Friday, February 20, 2009

Kuiz + Lab Test + Kehilangan = KETABAHAN

Posted by aisHa 'S' at 2/20/2009 09:00:00 PM



Apa cerita hari ni..? Sebenarnya tak ada cerita menarik pun melainkan sesi luahan hati. Hari ni aku ada kuiz dan lab test untuk subjek animation. Semalam aku da study,tapi biasa la, bukan masuk sangat pun apa yang aku baca..Tapi soalan tu tetap jawab la(dengan menggunakan kaedah tertentu). Soalan dia tak susah, tapi kena terangkan dengan detail setiap jawapan tu. Habis semua ayat yang ntah pape aku jawab tadi. Tapi sekurang-kurangnya puas hati jugaklah kan berbanding semester sebelum ni. Tapi masa lab test pulak, aku mengalami sedikit masalah. Apa yang aku buat tak jadi la..Padahal lab test boleh tengok note kot.Ntah ke mana idea aku hilang. Sakit jiwa aku buat lab test tadi. Sangat tidak puas hati. Aku buat simple-simple je, sekadar memenuhi syarat. Tak tahu la markah dia macam mana. Aku agak memang tak ada markah kot bahagian kreativiti. Aku yang paling last hantar..Oh kecewanya. Tapi salah aku juga sebab tak praktis guna flash tadi. Asyik online je keje. Lepas ni aku kena rajin explore setiap software yang aku guna. Tapi masalah besarnya di sini ialah, aku memang tak boleh buat kerja la bila aku da buka internet. Ada je benda tak kena kat myspace or friendster or blog yang aku nak ubah. Ntah apa-apa jer. Aku harap aku dapat ubah sedikit kegilaan aku terhadap internet lepas ni..InsyaAllah...

Sekarang ni orang yang bagi semangat untuk aku belajar sudah makin menjauhkan diri. Aku tak tahu kali ni untuk berapa lama pula. Aku cuma biarkan sahaja. Aku sudah biasa seperti ini. Terabai dan diabaikan. Biarlah, jalan hidup aku ni aku lalui seperti biasa. Aku rasa sangat kehilangan,rasa kekosongan yang aku tak mahu ada sesiapa pun isi kekosongan itu kecuali dia... Tapi aku perlu terima hakikat yang dia bukan milik aku lagi. Ya, aku redho walau aku sangat kehilangan, tapi aku tidak terseksa sangat seperti dulu. Lepas ni aku akan cuba hidup seperti biasa dan aku harap aku tak terlalu leka dengan dunia semata-mata. Dan aku juga harap aku dapat ubah sedikit demi sedikit perangai buruk yang ada ni. Aku cuma ada DIA tempat aku mengadu. Sekurang-kurangnya, aku tenang, sangat- sangat tenang. Dan aku harap semangat untuk berjaya tak luntur dari hati aku ni. Moga keadaan sekeliling dan jiwa aku ni tak lemah dan tak mematahkan semangat aku lagi. Aku cuma harap, sinar dariNya menerangi hidup aku sekarang. Moga aku lagi dekat denganNya. Aku tak mahu menjadi aku yang setahun lepas, yang terlalu emosi dan suka melenting. Aku sekarang ialah aku yang TABAH... Amin...

*Rezeki kita ada dimana-mana. Apa yang sudah ditakdirkan untuk kita, akan menjadi milik kita juga,walau terpaksa malalui ranjau yang berduri..

Weh...Jiwang kot..Pehal ni..? Dah la skema...Xbest langusng cmni weh...Wake up!!


p/s : Aku mohon padaNya gar dikuatkan hati aku ini...

4 comments on "Kuiz + Lab Test + Kehilangan = KETABAHAN"

taK$uB II on February 22, 2009 at 3:24 PM said...

good....:)

aisHa 'S' on February 22, 2009 at 6:54 PM said...

hehe..thanks..
please pray 4 me...
lame xupdate..
bizi ker..?

lianadeq on February 24, 2009 at 10:46 AM said...

rileks ek amusy..
chill!
:)

aisHa 'S' on March 3, 2009 at 8:58 PM said...

thanks ya..sedang berusaha..miga hatiku ini tabah..
cewah..
ayat poyo jer..

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez