Saturday, August 29, 2009

Damba Cinta Mu

Posted by aisHa 'S' at 8/29/2009 11:39:00 PM

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

===============================

♥♥ Di hujung kegelapan pasti ada cahaya sedang menunggu. Hanya KESABARAN, KETABAHAN, KEGIGIHAN yang mampu membawa keluar dari kegelapan menuju kepada cahaya.♥♥
_______________________________

p/s :- Kadang-kadang aku merasakan bahawa aku keseorangan. Tetapi hakikatnya aku alpa bahawa, DIA masih ada. Subhanallah....Semoga pemilik hati ini memberi kekuatan kepadaku dan menjauhkan aku dari putus asa.Amin. Sesungguhnya aku terasa sangat jauh....Moga dijauhkan sifat iri hati dan benci dalam diri ini. Cemburukah aku...?

0 comments on "Damba Cinta Mu"

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez