Showing posts with label Pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan. Show all posts

Sunday, April 4, 2010

Ingin hidup bahagia

Posted by aisHa 'S' at 4/04/2010 10:26:00 PM 0 comments
"Orang yang ingin hidup bahagia, perlu menjaga empat perkara:
1. teguh menjaga kehormatan
2. redha menerima apa yang sedikit
3. berbuat kebaikan setiap hari
4. memelihara lidah dari perkataan keji.
Kita akan meras bahagia apabila orang berasa senang dengan kita dan mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri. Marah menyebabkan separuh keintelektualan hilang berganti dengan tindakan-tindakan meluru,bodoh dan tidak munasabah. Esok belum tentu matahari masih mencerah merah, entah-entah sudah padam di kelopak mata kita.. Hidup adalah akar yang menjalar, menjelajah kesegenap destinasi, walau payah walau sukar walau yang datang hanyalah setitis air jernih yang bakal menyinari hidup sesingkat cuma . Dunia ibarat laut, semakin banyak diminum, semakin haus"


Nampak macam senang kan. Tapi tak semudah itu. Nak kawal perasaan ketika sedang marah pun sangat sukar.Tapi kalau selalu kita amalkan dan bersabar tak mustahil untuk dilakukan. Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)V

Sunday, October 25, 2009

Misteri Bunga Bakawali

Posted by aisHa 'S' at 10/25/2009 09:23:00 PM 2 comments
HAH..!!!
Sebelum anda-anda-anda semua baca,
Klik ni dulu. -->> !!!

Dah klik..? Terima kasih. Moga kite sama-sama menderma yer.







Tadi aku tengah downdload lagu elly mazlin. Ada satu lagu tu tajuk dia Bungaku Bakawali, terus aku tanya roomate aku macam mana rupa bunga bakawali ni, search kat google aku terjumpa pulak dengan misteri Bunga bakawali di blog ini.hehe..Jom kita sharing yer.. Credit untuk tuan punye wordpress yer.saya copy tak mintak izin ni.

p/s:- teringat pula dekat burung Rajawali.huhu...


Pokok Bunga Bakawali dikenali nama saintifik nya Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of The Night.Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00pm ia kembang.

Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunganya akan layu bila sudah pagi. Sekali sahaja ia kembang, kemudian ia akan layu.

Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.

Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.

Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.

Walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez