Monday, December 22, 2008

Dating with cik Maisarah

Posted by aisHa 'S' at 12/22/2008 02:11:00 PM
Mau berlagak sama kami ka.?


Selasa lepas 16 Disember 2008 aku pergi ke kuala terengganu...
Pergi jumpa mybest friend merangkap adik angkat A S iaitu cik maisarah. Aku jumpa dia sebab lepas ni dia akan sambung study dekat UTHM. Dia dapat sambung degree kat sana..Uwaa....Jelesnye aku sebab aku masih lagi diploma dan baru nak masuk semester 3.

Well dua hari aku di sana..Malam itu kami berkongsi cerita suka dan duka. Dah lama aku tak berkongsi cerita dekat kawan-kawan macam malam tu. Sedih sangat, tapi aku lega, kadang-kadang rasa bersalah dekat A S, sebab suka bercerita masalah kami dekat orang. Tapi aku cuma konfius, walau tak dapat jawapan, sekurang-kurangnya aku lega. Ringan sikit beban aku, sebab dengan A S aku dah tak dapat nak berkongsi rasa seperti dulu lagi dah.Kerana dia punya hidupnya sendiri.

Kalau A S tahu tentang hal ini..Hehe..Sorry ya...

Cerita dua hari di Kuala terengganu, kenal-kenal dengan family cik sarah ni, aku ni agak malu-malu sikit orangnya dan jenis tak banyak bercakap, orang tanya sepatah aku jawab dua patah. Orang tanya sepuluh patah aku jawab dua patah. Malu siot, aku ni jenis tak banyak bergaul ker.? Lepas ni aku kena jadi sorang yang huha-huha la..kena banyak bercakap dengan orang tua-tua, kalau tak nanti orang cakap aku sombong pula..Hehe..

Nasib la family cik sarah ni ramai perempuan, jadi aku tidaklah segan sangat. Hehe.. Kerinduan kat Effah lak time ni..Teringat zaman kanak-kanak dulu, masa belajar kat poli, aku selalu jer bertandang ke rumah Effah. Itu yang buat aku lekat dengan A S tu..Hehe..Lepas ni tak ada dah cerita macam tu kot.

Hari pertama di Kuala terangganu, kami pergi ke pasar malam. Hehe bese la aktiviti ni kan. Malam tu shopping kat mydin mall. Antara mydin paling terbesar di pantai timur. Cik sarah nak shopping barang- barang untuk bawa pergi belajar nanti. Jadi orang jauh la dia lepas ni.

Esoknya, sebelum bertolak ke hentian bas kuala terengganu, kami pergi jalan-jalan makan angin dekat Pantai Batu Buruk. Bergambar sakan kat sana. Hehe. Sebab masih awal, dalam pukul dua lebih je, so tak ada apa-apa aktiviti la kat cini. Teringat tempat aku dan A S dating dulu..Haha..Kfc pantai batu buruk adalah lokasi kami.Kwang2...


Edisi kaki ku,kau dan dia...


Pokok rHu yang masih berdiri megah.

Peace, saya cik Maisarah. Single but not Availabe..Milik siapakah hati mu..?
Aku ada jawapannya. =)


Syukur juga dapat kenal dengan dia, sebab A S juga la kami saling berkenalan.Thanks to him. Kami kenal melaui mesej je. Tapi mungkin kerana keikhlasan hati, kami dapat menjadi kawan baik sekarang. Masa A S bercerita tentang adik angkat dia dekat aku dulu, Aku agak cemburu juga, Tapi lama-lama aku boleh terima dia dengan senang sekali. Aku ni kategori lembut hati ke.? Sebab aku ramai berkawan dengan kawan-kawan A S. Kebanyakan aku kenal dekat friendster sahaja. Berbulan-bulan kami mesej, tanggal 30 Ogos 2007 kami dapat jumpa. Aku pergi ke dungun untuk jumpa dia, Malam tu celebrate birthday aku kat dungun. Sangat seronok. Sekarang aku cuma berkongsi kesedihan dengan dia. Aku sayang dia.. Maaf sebab banyak menyusahkan anda ya cik sarah..

We are the best buddy.Sedihku sedihmu jua..
Sedihmu sedihku jua... Erk..

2 comments on "Dating with cik Maisarah"

!~...aneys...~! on January 13, 2009 at 1:58 PM said...

owh,,cik maisarah ni ke..??ingtkn cik maisarah clasmate sy..hua3..skali da silap org la....huhu..
ampun ye buk..hehe

aisHa 'S' on January 14, 2009 at 12:25 AM said...

Wah u biar betul nk ating ngan maisarah class u..
nnti ade je yg dtg mengamuk ni.

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez