Masa belum start part time hari tu bukan main lagi nak kerja elok-elok. Bila dah masuk kerja,nah ambik ko, sekali terus fikir panjang...Haha..dah start rasa give up,rasa penat dan macam-macam rasa la ada. Bila masuk kerja, sikit-sikit tengok jam, lepas 5 minit tengok jam. Lepas tu mula la rasa macam lambatnya masa berlalu. Hari ketiga berkerja,pergi kerja dengan perasaan sedih. :(. Aku pun tak tahu kenapa rasa macam tu, mungkin sebab aku fikir,kenapa aku kena buat semua ni.?? Padahal tak ada sesiapa pun yang suruh aku kerja, aku yang buat keputusan sendiri.
Semua tu hanya mampu bertahan untuk 3minggu je, khamis lepas call die punya staff cakap, "
angle, i xdapat nak pergi kerja la,sebab dah mula busy. Dah nak final. :(" dengan perasaan berat hati aku call dan cakap terus terang. Masa tu memang dah nekad buat keputusan ni,sebab aku kena bagi komitmen dengan group pantomime dan juga assignment aku. Jadi diari aku sebagai seorang promoter kasut berakhir sudah. Kiranya bulan ni aku kena bertahan untuk survive dan habiskan semester pertama ni. Bertahan dan survive dari segi kewangan, juga perkara-perkara lain yang selalu menghantui aku Lepas dah confirm berhenti kerja terus badan dan kepala rasa ringan. Oh my,kuat juga tekanan kerja masa tengah belajar ni ye.Hurm..Satu pengajaran buat aku. ^__^
Tugas sekarang fokus pada study.! Harapannya semester ini akan bagi sinar baru buat aku. Amin....
0 comments on "Bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam."
Post a Comment