Monday, October 1, 2012

Sedar tak sedar

Posted by aisHa 'S' at 10/01/2012 01:09:00 AM 0 comments
Hari ni dah 1 oktober. walaupun masih pukul 1.05 pagi. hehe. Ya Allah cepatnye masa berlalu. tak sedar langsung. sudah mula masuk ke penghujung tahun 2012. Syukur ya Allah aku masih bernafas di bumi mu ini. September adalah bulan yang sibuk buat aku. Banyak pengalaman baru yang dapat dan juga unexpected. Fuhh... Syukur pada mu. Semoga hari-hari mendatang akan lebih baik .Semoga di murahkan rezeki dan di berkati ilmu yang di pelajari. Amin...


Saturday, September 1, 2012

Ogos pergi jua. ;(

Posted by aisHa 'S' at 9/01/2012 11:58:00 PM 1 comments
 

Yesterday is my birthday. Happy belated Birthday to me. I'm 25 years old already. :D 
Terasa semakin tua. muka semakin tua, cuma perangai je yang tak tua-tua. Alahai. Dan untuk pertama kalinya, semalam dalam sejarah aku celebrate Birthday + Merdeka di dataran. Gigih juga pepagi sesudah subuh bangun dan bersiap untuk pergi ke dataran. Plan untuk pergi celebrate merdeka ni aku yang usulkan dekat ika, dia pun dengan teruja nya mau pergi. Dan aku ajak ikin pergi sama. dia 'on' aje. Tetapi beberapa hari sebelum kejadian, terdapat sedikit halangan dari beberapa pihak. Halangan terbesar sudah pastinya dari pakcik 'Amar Syah'. Beliau takde dekat kl pada hari merdeka, so dia tak benarkan aku pergi. Macam-macam alasan lah yang dia bagi, bahaya lah, ada orang baru kena tembak dekat kepong lah, 'bersih' nak berhimpun pada malam merdeka lah, macam-macam alasan. Dia kata keadaan tak berapa 'selamat' sangat sekarang. Dan dia juga tak galakkan aku keluar kemana-mana sangat dengan kawan-kawan perempuan aku, sebab dia kata ada seorang perempuan yang kena ragut, then tangan dia kena tetak sebab tak nak lepaskan beg dia. Ai macam-macam. Aku masa tu mentally dah down. Housemate aku pulak cakap yang kat tv pun aku cerita pasal seorang perempuan kena rape masa keluar pergi celebrate malam 31 ogos. Masa tu aku pertikaikan juga la, itu malam 31 ogos, memang la bahaya. Ini siang-siang, dengan ramainya nak tengok perarakan, pastu siap ada budak-budak lagi yang datang. Family yang datang ramai-ramai, pelancong, dan kanak-kanak. Cerita berakhir disitu, aku malas nak ulas panjang. Then akhirnya, sehari sebelum hari kejadian, aku tekadkan hati, apa nak jadi, jadi lah sebab ini mungkin kali pertama dan terakhir untuk aku pergi kesana. So here I am.... Celebrating Independent Day at Dataran Merdeka. Yippiiieeee. :D 











Dalam pukul 9.30pagi macam tu, perarakan dah berakhir. So we'olls berjalan menuju ke Sogo dan breakfast disana. Sampai-sampai je pintu sogo baru buka, terus kami terjah ke food court di level 6. Kita bersantap dulu.



Lepas acara makan-makan, kami beransur pulang. Tapi dalam perjalanan menuju ke stesen lrt Masjid Jamek kami cuci mata dan rembat tudung dulu. Dan aku hadiahkan diri aku 4 kuntum mawar berduri serta sekuntum bunga daisy. Hadiah dari aku kepada aku. :D

Sekian.

Thursday, August 9, 2012

ketawa dan sedih tu boleh tiba dalam masa yang sama.

Posted by aisHa 'S' at 8/09/2012 02:51:00 PM 0 comments
Semalam happy sangat, tapi ade juga hal buat saya terkilan sedikit. Kadang-kadang sampai saya rasa, kalau masa itu akan tiba saya hanya pasrah. Berserah saja yang mampu. 
Mungkin ketika itu saya sudah kuat dan boleh untuk terima semuanya.

Setiap yang berlaku itu akan mendewasakan kita. :D
Sekarang saya sedang bergembira, tak nak kusutkan kepala dengan perkara yang kita tak tahu apa lagi akan jadi pada kita.

Masa kita sedang gembira jangan lupa, dulu kita pernah menangis. Dan tak mustahil esok kita akan menangis kembali untuk beroleh kegembiraan pada masa depan. Mohon kegembiraan dan kebahagiaan masih ada untuk saya. 
(^____^)



Thursday, August 2, 2012

Ogos datang kembali. :D

Posted by aisHa 'S' at 8/02/2012 10:22:00 PM 0 comments

Bulan ogos tahun ini amat di nanti dengan debaran. Terujanye lain macam. Tarikh yang paling di tunggu sudah semestinya 8 Ogos. Tak tahu la kenapa. Mungkin sebab sebelum ni saya hanya memerhati kebahagiaan beliau bersama insan lain diharijadinya, tanpa saya mampu berbuat apa-apa. Eceh.... itu cerita lama. Walaupun cerita yang berlaku tahun lepas masih segar lagi dalam ingatan. Betapa kehadiran 8 ogos 2011 disambut dengan deraian air mata. Biarlah.... hal itu sudah berlalu, ia sudah menjadi cerita silam(mungkin). Tahun ini, saya berharap sangat ada cerita indah antara kita. Mungkin tidaklah semeriah awak dengan insan lain, saya harap awak gembira dan kita juga bisa berbuka puasa bersama. Tak nak lebih-lebih atau terlalu teruja, takut kecewa nanti. Semoga dipermudahkan dan dilancarkan perjalanan. Semoga awak dimurahkan rezeki, diberi kebahagiaan dan menjadi lebih matang. InsyaAllah. 



Kenangan pada tahun 2007. ;D

Tuesday, July 31, 2012

saling memerlukan

Posted by aisHa 'S' at 7/31/2012 12:11:00 AM 0 comments


Hidup kita memang macam roda. berpusing-pusing benda yang sama je. Kalau sebelum ni, perkara tu jadi kat kita, siapa tahu tak lama lagi jadi pada org terdekat dengan kita. Kalau dulu masa kita susah kita perlukan pertolongan orang, tapi bila orang susah kita pun akan ringan membantu. Kalau dulu kita menangis kononnya putus cinta dan bercerita dengan teman, tapi tanpa kita duga, satu hari, teman kita berkongsi pula mengalami hal yang sama walaupun mungkin cerita yang sedikit berbeza. Sentiasalah memberi bila kita mampu untuk memberi. Dan sentiasalah berkongsi bila kita ada hal untuk dikongsi. Jangan menyendiri.


Sunday, July 1, 2012

Kenduri sahabat

Posted by aisHa 'S' at 7/01/2012 11:40:00 PM 0 comments
Sabtu 30 Jun 2012, hari semalam, seperti yang dijanjikan berjayalah saya menjejakkan kaki ke kediaman sahabat saya dari sekolah menengah dulu. Menghadiri kenduri kahwin beliau bersama pasangan. Sangat meriah, dan menambahkan lagi kemeriahan bila kawan-kawan lama turut hadir sama. Classmate yang dah lama tak jumpa. Lama tak contact, adoi melayan perangai masing-masing. Dan bergambar kenangan di majlis istimewa. Tak payah cerita panjang, kita share gambar je. 
 Ni juga kawan masa sekolah. Hadir bersama suami dan anaknya.Waduh...

 Kawan-kawan sekolah menengah teknik besut. Bukan classmate.
 Puan pengantin yang cantik. Menyerlah warna baju beliau. haha..
 Sesi bergambar dalam bilik pengantin.
 Bergambar di pelamin adalah wajib.
 Ini adalah tempat untuk menconteng buku visitor..ecece..
 Sesi menconteng dan mencoret kata-kata untuk pengantin
 Buat sahabat...Heeee
Masa untuk merenjis.
 Ayoyyo...why so chubby..??

 Selepas bersanding... time ni kitorang memang gila-gila banyak.

 This is my classmate,semua girls dalam kelas 5 Pengaturcaraan Komputer dulu. Tak cukup lagi sorang. 


Wednesday, June 27, 2012

Kawan saya nak kahwin

Posted by aisHa 'S' at 6/27/2012 11:46:00 PM 0 comments

Sabtu ni kawan saya kawin. Sebenarnya agak segan juga nak pergi walaupun kawan dah lama kenal. Dari zaman form 4 lagi sampailah sekarang ni. Tapi disebabkan dah lama tak contact sebab saya da deactive facebook yang lama, then terus tak ambil tahu langsung perkembangan masing-masing. Pernah juga la beberapa bulan yang lepas beliau mesej sebab nak confirmkan no telefon saya. Lepas tu tak contact lagi dah. Zaman sekarang ni masing-masing bergantng dengan fb untuk tahu perkembangan kawan-kawan. Kalau orang kuno macam saya ni yang tak ada fb, jadi tak tahu langsung la pasal kawan-kawan. Beberapa bulan sebelum perkahwinan kawan saya ni, saya cuba contact beliau balik, ye la sebab yang menghilangkan diri ialah saya, tapi beberapa kali hantar whats app tapi tak dapat.So saya kira beliau dah tukar nombor la. Terasa pilu juga di hati, then satu hari tu ada dapat mesej dari beliau, katanya mahu menjemput datang kenduri dekat rumahnya 30 jun ni. Terharu juga la bila bacanya, semangat terus nak balik kampung. Syukur juga beliau tak lupakan saya di hari bahagianya. Ingatkan terus tak di jemputnya. Jadi bukan saya seorang saja yang ingat, rupanya beliau juga mungkin ingat untuk jemput saya, tapi sebab kekangan masa dan hal-hal lainyang buat jadi macam ni. Thanks kawan sebab sudi jemput. Sebab aku memang teringin sangat nak pergi ke majlis kawan-kawan. Tambah pula kita dah kenal lama. Penah makan sepinggan, tidur sebantal. Aku tumpang rumah sewa ko, ko tumpang rumah sewa aku masa zaman politeknik dulu. Jadi mungkin atas dasar itu kalau tak jemput terasa ralat sikit. Semoga berbahagia kawan. Kawin juga korang akhirnya. Dah 2orang kawan saya yang berkenalan di zaman politeknik dulu kahwin. Sekali lagi rasa cemburu sebab mereka mampu pertahankan relationship tu. Saya macam mana lah agaknye, belum masuk pertengahan da tumbang. Harapannya dapatlah saya dan beliau mempertahankan hubungan ni, banyak lagi perkara yang kena lalui.  Hee...

 
Soalan yang paling tak nak disoal ialah, "Mu ngan sapo lening.?"
Itu adalah soalan yang agak susah sikit untuk saya jawab. Tambah pula kawan saya ni kenal dengan awak, satu politeknik  pulak dengan awak. 
Takkan saya nak cakap, "aku dengan ''amar syah" la dengan sape lagi...?
Rasa rendah diri je, kalau boleh saya tak nak pun kawan-kawan tahu pasal kita. biar dia jadi rahsia dulu. Sebab kalau tak jadi nanti segan la pulak. Dulu kapel beria je, pastu clash. Orang lain dah fasa bertunang, berkahwin dan beranak-pinak dah, kita tak tahu mana lagi tujuan. Jadi, biarlah rahsia dulu. Hurm...

Monday, June 25, 2012

Searching baju raya

Posted by aisHa 'S' at 6/25/2012 11:48:00 AM 0 comments
Baru lepas mengemas, mencuci dan menyusun bahagian dapur rumah. Lepas tu rasa bosan. Malas nak terperap dalam bilik, jadi kita online sambil menonton tv. Belek-belek fb tapi terasa bosan. Buka page Heliza Helmi dan tengok pic dia menggayakan baju yang cantik . Then terus terfikir, raya nanti nak pakai baju jubah macam ni la. Kalau kat KL harga dia mesti mahal. Kalau ada duit mesti best shopping. Hurm.... Tapi nak try search baju macam ni nanti. mueheheee..

Disebabkan kenaikan berat badan yang sedang berlangsung sekarang, daku merasakan pemakaian baju jubah macam ni boleh membantu menutupi lelemak yang telah mula bersarang.
Sekian.

Sunday, June 24, 2012

Just thinking.

Posted by aisHa 'S' at 6/24/2012 01:55:00 AM 0 comments
Kadang-kadang bila saya tengok gambar awak, saya selalu bertanya, "Kenapa aku sayang dia ye.?"
Selalunya bila saya kenal kawan lelaki lain, saya selalu compare mereka dengan awak. Dan awak selalu akan menang. Saya tak tahu kenapa, saya tak nampak kelebihan orang lain. Pada saya awak da cukup sempurna. Walaupun awak selalu buat saya menangis, tapi awak uga yang merawat luka saya. Buat saya gembira dan menikmati rasa bahagia itu kembali.
Saya tak nak terlalu mengagungkan awak dalam hidup saya. Sebab haluan kita tak tahu kemana lagi. Tapi awak juga keutamaan dalam hidup saya selain family saya.


Kadang-kadang saya rasa penat, terutama bila tengah gadoh, bila awak marah saya, bila awak tak reply mesej saya, bila saya je yang selalu buat silap. Masa tu saya cuma fikir, dulu tak ada pun semua ni. Tak ada orang nak marah saya, terasa dengan saya. Dulu saya bebas, tapi sekarang saya tersekat dalam banyak perkara. Kadang-kadang saya fikir, ada baiknya juga kita begini.


Awak, kalau awak baca coretan ni, saya tak tahu apa yang awak akan rasa. Mungkin marah,atau mungkin tak kisah pun. Saya doakan yang terbaik dalam hidup awak. Pertemuan dan perkenalan kita ni mungkin ada sebab dan hikmahnya.Semoga berjaya untuk awak.

Monday, June 18, 2012

Matun Lebah ♥

Posted by aisHa 'S' at 6/18/2012 11:58:00 AM 0 comments
Miss you too.. ♥♥♥
Saya pun frust jugak kita  tak dapat jumpa.. nak story morry... snap-snap.. menggediks ngan awok.
aigoo.. bilakah agaknye dapat ketemu. nanti sekembalinya saya ke KL saya bawa la apa-apa yang ada..
Lagipun masa tu awak dah jadi student dah. Hihii...confirm awak busy punya dengan dunia baru awak.
InsyaAllah nanti ada apa-apa yang berkenan saya bawak la..
Kalau ada kesempatan nak juga lepak kt seoul garden dengan awak. Tapi tak nak plan lagi. cuma berhajat je. Kalau nanti ada kesempatan kita pergi la. Pergi berdua je tak best, tak seronok, tak meriah nanti. nak pergi makan-makan tempat macam tu kena ramai-ramai. baru makan pun banyak.
Seoul Garden tu dah menjadi tempat wajib untuk saya pergi every month. start bulan Januari 2012 dia mula jadi satu kewajipan untuk saya bersantap disana. So memang ada plan nak pergi dengan awak la nanti. Tapi tak tahu la bila. :p
Ada masa dan panjang umur kita jumpa. Jangan risau okay.
Rinduuuuu awak juga. ^___^

Tuesday, May 29, 2012

Awak....

Posted by aisHa 'S' at 5/29/2012 07:59:00 PM 0 comments


1st time saya buat awak tertunggu-tunggu saya untuk kita jumpa hari tu, saya rasa bersalah sangat. Sebab saya pun dah lame nak hang out dengan awak. Nak tunggu kita jumpa lagi tak tahu bila. Saya harap awak maafkan saya pasal hari tu. Kesian dekat awak, terpaksa tunggu saya..lastly awak kena balik macam tu je.  Masa tu saya temankan dia dekat bangi. Dia ada presentation last untuk setelkan dia punya praktikal. Jadi dia minta tolong saya siapkan sikit report dia dan pergi print. Kemudian pergi ke kampus untuk present. Sebelum ni saya pernah cakap dekat dia, "Tak pernah pun bawa saya pergi kampus dia", Perempuan lain pergi kampus die macam tempat sendiri. So mungkin dia cuba tunaikan permintaan saya. Tapi malangnya, saya lambat balik untuk jumpa awak.. T___T Sorry sangat-sangat, Saya harap kita dapat jumpa lagi dan luangkan masa bersama. Sorry ye. ~___~





-Rindu-

Thursday, April 19, 2012

Assignment photography

Posted by aisHa 'S' at 4/19/2012 10:00:00 AM 0 comments

Khamis lepas me and my classmate berkampung dekat satu studio ni. Dekat kawasan wangsa maju, semata-mata untuk siapkan assignment photograpy. Untuk kategori 'Advertisement" . Tema semeter ni adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. KEna buat in group seramai 2orang. Me and my fren atiqah decide nak buat buahan-buahan. So siang hari tu kitorang berulang-alik dari kampus kechow kit utk membeli buahan-buahan. Sangat-sangat penat. Tapi syukurlah.. Hasilnya gambar kami masuk list top ten. :D
Gambar yang dipilih

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday

Posted by aisHa 'S' at 4/18/2012 10:36:00 PM 0 comments
Super Milah kepunyaan Matun Lebah.

mimpi tu...

Posted by aisHa 'S' at 4/18/2012 10:20:00 PM 0 comments
Semalam saya mimpi.....
Mimpi pasal die.....



Arwah adik saya..... :'(
I miss him...



Semoga beliau dirahmati sentiasa... 4 Disember 2004.
Ya Allah....
Daripadamu kami datang, maka kepada-Mu kami kembali.

Saturday, February 4, 2012

Februari

Posted by aisHa 'S' at 2/04/2012 10:00:00 PM 0 comments
Sebulan satu entri okay tak.?


Beberapa hari lepas pergi mid, dating dengan cik lebah, rindu ke awak. Dalam 5jam jugak la pusing-pusing dekat mid. Menemani birthday girl mencari kasut baru. Tapi beliau tak dapat kasut yang berkenan. Hehee.. Akhirnya saya yang borong 2kasut sekali gus.
Malam tu pulang ke rumah dengan hati yang gembira.

Kepenatan mencari kasut.

2-2 hak milik saya

Testing - testing.
Makan - makan time.

Moga dapat kita ketemu lagi. :D

Saturday, January 14, 2012

new year again

Posted by aisHa 'S' at 1/14/2012 09:36:00 PM 0 comments

sudah tahun baru.....huhu....
harap tahun ini memberi sinar kebahagiaan dan kejayaan buat saya. :D
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez