kak aisha # adeq.. xD 2 different person..
1 same opinion..
1 just same
LOVE history...
senyum sokmo!!
p/s: hard as our begining.. but happy is our ending!!Wah..Pejam celik pejam celik, kita dah hampir ke bulan februari. Mesti semua dah tak sabar nak balik kampung. Bagi aku pula ni la pertama kali hari raya cina tak balik rumah...
Malam esok aku akan bertolak ke Ulu Tiram, Johor. Untuk menunaikan tanggungjawab aku.Hehe..
Dah lama aku tak update blog ni..Hampir setiap hari aku buka blog ni sebenarnya, tapi xdapat nak bercerita walaupun aku ada banyak cerita untuk dikongsikan. Kesibukan agak melanda sekarang. Pergi kampus pagi dan balik ke asrama pada waktu malam. Pernah sampai pukul 11 malam aku baru sampai ke asrama. Semua ini kerana tanggungjawab. Moga aku dapat menjadi pelajar yang berdedikasi lepas ni.
Januari 2009 merupakan bulan yang agak sibuk bagi aku, Bermula dari 29 Disember sehingga sekarang, banyak kursus dan program yang perlu aku ikuti. Sebab aku dah pilih untuk pikul tanggungjawab ini, jadi aku akan tunaikannya dengan sebaik mungkin. Aku sangat penat dan kesunyian, tapi aku rasa gembira juga. Sebab ini jalan yang aku pilih pada semester ini.
Bermula dari latihan menjadi "Oriented Comitte" (OC), terus menjadi Fasilitator yang nakal, dan seterusnya terlibat dengan Kursus 'National Conference' di UUM Sintok, Kedah. Semua berlaku dalam tempoh tak sampai sebulan.
Aku sebagai Kakak OCKelas aku baru bermula selama dua minggu, tapi aku ponteng dua kelas dengan bersurat. Hehe...Esok kita pergi johor pula. Seronok dapat jalan-jalan. Tapi agak penat la.Aku akan postkan aktiviti aku selama sebulan ini selepas kembali dari Ulu Tiram..
Malam ni tak dapat tidur. Kenapa ya..?Barang-barang nak bawa esok pun tak kemas lagi..
Adoi...Tak tahu kenapa jadi macam ni..Terasa rindu dekat kawan lama. Nak sangat dengar berita dari semua. Aku sedang mengalami konflik dengan kawan-kawan di sini. Tak tahu nak mengadu dekat siapa, amusy juga tempat yang di tuju. Ah...Bosan, Sedih, Pilu, Konflik antara kasihan dan kesempitan. Aku masih lagi tak mampu bersuara. Maaf kawan, aku bukan teman yang baik buat kalian. Tapi aku cuba sedaya upaya agar menjadi teman yang sentiasa bersama.
Tak dapat berkongsi cerita...
Okay..Sampai disini buat masa ini... Kerinduan terhadap keluarga sangat terasa... Menangis dan terus menangis. *Kosong.

New Friends...