Thursday, December 4, 2008

Genaplah sudah..

Posted by aisHa 'S' at 12/04/2008 11:11:00 PM
Hari ini genaplah sudah 4tahun arwah adik aku meninggal...

Motif : Lemas di sungai...
hurm.......

Alfatihah untuknya..Moga rohnya di cucuri rahmat..Amin.....

..........................................................................................................

4 disember 2004..
Tak lama selepas tsunami melanda negara...

Suasana dirumah sangat hening, sunyi,sepi..Aku sorang je insan yang ada kat rumah. Mak aku,akak aku,mak cik aku n adik aku baru bertolak nak pergi hospital kubang kerian, KB, untuk pergi melwat abang aku yang jatuh dari ketinggian 16kaki masa die kerja..Koma 2minggu, tak sedarkan diri,tak bergerak,tak bercakap..
Aku si penjaga rumah...duk mesej dengan kawan je..sebab baru lepas spm.aku tak kerja...Tiba-tiba, ada sorang budak datang rumah aku,dia tanya ayah aku ada tak kat rumah..aku cakap takde orang..lepas tu dia cakap, "Fadhil lemas", tolong bagitau ayah yer..
Aku terkesima..sama ada percaya atau tidak, terus aku call mak aku,tanya sapa yang bawak kereta.bila mak aku cakap kakak aku yang bawak,terus aku cakap yang sal adik aku lemas. perjalanan ke hospital hampir separuh da.Dorang patah balik..Aku tak tau nak buat apa.nak tinggal rumah nak pergi ke sungai, pastu ada orang datang tanya perihal die lemas.cepat betul berita tersebar...lepas tu aku tengok ramai orang berpusu-pusu pergi ke sungai yang tak jauh dari rumah aku. Lepas tu ada polis datang,tanya dah buat report belum,aku cakap belum..aku memang tak mapu nak buat apa-apa masa tu..aku sesorang kat rumah..sumpah, tak terlintas pun dalam fikiran aku yang die lemas sampai meninggal..mungkin aku tak dapat nak bayangkan,atau aku masih tak dapat terima kenyataan..

Dipendekkan cerita..mayat arwah dijumpai pada malam hari. lepas berjam-jam sesi pencarian oleh bomba dan orang kampung...itu pun dijumpai oleh orang lain..kire die baca ayat-ayat kot...masa aku pergi ke sungai tu,aku tengok berduyun-duyun orang n kereta kt sane...sampai bomba nak keluar pun xleh.

Bile da jumpa mayat arwah,terus bawa ke hospital.untuk bedah siasat..malam tu dihantar ke rumah. aku tengok macam mana dia di usung masuk ke dalam rumah..Esoknya baru arwah ditanam..Masa kucup dahi,aku rase sejuk sangat badan die..aku nangis..ramai orang nangis..Ayah aku pun nangis masa kucup dahi arwah..(cerita tergantung...)

...........................................................................

Tragedi pertama dalam keluarga aku... Sejarah keluarga kami...
Abang aku yang koma masih hidup lagi..sihat dan tinggal dengan keluarga kami...
Masa dia baru sedar.die ada tanye.mana fadhil..?
Mungkin mak dia da cerita kot yang arwah dah tak ada..
Masa abang aku koma dulu,arwah beria-ia nak jaga dia..Hari kejadian pun dia masih nak pergi tengok abang aku,tapi angah aku tak bagi,sebab kereta penuh..Terus die keluar dengan kekawan die..
.........................................................................

Barang peninggalan :

Masa dia tengah lepak dekat sungai dengan kekawan dia,die siap berpesan dekat kawan dia supaya pegang hanset die..
"Ko pegang hanset aku ni, lepas ni kite da tak jumpa dah.Nanti raya haji baru jumpa. "
Lepas tu, dia jatuh dalam sungai, dan lemas.Kawan hulur kayu nak tarik dia,tapi tak nak capai..
Motor yang die naik sempat di tarik ke atas..
...................................................................................

Sungai itu, sekarang da banyak berubah. Selepas tragedi adik aku, sudah dibina pagar. Well da banyak kali kot kat situ ada orang meninggal,sebelum kejadian adik aku.Setahun selepas kejadian..Ada seorang lagi yang meninggal..Khabarnya mayat itu tidak dijumpai..Aku pun tak pasti dah dijumpa atau belum..Wallahualam...

7 comments on "Genaplah sudah.."

Unknown on December 5, 2008 at 8:52 PM said...

innalillahiwainnalilahirajiun...

dan darinya kita dtg dan kepadanya kite kembali...

takziah...

<----- saje nyibuk blog org..

aisHa 'S' on December 5, 2008 at 9:06 PM said...

thanks eppy..
hehe....
xpe..boleh jer nyibuk2 pun..

Unknown on December 6, 2008 at 12:44 AM said...

dah di approve so akan jadi page wajib dilawati setiap ari...

blogging laju2 taw..
coz i visit often..
ehehhehehe....


<---- eh nyibuk je kan...

aisHa 'S' on December 6, 2008 at 12:55 PM said...

blogging laju2..
aeh..
blogging bikle ae perkara nk i storykan jer..
huhu..

Amshyar Aminudin on December 6, 2008 at 4:12 PM said...

Besut? Kg Mane? Sungai Mane?
Umo 21? Skul Mane Dulu?
Sekian soalan dari saya..

aisHa 'S' on December 6, 2008 at 6:04 PM said...

am ahmad aka amsyar..
urm biarlah rahsia yer..
sbb yg pasti kite 1 skull iaitu SMKANI..
waduh2....
boleh plak jumpa blog ini...
harap2 awk xkenal sy yer...
hehe..

Gadis Kecil on December 7, 2008 at 9:25 PM said...

singgah sebentar..takziah di ucapkan..semoga arwah dicucuri rahmat..

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez