Saturday, September 1, 2012

Ogos pergi jua. ;(

Posted by aisHa 'S' at 9/01/2012 11:58:00 PM
 

Yesterday is my birthday. Happy belated Birthday to me. I'm 25 years old already. :D 
Terasa semakin tua. muka semakin tua, cuma perangai je yang tak tua-tua. Alahai. Dan untuk pertama kalinya, semalam dalam sejarah aku celebrate Birthday + Merdeka di dataran. Gigih juga pepagi sesudah subuh bangun dan bersiap untuk pergi ke dataran. Plan untuk pergi celebrate merdeka ni aku yang usulkan dekat ika, dia pun dengan teruja nya mau pergi. Dan aku ajak ikin pergi sama. dia 'on' aje. Tetapi beberapa hari sebelum kejadian, terdapat sedikit halangan dari beberapa pihak. Halangan terbesar sudah pastinya dari pakcik 'Amar Syah'. Beliau takde dekat kl pada hari merdeka, so dia tak benarkan aku pergi. Macam-macam alasan lah yang dia bagi, bahaya lah, ada orang baru kena tembak dekat kepong lah, 'bersih' nak berhimpun pada malam merdeka lah, macam-macam alasan. Dia kata keadaan tak berapa 'selamat' sangat sekarang. Dan dia juga tak galakkan aku keluar kemana-mana sangat dengan kawan-kawan perempuan aku, sebab dia kata ada seorang perempuan yang kena ragut, then tangan dia kena tetak sebab tak nak lepaskan beg dia. Ai macam-macam. Aku masa tu mentally dah down. Housemate aku pulak cakap yang kat tv pun aku cerita pasal seorang perempuan kena rape masa keluar pergi celebrate malam 31 ogos. Masa tu aku pertikaikan juga la, itu malam 31 ogos, memang la bahaya. Ini siang-siang, dengan ramainya nak tengok perarakan, pastu siap ada budak-budak lagi yang datang. Family yang datang ramai-ramai, pelancong, dan kanak-kanak. Cerita berakhir disitu, aku malas nak ulas panjang. Then akhirnya, sehari sebelum hari kejadian, aku tekadkan hati, apa nak jadi, jadi lah sebab ini mungkin kali pertama dan terakhir untuk aku pergi kesana. So here I am.... Celebrating Independent Day at Dataran Merdeka. Yippiiieeee. :D 











Dalam pukul 9.30pagi macam tu, perarakan dah berakhir. So we'olls berjalan menuju ke Sogo dan breakfast disana. Sampai-sampai je pintu sogo baru buka, terus kami terjah ke food court di level 6. Kita bersantap dulu.



Lepas acara makan-makan, kami beransur pulang. Tapi dalam perjalanan menuju ke stesen lrt Masjid Jamek kami cuci mata dan rembat tudung dulu. Dan aku hadiahkan diri aku 4 kuntum mawar berduri serta sekuntum bunga daisy. Hadiah dari aku kepada aku. :D

Sekian.

1 comments on "Ogos pergi jua. ;("

Crew Fathi on September 2, 2012 at 5:03 AM said...

Wah.. meriah... =) Salam kemerdkaan.. ^_^

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez