Saturday, August 1, 2009

Weekend sama dengan Masjid Jamek

Posted by aisHa 'S' at 8/01/2009 05:58:00 PM
Salam....

Ohayo, Hari ini 1 Ogos 2009 bersamaan dengan 10 Syaban 1430H.
Hari ini dalam sejarah hidupku.

Tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan ye. Hari ni hari sabtu, aku plan dengan kak ikin untuk pergi ke masjid jamek, kononnya nak belikan kain untuk mak angkat kami.Plan pukul 2.30petang. Semasa aku menapak ke stesen lrt bangsar, aku tengok jalan jam gila, dalam hati terdetik la, hari ni hari minggu ramai yang keluar kot, lepas tu terjumpa dengan kawan yang sama-sama duk hostel ni, dia tanya aku nak pergi mana, aku cakap nak pergi masjid jamek. Dia cakap tak boleh pergi, masjid jamek tutup, kat sana ada rusuhan. Aku terkejut antara percaya atau tidak. Lepas tu aku teruskan juga perjalanan jumpa kak ikin kat atas stesen ni, cakap kat dia masjid jamek tak boleh pergi, aku siap tanya akak dekat kaunter tu lagi. Kitorang pun ubah rancangan pergi kl sentral, peh ramai gila makhluk tuhan kati cini.

Masa dekat kl sentral aku tengok ramai betul abang-abang polis. Diorang tegah berjaga-jaga kot. Lepas makan kami plan pergi sogo je la.

Sampai je dekat stesen dang wangi menapak la nak pergi sogo, kami dengar bunyi helikoper,ada dua buah helikopter masa tu. Maybe tv3 kot. Aku mengagak ni mesti rusuhan dekat depan ni je.Ssampai je dekat Imperial Hotel, tetiba mata rase pedih, hidung pun sakit gak.Tengok orang yang berjalan dari arah depan tutup hidung. Kami berhenti jap, tengok orang yang lalu lalang,ada yang pakai topeng, ada yang tutup hidung dengan towel, ada yang siap pakai google, macam tahu-tahu je kan.Aku pun fikir, ni mesti orang yang sertai perhimpunan haram tu. Lepas tu aku nampak la pak cik tu pakai baju "Mansuhkan ISA." PErgh, aku kecut perut gak.Tak lama tu ada dua orang lelaki lalu, sorang tu tegur kami,dia tanye, tak pedih mata ke.? Kak ikin cakap la pedih juga. Lepas tu yang sorang lagi pula tanya macam mana nak pergi pudu. Kami cakap la masjid jamek tutup.So kena pergi pasar seni dulu la. LEpas diorang pergi kami cakap la, ni mesti orang jauh ni.Semua berkumpul kat sini.

After that, kami yang degil ini pun meneruskan perjalanan menuju ke Maju
Junction. Masa tu tengok makin ramai orang duk berkumppul sambil pakai topeng. Sampi je dekat simpang empat depan MJ, tengok polis dan orang ramai.Aku sempat cakap dekat kak ikin, jangan kita yang kena tangkap sudah la.TEtiba dengar orang menjerit, "LAri-lari.!!" Semua kalut duk lari.MAsa tu aku tengok gas pemedih mata dilepaskan.Serius aku rasa macam sedang berperang, dengan bunyi tembakannya. Macam mimpi la. Lepastu nampak asap berkepul. Sedang aku lari tu, orang kat depan terjatuh,kesian dia.Aku ni pulak buat sengal,tetiba aku jadi berani, aku berhenti dan ambik gambar dulu.Giler weh...Kak ikin dah kedepan dah tinggalkan aku.Tengok mak cik-mak cik duk lari.Semua tutup hidung.Mata aku dah berair da. Kami lari tak jauh pun, kebetulan bangunan tu pintu tak tutup,kami menumpang duk dalam bangunan ofis,tengok orang ramai. Kitorang gelak, giler la macam tak caya kami alami semua ni, berada dekat orang buat perhimpunan haram. Tak boleh nak bayangkan perasaan time tu. Seakan bukan realiti je. 1st time tengok keadaan macam ni.Tengah duk intai-intai tu, tengok la beberapa pelancong asing lalu lalang. Aku cakap, malu giler la kat diorang ni, tengok negara kita macam ni. Lama juga lepak dalam ofis tu, nasib ada abang yang baik hati bagi kitorang masuk ofis dia. Dalam 30minit lebih duk dalam tu, kitorang balik je la.Tak jadi pergi sogo.Kui-kui-kui. Terbayang mak n ayah dekat kampung.Kalau lah apa-apa jadi tadi. Malam ni plan call my mom.Nak cerita apa yang jadi.

Gambar kat bawah ni, situasi semasa orang ramai kalut berlari. Masa tu siap ada yang sempat ambil gambar lagi. Lepas beberapa lama gas pemedih dilepaskan, ada yang berkumpul balik dekat situ.Buat apa ntah.








Nota mata dan telinga : Pagi tadi aku bermimpi, dekat tempat tidur aku ada dua ekor ular. Seekor betina dan seekor jantan. Ular betina sednag pregnant. Mereka duduk bawah bantal aku je. Dekat hostel dan bilik serta atas katil yang aku duduk sekarang. Tetiba, ular betina melahirkan seekor anak kucing. Si ular jantan mengamuk, sebab anak yang lahir bukan anak dia. Lepas tu aku lupa apa yang jadi dalam mimpi tu, aku tak ingat aku kena patu ke tak. Tapi yang pasti, bila aku bangun tidur, aku rasa macam ular tu betul-betul ada bawah bantal aku. Bila aku tengok bawah bantal, syukur tak ada apa-apa.
Aku tertanya-tanya, apa maksunya ye mimpi macam tu.Dan yang pelik ;agi ajaibnya, sejak bila pula ular beranak. Ularkan sejenis bakteria.MEsti die bertelur kan.? Lagi satu, kenapa yang keluar tu anak kucing..? Ishk, musykil aku.Abaikan jer la...



4 comments on "Weekend sama dengan Masjid Jamek"

tricksterdante on August 6, 2009 at 1:29 AM said...

huhu,
ingt nk join gak demontrasi ni,
tapi x dapat coz kena pegi jadi sukarela utk futsal JPT,
lau x bleh la makan asap skali,
hehe

aisHa 'S' on August 12, 2009 at 1:18 AM said...

wah..ada hati nk pegi tu..
xpayah la...
seram akak tgk....
silap2 nnti kena tangkap....
kan da ssh..
huhu

retro rare lover on August 13, 2009 at 11:27 PM said...

wah..mmg gamble...klu kena tgkap...dak ipt lak 2..haha,..mmg sakit..sbb dak ipt yg paling dia nak angkut...depa cakap boneka politik pembangkang...di bayar duit tok sertai perhimpunan mcm ne...tp xtau la sejauh mana kebenarannya kan????

org tua2 cakap klu mimpi ular..kita akan dapat rezki@jd kaya...wallahualam

aisHa 'S' on August 17, 2009 at 12:43 AM said...

huhu..masa tu dah beringat dah.Tp kami langsung tak bersalah.so tiaa sebab utk dihukum..Cewah....

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez