Thursday, December 25, 2008

♥♥Saat Kau Pergi♥♥

Posted by aisHa 'S' at 12/25/2008 08:49:00 AM 3 comments


Saat Kau Pergi


Saat kau pergi
Berlinanglah air mataku
Betapa singkat ku rasakan
Kebahagiaan itu
Kini lenyaplah sudah

Tak pernah ku inginkan
Perpisahan ini terjadi
Ku hanya bisa merelakan
Jika memang kau pikir
Ini lah yang terbaik

Tak perlu kau beri alasan
Mengapa kau ingin pergi meninggalkan diriku
Karena ku yakin mungkin semuanya itu bisa
Membuatmu bahagia

Sepenuhnya ku menyadari
Bahwa cinta itu tak mesti harus memiliki
Namun ku akan terus selalu menyayangimu
Setulusnya hati


Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan. Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran. Hiduplah dalam iman walau hari di penuhi godaan & berpeganglah kepada Allah walau DIA tak kelihatan.Bukti kasihNYA...kita wujud di dunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yang mengaku keimanan padaNYA. Jangan terlalu berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi. Moga lelahmu di hargai Ilahi walau dicemuh oleh insani.



Nota kaki : Saya bukanlah insan yg baik..juga bukan org yang sempurna..Saya hanya manusia biasa yang sangat lemah..Saya sedang bangkit dari kegagalan.. Cinta bagi saya amat berharga. Saya tidak mahu dikecewakan dan mengecewakan. Kerana saya tidak mahu ada hati yang terluka sepertimana saya sekarang. Saya sedang mencari hidup saya. Cinta saya yang hilang. Juga kejayaan buat keluarga saya.. Masih tidak dapat mencari jalan. Saya memilih untuk bertahan dan biarkan apa yang akan berlaku. Sebab saya percaya, pasti akan muncul sinaran.

Monday, December 22, 2008

Dating dengan MiSz Izzah

Posted by aisHa 'S' at 12/22/2008 02:52:00 PM 2 comments


Sabtu lepas, aku dating ngan cik izzah. Kami dating dekat KB Mall Kota Bharu kelantan. Cik Izzah ni tinggal dekat kelantan, tapi dia asal di negeri lain. Izzah ni merupakan salah satu kawan kepada kawan kepada kawan aku.Ehem..Ntah pape je ni. Aku kenal izzah da lama, kenal muka jer. Tengok dekat friendster kawan-kawan aku. Lepas tu, bulan jun lepas, masa sedang menikmati cuti semester, aku jalan-jalan ke dungun, ke rumah sewa sahabat tercinta iaitu cik maisarah.Dan berjumpa dengan my best friend Effah(Mak cik kepada amusy). So disebabkan Effah tinggal satu rumah dengan izzah, jadi hari itu la aku bertemu mata dengan cik Izzah ni. Aku tengok dia, dia tengok aku. Pastu senyum-senyum. Tak lama, malam tu dia add aku dekat friendster dia. Cuak juga aku masa tu, tetapi dengan senang hati je aku approve dia sebagai kawan dekat friendster. Orang ingin bersahabat, apa salahnya kan.? Tambah pula dia perempuan, jadi tak perlu la aku ragu-ragu menjadi kawan.

Lepas pada itu, aku add dia dekat myspace aku pula. Dari situ la bermulanya keakraban kami sebagai kawan. Di alam maya sahaja. Dan kini kami menjadi sahabat di blog pula. Tempat mencurahkan isi hati. Setelah berbulan- bulan menjadi kawan kami berhubung melalui telefon pula. Macam orang kapel lak..Hehe.. Aku senang berkawan dengan dia.Dan dia merupakan salah satu teman aku berkongsi cerita suka dan duka. Tapi of coz la banyak cerita duka kn..?

Setelah sekian lama berhubung, kami berkeputusan untuk bertemu muka. Jadi tertunailah sudah impian kami untuk berjumpa. Memula agak segan-segan juga masa nak jumpa tu. Biasa lah tak pernah sembang depan-depan. =) kelakar juga. Agak janggal la.Tapi nasib ada topik untuk dibicarakan. Kerana kawan-kepada kawan-kawan kami ni saling mengenali. Jadi bolehlah kita mengumpatkan..? Itu sahajalah bahan yang ada pun. So this is our pic together. Tak ada apa-apa barang yang dieli tanda persahabatan. Tapi tak apa, kami sudah berjanji untuk berjumpa lagi. Moga pertemuan kita nanti menjadi lebih kecoh. Ngee.. Good luck to my dear miSz iZZah. Semoga gembira dengan hidup baru yang bakal ditempuhi nanti. Thanks because u being a good friends to me. Even baru kenal. Tapi sudah mesra...Adios..

Teman tapi mesra..Opss.. :)



p/s : Teman-teman, terima kasih semua. Andalah teman yang baik. Pemberi semangat. Tempatku mengadu.

Dating with cik Maisarah

Posted by aisHa 'S' at 12/22/2008 02:11:00 PM 2 comments
Mau berlagak sama kami ka.?


Selasa lepas 16 Disember 2008 aku pergi ke kuala terengganu...
Pergi jumpa mybest friend merangkap adik angkat A S iaitu cik maisarah. Aku jumpa dia sebab lepas ni dia akan sambung study dekat UTHM. Dia dapat sambung degree kat sana..Uwaa....Jelesnye aku sebab aku masih lagi diploma dan baru nak masuk semester 3.

Well dua hari aku di sana..Malam itu kami berkongsi cerita suka dan duka. Dah lama aku tak berkongsi cerita dekat kawan-kawan macam malam tu. Sedih sangat, tapi aku lega, kadang-kadang rasa bersalah dekat A S, sebab suka bercerita masalah kami dekat orang. Tapi aku cuma konfius, walau tak dapat jawapan, sekurang-kurangnya aku lega. Ringan sikit beban aku, sebab dengan A S aku dah tak dapat nak berkongsi rasa seperti dulu lagi dah.Kerana dia punya hidupnya sendiri.

Kalau A S tahu tentang hal ini..Hehe..Sorry ya...

Cerita dua hari di Kuala terengganu, kenal-kenal dengan family cik sarah ni, aku ni agak malu-malu sikit orangnya dan jenis tak banyak bercakap, orang tanya sepatah aku jawab dua patah. Orang tanya sepuluh patah aku jawab dua patah. Malu siot, aku ni jenis tak banyak bergaul ker.? Lepas ni aku kena jadi sorang yang huha-huha la..kena banyak bercakap dengan orang tua-tua, kalau tak nanti orang cakap aku sombong pula..Hehe..

Nasib la family cik sarah ni ramai perempuan, jadi aku tidaklah segan sangat. Hehe.. Kerinduan kat Effah lak time ni..Teringat zaman kanak-kanak dulu, masa belajar kat poli, aku selalu jer bertandang ke rumah Effah. Itu yang buat aku lekat dengan A S tu..Hehe..Lepas ni tak ada dah cerita macam tu kot.

Hari pertama di Kuala terangganu, kami pergi ke pasar malam. Hehe bese la aktiviti ni kan. Malam tu shopping kat mydin mall. Antara mydin paling terbesar di pantai timur. Cik sarah nak shopping barang- barang untuk bawa pergi belajar nanti. Jadi orang jauh la dia lepas ni.

Esoknya, sebelum bertolak ke hentian bas kuala terengganu, kami pergi jalan-jalan makan angin dekat Pantai Batu Buruk. Bergambar sakan kat sana. Hehe. Sebab masih awal, dalam pukul dua lebih je, so tak ada apa-apa aktiviti la kat cini. Teringat tempat aku dan A S dating dulu..Haha..Kfc pantai batu buruk adalah lokasi kami.Kwang2...


Edisi kaki ku,kau dan dia...


Pokok rHu yang masih berdiri megah.

Peace, saya cik Maisarah. Single but not Availabe..Milik siapakah hati mu..?
Aku ada jawapannya. =)


Syukur juga dapat kenal dengan dia, sebab A S juga la kami saling berkenalan.Thanks to him. Kami kenal melaui mesej je. Tapi mungkin kerana keikhlasan hati, kami dapat menjadi kawan baik sekarang. Masa A S bercerita tentang adik angkat dia dekat aku dulu, Aku agak cemburu juga, Tapi lama-lama aku boleh terima dia dengan senang sekali. Aku ni kategori lembut hati ke.? Sebab aku ramai berkawan dengan kawan-kawan A S. Kebanyakan aku kenal dekat friendster sahaja. Berbulan-bulan kami mesej, tanggal 30 Ogos 2007 kami dapat jumpa. Aku pergi ke dungun untuk jumpa dia, Malam tu celebrate birthday aku kat dungun. Sangat seronok. Sekarang aku cuma berkongsi kesedihan dengan dia. Aku sayang dia.. Maaf sebab banyak menyusahkan anda ya cik sarah..

We are the best buddy.Sedihku sedihmu jua..
Sedihmu sedihku jua... Erk..

Thursday, December 18, 2008

Tak bertepi

Posted by aisHa 'S' at 12/18/2008 11:16:00 AM 0 comments
Hari ni pepagi aku kena pergi ke kedai beli kueh. Lepas tu dah sampai kat kedai, aku beli la kueh dan bila nak balik motor aku tiba-tiba kehabisan minyak. Mula lah mood aku tak baik, disebabkan kedai yang jual minyak motor agak jauh jadi aku ambil keputusan untuk jalan kaki sahaja balik ke rumah. Motor aku tinggal jer kat tepi jalan..Aku tak tahu lah orang kat kedai tu cakap apa bila tengok aku balik jalan kaki..hehe.. Masa jalan balik tu hati aku terdetik, tak baik betul aku mengeluh tadi,siapa tau ada hikmah kenapa aku balik jalan kaki hari ni kan. So aku pun bersyukur la,mungkin ada sebab disebalik semua kejadian ini..Haha.Balik jalan kaki best la juga,disebabkan aku ni tinggal kat kampung, jadi angin sempoi-sempoi jer..Tak sampai 10minit aku dah sampai kat rumah, urusan motor tu aku serahkan kat adik aku,malas aku nak ambik tahu,dorang ni pandai naik je,tak pandai isi minyak.

Lepas da sediakan breakfast tadi, aku masuk bilik dan layan lagu...Jiwa aku ni kerinduan. Pastu layan pulak lagu matta band ni. Aku hayati la maksud lagu ni..Wah boleh tahan, tapi slow sangat lagu ni, buat aku cepat bosan. So aku nak layan lagi la. :-) ..Sebab aku sekarang ni memang sedang buat macam ni pun..





Sampai kini, ku masih terluka karenamu
Dalam cintaku, tak pernah kau balas
Membuat hari sabar menanti

Sampai kini, ku masih berharap padamu
Walau ku tau kau tak kan mengerti
Arti sayangku yang tlah kuberi

Ku kan tetap setia menanti
Tak kan henti ku mencintai
Biar hati kan tetap sepi, karena cintaku tak bertepi
Cintaku padamu, sampai kini…

Tuesday, December 9, 2008

Cinta Mati

Posted by aisHa 'S' at 12/09/2008 08:05:00 PM 0 comments

Bagaimana caranya untuk
Agar kau mengerti
Bahwa aku rindu…

Bagaimana caranya untuk
Agar kau mengerti
Bahwa aku cinta…

Masihkah mungkin
Hatimu berkenan
Menerima hatiku untukmu

Cintaku sedalam samudra
Setinggi langit di angkasa
Kepadamu…

Cintaku sebesar dunia
Seluas jagad raya ini
Kepadamu, kepadamu…

Bagaimana caranya untuk kau mengerti
Bahwa aku mencintaimu selamanya?
Bagaimana caranya untuk kau mengerti
Bahwa aku merindukanmu selamanya?


p/s: Hati aku kadang-kadang umpama sudah mati...Tapi masih diteruskan sisa itu...Akan ku terus menanti dan menanti...Moga ada sinar menanti...Kekadang aku seakan membiarkan...terasa makin jauh..Tapi aku tetap meneruskan..Aku masih tertanya...Perlukah aku jumpa dia..? Perlu ke tak..? Kalau ikutkan hati mau saja aku jumpa..Tapi, kesudahannya macam mana..? Kekadang aku terfikir, adakah perjumpaan kali ini akan mengubah segalanya..? atau ia langsung tak bermakna..? Kenapa dia masih nak jumpa aku..? ..? Hanya sekadar suka-suka..? Tapi jika itu niatnya, kenapa sampai bersusah payah begini..? Adakah dia juga mengharapkan ada perubahan pada kami..? Iya aku akui, masih belum dapat aku selami hati nya, apa yang dia mau. Bila bersua aku seakan mati akal, tidak tahu berkata-kata,sedangkan banyak yang aku ingin ceritakan. Ah..pusing kepala, aku harap sangat perjumpaan kali ini memberi makna dan membawa sinar yang baru...Moga aku dapat selami hatinya, dan menggenggam hatinya kembali...


tHe spirit of the words

Posted by aisHa 'S' at 12/09/2008 04:02:00 PM 0 comments

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.


Thursday, December 4, 2008

Genaplah sudah..

Posted by aisHa 'S' at 12/04/2008 11:11:00 PM 7 comments
Hari ini genaplah sudah 4tahun arwah adik aku meninggal...

Motif : Lemas di sungai...
hurm.......

Alfatihah untuknya..Moga rohnya di cucuri rahmat..Amin.....

..........................................................................................................

4 disember 2004..
Tak lama selepas tsunami melanda negara...

Suasana dirumah sangat hening, sunyi,sepi..Aku sorang je insan yang ada kat rumah. Mak aku,akak aku,mak cik aku n adik aku baru bertolak nak pergi hospital kubang kerian, KB, untuk pergi melwat abang aku yang jatuh dari ketinggian 16kaki masa die kerja..Koma 2minggu, tak sedarkan diri,tak bergerak,tak bercakap..
Aku si penjaga rumah...duk mesej dengan kawan je..sebab baru lepas spm.aku tak kerja...Tiba-tiba, ada sorang budak datang rumah aku,dia tanya ayah aku ada tak kat rumah..aku cakap takde orang..lepas tu dia cakap, "Fadhil lemas", tolong bagitau ayah yer..
Aku terkesima..sama ada percaya atau tidak, terus aku call mak aku,tanya sapa yang bawak kereta.bila mak aku cakap kakak aku yang bawak,terus aku cakap yang sal adik aku lemas. perjalanan ke hospital hampir separuh da.Dorang patah balik..Aku tak tau nak buat apa.nak tinggal rumah nak pergi ke sungai, pastu ada orang datang tanya perihal die lemas.cepat betul berita tersebar...lepas tu aku tengok ramai orang berpusu-pusu pergi ke sungai yang tak jauh dari rumah aku. Lepas tu ada polis datang,tanya dah buat report belum,aku cakap belum..aku memang tak mapu nak buat apa-apa masa tu..aku sesorang kat rumah..sumpah, tak terlintas pun dalam fikiran aku yang die lemas sampai meninggal..mungkin aku tak dapat nak bayangkan,atau aku masih tak dapat terima kenyataan..

Dipendekkan cerita..mayat arwah dijumpai pada malam hari. lepas berjam-jam sesi pencarian oleh bomba dan orang kampung...itu pun dijumpai oleh orang lain..kire die baca ayat-ayat kot...masa aku pergi ke sungai tu,aku tengok berduyun-duyun orang n kereta kt sane...sampai bomba nak keluar pun xleh.

Bile da jumpa mayat arwah,terus bawa ke hospital.untuk bedah siasat..malam tu dihantar ke rumah. aku tengok macam mana dia di usung masuk ke dalam rumah..Esoknya baru arwah ditanam..Masa kucup dahi,aku rase sejuk sangat badan die..aku nangis..ramai orang nangis..Ayah aku pun nangis masa kucup dahi arwah..(cerita tergantung...)

...........................................................................

Tragedi pertama dalam keluarga aku... Sejarah keluarga kami...
Abang aku yang koma masih hidup lagi..sihat dan tinggal dengan keluarga kami...
Masa dia baru sedar.die ada tanye.mana fadhil..?
Mungkin mak dia da cerita kot yang arwah dah tak ada..
Masa abang aku koma dulu,arwah beria-ia nak jaga dia..Hari kejadian pun dia masih nak pergi tengok abang aku,tapi angah aku tak bagi,sebab kereta penuh..Terus die keluar dengan kekawan die..
.........................................................................

Barang peninggalan :

Masa dia tengah lepak dekat sungai dengan kekawan dia,die siap berpesan dekat kawan dia supaya pegang hanset die..
"Ko pegang hanset aku ni, lepas ni kite da tak jumpa dah.Nanti raya haji baru jumpa. "
Lepas tu, dia jatuh dalam sungai, dan lemas.Kawan hulur kayu nak tarik dia,tapi tak nak capai..
Motor yang die naik sempat di tarik ke atas..
...................................................................................

Sungai itu, sekarang da banyak berubah. Selepas tragedi adik aku, sudah dibina pagar. Well da banyak kali kot kat situ ada orang meninggal,sebelum kejadian adik aku.Setahun selepas kejadian..Ada seorang lagi yang meninggal..Khabarnya mayat itu tidak dijumpai..Aku pun tak pasti dah dijumpa atau belum..Wallahualam...

Tuesday, December 2, 2008

Bosan...

Posted by aisHa 'S' at 12/02/2008 06:00:00 PM 0 comments

Hari-hari di rumah apa aku buat..??
bangun pagi....jumpa kekasih...masuk dapur..tugas aku buat air...
pastu tengok mak aku masak..kalau tak kena kejut sepupu aku pergi beli kueh dekat kedai..
lepas semua da breakfast aku kemas dapur....
Masa rajin memang berkilat..kalau tak..?
hurm..macam tu la keadaanya...
pastu da nak masuk tengah hari aku online an duk depan tv berjam-jam..
rutin harian....
kalau da online memang lama..
ntah apa aku buat yer...
perkara yang sama jer...
pastu basuh kain,angkat kain,jemur kain..urm lipat kain..? Aku bukannya rajin pun...
tambahan pula rumah aku ni ramai askar..
akak aku kerja..
jadi aku la anak perempuan kat rumah..
...................................................................
aku tambah bosan...
sambil aku fikir,apa lagi aku boleh buat kat rumah..?
masuk bilik baring-baring, golek-golek..tertido..
sah berat aku naik nanti..
mati..
penat aku diet...
baru je boleh turun sikit..
ayark....
pipi ku makin tembam...
ayo..
Ceh konfirm member-member aku gelakkan aku sal ni..
sebab diorang da pesan awal-awal jangan kuat makan...
aku cuma boleh cakap..
duk kat rumah nafsu makan memberontak..
xde keje...
makanan depan mata..
duk kl lain..pukul 4petang baru breakfast terus dikira sampai dinner...

...............................................................
masuk ke petang...
jejakkan kaki ke tanah...
time ni la baru aku tengok langit..hehe..
indahnya udara kampung..
tak macam kl..hehe.....
bosan...
tengok burung dalam sangkar..
tengok pokok-pokok..
intai buah mangga...
masuk rumah balik....
otak mula sempit..?
nak buat apa lagi..???
tV la jawapannya..
tak pun berkurung dalam bilik..
layan lagu....
......................................

malam...
dapur time....
kekadang je la...
sebab kat rumah makan nasi tak ikut time....
kalau ada tetamu memang meriah...seronok jer...
malam tak tengok tv sangat..
kekdang aku online..kekadang aku malas..
penat la mengadap menda ni jer...
tapi aku suka berkurung dalam bilik..
mesej amusy..kalau die balas...kalau tak pukul 10 lebih baru die balas..
tapi aku memang mesej die jer la..
dekat pukul 11..hantar mesej "good night" dekat A S's sister..
mesej ngan adik die lak..
kadang-kadang aku mesej adik dan abang dalam masa same..
suke mesej dengan adik die..
walau masih muda..tapi matang..
kekadang rasa kekwat juga...
hehe..aku gelabah..
adoi...
tapi adik dia bagus...
pernah bersua muka sekali waktu raya yang lalu..comel budak ni..
aku malu sendiri.....
mesej sampai tido....
.................................
esoknya....
pagi aktiviti yang sama..
kalau berubah pun sikit jer...
ah..bosan..
tapi kekadang seronok bila mood aku rajin dan banyak kerja nak buat...
malam ni fikir lagi apa da aku buat hari ni..
esok apa lagi aku nak buat..?
cari kayu api..? angkut air kat sungai..?
masak pakai dapur kayu..????
bosan..
aku la si pemalas itu..
kesian mak aku..
anak da besar pun tak boleh nak tolong die..hehehe.....
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez