Sunday, June 28, 2009

Away for a few days...

Posted by aisHa 'S' at 6/28/2009 05:21:00 PM 5 comments
Salam semua...

Malam ni insyaAllah aku akan berangkat ke kuala lumpur dengan menaiki bas.Oh tidak.Sangat tak best kena duk dalam bas selama lebih kurang 8jam jugalah. Lepas tu pukul 7.30pagi kena berkumpul dekat lobby city campus dan akan bertolak ke Gunung Berinchang Cameron Highland. So duduk dalam bas lagi selama beberapa jam..Adoi...mesti penat.Tapi insyaAllah, program mendaki gunung Berinchang nanti akan berjalan lancar.Semoga perjalanan ke Kuala Lumpur nanti juga selamat.Amin.
Ni gambar yang sempat di google.Hehe
Tak tahu la betul ke tak.
Nampak macam sejuk...uik.

Ini merupakan program mendaki gunung yang pertama yang aku sertai. Sebelum ni tak pernah mendaki gunung lagi.heheLarat ke tak nanti eh.?

*Berdebar-debar nak naik bas malam ni.Uwaaaa......

Thursday, June 25, 2009

Cinta Pertama.

Posted by aisHa 'S' at 6/25/2009 11:18:00 PM 6 comments
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Sekarang dah pukul 11malam.Aku sekarang sedang mendowndload lagu-lagu nasyid.
BETUL...Nasyid...Sekarang aku suka dengar lagu Muhasabah Cinta. Tapi malam ni aku nak kumpul lagu-lagu nasyid yang jarang-jarang aku dengar. Semestinya berkaitan dengan Cinta. Hehe...Nak bagi kekuatan sikit kat jiwa aku ni ha...Tak nak down-down sangat. Tengah duk layan youtube jumpa la satu doa ni.Ayat-ayat doa ni dah selalu kita tengok kan.Kalau tak pernah tengok pergi kat iLUVislam.Banyak madah-madah puitis dan ayat-ayat yang best.Hehe..Dalam minggu ni aku banyak layan lagu nasyid pula, boleh terjatuh cinta dengan lagu muhasabah cinta pun sebab kakak kepada seseorang itu letak lagu ni dekat friendster dia.Aku layan dan terus jatuh cinta pula.Hehe...



Macam mana boleh tergerak hati nak downdload lagu-lagu nasyid pula ni.? Sebenarnya ini gara-gara aku tengah blog walking ke blog sahabat kepada sahabat kepada kawan aku.Lepas tu baca punya baca punya baca, sahabat itu post tentang lagu ni, acctually sebelum ni aku pernah dengar lagu ni, cuma kali ni aku berkesempatan mendowndload lagu dia.Haha..Aku nak korang pula layan lagu ni.



Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya … Subhanallah

.........................................................
p/s: Lagu-lagu nasyid sangat berkesan bila aku dengar ketika aku down dan sedih gila. Memang akan rasa tenang sangat jiwa ini.

Monday, June 22, 2009

Dulu berdua, kini bertiga pula.

Posted by aisHa 'S' at 6/22/2009 06:47:00 PM 9 comments
Ehem.....Pembuka bicara,
Blog ini tempat berkongsi cerita.
Eceh tetiba berpantun pula, apa kes ni.? Sebenarnya tak tahu nak cakap apa masa start blogging, tu yang jadi sengal sikit. Hari ni aku nak upload gambar-gambar sebagai pengganti cerita hari semalam, sebenarnya semalam aku pergi ke Kota Bharu untuk jumpa my sayang ini seorang Cik Izzah dan juga kawan kami iaitu saudara Nazri. Nazri ni junior saya di UniKL.Dia juga merupakan best buddy merangkap sahabat baik cik izzah ni.Suatu kebetulan sungguh ya.Inilah cik Nazri atau dengan lebih mesra lagi dipanggil dengan nama Naz oleh saya dan Mat Yi oleh cik Izzah kita.Aku kenal dengan Naz ni sebab dia adalah junior aku dan aku ni fasilitator dia. Macam mana boleh kenalnya pula ialah, cik naz aka mat yi ni ialah roomate dan sahabat kepada zahir iaitu kekasih hati sahabat saya Sue yang juga junior saya sekarang.(amacam ada pening tak.?) Masa awal-awal kenal saya tak tahu pun cik naz ni orang KB, sebab dia cakap Kay Ell dengan saya.Hampeh gak la kan.

Nak dijadikan cerita naz add saya dekat friendster, pada masa itu, saya tengok dekat comment si naz ni ada izzah.Wah terkejut kucing saya, lepas tu terungkai la segala-galanya.Haha...Kawan atas kawan secara tak sengaja.

Persahabatan kami bertiga ni berangkai betul kan. Saya kawan izzah, Naz pun kawan izzah, jadi Izzah ni orang tengah la kan.? Sahabat kepada kedua-dua kami. Disebabkan kami bertiga ni bersahabat, so semalam kami semua berjumpalah secara rasmi di KB Mall. Huhu..

Semalam kitorang main boling. Menghabiskan masa bersama-sama, first time ni main bowling kat KB Mall. Sebelum ni tak pernah main lagi.

Pemenang yang mengumpul mata paling tinggi iaitu Cik amusy.



Ini hero kita, beliau di tangga kedua yer. Cik naz cakap tak pandai main. Tapi, sekali berada di tempat kedua la.

Dan inilah ia juara antara juara. Cik izzah yang mengumpul mata paling tinggi.Banyak Strike woo..MAlu saya.Huhu...

Lepas main bowling jumpa junior saya yang ini pula. Dia baru datang nak main bowling.Amboi, zul training bowling kat sini yer.Patut la pandai main.Hee

Ini adalah aksi-aksi kami.Maaf video tak clear.Telefon murah jer...
video
video
video

Kami jumpa berapa jam jer, sebab lepas main bowling abang aku da bising call nak balik.Adoi la, tapi sebelum itu, kami pergi ke kedai Citijaya untuk beli benda alah kat bawah ni.Ini adalah kenangan persahabatan kami.


Tak tahu nak cerita apa,sekadar berkongsi sahaja.Sahabatku nanti kita jumpa lagi yer.Lagi ramai lagi meriah. Bestnya,nasib la KB tak ada wayang.Hoho...

Lepas ni masing-masing dah nak kembali ke kampus masing-masing. Akhir bulan ni aku dan izzah da nak kembali ke KL dan Kedah. Naz pergi lambat sikit sebab ada konvo. Aku pula nak pergi mendaki Gunung Berinchang. Izzah dah nak masuk semester dua.
*****

Saturday, June 20, 2009

Tags dan awards. Are yOu amazing..??

Posted by aisHa 'S' at 6/20/2009 01:12:00 PM 6 comments

Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda..

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini..

1. Nama beliau Aini.Nama penuh lupa nak tanya tuan empunya diri pula.

2. Beliau adalah kawan kepada kawan-kawan saya.Jadi kami ni boleh dianggap sebagai kawan kuasa dua la.Tak pernah lagi bertentang mata, tapi ada la juga kenal beliau ni dari kawan-kawan saya yang juga merupakan kawan beliau.(amacam ada pening tak.?)

3. Beliau ni bagi saya pandai orangnya. Kalau tak, masakan beliau boleh dapat Dean list.Ya tak..?

4. Tak banyak yang saya tahu tentang beliau, tapi yang saya tahu dia baik orangnya.Kena puji lebih2 ni.Huhu

5. Kami pernah chatting di ym.Sekadar bertanya khabar jer.Yang selebihnya tak tahu nak cerita apa. ツ

Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..

1.Fakta pertama,selalu merasakan diri ini Lonely walau pada hakikatnya dia dikelilingi oleh kawan-kawan.

2.Fakta kedua, Setia.Pergh..promot sikit.Hehe..Tak baik kan saya..? Well perempuan ini, kalau sudah sayang pada insan lelaki, susah nak dibuang perasaan itu, melainkan dia telah dipermainkan.!

3.Fakta ketiga, sedang belajar untuk jadi rajin,tapi masih lagi jadi si pemalas.Apa nak buat lagi erk.? Ada tak ubat rajin yang dijual di mana-mana farmasi.?

4.Fakta keempat, Sedang menunggu dan menanti sesuatu yang tak pasti.Hakikatnya dia selalu macam itu, Suka menyeksa diri.

5.Fakta kelima, Sedang mengalami kekecewaan yang dia tak berkongsi dengan sesiapa pun hatta dengan orang itu pun. Tapi dia bernasib baik kerana ketika sesuatu yang mengecewakan itu berlaku dia sedang sibuk dengan petandingan futsal dan aktiviti berakit. Jadi dia dapat release tension di situ.

6.Hobi pertama, Seperti biasa la, dah lama tak jumpa internet ni, so bila dah dapat internet balik online je 48 jam.

7.Hobi kedua, suka layan lagu-lagu baru, Sekarang tengah dengar lagu Aku tak percaya cinta dari Liyana Jasmay. Tapi dia sedang jatuh cinta dengan lagu Muhasabah Cinta dari Edcoustic.

8.Hobi ketiga, Suka berkurung dalam bilik dan layan cerita korea yag dah banyak kali dia tengok.

9.Hobi keempat, Dia suka bersukan, dan baru menceburkan diri dalam bidang sukan futsal, sebelum ni dia tak pernah main futsal, tapi sudah rezeki dia dapat main juga akhirnya. Tapi sebenarnya dia sangat rindu untuk bermain softball balik, namun apakan daya, tempat dia belajar sekarang tak ada sukan softball.

10.Hobi kelima, Dia suka gelak sakan dan ketawa. Itu pengubat duka kan.Jadi selagi kita mampu ketawa dan rasa bahagia, kita ketawa sepuasnya sampai semput(ini tak baik punyer..).Satu hari nanti kita tak tahu bila pula kita akan rasa bahagia.

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka..

Ramai sangat la sepuluh.Adoi la..

1.Rifaiee - Junior saya di UniKL.Sama kos ni. Beliau ni seorang yang aktif. Moga anda berjaya ye adik.

2.Aqilah - Yang ini pun sama.Junior saya.Tapi saya belum kenal beliau di lua lagi. Tak pernah sembang pun.Kami pun berhubung dekat blog sahaja. Qila, nanti jumpa di kampus jangan sombong-sombong yer. +_+

3. Izhan - Ini senior saya, Tapi dia lagi muda dari saya, Hehe.Satu negeri ni.Tapi beliau tinggal kemaman.Izhan kereta baru apa cerita..? Hehe....

4. Amir, Senior saya juga, Satu kelas dengan izhan. Kami kenal kerana sedang berkerjasama salam satu jawatankuasa di kampus. Well amir, moga kita dapat berkerja dengan baik nanti.

5. Amyno - Saya baru je dapat tahu yang saudari ini adalah senior saya di Politeknik dulu. Hee..Cuma nak wish moga beliau happy dan berbahagia selalu.

6. Syahmil - Sahabat yang telah pun bekerja sekarang.Dah lama tak jumpa, apa khabar ko sekarang ni yer.?

7. Aus aka Oshie - Dahulu kala, ketika dizaman purba beliau ini pernah menjadi fasilitator saya merangkap senior saya. Tapi di masa akan datang, beliau akan menjadi junior saya pula dan insyaallah akan menjadi fasilitator beliau pula.Haha.See, dunia ini macam roda.Amaran untuk aus, jangan nakal2 nanti akak denda adik tau. :D

8. Alia - Ini pun junior saya di UniKL, kami adalah rakan seperjuangan di UniKL.

9. Anum - Juga junior saya, kami kenal ketika ingin pergi berkursus di UUM.Kami juga merupakan rakan seperjuangan seperti alia.

10. Zul Ttrickster - Ni lagi seorang junior saya.Haha,berapa banyak junior yang ada ni. Kenapa mereka-mereka ini sangat aktif berblogging yer.? Okay, zul ni kenal masa kursus kepimpinan UniKL. Lepas tu selalu lak ada nampak kat kampus.Lastly dia jadi sukerlawan dekatkarnival sukan di MFI saya pula jadi atlitnya dan terkahirnya kali sama-sama pergi program berkayak di Taman Negeri Endau Rompin. Beliau jadi pengantin di sana.Hehe...


p/s= Tetiba aku skema lak.Apa nak jadi la budak ni sowang.

Wednesday, June 3, 2009

Futsal 0oh Futsal

Posted by aisHa 'S' at 6/03/2009 11:21:00 AM 6 comments










Lama tak update. Sekarang ni tengah busy dengan latihan futsal untuk bertanding di KARNIVAL SUKAN IPTS anjuran KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT). Dikelolakan oleh UniKL City Campus.

*Esok dah nak lawan.Wish all of Luck ya.See You.Berdebar-debar ni....my first time main futsal ni.
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez