja untuk bulan ni. Ini adalah pertama kali aku bekerja sambilan ketika sedang belajar, sebelum ni pun kerja masa cuti semester je. Tapi disebabkan sekarang adalah semester pertama jadi terpaksa la bekerja dulu. Parents dan adik-beradik semua tak tahu lagi aku nak kerja ni. Aku buat keputusan sendiri tanpa bincang dengan mereka,aku cuma suarakan dekat roomate aku dan dia tolong rekemankan dekat kawan dia, kawan-kawan yang lain semua tak tahu lagi..heheee. Syukur la dapat kerja ni, gaji tak mahal tapi tak apalah aku terima je. Aku harap dapat kerja dekat aku part time dulu,tapi buat masa ni tak ada kekosongan lagi. Tak tahu la apa perasaan ayah aku bila dapat tahu aku kerja ni. Aku harap dia tak marah. Dan aku juga akan belajar bahagikan masa belajar dan masa bekerja dengan betul. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Pengalaman bekerja aku tak banyak sangat, tapi sekarang ni,aku jeles bila tengok ada kawan-kawan yang ada kerja part time masa belajar, diorang boleh guna duit sendiri untuk cover belanja diorang. Sekarang dah tak ada spend money untuk wayang,shopping dan lain-lain. Kalau keluar pun cuma boleh window shopping je. Nafsu untuk beli baju baru,kasut baru, beg baru dah kena ikat ketat-ketat dulu,jangan sampai putus,kalau tak nanti ada orang yang puasa makan meggie karang, even sekarang pun hampir setiap hari makan meggie, tapi masih tak kurus-kurus juga. HUk Aloh....Apa-apa pun, congratulation to me coz da dapat kerja sambilan..Ngehngeh...

Monday, February 21, 2011

Mana lagi penting.?

Posted by aisHa 'S' at 2/21/2011 12:17:00 AM 0 comments

Sekarang ni sepatutnya aku tengah tekun buat assignment yang berlambak-lambak tu,tapi agak tension sikit sebab tak tahu nak sentuh mana satu dulu. Semua subjek yang aku ambil semester ni semua ada assigment dan kena siapkan dalam masa beberapa hari ni. Dah lumrahnya sebagai pelajarkan, inilah tanggungjawabnya. Lecturer aku cakap, orang yang berjaya bukanlah orang yang duduk bersenang-lenang. Tapi aku ni banyak bersenang-lenang je dari bersusah-payah. Bila kena berkorban waktu,tenaga sikit dah tension.!. Bila da banyak sangat assignment yang dapat serentak terus kelam kabut. InsyaAllah aku akan laksanakan semua tugasan ini dengan baik. Aku harap degree ni akan merubah hidup aku menjadi lebih baik. Amin..
nota : lepas ni aku ingat nk buat nota pasal drawing dalam blog ni. Tapi buat masa ni belum berkesempatan lagi.
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez