Friday, March 20, 2009

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Posted by aisHa 'S' at 3/20/2009 08:58:00 PM
Hari ini masa ceramah Untukmu WANITA, aku mendengar satu ayat ini, iaitu tangan yang di atas lebih baik dari yang dibawah. Maksudnya, orang yang memberi adalah lebih baik dari orang yang menerima. Juga aku pelajari tentang, bila kita memberi, jangan mengharapkan balasan. Ini kerana memberi dengan ikhlas itu akan membuatkan kita berasa sangat gembira. Tetapi jika kita mengharapkan balasan, kita akan kecewa akhirnya. Sungguh, aku sangat terasa dengan situasi ini, terus ditanam didalam hati, agar segala pemberian itu, adalah ikhlas dan aku juga tidak akan mengharapkan pembalasan. Bila berbicara tentang ini, aku tersentuh dan sangat sedih. Sebab contoh yang telah penceramah berikan tu, betul-betul aku terasa. " Ia berkisar tentang seorang gadis yang sangat kecewa dengan teman lelakinya, yang mana pada ketika itu, dia sangap mengharapkan pengertian dari sang lelaki, supaya tidak berhubung dengan dia selama beberapa ketika kerana ingin bersedia untuk meghadapi peperiksaan, tapi salah faham yang berlaku ialah, lelaki itu pula memberitahu kepada sahabat-sahabat lain yang hubungan mereka telah putus, dan seterusnya, gadis ini bertemu kaunselor dan menceritakan bahawa dia sangat kecewa dengan lelaki itu, dan mengenangkan dia telah banyak membantu lelaki itu, dan dia berasa sangat bahagia ketika dapat membantu lelaki itu suatu ketika dulu". Sungguh, aku terasa dan tersedar sendiri. Sebelum ini aku sedar akan hal ini, tetapi aku lebih mengikut kata hati. Padahnya..aku yang kecewa disini.

2 comments on "Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima"

Anonymous said...

thanks 2 u...
teruskan ulasan2 anda utk tajuk2 mendatang yer..

aisHa 'S' on April 5, 2009 at 12:16 PM said...

kak mizah rajin betul baca blog org yer..hehehe..
okay..
saya da terlepas tajuk bes iaitu CINTA dalam HATI...
uWaaaaa...

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez