Wednesday, March 31, 2010

Kesabaran = keuntungan

Posted by aisHa 'S' at 3/31/2010 07:48:00 PM 1 comments
"Kesabaran lebih menguntungkan dari kekuatan yang dimiliki."
"Kemarahan dan kebencian akan hilang bila kita memaafkan."

Terasa macam nak makan meggi la plak....Ops..MAKAN.?
haha..
setelah seminggu bermogok lapar..Malam hari ni nak makan pulak. Esok kita sambung mogok balik ye..wakaka...Esok ada presentation so kena ada tenaga.Tak boleh lemah longlai depan classmate.Dan paling menakutkan, kalau-kalau ter"PENGSAN" pulak nanti dalam kelas esok masa present. So tak nak la macam tu. Kita sambung mogok esok pulak ye..Hehehe...

Maggie ayam...Yummy-yummy.

Hidup ini.

Posted by aisHa 'S' at 3/31/2010 12:32:00 AM 0 comments

"Hidup ini seperti mengupas kulit bawang, sekali anda mengupas kulitnya,sesekali air mata anda akan mengalir menitis ke bumi"


Perjuangan untuk masa depan yang semakin ke hujung. Semakin hampir ke final exam. Semakin hampir ke hari presentation FYP (final year project).

Teringan nak buka facebook..Tapi kalau buka facebook nanti sakit lagi..So aku lupakan pasal facebook dulu.

Malam ni nak berkata-kata dengan quotes kat bawah ni jer.



~~'Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan. Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka. Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya kalau dia ``berjaya`` itu bukan kejayaan tapi kebetulan. Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup. Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur.'~~


p/s:- Pening kepala ku..Huargghh..Rase macam nak tercabut biji mata. Loya-loya tekak jer..Adakah ini sindrom biasa yang dialami bagi oang yang tak makan nasi.? Oh ya..Dah genap seminggu. Esok tak makan lagi... :-)

--Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.--

Monday, March 29, 2010

Rasa nak pitam je.

Posted by aisHa 'S' at 3/29/2010 09:17:00 PM 0 comments
Mungkin kesan daripada mogok lapar selama beberapa hari yang memang langsung tak memberi faedah kepada badan dan menyeksa diri tapi aku nak buat gak.!
Start hari rabu 24 mac 2010 sampai hari isnin 29 mac 2010. Cuba kira da berapa hari aku tak makan nasi. Aku teruskan hidup dengan berbekalkan air masak dan minum milo(sarapan pagi dua hari lepas cicah biskut kering) Kalau sebelum tu langsung tak makan. Selera makan aku terus hilang weh sejak kejadian itu. Sungguh sakit dan memeritkan aku rasa. Tapi aku kuatkan semangat dan degilkan hati perut aku ni dengan mogok lapar. Sampai bila tak tahu. Maybe sampai berlaku sesuatu kat aku kot.


T__T

Note to self : Be careful with your heart...♥♡♥



Nota kaki:- Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti(baginya) dan kamu harus membiarkannya pergi.
sob-sob..Aku tak leh biarkan..uWaaaaaaa...

p/s : Ngah layan lagu Kekasih tak dianggap(kertas band) dengan Lagu rindu (kerispatih).

Sunday, March 28, 2010

Facebook lagi.

Posted by aisHa 'S' at 3/28/2010 09:17:00 PM 3 comments


Agaknya dah berapa kolam air mata yang dah aku habiskan sebab facebook ni.?
Hari-hari jadi stalker. Asal buka facebook je mesti aku jadi spy. Lepas tu marah sorang-sorang. Lepas tu post status bukan-bukan.

Then kawan-kawan komen. Memula macam bagus la kan.Ada orang bagi nasihat, tapi lama-lama aku rase cam useless pun ada. Sebab aku rasa mesti orang menyampah bila tengok status aku yang ntah pape. Asyik marah-marah je. Pastu kutuk-kutuk belakang. Pastu delete aku sebagai friendlist dia. Haha...

Yang kenal tu okay la, sebab tau masalah aku, tapi yang tak kenal tu.? Mesti rase aku weird gile sebab hari-hari bad mood.Aku pun tak tahu sampai bila nak jadi macam ni. Sebab aku rasa, aku ni bosan gila. Tak ada kerja pergi cari kerja. So okay la. Setakat ni aktiviti spy aku terhenti seketika. Tak nak online facebook lagi. Majuk da. Tambahan pula aku da add kakak dan abang aku kat facebook tu.So tak nak nanti dorang tengok adik dorang perangai apa macam ni.? Kat rumah senyap je.Haha...Apa yang aku perasan kakak aku pun da delete sume status die lepas approve aku. Mau sorok yer..??? kah-kah-kah.

Sekarang ni dah berapa hari aku tak online facebook. Sebabnya.?
Udah-udah la tu.Sakit hati sesorang. Menangis sesorang. Bukan dapat apa pun. Seksa badan jer.

P/s :- kepada kawan-kawan yang add dekat facebook tu. Sorry yer.Sekarang ni tak online lagi. Tunggu la beberapa purnama lagi. Bila saya online. akan ku approve kan semua.Terima kasih sebab sudi menjadi kawan saya, di kampus dan juga di alam maya ini. Sesungguhnya saya amat memerlukan bimbingan dan nasihat dari kawan-kawan. Al-maklumlah, saya ni umpama perahu kecil yang hanyut di lautan. Tak tahu arah tuju lagi.


Sekian.

"Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa"

Nota kaki:- Dah berapa hari tak makan nasi.? Sampai bila tak nak makan.? Kita tunggu dan lihat sajalah. Terima kasih untuk kamu sebab buat saya jadi macam ni.

''Hati yang patah bukanlah dalih untuk melangkah dengan goyah, tapi satu peringatan agar langkah tidak kembali salah. ''

Wednesday, March 24, 2010

i HATE THIS..!!!

Posted by aisHa 'S' at 3/24/2010 06:36:00 AM 4 comments

sick again....

thanks to you...

T_T



JUZ KILL ME.!!!

Tuesday, March 23, 2010

Facebook punya pasal.

Posted by aisHa 'S' at 3/23/2010 03:33:00 AM 2 comments
Salam.

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab

Cewah kali ni starting je da bagi peribahasa...
Berkisar tentang kemahuan dan kehendak. Untuk dapatkan apa yang kita mahukan, kita akan usahakan untuk dapatkannya. Tapi kalau kita tak nak, macam-macam alasan yang diberi. Macam yang aku tengah buat sekarang ni la...kikiki..


Pukul 3 pagi tak tidur lagi sebab nak update blog. Tapi cuba buat assignment, awal-awal lagi akan tutup laptop dan tutup mata...ADeh la..Apa nak jadi ni.? Final lagi sebulan lebih jer..
Final year project pun ntah kemana lagi. Sempat siap tak..?

*****************

Tadi ada seorang kawan bertanya, kenapa offline dekat facebook. Aku cuma cakap, malas nak online, nanti sakit hati je keje. Makan hati sorang-sorang. So dia pun cerita tentang awek dia pun selalu jeles tengok status atau komen antara kawan-kawan perempuan dengan pakwenya. Sampai menangis-nangis. Well untuk pengetahuan sahabatku itu, bukan awek awak je macam tu, ni orang yang sedang bercerita pun macam tu jugak.! Faham tak.?? Sakitnya hati tuhan saja yang tahu. Nak marah-marah nanti kawan-kawan lain baca tak elok pulak nampak kan. So diamkan je la. Tapi sampai bila.?

Kawan aku yang lelaki ni cakap, "org nk jugak kcau member2,nie puji n nganjimg member pon jeles. gurlll o gurllllll y u like this.? "

Aku lak ckp : "well... org pn cmtu gak...tp org xjeles kalo die adil ngn kite."

Hehe..Boleh ke nak adil.? Ntah la. Bagi aku, fb ni banyak bagi masalah jiwa kat aku. Uwaaaa...
Sebab tu kot banyak kes penceraian berlaku kerana fb sekarang ni ek...

Nota kaki : Bila kesetiaan makin berkurangan. Kepercayaan juga akan tergugat.
Sekian...

Click Me~
Update : member aku tak setuju dengan ayat aku tu, die bagi ayat die...
"bila kesetiaan betambah,kepercayaan plak bekurang....so nangisss laaaa"
Persoalan, Ye ker kesetiaan bertambah.? Bertambah macam mana tu yer.? Sila jelaskan.
Click Me~

Monday, March 22, 2010

New Background + New header = what's new.??

Posted by aisHa 'S' at 3/22/2010 08:28:00 PM 36 comments
Salam,
Hari ni aku berjaya tukar layout baru dengan header baru..

kali ni tema colorful gitu. Semoga hidup kita selepas ini lebih berwarna warni dan indah.

Jeng-jeng-jeng.....
Harap-harap mood update blog pun makin bertambah la...
Trying to get new idea and new story here..
adios ya...

(^_^)

"Dalam kesusahan selalu ada nikmat dan kebahagiaan, namun kebahagiaan materi yang didapat dari sebuah transaksi ideologi justru hanya mendatangkan petaka pada suatu saat." Almarhum Tgk. Ghazali Abdul Hamid


Nota Kaki :- Akan mengundur dari facebook buat seketika, kerana banyak kesakitan yang aku temui di situ.. Sick of crying alone, sick of being alone, sick of being a sTalker, sick of everything.

Sunday, March 21, 2010

Agak2 aku mampu ker.?

Posted by aisHa 'S' at 3/21/2010 01:39:00 PM 0 comments

Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia...

_______________________________
Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.

"Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya," .

"Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."
------------------------------------
Nota kaki :- dipetik dari Pengajaran kisah dan tauladan.

Thursday, March 18, 2010

Cinta Seekor Cicak

Posted by aisHa 'S' at 3/18/2010 10:39:00 PM 0 comments














Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.


So what about us.?
Berapa lama kita sanggup memerhati, setia dan berkorban untuk pasangan kita.?

Nota:- Cerita dipetik dari blog ni.

CINTA PERLUKAN KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN DAN KEGEMBIRAAN????

Posted by aisHa 'S' at 3/18/2010 12:58:00 AM 2 comments
Alkisah disuatu pulau kecil, tinggallah benda
abstrak. Ada Cinta, Kekayaan, Kecantikan,
Kegembiraan, Kesedihan dan sebagainya. Pada
awalnya mereka hidup bersama dengan aman dan
saling memerlukan. Namun pada suatu hari, badai
datang menghempas pulau kecil itu tiba-tiba
bergelombang dan menimbulkan ombak yang
sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu.
Semua penghuni di pulau itu segera berusaha
menyelamatkan diri.

Cinta sangat bimbang kerana ia tidak memiliki
perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta
bantuan. Sementara itu air semakin naik
membasahi kaki Cinta. tidak lama kemudian
kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu.

"Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!" teriak
Cinta. dengan segera Kekayaan pun menjawab, "Ohh! maafkan aku Cinta", kata kekayaan. "Perahuku telah penuh dengan semua hartaku. Aku tak dapat membawamu Bersama, nanti perahu aku tenggelam. Lagipun tak ada ruang untuk kau di perahuku ini."

Cinta amat sedih sekali, namun kemudiannya dia
melihat Kegembiraan melintasi di depannya dengan
sebuah perahu.

" Kegembiraan! TOLONGLAH aku!" TERIAK CINTA.
Oleh kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana
dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung
tidak mendengari teriakan Cinta. Air semakin
meninggi membasahi Cinta sampai ke paras
pinggang dan Cinta semakin panik. Tidak lama
selepas itu, lalulah Kecantikan di depannya.

"Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!"teriak Cinta

"Wah, Cinta kamu sudah basah dan kotor. Aku tak
boleh membawamu bersama. Nanti kau akan
mengotorkan perahuku yang indah ini." sahut
Kecantikan. Cinta amat sedih mendengarnya. Cinta
mula menangis teresak-esak.

"Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak
memperdulikan aku?" rintihannya sayu.

Ketika Cinta sedang menangis, lalulah pula
kesedihan dengan perahunya.

"Ohh, kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata
cinta

"Maaf, Cinta. Aku sedang bersedih dan aku ingin
bersendirian..." kata Kesedihan sambil terus
mendayung perahunya. Cinta sudah mula putus
asa.
Air semakin naik dan akan menenggelamkannya.
Cinta terus berharap agar dirinya akan
diselamatkan orang. Dia berdoa kepada Tuhan. "Oh
Tuhan tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia
tanpa aku, tanpa cinta?"

Pada saat yang kriktikal itu, tiba-tiba
terdengar suara memanggilnya,"Cinta! Mari cepat
naik ke perahuku!" Cinta menoleh ke arah suara
itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang
memutih sedang mendayung perahunya. Cinta pun
naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran,
orang tua itu menurunkan Cinta dan segera
meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru
Cinta sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah
gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah
menyelamatkannya itu. Cinta segera bertanya
kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa
sebenarnya orang itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu!" kata
orang itu.
cinta pun bertanya lagi." tapi mengapakah dia
menyelamatkan aku. Aku tak kenal dia. Sedangkan
kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak
mahu menolongku," Tanya Cinta kehairanan.

"Sebab, hanya waktulah yang tahu betapa
berharganya Cinta itu..." kata orang itu.
setelah itu fahamlah cinta akan kepentingannya
di dunia ini.

MORAL : ADAKAH CINTA PERLUKAN KEKAYAAN,
KECANTIKAN, KESEDIHAN DAN
KEGEMBIRAAN????


Note:-Dipetik dari Facebook.

Wednesday, March 17, 2010

Baeekkk Punya adab la.

Posted by aisHa 'S' at 3/17/2010 06:56:00 PM 3 comments
Salam.

Waduh2..setelah sekian lama saya seakan-akan lupakan blog pula...
hurm.Tak sibuk tetapi menyibuk jer..hoho...

Hari ni buka blog lagi dengan harapan nak update la,tapi dapat pula sesuatu memo ringkas dari chatbox ni. yang berbunyi...

"guest: Weyyy budak UniKL... Dot-dot-dot(jawatan) dot -dot-dot(nama orang) tak bayr duit sewa rumah... kaki kencing jer"


Sekarang ni kan, kalau tak puas hati, dekat mana-mana tempat kita boleh bagitau. Senang je,info tu dah boleh disampaikan. Tapi, biarlah dengan cara yang betul dan tidak memalukan orang, seperti yang telah saudara lakukan ini. Kalau betul beliau tidak membayar sewa, bagitau dekat tuan punya badan. Bukan dekat blog yang umum ini. Tapi mungkin hamba Allah ini tahu yang saya berkawan dengan beliau. So saya sudah sampaikan. Moga anda gembira ya. Dan dirahmati Allah selalu.Amin...

Sudah gembira hajat anda telah disampaikan.?

p/s:-oh ya.sebab tak nak dengar cerita dari sebelah pihak jer,So saya bertanya la tuan punya badan. Oit tak baik memfitnah tau.. DOSA BESAR tau.Aishk..Baik minta maaf dengan tuan badan sendiri.
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez