Monday, October 1, 2012

Sedar tak sedar

Posted by aisHa 'S' at 10/01/2012 01:09:00 AM 0 comments
Hari ni dah 1 oktober. walaupun masih pukul 1.05 pagi. hehe. Ya Allah cepatnye masa berlalu. tak sedar langsung. sudah mula masuk ke penghujung tahun 2012. Syukur ya Allah aku masih bernafas di bumi mu ini. September adalah bulan yang sibuk buat aku. Banyak pengalaman baru yang dapat dan juga unexpected. Fuhh... Syukur pada mu. Semoga hari-hari mendatang akan lebih baik .Semoga di murahkan rezeki dan di berkati ilmu yang di pelajari. Amin...


Saturday, September 1, 2012

Ogos pergi jua. ;(

Posted by aisHa 'S' at 9/01/2012 11:58:00 PM 1 comments
 

Yesterday is my birthday. Happy belated Birthday to me. I'm 25 years old already. :D 
Terasa semakin tua. muka semakin tua, cuma perangai je yang tak tua-tua. Alahai. Dan untuk pertama kalinya, semalam dalam sejarah aku celebrate Birthday + Merdeka di dataran. Gigih juga pepagi sesudah subuh bangun dan bersiap untuk pergi ke dataran. Plan untuk pergi celebrate merdeka ni aku yang usulkan dekat ika, dia pun dengan teruja nya mau pergi. Dan aku ajak ikin pergi sama. dia 'on' aje. Tetapi beberapa hari sebelum kejadian, terdapat sedikit halangan dari beberapa pihak. Halangan terbesar sudah pastinya dari pakcik 'Amar Syah'. Beliau takde dekat kl pada hari merdeka, so dia tak benarkan aku pergi. Macam-macam alasan lah yang dia bagi, bahaya lah, ada orang baru kena tembak dekat kepong lah, 'bersih' nak berhimpun pada malam merdeka lah, macam-macam alasan. Dia kata keadaan tak berapa 'selamat' sangat sekarang. Dan dia juga tak galakkan aku keluar kemana-mana sangat dengan kawan-kawan perempuan aku, sebab dia kata ada seorang perempuan yang kena ragut, then tangan dia kena tetak sebab tak nak lepaskan beg dia. Ai macam-macam. Aku masa tu mentally dah down. Housemate aku pulak cakap yang kat tv pun aku cerita pasal seorang perempuan kena rape masa keluar pergi celebrate malam 31 ogos. Masa tu aku pertikaikan juga la, itu malam 31 ogos, memang la bahaya. Ini siang-siang, dengan ramainya nak tengok perarakan, pastu siap ada budak-budak lagi yang datang. Family yang datang ramai-ramai, pelancong, dan kanak-kanak. Cerita berakhir disitu, aku malas nak ulas panjang. Then akhirnya, sehari sebelum hari kejadian, aku tekadkan hati, apa nak jadi, jadi lah sebab ini mungkin kali pertama dan terakhir untuk aku pergi kesana. So here I am.... Celebrating Independent Day at Dataran Merdeka. Yippiiieeee. :D 











Dalam pukul 9.30pagi macam tu, perarakan dah berakhir. So we'olls berjalan menuju ke Sogo dan breakfast disana. Sampai-sampai je pintu sogo baru buka, terus kami terjah ke food court di level 6. Kita bersantap dulu.



Lepas acara makan-makan, kami beransur pulang. Tapi dalam perjalanan menuju ke stesen lrt Masjid Jamek kami cuci mata dan rembat tudung dulu. Dan aku hadiahkan diri aku 4 kuntum mawar berduri serta sekuntum bunga daisy. Hadiah dari aku kepada aku. :D

Sekian.

Thursday, August 9, 2012

ketawa dan sedih tu boleh tiba dalam masa yang sama.

Posted by aisHa 'S' at 8/09/2012 02:51:00 PM 0 comments
Semalam happy sangat, tapi ade juga hal buat saya terkilan sedikit. Kadang-kadang sampai saya rasa, kalau masa itu akan tiba saya hanya pasrah. Berserah saja yang mampu. 
Mungkin ketika itu saya sudah kuat dan boleh untuk terima semuanya.

Setiap yang berlaku itu akan mendewasakan kita. :D
Sekarang saya sedang bergembira, tak nak kusutkan kepala dengan perkara yang kita tak tahu apa lagi akan jadi pada kita.

Masa kita sedang gembira jangan lupa, dulu kita pernah menangis. Dan tak mustahil esok kita akan menangis kembali untuk beroleh kegembiraan pada masa depan. Mohon kegembiraan dan kebahagiaan masih ada untuk saya. 
(^____^)



 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez