Sudah sekian lama penyakit jiwa kacau tak mengganggu aku. Kehidupan yang sebelum ini biasa-biasa sahaja. Sampailah di suatu hari aku jadi jiwa kacau balik. Apa yang buat aku jadi sengal ntah.Semua tak menentu. Hujan sudah mula turun. Banjir sorang-sorang dalam gelap.Orang lain tengah syok tidur. Buang karan betul.Pergi kampus pun termenung panjang. Subahanallah.Aku tak tahu nak cakap apa.Buka je mata dari tidur aku teringat sal itu. Baru aku terfikir tentang diri sendiri.
Selama ini aku dapat hindarkan perasaan itu, tetapi tak tahu kenapa sekarang.?
Aku pun tak tahu, kenapa aku jadi lemah balik.?
Sengal kan.Benda bukan baru sehari dua.Tapi sudah makan tahun da.
Aku tetap macam ni....!!!
-----------------------------------------------------------
Aku cuma mampu bertanya pada diri, siapa aku..? Bila dia perlukan aku..?
Pernah tak dia fikir tentang aku.?
Mengharap pada yang tak sudi.
Menunggu suatu yang tak pasti.
Aku pun tak tahu sampai bila.
Bercinta memang mudah. Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cinta itulah yang payah.
Untuk mendapatkan kembali kasih sayang yang telah hilang bukan senanng. Ia, cinta itu indah, dan sangat indah jika diberikan pada seseorang yang tepat. Tetapi harus diingat, Cinta dan kasih sayang saya adalah untuk orang yang benar-benar ikhlas menyayangi saya, BUKAN untuk dipersendakan.!!!
Apa yang aku boleh cakap,CINTA itu memang indah. Permulaannya sangat bahagia. Pertengahan yang sedikit terpalit duka, tetapi pengakhiran penentu segala. Cinta itu sangat senang untuk bermula,tetapi terlalu sakit untuk berakhir. Kalau tidak aku, pastu kamu yang akan kecewa. Jika bukan aku yang sakit, pasti kamu yang beduka. Tetapi cinta itu tidak bermakna jika hanya sebelah pihak sahaja yang beria.... Love is Sharing. Ada give and take.
Yes, love is beautiful, like a butterfly... Berbahagialah kamu pada yang sedang bercinta. Tapi paa yang single, Jangan berduka.Hehe, sebab kita serupa...Jangan dilupa pada cintaNYA. Itu lebih hakiki....Jangan derita kerana cinta.
---------------------------------------------------------
Dah lama aku hindarkan perkara ini.Sebab aku tahu,aku tak perlukannya sekarang.Tetapi kenapa perkara tiba-tiba datang balik.? Tengok da jiwa kacau balik.Tak ke sakit tu.???
Sekarang kepala asyik sakit je.Migrain ker.? Tension ker..? Anikah harga yang perlu aku bayar.?
Tuhan aku pohon moga dikuatkan semangatku. Beri petunjukmu.Tak tahu apa lagi aku nak buat.Aku cuma berserah padamu. Tak tahu jalan mana yang harus aku pilih. Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku menangis semalam dan masih mampu tersenyum pada hari ini.Cuma aku tidak pasti pada hari esok.?
............................................................
Pesanan buat diri :-
Weh xpenting pun sume ni. Belajar la dulu.Jangan fikir sangat.Satu hari sinar akan kembali. InsyaAllah.Moga hari-hari mendatang aku tetap sabar. Oh pemilik hati, TABAHkan aku.
"Jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Jangan terlalu mengaguminya dan jangan mengharap dia terlalu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa meninggalkanya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya."
Prestasi Unit Trust Ekuiti Malaysia 2023
10 months ago
2 comments on "Merawat hati."
kita serupa....sabaq ja na...
hehe....eleh org itu bru putus cinta na....
xper..muda lg.Jodoh pertemuan di tangan tuhan.Kita sebagai hamba ni perlu berusaha dan redho jer.
InsyaAllah, tuhan sudah tentukan apa yang terbaik untuk kita.
Post a Comment