Thursday, December 25, 2008

♥♥Saat Kau Pergi♥♥

Posted by aisHa 'S' at 12/25/2008 08:49:00 AM 3 comments


Saat Kau Pergi


Saat kau pergi
Berlinanglah air mataku
Betapa singkat ku rasakan
Kebahagiaan itu
Kini lenyaplah sudah

Tak pernah ku inginkan
Perpisahan ini terjadi
Ku hanya bisa merelakan
Jika memang kau pikir
Ini lah yang terbaik

Tak perlu kau beri alasan
Mengapa kau ingin pergi meninggalkan diriku
Karena ku yakin mungkin semuanya itu bisa
Membuatmu bahagia

Sepenuhnya ku menyadari
Bahwa cinta itu tak mesti harus memiliki
Namun ku akan terus selalu menyayangimu
Setulusnya hati


Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan. Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran. Hiduplah dalam iman walau hari di penuhi godaan & berpeganglah kepada Allah walau DIA tak kelihatan.Bukti kasihNYA...kita wujud di dunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yang mengaku keimanan padaNYA. Jangan terlalu berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi. Moga lelahmu di hargai Ilahi walau dicemuh oleh insani.



Nota kaki : Saya bukanlah insan yg baik..juga bukan org yang sempurna..Saya hanya manusia biasa yang sangat lemah..Saya sedang bangkit dari kegagalan.. Cinta bagi saya amat berharga. Saya tidak mahu dikecewakan dan mengecewakan. Kerana saya tidak mahu ada hati yang terluka sepertimana saya sekarang. Saya sedang mencari hidup saya. Cinta saya yang hilang. Juga kejayaan buat keluarga saya.. Masih tidak dapat mencari jalan. Saya memilih untuk bertahan dan biarkan apa yang akan berlaku. Sebab saya percaya, pasti akan muncul sinaran.

Monday, December 22, 2008

Dating dengan MiSz Izzah

Posted by aisHa 'S' at 12/22/2008 02:52:00 PM 2 comments


Sabtu lepas, aku dating ngan cik izzah. Kami dating dekat KB Mall Kota Bharu kelantan. Cik Izzah ni tinggal dekat kelantan, tapi dia asal di negeri lain. Izzah ni merupakan salah satu kawan kepada kawan kepada kawan aku.Ehem..Ntah pape je ni. Aku kenal izzah da lama, kenal muka jer. Tengok dekat friendster kawan-kawan aku. Lepas tu, bulan jun lepas, masa sedang menikmati cuti semester, aku jalan-jalan ke dungun, ke rumah sewa sahabat tercinta iaitu cik maisarah.Dan berjumpa dengan my best friend Effah(Mak cik kepada amusy). So disebabkan Effah tinggal satu rumah dengan izzah, jadi hari itu la aku bertemu mata dengan cik Izzah ni. Aku tengok dia, dia tengok aku. Pastu senyum-senyum. Tak lama, malam tu dia add aku dekat friendster dia. Cuak juga aku masa tu, tetapi dengan senang hati je aku approve dia sebagai kawan dekat friendster. Orang ingin bersahabat, apa salahnya kan.? Tambah pula dia perempuan, jadi tak perlu la aku ragu-ragu menjadi kawan.

Lepas pada itu, aku add dia dekat myspace aku pula. Dari situ la bermulanya keakraban kami sebagai kawan. Di alam maya sahaja. Dan kini kami menjadi sahabat di blog pula. Tempat mencurahkan isi hati. Setelah berbulan- bulan menjadi kawan kami berhubung melalui telefon pula. Macam orang kapel lak..Hehe.. Aku senang berkawan dengan dia.Dan dia merupakan salah satu teman aku berkongsi cerita suka dan duka. Tapi of coz la banyak cerita duka kn..?

Setelah sekian lama berhubung, kami berkeputusan untuk bertemu muka. Jadi tertunailah sudah impian kami untuk berjumpa. Memula agak segan-segan juga masa nak jumpa tu. Biasa lah tak pernah sembang depan-depan. =) kelakar juga. Agak janggal la.Tapi nasib ada topik untuk dibicarakan. Kerana kawan-kepada kawan-kawan kami ni saling mengenali. Jadi bolehlah kita mengumpatkan..? Itu sahajalah bahan yang ada pun. So this is our pic together. Tak ada apa-apa barang yang dieli tanda persahabatan. Tapi tak apa, kami sudah berjanji untuk berjumpa lagi. Moga pertemuan kita nanti menjadi lebih kecoh. Ngee.. Good luck to my dear miSz iZZah. Semoga gembira dengan hidup baru yang bakal ditempuhi nanti. Thanks because u being a good friends to me. Even baru kenal. Tapi sudah mesra...Adios..

Teman tapi mesra..Opss.. :)



p/s : Teman-teman, terima kasih semua. Andalah teman yang baik. Pemberi semangat. Tempatku mengadu.

Dating with cik Maisarah

Posted by aisHa 'S' at 12/22/2008 02:11:00 PM 2 comments
Mau berlagak sama kami ka.?


Selasa lepas 16 Disember 2008 aku pergi ke kuala terengganu...
Pergi jumpa mybest friend merangkap adik angkat A S iaitu cik maisarah. Aku jumpa dia sebab lepas ni dia akan sambung study dekat UTHM. Dia dapat sambung degree kat sana..Uwaa....Jelesnye aku sebab aku masih lagi diploma dan baru nak masuk semester 3.

Well dua hari aku di sana..Malam itu kami berkongsi cerita suka dan duka. Dah lama aku tak berkongsi cerita dekat kawan-kawan macam malam tu. Sedih sangat, tapi aku lega, kadang-kadang rasa bersalah dekat A S, sebab suka bercerita masalah kami dekat orang. Tapi aku cuma konfius, walau tak dapat jawapan, sekurang-kurangnya aku lega. Ringan sikit beban aku, sebab dengan A S aku dah tak dapat nak berkongsi rasa seperti dulu lagi dah.Kerana dia punya hidupnya sendiri.

Kalau A S tahu tentang hal ini..Hehe..Sorry ya...

Cerita dua hari di Kuala terengganu, kenal-kenal dengan family cik sarah ni, aku ni agak malu-malu sikit orangnya dan jenis tak banyak bercakap, orang tanya sepatah aku jawab dua patah. Orang tanya sepuluh patah aku jawab dua patah. Malu siot, aku ni jenis tak banyak bergaul ker.? Lepas ni aku kena jadi sorang yang huha-huha la..kena banyak bercakap dengan orang tua-tua, kalau tak nanti orang cakap aku sombong pula..Hehe..

Nasib la family cik sarah ni ramai perempuan, jadi aku tidaklah segan sangat. Hehe.. Kerinduan kat Effah lak time ni..Teringat zaman kanak-kanak dulu, masa belajar kat poli, aku selalu jer bertandang ke rumah Effah. Itu yang buat aku lekat dengan A S tu..Hehe..Lepas ni tak ada dah cerita macam tu kot.

Hari pertama di Kuala terangganu, kami pergi ke pasar malam. Hehe bese la aktiviti ni kan. Malam tu shopping kat mydin mall. Antara mydin paling terbesar di pantai timur. Cik sarah nak shopping barang- barang untuk bawa pergi belajar nanti. Jadi orang jauh la dia lepas ni.

Esoknya, sebelum bertolak ke hentian bas kuala terengganu, kami pergi jalan-jalan makan angin dekat Pantai Batu Buruk. Bergambar sakan kat sana. Hehe. Sebab masih awal, dalam pukul dua lebih je, so tak ada apa-apa aktiviti la kat cini. Teringat tempat aku dan A S dating dulu..Haha..Kfc pantai batu buruk adalah lokasi kami.Kwang2...


Edisi kaki ku,kau dan dia...


Pokok rHu yang masih berdiri megah.

Peace, saya cik Maisarah. Single but not Availabe..Milik siapakah hati mu..?
Aku ada jawapannya. =)


Syukur juga dapat kenal dengan dia, sebab A S juga la kami saling berkenalan.Thanks to him. Kami kenal melaui mesej je. Tapi mungkin kerana keikhlasan hati, kami dapat menjadi kawan baik sekarang. Masa A S bercerita tentang adik angkat dia dekat aku dulu, Aku agak cemburu juga, Tapi lama-lama aku boleh terima dia dengan senang sekali. Aku ni kategori lembut hati ke.? Sebab aku ramai berkawan dengan kawan-kawan A S. Kebanyakan aku kenal dekat friendster sahaja. Berbulan-bulan kami mesej, tanggal 30 Ogos 2007 kami dapat jumpa. Aku pergi ke dungun untuk jumpa dia, Malam tu celebrate birthday aku kat dungun. Sangat seronok. Sekarang aku cuma berkongsi kesedihan dengan dia. Aku sayang dia.. Maaf sebab banyak menyusahkan anda ya cik sarah..

We are the best buddy.Sedihku sedihmu jua..
Sedihmu sedihku jua... Erk..

Thursday, December 18, 2008

Tak bertepi

Posted by aisHa 'S' at 12/18/2008 11:16:00 AM 0 comments
Hari ni pepagi aku kena pergi ke kedai beli kueh. Lepas tu dah sampai kat kedai, aku beli la kueh dan bila nak balik motor aku tiba-tiba kehabisan minyak. Mula lah mood aku tak baik, disebabkan kedai yang jual minyak motor agak jauh jadi aku ambil keputusan untuk jalan kaki sahaja balik ke rumah. Motor aku tinggal jer kat tepi jalan..Aku tak tahu lah orang kat kedai tu cakap apa bila tengok aku balik jalan kaki..hehe.. Masa jalan balik tu hati aku terdetik, tak baik betul aku mengeluh tadi,siapa tau ada hikmah kenapa aku balik jalan kaki hari ni kan. So aku pun bersyukur la,mungkin ada sebab disebalik semua kejadian ini..Haha.Balik jalan kaki best la juga,disebabkan aku ni tinggal kat kampung, jadi angin sempoi-sempoi jer..Tak sampai 10minit aku dah sampai kat rumah, urusan motor tu aku serahkan kat adik aku,malas aku nak ambik tahu,dorang ni pandai naik je,tak pandai isi minyak.

Lepas da sediakan breakfast tadi, aku masuk bilik dan layan lagu...Jiwa aku ni kerinduan. Pastu layan pulak lagu matta band ni. Aku hayati la maksud lagu ni..Wah boleh tahan, tapi slow sangat lagu ni, buat aku cepat bosan. So aku nak layan lagi la. :-) ..Sebab aku sekarang ni memang sedang buat macam ni pun..





Sampai kini, ku masih terluka karenamu
Dalam cintaku, tak pernah kau balas
Membuat hari sabar menanti

Sampai kini, ku masih berharap padamu
Walau ku tau kau tak kan mengerti
Arti sayangku yang tlah kuberi

Ku kan tetap setia menanti
Tak kan henti ku mencintai
Biar hati kan tetap sepi, karena cintaku tak bertepi
Cintaku padamu, sampai kini…

Tuesday, December 9, 2008

Cinta Mati

Posted by aisHa 'S' at 12/09/2008 08:05:00 PM 0 comments

Bagaimana caranya untuk
Agar kau mengerti
Bahwa aku rindu…

Bagaimana caranya untuk
Agar kau mengerti
Bahwa aku cinta…

Masihkah mungkin
Hatimu berkenan
Menerima hatiku untukmu

Cintaku sedalam samudra
Setinggi langit di angkasa
Kepadamu…

Cintaku sebesar dunia
Seluas jagad raya ini
Kepadamu, kepadamu…

Bagaimana caranya untuk kau mengerti
Bahwa aku mencintaimu selamanya?
Bagaimana caranya untuk kau mengerti
Bahwa aku merindukanmu selamanya?


p/s: Hati aku kadang-kadang umpama sudah mati...Tapi masih diteruskan sisa itu...Akan ku terus menanti dan menanti...Moga ada sinar menanti...Kekadang aku seakan membiarkan...terasa makin jauh..Tapi aku tetap meneruskan..Aku masih tertanya...Perlukah aku jumpa dia..? Perlu ke tak..? Kalau ikutkan hati mau saja aku jumpa..Tapi, kesudahannya macam mana..? Kekadang aku terfikir, adakah perjumpaan kali ini akan mengubah segalanya..? atau ia langsung tak bermakna..? Kenapa dia masih nak jumpa aku..? ..? Hanya sekadar suka-suka..? Tapi jika itu niatnya, kenapa sampai bersusah payah begini..? Adakah dia juga mengharapkan ada perubahan pada kami..? Iya aku akui, masih belum dapat aku selami hati nya, apa yang dia mau. Bila bersua aku seakan mati akal, tidak tahu berkata-kata,sedangkan banyak yang aku ingin ceritakan. Ah..pusing kepala, aku harap sangat perjumpaan kali ini memberi makna dan membawa sinar yang baru...Moga aku dapat selami hatinya, dan menggenggam hatinya kembali...


tHe spirit of the words

Posted by aisHa 'S' at 12/09/2008 04:02:00 PM 0 comments

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.


Thursday, December 4, 2008

Genaplah sudah..

Posted by aisHa 'S' at 12/04/2008 11:11:00 PM 7 comments
Hari ini genaplah sudah 4tahun arwah adik aku meninggal...

Motif : Lemas di sungai...
hurm.......

Alfatihah untuknya..Moga rohnya di cucuri rahmat..Amin.....

..........................................................................................................

4 disember 2004..
Tak lama selepas tsunami melanda negara...

Suasana dirumah sangat hening, sunyi,sepi..Aku sorang je insan yang ada kat rumah. Mak aku,akak aku,mak cik aku n adik aku baru bertolak nak pergi hospital kubang kerian, KB, untuk pergi melwat abang aku yang jatuh dari ketinggian 16kaki masa die kerja..Koma 2minggu, tak sedarkan diri,tak bergerak,tak bercakap..
Aku si penjaga rumah...duk mesej dengan kawan je..sebab baru lepas spm.aku tak kerja...Tiba-tiba, ada sorang budak datang rumah aku,dia tanya ayah aku ada tak kat rumah..aku cakap takde orang..lepas tu dia cakap, "Fadhil lemas", tolong bagitau ayah yer..
Aku terkesima..sama ada percaya atau tidak, terus aku call mak aku,tanya sapa yang bawak kereta.bila mak aku cakap kakak aku yang bawak,terus aku cakap yang sal adik aku lemas. perjalanan ke hospital hampir separuh da.Dorang patah balik..Aku tak tau nak buat apa.nak tinggal rumah nak pergi ke sungai, pastu ada orang datang tanya perihal die lemas.cepat betul berita tersebar...lepas tu aku tengok ramai orang berpusu-pusu pergi ke sungai yang tak jauh dari rumah aku. Lepas tu ada polis datang,tanya dah buat report belum,aku cakap belum..aku memang tak mapu nak buat apa-apa masa tu..aku sesorang kat rumah..sumpah, tak terlintas pun dalam fikiran aku yang die lemas sampai meninggal..mungkin aku tak dapat nak bayangkan,atau aku masih tak dapat terima kenyataan..

Dipendekkan cerita..mayat arwah dijumpai pada malam hari. lepas berjam-jam sesi pencarian oleh bomba dan orang kampung...itu pun dijumpai oleh orang lain..kire die baca ayat-ayat kot...masa aku pergi ke sungai tu,aku tengok berduyun-duyun orang n kereta kt sane...sampai bomba nak keluar pun xleh.

Bile da jumpa mayat arwah,terus bawa ke hospital.untuk bedah siasat..malam tu dihantar ke rumah. aku tengok macam mana dia di usung masuk ke dalam rumah..Esoknya baru arwah ditanam..Masa kucup dahi,aku rase sejuk sangat badan die..aku nangis..ramai orang nangis..Ayah aku pun nangis masa kucup dahi arwah..(cerita tergantung...)

...........................................................................

Tragedi pertama dalam keluarga aku... Sejarah keluarga kami...
Abang aku yang koma masih hidup lagi..sihat dan tinggal dengan keluarga kami...
Masa dia baru sedar.die ada tanye.mana fadhil..?
Mungkin mak dia da cerita kot yang arwah dah tak ada..
Masa abang aku koma dulu,arwah beria-ia nak jaga dia..Hari kejadian pun dia masih nak pergi tengok abang aku,tapi angah aku tak bagi,sebab kereta penuh..Terus die keluar dengan kekawan die..
.........................................................................

Barang peninggalan :

Masa dia tengah lepak dekat sungai dengan kekawan dia,die siap berpesan dekat kawan dia supaya pegang hanset die..
"Ko pegang hanset aku ni, lepas ni kite da tak jumpa dah.Nanti raya haji baru jumpa. "
Lepas tu, dia jatuh dalam sungai, dan lemas.Kawan hulur kayu nak tarik dia,tapi tak nak capai..
Motor yang die naik sempat di tarik ke atas..
...................................................................................

Sungai itu, sekarang da banyak berubah. Selepas tragedi adik aku, sudah dibina pagar. Well da banyak kali kot kat situ ada orang meninggal,sebelum kejadian adik aku.Setahun selepas kejadian..Ada seorang lagi yang meninggal..Khabarnya mayat itu tidak dijumpai..Aku pun tak pasti dah dijumpa atau belum..Wallahualam...

Tuesday, December 2, 2008

Bosan...

Posted by aisHa 'S' at 12/02/2008 06:00:00 PM 0 comments

Hari-hari di rumah apa aku buat..??
bangun pagi....jumpa kekasih...masuk dapur..tugas aku buat air...
pastu tengok mak aku masak..kalau tak kena kejut sepupu aku pergi beli kueh dekat kedai..
lepas semua da breakfast aku kemas dapur....
Masa rajin memang berkilat..kalau tak..?
hurm..macam tu la keadaanya...
pastu da nak masuk tengah hari aku online an duk depan tv berjam-jam..
rutin harian....
kalau da online memang lama..
ntah apa aku buat yer...
perkara yang sama jer...
pastu basuh kain,angkat kain,jemur kain..urm lipat kain..? Aku bukannya rajin pun...
tambahan pula rumah aku ni ramai askar..
akak aku kerja..
jadi aku la anak perempuan kat rumah..
...................................................................
aku tambah bosan...
sambil aku fikir,apa lagi aku boleh buat kat rumah..?
masuk bilik baring-baring, golek-golek..tertido..
sah berat aku naik nanti..
mati..
penat aku diet...
baru je boleh turun sikit..
ayark....
pipi ku makin tembam...
ayo..
Ceh konfirm member-member aku gelakkan aku sal ni..
sebab diorang da pesan awal-awal jangan kuat makan...
aku cuma boleh cakap..
duk kat rumah nafsu makan memberontak..
xde keje...
makanan depan mata..
duk kl lain..pukul 4petang baru breakfast terus dikira sampai dinner...

...............................................................
masuk ke petang...
jejakkan kaki ke tanah...
time ni la baru aku tengok langit..hehe..
indahnya udara kampung..
tak macam kl..hehe.....
bosan...
tengok burung dalam sangkar..
tengok pokok-pokok..
intai buah mangga...
masuk rumah balik....
otak mula sempit..?
nak buat apa lagi..???
tV la jawapannya..
tak pun berkurung dalam bilik..
layan lagu....
......................................

malam...
dapur time....
kekadang je la...
sebab kat rumah makan nasi tak ikut time....
kalau ada tetamu memang meriah...seronok jer...
malam tak tengok tv sangat..
kekdang aku online..kekadang aku malas..
penat la mengadap menda ni jer...
tapi aku suka berkurung dalam bilik..
mesej amusy..kalau die balas...kalau tak pukul 10 lebih baru die balas..
tapi aku memang mesej die jer la..
dekat pukul 11..hantar mesej "good night" dekat A S's sister..
mesej ngan adik die lak..
kadang-kadang aku mesej adik dan abang dalam masa same..
suke mesej dengan adik die..
walau masih muda..tapi matang..
kekadang rasa kekwat juga...
hehe..aku gelabah..
adoi...
tapi adik dia bagus...
pernah bersua muka sekali waktu raya yang lalu..comel budak ni..
aku malu sendiri.....
mesej sampai tido....
.................................
esoknya....
pagi aktiviti yang sama..
kalau berubah pun sikit jer...
ah..bosan..
tapi kekadang seronok bila mood aku rajin dan banyak kerja nak buat...
malam ni fikir lagi apa da aku buat hari ni..
esok apa lagi aku nak buat..?
cari kayu api..? angkut air kat sungai..?
masak pakai dapur kayu..????
bosan..
aku la si pemalas itu..
kesian mak aku..
anak da besar pun tak boleh nak tolong die..hehehe.....

Sunday, November 30, 2008

BANJIR oh banjir

Posted by aisHa 'S' at 11/30/2008 06:10:00 PM 0 comments








hehe..malas nak story...

Wednesday, November 26, 2008

Karam

Posted by aisHa 'S' at 11/26/2008 04:46:00 PM 4 comments

Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
Yang Maha Esa

Mestikah ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan

Kita hanya insan yang selalu mengharapkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan

Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita mengubat rindu
Di kala sendu

Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku
Disakiti sebegini

Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang...


Kredit tu : Civic


p/ s: Memula aku ingat lagu ni lagu Hindustan..Sebab tajuk karam..penyanyi lak zabarjad..Sumpah xpernah lak aku dengar nama penyanyi ni..Tapi lagu ni pernah kot dengar masa muda-muda dulu..Hehe..Oit civic..Bangga la ko erk..Thanks for rekemankan lagu ni kat aku..Touching giler..Tapi aku senyum je dengar lagu ni..Hehe (+_+)

Monday, November 24, 2008

CINTA di lautan Lalang

Posted by aisHa 'S' at 11/24/2008 01:09:00 PM 4 comments

Bayangkanlah
Kudup yang sepi
Sendiri di lautan lalang

Bayangkanlah sengsara-digalas tatkala
Kelopaknya sedang mekar

Datang musim
Bersemarak harum
Sampai waktu
Peragakan hias

Hari bahagia hanyalah angan
Yang tak kesampaian
Mengundang tangis
Keluhan

*Begitulah diriku
Dapat kau umpamakan kekasih
Yang menangis tak terhenti
Didalam-oh

Begitulah diriku
Tiada gerangan siapa
Tempat nak ku mengadukan
Nasibku

Bayu berlagu
Berkumandang rintihan
Mungkinkah
Engkau ku nantikan
Mungkinkah kau
Pembawa sinaran



p/s : Lagu ni dah lama kot..Tapi aku baru nak hayati..hehehe.....Nothing to say...I'm STRONG...

Sunday, November 23, 2008

Alone itu Sendiri

Posted by aisHa 'S' at 11/23/2008 11:11:00 PM 2 comments

Ku lari ke hutan kemudian menyanyi ku
Ku lari ke pantai kemudian teriak ku
Sepi
Sepi dan sendiri aku benci
Aku ingin bingar...aku mau di pasar

Bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai!
Biar mengaduh sampai gaduh!
Aih...ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai?


p/s: Kenapa sajak ini..? Sebab ia penuh bermakna buat aku...Kekosongan jiwa aku...Perasaan yang seakan sama puisi ini..Adakah yang masih mengerti...Aku BOSAN....!!!!..Tak suka cuti panjang..Time belajar nak cuti..time cuti nak belajar..ntah mana satu la ni kan.? pape pun layan puisis ni best gak..hehe....

Saturday, November 22, 2008

Pantai bergelora

Posted by aisHa 'S' at 11/22/2008 06:28:00 PM 5 comments
Lokasi : Pantai Air Tawar Besut, Terengganu..
Aku suka tengok pokok rhu yang ditanam tersusun macam tu..Seakan-akan melambai kedatangan manusia kesana..

Hari ni pukul 11 lebih aku pergi ke pantai sorang diri... Wajah2 orang yang sedang feeling down dan sedang menenangkan jiwa..hehe...Aku ingat aku nak nangis tadi..tapi air mata aku dah kering untuk menangis lagi...So dapat gi pantai adalah rahmat bagi aku bila aku sedang down di tahap kritikal...

Pantai itu indah..Well sekarang musim hujan...Walau aku pergi tu agak tengah hari,tapi langit tak la cerah sangat.Mendung jer...Dapat hiburkan hati ke pantai sangat best..Walau aku sesorang..hehe..tak mampu nak share ngan sape lagi perasaan aku ni..



Ni video masa kat pantai tu..well agak merbahaya sikit sebenarnya sebab ombak bergelora..tapi xde la besar sangat ombak tu..masih ditahap terkawal..tapi da tak selamat untuk mandi lagi..

Riak wajah orang yang sedang membawa diri..Ceh..Cam pape ntah aku ni...Kerinduan terhadap pantai yang amat melampau..


Tadi kan aku sempat selamatkan satu nyawa..hehe..Mase aku jejalan aku nampak la sekor makhluk Allah yang kecik dan kiut ni...ikan kecik ni sedang terkapai-kapai kat atas pasir..so aku lepaskan die ke pantai balik..Wah tenangnya jiwa...That's why aku suka pantai..Tak perlu di ungkap dengan bicara..keresahan hati dapat diubat dengan hembusan bayu sahaja...


Melihat kanak-kanak riang berlarian di tepian pantai membuat aku cemburu..Indahnya zaman kanak-kanak...Kalaulah aku boleh menjadi kanak-kanak itu...Ingin aku lari di sepanjang pantai... Lari dari semua kemelut yang melanda hati ini..Tapi realitinya..aku sudah dewasa kini...Kemana harus ku lari...ke hutan atau belok ke pantai..?




p/s : Dikala orang sedang menikmati cuti dengan gembiranya..Aku kenapa down giler...Sesungguhnya kerana die lagi...Hampir setahun..Tragedi tahun lepas berulang lagi...Die, kenapa kejam begini..?

Friday, November 21, 2008

Tagss lagii...hehehe

Posted by aisHa 'S' at 11/21/2008 10:35:00 AM 0 comments

*Here are the rules*

  1. 1. List these rules on your blog.
  2. Share 7 facts about yourself on your blog.
  3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
  4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
  5. Link the person who tagged you.
  6. Leave a comment for each blogger.

2. 7even facts 'bout me
  • sangat2 rindukan my amuSy
  • aku sorang yang cepat mesra kalo kena gaya...
  • aku mudah tersenyum dekat orang...
  • bila orang baru kenal aku,dorang akan ingat aku ni sombong...
  • cepat tersentuh hati,mudah menangis,mudah melatah...
  • suka berangan..tapi tak usaha pun untuk dapatkan angan-angan tu..
  • suka on9 frenster,myspace and blogg....aku hantu internet..

3. 6ix unspectacular quirks about me
  • suka tengok wayang sesorang...
  • sangat-sangat ingin perhatian dari die...
  • sangat suka pergi ke pantai
  • suka memerhati gelagat orang yang sedang tension..
  • suka buat ikut kehendak hati...
  • aku sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri..sifat keberanian aku dalam mencipta masalah semakin meyerlah..contohnye lepak di klcc sorang diri bila tension..kikiki....

4. 7even people to be tagged
  • misZ izzah
  • aneys
  • misZ cayah
  • iKa
  • sesaper je la..
  • malas nak list
  • xtau sape lagi...hehe

5. Link the person who tagged you
amyNo

Tuesday, November 18, 2008

Tag lagi...

Posted by aisHa 'S' at 11/18/2008 06:33:00 PM 0 comments

Thanks aNn sebab tag amusy..hehehe

-----------------------------------------------------------

Starting time : 5.50 p.m
Name : AishaH
Sisters : Kak Mie
Brothers : Angah,Achik.Abang Teh..AdeQ
Shoe size : 6 or 7
Height : 154cm
Where do you live : Besut, Terengganu

Time fly sesorang.Dr kL ke Kota Bharu jer...

Have you ever been on a plane : Yezza…Ngan family n kekadang Alone jer….hehehe…Last semester…
Swam in the ocean : Absolutely….Pernah pegi Pulau Perhentian..
Fallen asleep at school : Always..hehehe..kaki tido..
Broken someone’s heart : Yup…heeee…Ramai kot..
Fell off your chair : Always lor..Saya agak ganaz..hehe
Sat by the phone all night waiting for someone to call : Hehe….Manyak kali da…
Saved e-mails : Yup..of coz…Terutama email dr amuSy..
What is your room like : White color..nak warna pink..tapi bila balik hari tu tengok2 bilik dah jadi warna putih da..huk..huk…
What’s right beside you: Nothing……
What is the last thing you ate : Mangga muda ngan Mamee kari…hehe
Chicken pox : After SPM..uuuu..sampai sekarang ada parut….
Sore throat : huh..???
Stitches : Nope…
Broken nose : Tak pernah…
Do you Believe in love at first sight : Of Coz..I have Been….
Like picnics : My favorite…Hantu picnic..

Who was/were...
The last person you danced with : Huh..SomeOne…
Last made you smile : Last Nite..Mesej ngan AmuSy's sisTer
You last yelled at : Nope….

Today did you…
Talked to someone you like : No….
Kissed anyone : Always kiss dak2 kecik yg aku dukung..Wangi..hehee
Get sick : Tak…Sihat jer…But inside…deep in my heart…cewah….
Talk to an ex : urm….da lame x talk with my amuSy
Miss someone : Yup…. mY superb Syuk amuSy…

Who do you really hate : Urm..xmo benci2 orang..tapi ade orang suka wat sakit hati ku ini….
Do you like your handwriting : No….xlawo
Are your toenails painted : Yup…pakai inai Makkah jer…
Whose bed others than yours you rather sleep in : Takde
What colour shirt are you wearing now : Owem
Are you a friendly person : Kekadang…Tengok keadaan n mood...
Do you have any pets : Xde..tp kat rumah ni byk haiwan peliharaan my dad…Burung, Ayam n Ikan..
Do you sleep with TV on : Kekadang….
What are you doing rite now : Taip tag ni…Chat with dr Urameshi.Thinking my amuSy..
Can you handle the truth : Yesz
Are you closer to your mother or father : Nope…Biasa2 jer…
Do you eat healthy : Yes…Suka makan Epal n buah-buahan lain…
Do you still have a picture of you and your ex : Yes….Mesti la..hehe
If you're having a bad day, who are you most likely to go to : Mesej my amuSy..Alone…Friends…
Are you loud or quite most of the time : Loud bile dikelilingi kekawan yg sekepala..Senyap apabila sendirian n moody..tgk waktu la kot..
Are you confident : No..aku seorang yg kelam kabut n xsuke jadi perhatian..aku tak suka cakap depan orang ramai…hehe

5 things I was doing 10 years ago :

· Kapel ngan my amuSy..ehem….

· study kat Politeknik Kota Kuala Terengganu

· ambik SPM

· jadi pengawas sekolah….

· Atlit sukan sekolah..Aku adalah “STAR”..ceh..hehehe

5 things I would do if I were a billionnaire :

· Beli kete IDAMAN

· Beli rumah BESAR

· KAWIN….???

· sHopping..hehe

· Bercuti…

5 of my bad habits :

· suke nangis

· suka buat orang marah

· cepat naik angin

· kelam kabut

· boros

5 places I’ve lived/living :

· Besut,Terengganu.

· Chendering Kuala Terengganu.

· Bangsar kL…

· Rumah ni jer…

· xpernah pindah randah…

5 people I tag :

· My fwen izzah…Sesape yang nk buat…

Saturday, November 8, 2008

2 dalam 1

Posted by aisHa 'S' at 11/08/2008 12:13:00 PM 4 comments

~ 2 HATI 1 CINTA
~ 2 JIWA 1 RASA
~ 2 PANDANGAN 1 TUJUAN
~ 2 HATI JADI 1
.
.
.
.
.

BUT

.
.
.
.
.
2 CINTA 1 MASA ???

p/s : Kenapa jadi macam ni yer..?? Persoalan yang memerlukan jawapan...
Aku selalu fikir tentang ini..
Tapi semua ini jadi mesti ada sebabnya...
Kenapa tidak ada kesetiaan...?
~ ABBY & NORMAN ~



Friday, November 7, 2008

L.O.V.E-LurV-Luv

Posted by aisHa 'S' at 11/07/2008 07:53:00 PM 5 comments

Love, love, love, love, love, love, love, love, love.
There's nothing you can do that can't be done.
.
.
.
.
.
.
CRY= SAD

+
+
+
+
+

SMILE = HAPPY

-
-
-
-
-

ME...???

p/s : Going to not Feeling Well...Damn...So SICK !!!

Fall Baby Fall

Posted by aisHa 'S' at 11/07/2008 04:46:00 PM 6 comments


If you just have faith
To let me be the man that I am
I'll always run back
To show you what words never can

I don't want to be the one
just to love then lose

Let 'em fall baby fall
Just like the rain washes it all
If the tears will help you to heal
All that is real
All that is wrong
Let 'em fall baby fall

If you'll trust that I'm
gonna stay true
even when I'm gone
You don't have to worry
'cause I'll always be the
man that you want

And I don't want to be the one
just to love then lose

Let 'em fall baby fall
Just like the rain washes it all
If the tears will help you to heal
All that is real
All that is wrong

As your world spins around
Feet never touch the ground
Always hurting inside
Hiding behind the sun
waiting still for the love
but it all seems so right

Fall
Just like the rain washes it all
If the tears will help you to heal
All that is real
All that is wrong
Let 'em fall baby fall

Just like the rain washes it all
If the tears will help you to heal
All that is real
All that is wrong
Let 'em fall baby fall


*************************************
Location : Level 9 UniKL City Campus
Time : 4.59 p.m

Hari ni aku takde final paper. So aku datang ke kampus untuk buat assignment. Namun matlamat aku terbantut bila aku bizi dengan on9 jer...Aku baca blog ni dan terus jumpa lagu ni..Lagu ni sebenarnya dari lelaki kepada perempuan..tapi aku tak kisah la aku suke dengar..So aku post jer.. Assignment ntah kemana.. Tadi aku call kawan aku izzah..Aku tak tau kenapa aku call die, dalam kepala aku terbayangkan die jer...Aku rase nak sembang ngan die je masa tu.tapi panggilan tak bersambut..Aku dapat mesej je dari die.. So aku mesej jer ngan die... Well apa dalam kepala aku sekarang ni yer..?? Aku pun tak tau tengah pk apa... Mood aku hari ni okay jer..da dapat jawapan da kenapa aku down sangat lately ni..PMS betul...adeh...So aku nak sambung wat assignment da...Adios.

Mutiara kata :

3 Things in Life that gone will never come Back :
TIME, WORDS & OPPORTUNITY !
3 Things in Life that should never be Lost :
HOPE, LOVE & FRIENDS...

p/s : ni mesej yang aku dapat dr izzah..hehe..Thanks kawan sbb sudi temankan kawan mu ini..sorry sebab banyak menyusahkan..So happy have a friends like you...

Monday, November 3, 2008

Final E.X.A.M...!!!

Posted by aisHa 'S' at 11/03/2008 11:17:00 PM 4 comments

Hari ni merupakan hari pertama aku final..Subjek statistik..Ahh..aku tak suke math..kenapa yer...ishk..!!! So td aku harap aku lulus jer... Orang lain target A..aku lak target lulus..cam hampeh pun ada..aku pun xtau kenapa..nak gi final ari ni macam-macam perasaan ada... Kecewa, terkilan.sedih.tak puas hati.!!! sume benda tak kena..Kalo mase kt poli dulu, bila final still mampu tersenyum lagi,tp sejak kat unikl, final akan membuatkan aku takut.

Dulu aku semangat jer..tp skrg semangat aku hilang...Dulu,bila final study ngan giler kentang.tp sekarang study ala kadar untuk cukup syarat jer.pastu nak pointer tinggi..Ntah pape la aku ni.. Aku tak mintak lebih, cuma inginkan perhatian dari orang-orang tertentu. Ntah la...


Jadual final aku

Monday (3 Nov 2008) - Statistic.
Wednesday (5 Nov 2008) - Pengajian Islam.
Monday ( 10 Nov 2008) - Programming Language.
- Basic Graphic Design.

Tiap kali final kat unikl,aku mesti rindu dekat kekawan aku kat poli dulu.Aku rindu suasana study kitorang dulu. Aku rindu suasana Final dekat sana.Perasaan takut dan berdebar perjuangan dulu. Kat sini aku tak rase apa.Kosong....Keliru....Dulu masa final kitorang mesti sungguh-sungguh.study sampai tak tidur. study sambil mesej. Doakan kejayaan masing-masing. Kejayaan orang disana yang juga sedang berjuang.tapi kat cini.? Time final pun masing-masing nak moody. Aku terasa sampai makan diri.sampai menumpahkan air mata untuk kawan-kawan. Aku memang sensitif, bila kawan-kawan tak pedulikan aku, aku da terasa.tapi aku pendam..Kenapa.? aku suka memendam rasa macam ni.sebab aku luah pun takde guna.. Masa kat poli dulu time final kami masih happy.Sume tension tapi kami masih boleh gembira.. study dengan baik...Kenapa kat cini aku tak boleh macam tu.Aku masih lagi tak tau apa nak buat.... Aku perlukan kawan-kawan..Aku perlukan support..KENAPA..KENAPA..KENAPA...????

Aku masih tak boleh terima perubahan kat cini ker..? dekat poli study sesama walau tempat tinggal asing-asing...dekat cini duduk sesama tapi study sendiri-sendiri..Maybe aku tak boleh ikut cara study yang macam ni kot...Sebab aku mungkin da biasa dengan kawan-kawan dulu, yang study sesama..

Dulu kitorang study dengan tulis sume note dekat kertas A4..pastu tampal kat dinding..Kat cini tak boleh buat macam tu...study baca sesorang...Aku tak tau nak buat macam mana...kalau study reramai mesti banyak main...Ntah la..aku tak tau nak kate apa... Mungkin aku belum jumpa cara yang sesuai dengan aku.Tapi akan aku tetap teruskan perjuangan ini. Semoga aku tak patah semangat dengan sepenuhnya....Dulu dan sekarang banyak bezanya..aku cuma perlu terima perubahan...!!!




1st day final !!! Aku suka baju nie :)
1st time pakai mcm ni..so aku da decide ni fesyen tuk sem 3 nanti..
wah2 giler demand..tp what u care..aku beli kot..huhu..

Topi ni pengubat duka lara ku..hehe
Pemberi semangat di saat genting ini...
Thanks ya...

Friday, October 31, 2008

TAG....hehe

Posted by aisHa 'S' at 10/31/2008 09:12:00 PM 3 comments
1. Sudah pukul berapa sekarang?
9.13 p.m

2. Apa mood sekarang?
Sangat berkecamuk dan dalam kepala pikir macam2..
yang penting adalah hari esok.

3. Rasa hendak buat apa sekarang?
rasa tak sabar...Dalam dada sangat penuh dengan perasaan yang tak mampu nak luah..

4. Kalau ada 'magic' sekarang rasa hendak buat apa?
Rasa nak setelkan semua yang tengah pk ni ngan jayanya.

5. Rasa hendak tengok cerita apa sekarang?
Nope......xde rasa nak tgk movie pun..

6. Keluarga sedang buat apa sekarang?
I donno....dorang duk jauh..sob2...

7. Apakah waktu makan sekarang? Sudah makan?
Dinner..sudah..makan ngann kekawan n driver bas..wah2..suka ada orang belanja..

8. Rasa hendak duduk bersama siapa sekarang?
Mohd Syukri bin Abd Rahman

9. Dan Dia/ Mereka sedang buat apa sekarang?
I donno..??? What to do.?

10. Macam mana cuaca sekarang?
Ok jer....

11. Kalau ada tunai sejuta di tangan sekarang, hendak buat apa?
Shopping n joli sakan..beli kereta n rumah idaman. Kalaulah boleh beli hatinya ngan duit tu?

12. Rasa hendak souvenir daripada siapa sekarang?
Mr Syooke Amusy

13. Setelah menjawab beberapa soalan survey ni, apa mood sekarang?
Still sama jer..cuma dapat lah luah sikit..

14. Jadinya, sudah pukul berapa sekarang?
9.18 p.m

15.Akhir sekali, rasa hendak tag siapa sekarang?
Sapa2 yang sudi..
speacially my new fwen misZ Izzah.

Wednesday, October 29, 2008

Mencari CINTA

Posted by aisHa 'S' at 10/29/2008 05:38:00 AM 2 comments
Semalam semasa aku dan kawan-kawan aku sedang sarapan pagi,
ada dua orang dari mereka iaitu ida n ena bertanyakan sesuatu kepada aku,
diorang cakap kalau ade orang nak melamar shah, nak terima tak ?
aku cuma cakap tak terima...!!!
so diorang tanya aku,
Kenapa..? Masih berharap lagi ker..?

Well 90% memang aku masih berharap.
5% lagi aku rase tak perlu kot aku couple skrg.
5% lagi ialah aku takut.

Aku cakap dekat dorang,Bagi aku masa setahun dulu. Sebab kali terakhir hubungan aku dan die betul-betul berakhir ialah pada Februari 2008. So tunggu tahun depan la kot.susah ni nak cari pengganti, sebab aku sangat sukar nak percayakan lelaki, setakat ni aku pernah kenal lelaki yang betul-betul baik, dan pernah juga yang cuba mengambil kesempatan sahaja. Tak banyak pun pengalaman cinta aku,tapi cukuplah untuk dijadikan pengajaran. Setakat ni,lelaki yang betul-betul aku percaya, die sorang jer. Aku tak nak buat silap lagi.
Lagipun aku happy ngan hidup aku sekarang, sebabnya aku tak perlu fikirkan untuk menjaga hati
dan perasaan orang lain, ditambah pula dengan kesibukan untuk final nanti, itu adalah bebanan bagi aku buat masa sekarang. Memang tak dinafikan memang hati aku sunyi, kesunyian yang dirasakan yang membuatkan kekadang aku menangis, bila aku bersendirian di bilik asrama,sedangkan kekawan lain sedang bahagia, tapi itu cuma sementara.
Sebabnya, bila aku tengok kawan-kawan yang sedang gaduh ngan pakwe dorang aku jadi fobia, aku selalu pesan dekat dorang, tolonglah jangan jadi macam aku dulu,seksa tau..
Mase tengah ada ni, jaga elok-elok. Nanti dah tak ada nak nangis air mata darah sekalipun memang tak berguna lagi.
Tapi CINTA untuk aku sendiri, ntah la,aku kekadang tak rase aku nak couple,sebab hidup sendiri juga ada baiknya, sebab aku masih lagi ada kekawan, ada teman dan ada lagi dia untuk menjadi kawan. Itu sudah cukup buat aku. CINTA tak perlu dicari, ia akan datang dengan sendiri. Well aku ada terbaca tips tentang cinta sejati di majalah DARA...hehe....

6 Tips menemukan CINTA SEJATI..

tip 1: JgN MeNcArinYa

cinta xdatang kpd seseorang y mencarinya. Jika kamu baru shj mgakhiri suatu hubungan, fokuslah kpd diri dan khidupan peribadi terlebih dahulu. Tdk perlu terburu-buru mencari cinta yg baru dan nikmatilah zaman solo kamu sebaik-baiknya.

—> Yang ni aku percaya, bagi aku cinta akan datang bila-bila masa, yang penting kita sudah bersedia.

tip 2: BeRgAuL n HaNgOuT

hal itu akn mberi kesempatan kpd kamu utk bertemu org baru. Siapa tahu salah satu antara mereka adalah cinta sejati kamu.

tip 3 : BeRaNi AmBiL RiSiKo

Jika suatu hari nanti kamu bertemu dgn seseorg y sesuai dgn kriteria yang kamu inginkan, jgn ragu utk memulakan langkah. Mulailah perkenalan dan menjalin hubungan. Kerana peluang mungkin tidak akn datang selalu.

tip 4 : CiNtAi DiRi KaMu TeRLeBiH dAhULu
.
Hiduplah dengan bahagia dan jgn pernah melepaskan harapan. yakinlah setiap org diciptakan utk berpasangan. Yg menjadi masalah adalah utk mendapatkan org y sesuai, pd waktu y tepat


tip 5 : JiKa SuDaH SeDiA

Lembaran baru bg hubungan, maka mulailah memilih karakter psgn seperti y kamu idamkan. Bukan hanya dr segi fizikal, tetapi juga dari segi mental dan keperibadian.

—> Jangan memilih, hehe...

tip 6 : BeRi WaKtU UtK DiRi SenDiRi

Temukan aura positif kamu. Jika perasaan puas terhadap diri muncul, maka secara automatik aura positif itu akan terpancar. Dan orang di sekitar pun akan melihatnya. Itulah daya tarikan bagi diri kamu.

p/s : aku memang sedang amalkan tips ini..huhu..Cuba enjoy dengan diri sendiri dulu..

Monday, October 27, 2008

Kenapa mesti STRESS...?

Posted by aisHa 'S' at 10/27/2008 12:49:00 AM 2 comments

Bila STRESS melanda...???
Buat apa pun semua tak kena.
Fikir apa pun tak tahu..
Kerja apa pun tak jalan
Malas mula terasa.
Hati gundah gelana
Rasa ingin mengamuk,menjerit
dan melepaskan geram
Jiwa mula tak tenang
Rasional semakin berkurang...


p/s : From the bottom of my broken heart, i wish he will give me SUPPORT like before.. Like last semester..Because i really need it from Him...But i know, i cannot dreams anymore, i must to wake up and work hard and do it by my self. I must STRONG. I will go for it. EGO mula menguasai diri aku...


Saturday, October 25, 2008

1000 senyuman vs 1 jelingan

Posted by aisHa 'S' at 10/25/2008 01:56:00 PM 4 comments

Seribu senyuman
belum tentu
menawan hati

satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa
benci
membina
mengambil masa
meruntuh sekelip masa

__________________________________________

Perkara berkaitan hati sangat sukar untuk diungkapkan...

Sekarang ini aku tertanya-tanya, kenapa aku tak suka dekat sorang budak ni..?
Junior aku,baru sem satu..perempuan, Pertama kali aku tengok die, ada sesuatu yang aku rasa tak senang pada dia, sebab die syumel ke, kurus ke..? Ntah aku tak ada jawapan.. Tapi bila aku pikir balik, kenapa aku mesti tak suka dia, dia takde wat salah pun dengan aku, belum tentu die pun suka bila nampak aku, mesti die pun menyampah giler bile tengok muka aku, bila kita tak suka akan seseorang, kita perlu sedar mesti ramai orang yang tak suka kita.? Sesuatu perkara akan berbalik pada diri kita semula. So lepas ni aku harap hati aku tak jahat macam ni lagi. Kita tak boleh terus menilai orang pada pandangan pertama. Aku tak nak BUSUK HATI macam ni lagi.. Uwaa..kenapa aku jahat macam ni. Die takde buat salah ngan aku, tak pernah sembang ngan aku, kenapa mesti aku tak suke die. Tak ada motif pun untuk aku tak suka die. Lepas ni aku nak bertanggapan baik ngan semua orang. sebab aku kena sedar tak semua orang akan suka kita.. Hidup kena ikhlas, baru orang akan senang ngan kita. Penyakit hati ini perlu dijauhkan. Tak guna membenci, sebab sorang kite benci, sorang kita umpatkan, sepuluh orang sedang benci kita, sepuluh orang sedang umpat tentang kita, kita jer yang tak sedar.. Setiap orang tak sempurna. Kita sendiri pun ada kekurangan, jangan memandang remeh tentang orang, sebab orang itu mungkin lebih baik dari kita... Aku tak nak busuk hati lagi.. Subhanallah....

p/s : Ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri, Tak ada kaitan dengan sesiapa pun..


Wednesday, October 22, 2008

Presentation + Kuiz + Assignment = S.T.R.E.S.S

Posted by aisHa 'S' at 10/22/2008 02:27:00 AM 3 comments
Rabu 22 November 2008...

Ari ni aku ada Presentation untuk final project untuk subjek programming..
Ari ni juga aku ada dua kuiz penting iaitu subjek Multimedia dan subjek Basic Graphic Design.
Aku juga ada assignment perlu dihantar iaitu Technical Communication..
My feeling...So better...Sangat BAGUS....dalam erti kata sebenar..Sangat Stress..
Sape suruh buat kerja last minit.. Macam ni la jadinya kan..?
So aku tak dapat tido malam ni sebab nk siapkan semua kerja..
Aku tak study lagi ni...Sangat teruk kan..?
Aku masih lagi boleh memain..
So semester ini aku tak nak mengalah awal-awal..
aku akan cuba buat apa yang mampu.. Akan berjuang sehingga ke akhirnya..
Baru boleh enjoy..hehe..
Kepada kekawan.Doakan kejayaan aku selepas ini ya..
Akan ku BANGKIT dan BUKTIKAN aku boleh BERJAYA ..!!!
Amin...

Monday, October 20, 2008

SenyumLah + SabarLah

Posted by aisHa 'S' at 10/20/2008 09:36:00 PM 3 comments

SenyumLah walau kau berada dalam kesakitan yang teramat...
SenyumLah walau kau berada dalam keadaan Marah...
Sesungguhnya,
Senyum itu adalah penawar...

Sabarlah...
Walau kau sedang menghadapi kenyataan yang pahit...
Sabarlah...
Walau ditimpa ujian getir...
_____________________________________

Ah aku..masih begini lagi..Kenapa...? Bila aku nak bangun dari mimpi ni..? Bila nak terima kenyataan ni.. Sesungguhnya..Aku amat terasa sekarang..Terasa kenapa..? Mesti sebab die.. Kenapa perkara tentang die mesti mempengaruhi emosi aku lagi..? Aku cuba bertahan.. Tiada khabar darinya. Tapi aku tau.die selamat. Sudah terbukti sekarang... Aku cuma sandaran.. Cuba lah bangkit... Aku akan cuba bertahan... Tidak mahu lemah-lemah lagi... Biarkan die dengan hidup die... Aku boleh berubah...!!! YA..!!! Aku yakin sekarang.. Aku sedang merubah hidup aku.. Moga aku mendapat kejayaan yang lain.. Amin..

IMPIAN aisHa

Posted by aisHa 'S' at 10/20/2008 01:14:00 AM 3 comments

Setiap orang ada impian...
Dari angan-angan terbinanya impian...
IMPIAN aku..???
Banyak sekali..

1) Aku nak sangat berjaya dalam pelajaran (Dapat result yang tinggi..Macam kawan-kawan aku yang lain..Boleh tunjukkan result aku dekat family aku dengan senyuman lebar.Tapi sampai sekarang masih belum mampu aku dapatkan semua itu..Sebab aku makin lalai.Hasilnya, Result aku sem lepas..langsung aku tak tunjukkan dekat parents aku..Jatuh merudum...Semester ini..??..Belum diketahui lagi jawapannyer..)

2) Ingin diCINTAi dan menCINTAi (Bagi sesetengah orang...Sangat mudah untuk jatuh cinta. dan senang saja cari pengganti.Aku..?? Sangat mudah suka dekat seseorang..Sangat susah untuk jatuh cinta..Sangat mudah untuk membenci dan menilai..Sangat sukar melupakan..Aku rumit...sengaja merumitkan keadaan...Aku tak suka main-main dalam satu perhubungan... Kalau aku dah ada someone..Memang aku tak hiraukan yang lain.Tapi untuk dapatkan "seorang" itu..Sangat sukar bagi aku..Adakah aku memilih.? Salahkah aku memilih..? No Answer..???)

3) Bertanggungjawab (Aku sorang yang suka menangguhkan kerja.. Kenapa..?? Entah...Suke buat kerja last minute..Memang habit.Dari dulu sampai sekarang...Bile mood rajin je kerja jalan...Aku masih lagi begitu...Akan cuba ku ubah...Godaan masih kuat..Aku tak menentangnya... Hanya biarkan saja..Mengapa.?Bila aku nak jadi bertanggunjawab!!!)

4) Ada kereta sendiri (Angan-angan besarku ini...Tak tahu bila akan tercapai..Sebab aku masih begini..Aku teringin nak ada kereta..Kenapa..??? Usahlah diketahui sebabnya..)

Banyak impian ku..Tapi tak mampu aku senaraikan kesemuanya lagi..Biarlah dulu,aku pendam buat masa ini..Aku cuma mahu..Aku dapat balik kekuatan aku dulu,kebahagiaan aku dulu,semangat aku dulu dan kasih sayang aku dulu.Kenapa semuanya dulu..??? Adakah sekarang tidak baik pada aku..? Kenapa aku mesti fikir perkara lepas..? Sedangkan orang lain sedang maju kedepan..? Aku harus dapatkan apa yang akan DATANG...BUKAN yang DULU...aku harus berubah dan merubah....Bolehkah aku..???

Friday, October 17, 2008

Pernah tak.???

Posted by aisHa 'S' at 10/17/2008 01:16:00 PM 4 comments

"Pernah tak korang rase korang sudah lalui hari itu...? Korang rase macam korang dah buat sesuatu menda tu.. maksudnya perkara yang pernah berlaku dulu,berulang kembali."

aku selalu alami menda ni..Tengah aku duk sembang ngan member2..tetiba aku rase macam pernah cakap da menda ni..
tengah aku duduk jejalan pastu ake rase aku dah lalui dah hari ini..
pastu mesti aku fikir pasni aku buat apa lak..
Macam2 lah pernah aku lalui...
aku rase macam pernah jadi da menda ni dulu...
aku pun tak tau kenapa...

Ada orang kate kite pernah mimpi dulu..
tapi aku rase tak..
aku rase macam memang dah berlaku dulu..
pastu menda ni berulang kembali..
ntah la..aku pun tak tahu...
nak pikir lebih-labih xleh gak..
so kita lalui lah ia seperti biasa..

Sunday, October 12, 2008

KLIA here i COME !!!

Posted by aisHa 'S' at 10/12/2008 08:48:00 PM 3 comments


Hari ini merupakan hari yang gile bagi aku..
Eh silap..Aku yang gile sangat hari ni...
Duk kat hostel pepagi aku jadi tak betul..
Sebabnya....??
aku resah.gelisah...tak senang duduk memikirkan orang yang ingin pergi jauh..
Roomate aku si Ena nak gi dating ngan pakwe die...
Uwaa.....aku nga tak betul ni..
so aku pn ambik keputusan tuk pergi ke KLIA..
Sebenarnye aku tak pk panjang pun nk pegi ke KLIA..
aku buat keptusan dan terus nekad..
so ditemani Ena,aku ke KL Sentral..
Beli tiket KLIA Transit Ekspress...So aku selamat sampai ke KLIA..
aku gi ke sane sorang diri jer..
ena dating ngan pakwe die..
aku tokleh kaco line..
hehe..jadi aku gi buat keje giler sorang diri..
Kul 4 petang sampai ke KLIA..hehe..
merayau-rayau kat sane n taking picture...
sejam lebih gak kat sane..aku mesej syuk tanye bile die sampai...
aku cakap aku nak gi KLIA...
die juz cakap suka hati..
sebab die tau kedegilan aku ni di tahap yang macam mana...

Aku ingatkan pemergian aku ke KLIA ni sia-sia je..
sebab die cakap die pergi terus nak check in..
tapi sebenarnya aku dapat jumpa die...hehe..
puas ati aku dapat gi sane,jumpe die n kire leh gak la anta die
dan tengok die sebelum die meninggalkan tanah air tercinta ini..

Tak lama pun jumpe.tapi berbaloi la kan..?
berbaloi ker..?
Ini mayb last aku jumpa die kot..
aku cikit pun tak rase sedih..
tapi aku tak rase pun ni last aku jumpe die..
tunggu la die balik malaysia nanti..
Lepas ni aku nak tutup da cite sal die kat blog ni...
heee...


Hidup aku pasni mesti sunyi,
sebab takde orang nak mesej aku da,
takde orang nak sakitkan hati aku lagi da..
takde orang nak buat aku resah gelisah da...
takde orang yang boleh aku find hari-hari...
dan takde orang aku nak ngadu kalo ade orang kaco aku lagi...
kul 6 pagi aku anta mesej kaco die...
hari-hari terakhir yang banyak tinggal kenangan...

Jadi hiduplah aku membizikan diri...
Melupakan kesunyian..
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez