Wednesday, June 27, 2012

Kawan saya nak kahwin

Posted by aisHa 'S' at 6/27/2012 11:46:00 PM 0 comments

Sabtu ni kawan saya kawin. Sebenarnya agak segan juga nak pergi walaupun kawan dah lama kenal. Dari zaman form 4 lagi sampailah sekarang ni. Tapi disebabkan dah lama tak contact sebab saya da deactive facebook yang lama, then terus tak ambil tahu langsung perkembangan masing-masing. Pernah juga la beberapa bulan yang lepas beliau mesej sebab nak confirmkan no telefon saya. Lepas tu tak contact lagi dah. Zaman sekarang ni masing-masing bergantng dengan fb untuk tahu perkembangan kawan-kawan. Kalau orang kuno macam saya ni yang tak ada fb, jadi tak tahu langsung la pasal kawan-kawan. Beberapa bulan sebelum perkahwinan kawan saya ni, saya cuba contact beliau balik, ye la sebab yang menghilangkan diri ialah saya, tapi beberapa kali hantar whats app tapi tak dapat.So saya kira beliau dah tukar nombor la. Terasa pilu juga di hati, then satu hari tu ada dapat mesej dari beliau, katanya mahu menjemput datang kenduri dekat rumahnya 30 jun ni. Terharu juga la bila bacanya, semangat terus nak balik kampung. Syukur juga beliau tak lupakan saya di hari bahagianya. Ingatkan terus tak di jemputnya. Jadi bukan saya seorang saja yang ingat, rupanya beliau juga mungkin ingat untuk jemput saya, tapi sebab kekangan masa dan hal-hal lainyang buat jadi macam ni. Thanks kawan sebab sudi jemput. Sebab aku memang teringin sangat nak pergi ke majlis kawan-kawan. Tambah pula kita dah kenal lama. Penah makan sepinggan, tidur sebantal. Aku tumpang rumah sewa ko, ko tumpang rumah sewa aku masa zaman politeknik dulu. Jadi mungkin atas dasar itu kalau tak jemput terasa ralat sikit. Semoga berbahagia kawan. Kawin juga korang akhirnya. Dah 2orang kawan saya yang berkenalan di zaman politeknik dulu kahwin. Sekali lagi rasa cemburu sebab mereka mampu pertahankan relationship tu. Saya macam mana lah agaknye, belum masuk pertengahan da tumbang. Harapannya dapatlah saya dan beliau mempertahankan hubungan ni, banyak lagi perkara yang kena lalui.  Hee...

 
Soalan yang paling tak nak disoal ialah, "Mu ngan sapo lening.?"
Itu adalah soalan yang agak susah sikit untuk saya jawab. Tambah pula kawan saya ni kenal dengan awak, satu politeknik  pulak dengan awak. 
Takkan saya nak cakap, "aku dengan ''amar syah" la dengan sape lagi...?
Rasa rendah diri je, kalau boleh saya tak nak pun kawan-kawan tahu pasal kita. biar dia jadi rahsia dulu. Sebab kalau tak jadi nanti segan la pulak. Dulu kapel beria je, pastu clash. Orang lain dah fasa bertunang, berkahwin dan beranak-pinak dah, kita tak tahu mana lagi tujuan. Jadi, biarlah rahsia dulu. Hurm...

Monday, June 25, 2012

Searching baju raya

Posted by aisHa 'S' at 6/25/2012 11:48:00 AM 0 comments
Baru lepas mengemas, mencuci dan menyusun bahagian dapur rumah. Lepas tu rasa bosan. Malas nak terperap dalam bilik, jadi kita online sambil menonton tv. Belek-belek fb tapi terasa bosan. Buka page Heliza Helmi dan tengok pic dia menggayakan baju yang cantik . Then terus terfikir, raya nanti nak pakai baju jubah macam ni la. Kalau kat KL harga dia mesti mahal. Kalau ada duit mesti best shopping. Hurm.... Tapi nak try search baju macam ni nanti. mueheheee..

Disebabkan kenaikan berat badan yang sedang berlangsung sekarang, daku merasakan pemakaian baju jubah macam ni boleh membantu menutupi lelemak yang telah mula bersarang.
Sekian.

Sunday, June 24, 2012

Just thinking.

Posted by aisHa 'S' at 6/24/2012 01:55:00 AM 0 comments
Kadang-kadang bila saya tengok gambar awak, saya selalu bertanya, "Kenapa aku sayang dia ye.?"
Selalunya bila saya kenal kawan lelaki lain, saya selalu compare mereka dengan awak. Dan awak selalu akan menang. Saya tak tahu kenapa, saya tak nampak kelebihan orang lain. Pada saya awak da cukup sempurna. Walaupun awak selalu buat saya menangis, tapi awak uga yang merawat luka saya. Buat saya gembira dan menikmati rasa bahagia itu kembali.
Saya tak nak terlalu mengagungkan awak dalam hidup saya. Sebab haluan kita tak tahu kemana lagi. Tapi awak juga keutamaan dalam hidup saya selain family saya.


Kadang-kadang saya rasa penat, terutama bila tengah gadoh, bila awak marah saya, bila awak tak reply mesej saya, bila saya je yang selalu buat silap. Masa tu saya cuma fikir, dulu tak ada pun semua ni. Tak ada orang nak marah saya, terasa dengan saya. Dulu saya bebas, tapi sekarang saya tersekat dalam banyak perkara. Kadang-kadang saya fikir, ada baiknya juga kita begini.


Awak, kalau awak baca coretan ni, saya tak tahu apa yang awak akan rasa. Mungkin marah,atau mungkin tak kisah pun. Saya doakan yang terbaik dalam hidup awak. Pertemuan dan perkenalan kita ni mungkin ada sebab dan hikmahnya.Semoga berjaya untuk awak.

Monday, June 18, 2012

Matun Lebah ♥

Posted by aisHa 'S' at 6/18/2012 11:58:00 AM 0 comments
Miss you too.. ♥♥♥
Saya pun frust jugak kita  tak dapat jumpa.. nak story morry... snap-snap.. menggediks ngan awok.
aigoo.. bilakah agaknye dapat ketemu. nanti sekembalinya saya ke KL saya bawa la apa-apa yang ada..
Lagipun masa tu awak dah jadi student dah. Hihii...confirm awak busy punya dengan dunia baru awak.
InsyaAllah nanti ada apa-apa yang berkenan saya bawak la..
Kalau ada kesempatan nak juga lepak kt seoul garden dengan awak. Tapi tak nak plan lagi. cuma berhajat je. Kalau nanti ada kesempatan kita pergi la. Pergi berdua je tak best, tak seronok, tak meriah nanti. nak pergi makan-makan tempat macam tu kena ramai-ramai. baru makan pun banyak.
Seoul Garden tu dah menjadi tempat wajib untuk saya pergi every month. start bulan Januari 2012 dia mula jadi satu kewajipan untuk saya bersantap disana. So memang ada plan nak pergi dengan awak la nanti. Tapi tak tahu la bila. :p
Ada masa dan panjang umur kita jumpa. Jangan risau okay.
Rinduuuuu awak juga. ^___^
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez