Monday, October 19, 2009

Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN.

Posted by aisHa 'S' at 10/19/2009 10:59:00 AM
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga ........ Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu. .. Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. .. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL....

Credit to friendster buletin.


p/s:- Sekarang aku dah pun kehilangan.Sekarang aku dah pun keseorangan dan Kesunyian.Tak tahu nak hargai apa lagi. Cuma sekarang aku terus menanti dan menanti walau aku sendiri tidak pasti penantian ini sampai bila. Aku betul-betul sendiri belum ada yang pasti. Sendiri aku benci.


Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat. Apabila anda mula menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda kecapi kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa bahagia`` - Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh, tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam jalan menuju kekalahan. Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata; Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan; Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan; Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

2 comments on "Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN."

retro rare lover on October 21, 2009 at 6:06 PM said...

jgnla kita terlalu mengharap pada sesuatu yg kita sendiri xpasti..ikan yg terluka dek penangan mata kail..pasti akan sembuh kembali jika ikan itu sendiri berhajat..ikan itu patut bersyukur kerna masih idup sbb dilepaskan kembali keduanianya drpd daikail,mati,dimasak,bakar mahupun rebus dan di santap enak oleh manusia yg cuma memikirkan dri sendiri demi kelansungan idup...maka ikan tu patut sedar ,berdiri atas kaki sendiri dan nyata kembali kedunianya bersama ikan2 lain terus memulihkan lukanya yang lalu dan meneruskan idup2 nya yg mendatang supaya menjadi ikan dewasa seirng masa..supaya satu hari jika kail yg sama ingin mengumpannya..dia mampu tersenyum dan ketawa kerna dia terlebih daripada mampu untuk mengalahkan rentapan kail itu dan lantas memutuskan tali tangsi tersebut semoga tali dan kail itu terus tenggelam ke dasar sungai..berkarat, reput dan terus hilang didasarnya..dan manusia itu lantas memaki hamun,mencaci dan menyesal diri atas kebodohannya sendiri..tanpa dia sedari dia cua memancing ikan yg sama dengan kail yg sama tapi masa dan tahap yg berbeza.....ikan kerdil sudah dewasa...

aisHa 'S' on October 24, 2009 at 12:25 PM said...

well ada betul juga ayat itu..Cuma mungkin belum masanya utk saya..
hahaha,

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez