Pagi 31 ogos tu husband kena kerja half day sebab ada CEO nya datang melawat kawasan.
pukul 3 petang kami pergi window shopping di sunway piramid. Sempena birthday aku yang ke 29. Tak sangka umur dah masuk 29 tahun. Tapi jiwa masih terasa muda walaupun dah ada seorang anak. Sempena umur 29 tahun ni macam-macam benda yang dikejar dalam hidup. Tapi kebanyakan benda masih di awal permulaan lagi. Walaupun dah 2 tahun bekerja aku masih tak mempunyai kereta sendiri lagi. Rumah sendiri pun belum ada lagi. Tapi Allah bagi aku rezeki jodoh dan anak dulu. Harta dunia tu perlahan-lahan kita usahakan.
Sempena ulang tahun yang ke 29 ni aku berharap dikurniakan rezeki yang halal dan mencukupi buat kami sekeluarga, Rezeki anak yang bertambah, Semoga anak ibu Aisy Naufal menjadi anak yang soleh, sihat, bijaksana dan disenangi orang.
nb
Prestasi Unit Trust Ekuiti Malaysia 2023
11 months ago
0 comments on "Hari jadi yang ke 29"
Post a Comment