Wednesday, March 31, 2010

Kesabaran = keuntungan

Posted by aisHa 'S' at 3/31/2010 07:48:00 PM 1 comments
"Kesabaran lebih menguntungkan dari kekuatan yang dimiliki."
"Kemarahan dan kebencian akan hilang bila kita memaafkan."

Terasa macam nak makan meggi la plak....Ops..MAKAN.?
haha..
setelah seminggu bermogok lapar..Malam hari ni nak makan pulak. Esok kita sambung mogok balik ye..wakaka...Esok ada presentation so kena ada tenaga.Tak boleh lemah longlai depan classmate.Dan paling menakutkan, kalau-kalau ter"PENGSAN" pulak nanti dalam kelas esok masa present. So tak nak la macam tu. Kita sambung mogok esok pulak ye..Hehehe...

Maggie ayam...Yummy-yummy.

Hidup ini.

Posted by aisHa 'S' at 3/31/2010 12:32:00 AM 0 comments

"Hidup ini seperti mengupas kulit bawang, sekali anda mengupas kulitnya,sesekali air mata anda akan mengalir menitis ke bumi"


Perjuangan untuk masa depan yang semakin ke hujung. Semakin hampir ke final exam. Semakin hampir ke hari presentation FYP (final year project).

Teringan nak buka facebook..Tapi kalau buka facebook nanti sakit lagi..So aku lupakan pasal facebook dulu.

Malam ni nak berkata-kata dengan quotes kat bawah ni jer.



~~'Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan. Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka. Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya kalau dia ``berjaya`` itu bukan kejayaan tapi kebetulan. Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup. Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur.'~~


p/s:- Pening kepala ku..Huargghh..Rase macam nak tercabut biji mata. Loya-loya tekak jer..Adakah ini sindrom biasa yang dialami bagi oang yang tak makan nasi.? Oh ya..Dah genap seminggu. Esok tak makan lagi... :-)

--Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.--

Monday, March 29, 2010

Rasa nak pitam je.

Posted by aisHa 'S' at 3/29/2010 09:17:00 PM 0 comments
Mungkin kesan daripada mogok lapar selama beberapa hari yang memang langsung tak memberi faedah kepada badan dan menyeksa diri tapi aku nak buat gak.!
Start hari rabu 24 mac 2010 sampai hari isnin 29 mac 2010. Cuba kira da berapa hari aku tak makan nasi. Aku teruskan hidup dengan berbekalkan air masak dan minum milo(sarapan pagi dua hari lepas cicah biskut kering) Kalau sebelum tu langsung tak makan. Selera makan aku terus hilang weh sejak kejadian itu. Sungguh sakit dan memeritkan aku rasa. Tapi aku kuatkan semangat dan degilkan hati perut aku ni dengan mogok lapar. Sampai bila tak tahu. Maybe sampai berlaku sesuatu kat aku kot.


T__T

Note to self : Be careful with your heart...♥♡♥



Nota kaki:- Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti(baginya) dan kamu harus membiarkannya pergi.
sob-sob..Aku tak leh biarkan..uWaaaaaaa...

p/s : Ngah layan lagu Kekasih tak dianggap(kertas band) dengan Lagu rindu (kerispatih).
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez