Thursday, August 9, 2012

ketawa dan sedih tu boleh tiba dalam masa yang sama.

Posted by aisHa 'S' at 8/09/2012 02:51:00 PM 0 comments
Semalam happy sangat, tapi ade juga hal buat saya terkilan sedikit. Kadang-kadang sampai saya rasa, kalau masa itu akan tiba saya hanya pasrah. Berserah saja yang mampu. 
Mungkin ketika itu saya sudah kuat dan boleh untuk terima semuanya.

Setiap yang berlaku itu akan mendewasakan kita. :D
Sekarang saya sedang bergembira, tak nak kusutkan kepala dengan perkara yang kita tak tahu apa lagi akan jadi pada kita.

Masa kita sedang gembira jangan lupa, dulu kita pernah menangis. Dan tak mustahil esok kita akan menangis kembali untuk beroleh kegembiraan pada masa depan. Mohon kegembiraan dan kebahagiaan masih ada untuk saya. 
(^____^)



Thursday, August 2, 2012

Ogos datang kembali. :D

Posted by aisHa 'S' at 8/02/2012 10:22:00 PM 0 comments

Bulan ogos tahun ini amat di nanti dengan debaran. Terujanye lain macam. Tarikh yang paling di tunggu sudah semestinya 8 Ogos. Tak tahu la kenapa. Mungkin sebab sebelum ni saya hanya memerhati kebahagiaan beliau bersama insan lain diharijadinya, tanpa saya mampu berbuat apa-apa. Eceh.... itu cerita lama. Walaupun cerita yang berlaku tahun lepas masih segar lagi dalam ingatan. Betapa kehadiran 8 ogos 2011 disambut dengan deraian air mata. Biarlah.... hal itu sudah berlalu, ia sudah menjadi cerita silam(mungkin). Tahun ini, saya berharap sangat ada cerita indah antara kita. Mungkin tidaklah semeriah awak dengan insan lain, saya harap awak gembira dan kita juga bisa berbuka puasa bersama. Tak nak lebih-lebih atau terlalu teruja, takut kecewa nanti. Semoga dipermudahkan dan dilancarkan perjalanan. Semoga awak dimurahkan rezeki, diberi kebahagiaan dan menjadi lebih matang. InsyaAllah. 



Kenangan pada tahun 2007. ;D
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez