Friday, February 27, 2009

Kem Kepimpinan vs MidTerm Break

Posted by aisHa 'S' at 2/27/2009 11:57:00 AM
Petang ni pukul 2.30 petang aku akan bertolak ke Kem An-Naim, Hulu Langat Selangor. Kem Kepimpinan kali ini melibatkan JPM(Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa),JPK(Jawatankuasa Perwakilan Kediaman), dan AJK Kelab dan Persatuan. Selama 3hari disana, aku tak tahu lagi apa aktiviti selama kt sane, tentative tak dapat lagi. Aku malas nak ambil tahu. Cuma ikut je. Harap kem kali ini akan ada sesuatu yang menarik selama kat sana. Planning awal aku lepas kem, 2 Mac aku nak balik Terengganu. Tapi aku ada masalah kewangan pula. Tak dapat beli tiket lagi hari ni, so bila masalah kegawatan beg duit aku da selesai baru planning nak balik kot. Tak tahu kenapa, tak rasa teruja pun tentang cuti ni dan nak pergi kem. Aku cuma boleh cakap tak ada perasaan pun. Aku malas nak layan perasaan macam ni. Aku cuma ikut je apa yang telah diaturkan.

p/s : kenapa jadi macam ni..? Masalah kegawatan barangkali. Tak pernah aku sesengkek ini sebelum ni. Ya tuhan. Moga ada rezekiku ada dimana-mana. Bulan depan aku kena susun atur perbelanjaan aku balik.!!


...........................................................

Cerita di kuliah hari ini, tadi pukul 3pagi aku baru tidur, sebabnya aku kena siapkan assignment Audio Video. So sekarang da siap, tunggu burn dan hantar je. Tapi aku tak buat lagi. Suka tangguh kerja.Last minit baru kecoh. Hari ni cuaca hujan, so jalan kat KL memang jem teruk la. Pukul 8.45 pagi baru sampai kampus, sampai je dekat lobi terus aku keluarkan kupon Nescaffe, hari ni cukup 5hari aku minum nescaffe free. So dapat hadiah tadi, iaitu 1paket 450gram Coffee-mate.Hee..Rezeki di permulaan hari.Kelas 1st hari ni ialah subjek Digital Animation, ada assignment yang kena buat, tapi aku lupa lak, dalam kelas tadi baru aku buat. Nasib kena melukis je. So assignment yang patut hantar da setel dalam kelas. Syukur, nasib baik.Emosi aku tak okay sangat hari ni,tambah ngan masalah kewangan itu, buat aku tak ada mood. Tadi ada test World Wide Web, hurm, soalan tak susah sangat, tapi aku tak study pun semalam.Hehe.Tapi soalan test tadi aku jawab semua soalan. Soalan dia suruh isi tempat kosong dengan soalan objektif jer. Jadi kita main tembak je la erk(jangan tiru aksi ini). Tapi tak apalah.Harap lepas ni aku tak buat perkara yang sama lagi. Lepas cuti ni aku kena janji dengan diri sendiri supaya tak tangguh kerja lagi.InsyaAllah... Sekarang nak setelkan assignment Audio Video.Lepastu nak terus hantar, baru aku tak kelam kabut. Jap lagi nak buat minit mesyuarat lak...Ayark...Dush2 sama aku..Pemalas betul.Toink-toink.....Sayonara...

0 comments on "Kem Kepimpinan vs MidTerm Break"

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez