Setelah hampir dua tahun tak ber blogging. Lepas aku habis praktikal untuk degree, aku start kerja dekat Bukit Jalil. Sebenarnya pada tahun 2014 banyak perkara besar yang berlaku dalam hidup.
23 March 2014 aku selamat bertunang. Dan 6 bulan selepas itu selamat diijabkabulkan. Bulan oktober 2015 selamat menjadi ibu kepada seorang budak lelaki yang bulat dan gebus.
Hari ni 29 ogos 2016. Aku duduk rumah jaga anak sendiri, lepas anak tidur aku tengok cerita Toys story 3. Ini kali ke berapa tengok cerita ni aku pun tak sure dah, tapi aku still akan rasa sedih part Andy nak bagi semua mainan dia. Rasa sebak sangat, macam ade sesuatu tersekat di kerongkong duk tekan-tekan sampai air mata mahu mengalir.
Bila tengok ibu andy sedih nak hantar anak dekat kolej. Bila andy sedih nk bagi toys dekat budak perempuan tu, buat aku terfikir yang hidup kita ni sekejap je. Buat aku rasa yang aku perlu betul-betul enjoy masa yang aku ada untuk jaga anak ni. Diorang membesar sangat pantas. Rugi kalau kita sibuk mengeluh penat je setiap hari dengan penat kerja harian dan urusan rumah tangga.
Anak membesar tu sekejap je. Anak aku lagi sebulan lebih nak masuk setahun. Bila tengok balik gambar anak masa kecil, masa dalam tempoh berapa hari tu, rindunya. Cepat betul diorg membesar. Dari tak boleh bergolek sekarang nak berjalan dan. lagi 2-3 tahun nak sekolah pulak. Allah tak tergambar dan tak terbayang lagi apa yang akan berlaku.
Aku ni jenis kesian kalau tengok orang marah anak-anak. Padahal aku dulu selalu je duk marah anak buah. Tapi sejak dah jadi ibu ni sehabis boleh aku tak nak jadi ibu yang suka marah anak. Nak tegas boleh dan aku nak jadi ibu yang tak pukul anak. Aku selalu je cakap dengan husband, tak suka orang marah aku kalau nak cakap or suruh buat apa-apa. Aku tengopk anak aku pun jenis yang macam tu.
Aku selalu tengok variety show korea "Oh my baby". Tengok cara orang korea layan anak, tengok diorang handle anak bergaduh. Tengok macam mana diorg handle anak yang nak tolong buat kerja. Masa menonton show tu aku tanamkan dalam diri yang aku nak jadi kawan kepada anak aku. Tempat dia mengadu dan bercerita apa yang dia buat sehari-hari bila dia sekolah nanti.
Aku rasa bukan senang nak jadi ibu yang tak marah anak, tapi tak mustahil untuk buat. Tak tahu lah berjaya ke tak sebab anak aku kecil lagi, tak boleh nak agak perangai dia dan kenakalan dia di level mana nanti. Tapi aku tengok cara husband aku handle and ajar anak aku macam best pulak. Aku boleh jeles kalau tengok laki aku bergurau senda berdua dengan anak aku. Sebab aku tak pandai buat macam dia buat. Semoga impian ibu nak jadi kawan dengan anak ibu tercapai. Amin.
Lepas ni blog banyak cerita pasal anak je la. Takde dah cerita sedih cerita cinta dulu-dulu.