Datang class hari sabtu, mood tak seberapa pun, lec mengajar kat depan, aku xdapat nak focus, memang langsung tak faham walau mata mengadap kt papan putih tu. Aku pun tak tahu kenapa, subjek VB ni bukan susah sangat pun, dan aku juga pernah belajar subjek ni kat politeknik dulu, tapi kenapa dekat sini, aku tak ada semangat pun bila class VB. Oh tuhan, kenapa dengan aku ni, dalam class tadi pun aku memang fikir pasal ni je la. Bukan fikir sal pakwe yer (
Senang cerita, dekat sini aku tak ada mood sebab assignment tak siap. Sebab apa tak siap, semua tu salah penyakit 'M'. Aku dapat siapkan 90% assignment mandarin je. VB tak sentuh pun, aku kira VB ni tak susah pun, tak banyak koding dan tak rumit sangat, tapi sebab tak susah la aku jadi macam ni, sebab tak rumit la aku tak study, ciannye kat diri aku,suka menggagalkan diri sendiri.
Actually, aku jeles bila tengok orang lain study, seronok je kan diorang study, kenapa aku tak rasa macam tu pun, aku lebih pentingkan perkara lain dulu.Tapi bila aku mula rajin untuk study, kalau boleh aku nak semua kawan-kawan aku study sama. Tapi, bila penyakit 'M' menyerang, aku always down dan cuma biarkan masa berlalu macam tu je. Betapa RUGInya aku.
Kelas mandarin hari ni agak tekanan sikit, sebab ada oral test. Aku tak baca pun lagi teks yang perlu aku hafal tu, cuma tengok sikit-sikit je. Aku da dapat agak la, kelas mandarin nanti mesti aku akan nak marah-marah je, sebenarnya,tu aku nak marah dekat diri sendiri sebab lalai, ni semua gara-gara cuti sem hari tu la (tetiba cuti pula yang disalahkan). Seminggu duk rumah, memang betul-betul aku cuti la. Ishk...Bawa balik buku banyak. Hurm,tapi haram,aku tak sentuh pun semua assignment tu,semua buat time kt kelas. Inilah namanya 'Hangat-hangat tahi ayam' ye adik-adik.
Pasni, tobat taknak macam ni lagi. Boleh caya tak ni ? ;(
p/s : Sekarang ni aku tengan kelas VB.Net lagi. Tengah buat assignment, tapi sempat plak aku blogging. Teruknya.. Well sebenarnya kerja dia aku boleh buat, tapi aku malas nak fikir, so ambik jalan senang je. Nasib la aku ada basic sikit-sikit sal VB ni, kalau tak mati la. Sebelah je ngan sudut hati, sebenarnya darah tengah gemuruh ni,risau kelas mandarin nanti. Bukan risau pasal assingment, tapi pasal Oral Test. Assignment syukur la da nak siap. Memang jenis aku boleh buat kerja bila last minit erk..? Bile tekanan baru kerja jalan. Memang sesuai la aku ngan result aku tu kan.? Dalam hati, "Dean List Please"..Wakaka..mimpi di siang hari. Memang takkan dapat la kalau aku macam ni je..
Ada kesedaran sahaja, tak ada usaha, Tak guna juga kan.?
Moral of the story : Amalkan buat kerja Last Minute !!!
2 comments on "Visual Basic vs Mandarin"
huhu cite yg menarik la sha..~!
hehe bile pk2 mcm penyakit kite ni same je la..huhu..
suke susahkn dri sendri..suke tensionkn diri sendiri..huhu..
kn..??
hehe,biasala..tgk org berjaya nk berjaya nk berjaya gak..tp malas...
Post a Comment