Thursday, April 22, 2010

Cinta hanya sandaran

Posted by aisHa 'S' at 4/22/2010 01:55:00 PM 0 comments




Cinta Hanya Sandaran

Bagaikan cahaya lilin
Menerangi tiap malam
Takkan berubah arah
Tetap setia menanti
Walau akhirnya membakar diri

Mentari terbit pagi
Di iringi hujan gerimis
Senyum diukir
Hanya lindung
Luka di hati
Cinta di semi tak berhaluan

Ku pertaruhkan hati
Pada cinta tak keruan
Mungkin cintaku ini sekadar
Hanya sandaran

Ku sangka redup kasihku
Tiap waktu
Namun dibakar dustamu
Ku sangka salju rindu ku
Tiap waktu
Namun apa daya
Terhempas jua
Ku semadikan rinduku padamu

Pergilah oh kekasih
Pergilah oh sayangku
Mungkin telah ditentukan Tuhan
Antara kita tidak tertulis
Untuk bersama

p/s:- tiba-tiba "terpost" entry jiwang pula..Eh-eh....Tak sengaja..haha...
Aku memang tak boleh lari dari berjiwang...hurm...Sabar je lah.

Wednesday, April 21, 2010

Adamaya

Posted by aisHa 'S' at 4/21/2010 10:59:00 PM 8 comments
Aku baru pas habis tengok cerita Adamaya ni. Dekat tv3.com.my. Cerita ni best juga la layan bila bosan. Macam sweet-sweet je tengok lisa surihani dengan sean tu jadi husban and wife.

Semalam baru lepas downdload lagu die yang bertajuk "Yang Terindah" nyanyian dakmie. Kalau tak silap aku dakmie ni juga yang nyanyi lagu dalam cerita Syurga Cinta yang heliza berlakon tu. Tapi sampai sekarang aku tak dapat lagi lagu penuh cerita tu. Tak pe lah. Layan lagu ni pu la.. Aku tertanya-tanya juga, siapa dakmie ni erk.?

________________________________________________


Yang Terindah

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah



p/s : - Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.

Tuesday, April 20, 2010

Leh tanya...?

Posted by aisHa 'S' at 4/20/2010 10:24:00 PM 2 comments
Cerita bermula....

Ade org hantar chat kt facebook,

L :- Salam
Aku :- Salam (sambil2 selongkar page budak tu. Ceit,sume gambar kucing)
L :- Leh kenal.?
Aku :- Leh jer. Dak UniKL erk.
L :- Ha'a. Awk.?
Aku :- same la.
L :- sem bape.?
Aku :- sem 5 da. Sem akhir.InsyaAllah..
L :- same la.
Aku :- oh.
L :- Leh tanye.?
Aku :- pe die.?
L :- awk da ade bf ke lum.?
Aku :- Dah.Naper..?

.............................................

Seminit
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2 Minit.....



L is offline...

Aku :- Kah-kah-kah-kah.......


_______________________


Camni punye orang pun ade.?


Sekian....


p/s : dah berapa kali aku kena cmni.Kesian kat aku.. ^__^

Saturday, April 10, 2010

Tamatlah sudah Open Day UniKL MIIT

Posted by aisHa 'S' at 4/10/2010 10:38:00 AM 1 comments
Semalam tamatlah sudah hari terbuka UniKL MIIT untuk sesi januari 2010. InsyaALLAH semester depan ada lagi. Tapi aku la yang tak ada. Tadi roomate aku bagitau yang gambar aku ada termasuk dalam website UniKL. Cerita pasal open day. Semester ni punya open day
memeng gempak dan meriah la. Banyak persembahan dari student. Ada persembahan yo-yo menari dan menyanyi tu biasa la. Persembahan zapin dari pelajar sekolah rendah pun ada. Part menari shuffle tu aku tak tengok pula.


Suasana di lobi kampus.
Gambar ni aku cilok di sini.

Gambar di atas masa hari pertama Open Day. Setiap booth buat macam-macam persembahan untuk menarik minat pengunjung ke booth diorang.

video
video
Nak buat gosip sikit. Dafi ngan adeline ni ada pape ker..?
huhu....Teeeeet.

video
Rizal ni boleh tahan juga bila menyanyi. Kalah la pelajar AF.
Walau dia cuma pelakon. Nyanyian dia not bad la.



Friday, April 9, 2010

Hotel mania

Posted by aisHa 'S' at 4/09/2010 06:18:00 PM 2 comments
Semalam dekat lobi kampus penuh dengan student sebab nak tengok pelakon-pelakon dari hotel mania (Dafi, Ryzal, Anding, Adeline Tsen) perform. Diorang menyanyi dan sesi bersoal jawab serta menari bersama peminat. Semalam aku da nk update cerita pasal tu.Siap nak upload video lagi. Tapi sebab lame gile nak upload video. 2 kali upload aku fail so aku tutup je. Hehe.. Semalam buka facebook, tengok facebook bebudak city campus ramai dengan artis je. Aku pun ada ambik gambar dengan diorang tapi aku tak upload sebab aku tak minat sangat.Huhu..Tapi mase diorang perform aku la yang duk depan.Ceit...
kiki....


wa lagi putih dari Dafi..kiki
.
Adeline Tsen..Die lagi cun kat luar dari dalam cerita tu

Sesi tandatangan la pulak.

Jeles giler ngn kulit si rizal ni. Licin beb...Kalah aku.



p/s:- Semalam lepas tengok persembahan diorang kami sambung buat fyp di bilik lecturer pula. So hari ni pun same, sekarang ni kami tengah bertapa dekat bilik lecturer tengah siapkan fyp.Minggu depan nak present da.Uwaa...

Thursday, April 8, 2010

Open Day di UniKL MIIT (City Campus)

Posted by aisHa 'S' at 4/08/2010 09:53:00 AM 0 comments
Hari ni adalah hari kedua untuk hari terbuka Unikl Miit. Semalam adalah adalah pelancaran. Seperti semester lepas ada exhibition oleh beberapa course. Terutama bachelor course yang dah final year. Tema semester ni macam colorful gitu. Sangat meriah, banyak gimik yang dibuat oleh setiap booth untuk menarik minat dan memeriahkan kawasan lobi city campus. Semalam semua duk menari jer. Ada budak2 sekolah buat persempahan. Zapin + shuffle. Ceh gempak je kan.

Kali ni open day ada kerjasama dengan erama group. Dorang ade buat pelancaran tentang movie terbaru Panglima Awang Series kalau tak silap. Lepas tu dorang show trivia cerita kunang. Semua ni cerita animasi. Best juga la cerita ni.Kelakar.

Semalam comitte erama ada buat promosi, Sesiapa yang daftar di website ini akan dapat t-shirt free dan top up untuk downdload lagu RM10.

Oh ya pada hari kedua ni, ada artis dari cerita HOTEL MANIA akan datang. Dengar katanya Anding, Adeline Tsen, dan Rizal yag datang. So kalau de sesiapa yang nak bergambar boleh la sesakkan lobi tengah hari ni. Dalam pukul 12.00 - 2.00 petang.

Kepada sesiapa yang berminat nak jadi pengacara pula boleh pergi ke level 25 untuk sesi uji bakat menjadi pengacara. My TV3 pun datang. Tapi selebriti yang datang tak tahu la pula siapa. Kalau rasa ada rupa dan bakat untuk jadi pengacara boleh la mencuba nasib. Jangan lupa bawa resume sekali.!

Pukul 10 pagi ni ada pelancaran Facebook MIIT group. Aku kena join tapi sekarang ni tengah dalam kelas. Jap lagi ada kuiz. Tak dapat la aku terlibat. Hari ni juga ada lawatan dari pelajar sekolah. Harap open day kali ni juga meriah la. Esok hari terakhir untuk open day. Tapi aku lupaa plak tentative untuk esok.Ish-ishk.Sungguh tak bertanggungjawab. Maaf la. Busy dangan Final Year Project. So tak dapat nak bagi kerjasama yang baik. Minggu depan nak present da. Rasa macam tak cukup nafas da ni.

Sunday, April 4, 2010

Ingin hidup bahagia

Posted by aisHa 'S' at 4/04/2010 10:26:00 PM 0 comments
"Orang yang ingin hidup bahagia, perlu menjaga empat perkara:
1. teguh menjaga kehormatan
2. redha menerima apa yang sedikit
3. berbuat kebaikan setiap hari
4. memelihara lidah dari perkataan keji.
Kita akan meras bahagia apabila orang berasa senang dengan kita dan mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri. Marah menyebabkan separuh keintelektualan hilang berganti dengan tindakan-tindakan meluru,bodoh dan tidak munasabah. Esok belum tentu matahari masih mencerah merah, entah-entah sudah padam di kelopak mata kita.. Hidup adalah akar yang menjalar, menjelajah kesegenap destinasi, walau payah walau sukar walau yang datang hanyalah setitis air jernih yang bakal menyinari hidup sesingkat cuma . Dunia ibarat laut, semakin banyak diminum, semakin haus"


Nampak macam senang kan. Tapi tak semudah itu. Nak kawal perasaan ketika sedang marah pun sangat sukar.Tapi kalau selalu kita amalkan dan bersabar tak mustahil untuk dilakukan. Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)V

Isnin dah nak datang.

Posted by aisHa 'S' at 4/04/2010 09:01:00 PM 2 comments
Esok dah isnin..Cepat tul masa berlalu. Baru je rasa macam masuk hari sabtu. Kemalasan la pulak..Hurm..

Sedang mencuba untuk tak menjadi jiwang. Boleh ke tak. Aku memang jiwang. Macam ada masalah pulak kan. Tak pe la. Aku pos cerita je la dekat sini nanti. nanti bosan pula orang duk baca entry yang penuh beremosi tu. Cemuh lak nanti kan. aku pun bosan bila asyik duk berperasaan macam ni. Sabar je lah.
Windu kat dak bumbum ni..


Kecik-kecik da pandai menggatai da


Seronok bile tengok baby tido. Rasa lega je hati.



p/s:-Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.

Friday, April 2, 2010

Ular sawa si pembelit.

Posted by aisHa 'S' at 4/02/2010 08:09:00 PM 2 comments


Hari ni takde class tapi pegi gak kampus sebab ada meeting. After meeting aku sempat bermanja-manja dengan baby yang berkulit licin ni. Huh..Masa mula-mula pegang tu memang geli gile. Tambah bila ekor die sebok merayap-merayap kat kaki aku..Eee...geli geleman seluruh badan aku.Lepas tu bila dah bertenang sikit baru la cool ambik gambar ngan baby ni. Haha.. Tapi malang nye member aku yang tukang ambik gmbar pulak terketar-ketar..adoyai..sebab tu la pic aku blur-blur macam ni...Tapi tak pe la. Dapat gak pengalaman bermanja dengan ular sawa ni... Peace. (^_^)v

p/s:- Apa diharap pada yang kasih, badan dan nyawa lagi bercerai.


My Look

Posted by aisHa 'S' at 4/02/2010 12:59:00 AM 0 comments



Tadi aku baru je join menda alah ni plak...So kalo berminat boleh join same.Hehe...
klik je dekat gambar tu atau link ini.


Tadi baru lepas buat signature dekat photoshop.Huhu.Dah lame tak main photoshop ni. Lepas ni setiap post akan ade my sign tu..

Thursday, April 1, 2010

Ku basuh luka dengan air mata

Posted by aisHa 'S' at 4/01/2010 09:31:00 PM 0 comments
Kalau tuhan nak tunjukkan, lari la sejauh mana pun, sembunyi la kat mana-mana pun.
Kalau memang die nak suruh gak aku tengok semua itu, dia akan tunjuk juga. Ingatkan aman la dunia bila dah tak online facebook. Tapi tak tahu la nak cakap macam mana, hari ni tanpa sedar setelah kejadian hari itu, aku dah tak online myspace aku. Tapi di luar kesedaran, aku tersalah online myspace pula. Dan tergerak hati untuk menyelongkar(memang aku ni stalker tahap gaban la) dan terjumpa lagi dengan menda-menda alah tu. Aishk....

Mengapa ini semua harus berlaku, apakah ini semua kerna diriku, sedangkan aku cuma watak dalam percintaan. T_T

Jangan sampai 1 tahap kat blog pun ada juga. kalau kat blog pun ada aku tak tahu la kat mana lagi nak lari. Facebook dah tak online. myspace pun aku akan banned. Lepas ni apa lagi.?


Sooo0ooo SICK....tangan dah menggeletar, badan dah seram sejuk, dada aku sakit. Oh tuhan. Kuatkan hati ini.
Biarkan ku sendiri hidup dalam sepi,
Ku basuh luka di hatiku dengan air mata,
Betapa pedih tak terkata,
lalu ku terkulai di dalam sangkar rindu.


p/s :- tadi ade la join my LOOK ni..tapi aku tak pasti sangat menda alah ni utk per..Ada sesiap tahu tak.? Aku rasa ni salah satu cara Earn shares from searches.Haish macam-macam la sekarang ni..dan aku memang ketinggalan sungguh.!

"Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk."

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez