Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan. Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian. Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka. Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya, kalau dia ``berjaya`` itu bukan kejayaan tapi kebetulan. Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup. Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur.
Termenung sejenak bila membaca kata-kata ini, lalu aku berfikir bila perlu aku bersendirian dan bila perlu aku bersama teman. Dan fahamlah aku kini tentang persoalan selama ini kenapa aku suka bersendiri. Jika aku rasa bersendirian itu lebih baik maka, aku memilih untuk sendiri. Di suatu sudut dalam hati, aku juga ingin teman-teman disekeliling menegur aku, sebab sebagai manusia aku tidak lari dari sikap lalai dan alpa. Tapi tolong lah jangan cakap belakang, sebab aku tidak akan berubah selagi anda tidak menegur. Entahlah.
Quote hari ini:- Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
Prestasi Unit Trust Ekuiti Malaysia 2023
10 months ago
0 comments on "Sahabat"
Post a Comment