Friday, February 27, 2009

Kem Kepimpinan vs MidTerm Break

Posted by aisHa 'S' at 2/27/2009 11:57:00 AM 0 comments
Petang ni pukul 2.30 petang aku akan bertolak ke Kem An-Naim, Hulu Langat Selangor. Kem Kepimpinan kali ini melibatkan JPM(Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa),JPK(Jawatankuasa Perwakilan Kediaman), dan AJK Kelab dan Persatuan. Selama 3hari disana, aku tak tahu lagi apa aktiviti selama kt sane, tentative tak dapat lagi. Aku malas nak ambil tahu. Cuma ikut je. Harap kem kali ini akan ada sesuatu yang menarik selama kat sana. Planning awal aku lepas kem, 2 Mac aku nak balik Terengganu. Tapi aku ada masalah kewangan pula. Tak dapat beli tiket lagi hari ni, so bila masalah kegawatan beg duit aku da selesai baru planning nak balik kot. Tak tahu kenapa, tak rasa teruja pun tentang cuti ni dan nak pergi kem. Aku cuma boleh cakap tak ada perasaan pun. Aku malas nak layan perasaan macam ni. Aku cuma ikut je apa yang telah diaturkan.

p/s : kenapa jadi macam ni..? Masalah kegawatan barangkali. Tak pernah aku sesengkek ini sebelum ni. Ya tuhan. Moga ada rezekiku ada dimana-mana. Bulan depan aku kena susun atur perbelanjaan aku balik.!!


...........................................................

Cerita di kuliah hari ini, tadi pukul 3pagi aku baru tidur, sebabnya aku kena siapkan assignment Audio Video. So sekarang da siap, tunggu burn dan hantar je. Tapi aku tak buat lagi. Suka tangguh kerja.Last minit baru kecoh. Hari ni cuaca hujan, so jalan kat KL memang jem teruk la. Pukul 8.45 pagi baru sampai kampus, sampai je dekat lobi terus aku keluarkan kupon Nescaffe, hari ni cukup 5hari aku minum nescaffe free. So dapat hadiah tadi, iaitu 1paket 450gram Coffee-mate.Hee..Rezeki di permulaan hari.Kelas 1st hari ni ialah subjek Digital Animation, ada assignment yang kena buat, tapi aku lupa lak, dalam kelas tadi baru aku buat. Nasib kena melukis je. So assignment yang patut hantar da setel dalam kelas. Syukur, nasib baik.Emosi aku tak okay sangat hari ni,tambah ngan masalah kewangan itu, buat aku tak ada mood. Tadi ada test World Wide Web, hurm, soalan tak susah sangat, tapi aku tak study pun semalam.Hehe.Tapi soalan test tadi aku jawab semua soalan. Soalan dia suruh isi tempat kosong dengan soalan objektif jer. Jadi kita main tembak je la erk(jangan tiru aksi ini). Tapi tak apalah.Harap lepas ni aku tak buat perkara yang sama lagi. Lepas cuti ni aku kena janji dengan diri sendiri supaya tak tangguh kerja lagi.InsyaAllah... Sekarang nak setelkan assignment Audio Video.Lepastu nak terus hantar, baru aku tak kelam kabut. Jap lagi nak buat minit mesyuarat lak...Ayark...Dush2 sama aku..Pemalas betul.Toink-toink.....Sayonara...

Friday, February 20, 2009

Kuiz + Lab Test + Kehilangan = KETABAHAN

Posted by aisHa 'S' at 2/20/2009 09:00:00 PM 4 comments



Apa cerita hari ni..? Sebenarnya tak ada cerita menarik pun melainkan sesi luahan hati. Hari ni aku ada kuiz dan lab test untuk subjek animation. Semalam aku da study,tapi biasa la, bukan masuk sangat pun apa yang aku baca..Tapi soalan tu tetap jawab la(dengan menggunakan kaedah tertentu). Soalan dia tak susah, tapi kena terangkan dengan detail setiap jawapan tu. Habis semua ayat yang ntah pape aku jawab tadi. Tapi sekurang-kurangnya puas hati jugaklah kan berbanding semester sebelum ni. Tapi masa lab test pulak, aku mengalami sedikit masalah. Apa yang aku buat tak jadi la..Padahal lab test boleh tengok note kot.Ntah ke mana idea aku hilang. Sakit jiwa aku buat lab test tadi. Sangat tidak puas hati. Aku buat simple-simple je, sekadar memenuhi syarat. Tak tahu la markah dia macam mana. Aku agak memang tak ada markah kot bahagian kreativiti. Aku yang paling last hantar..Oh kecewanya. Tapi salah aku juga sebab tak praktis guna flash tadi. Asyik online je keje. Lepas ni aku kena rajin explore setiap software yang aku guna. Tapi masalah besarnya di sini ialah, aku memang tak boleh buat kerja la bila aku da buka internet. Ada je benda tak kena kat myspace or friendster or blog yang aku nak ubah. Ntah apa-apa jer. Aku harap aku dapat ubah sedikit kegilaan aku terhadap internet lepas ni..InsyaAllah...

Sekarang ni orang yang bagi semangat untuk aku belajar sudah makin menjauhkan diri. Aku tak tahu kali ni untuk berapa lama pula. Aku cuma biarkan sahaja. Aku sudah biasa seperti ini. Terabai dan diabaikan. Biarlah, jalan hidup aku ni aku lalui seperti biasa. Aku rasa sangat kehilangan,rasa kekosongan yang aku tak mahu ada sesiapa pun isi kekosongan itu kecuali dia... Tapi aku perlu terima hakikat yang dia bukan milik aku lagi. Ya, aku redho walau aku sangat kehilangan, tapi aku tidak terseksa sangat seperti dulu. Lepas ni aku akan cuba hidup seperti biasa dan aku harap aku tak terlalu leka dengan dunia semata-mata. Dan aku juga harap aku dapat ubah sedikit demi sedikit perangai buruk yang ada ni. Aku cuma ada DIA tempat aku mengadu. Sekurang-kurangnya, aku tenang, sangat- sangat tenang. Dan aku harap semangat untuk berjaya tak luntur dari hati aku ni. Moga keadaan sekeliling dan jiwa aku ni tak lemah dan tak mematahkan semangat aku lagi. Aku cuma harap, sinar dariNya menerangi hidup aku sekarang. Moga aku lagi dekat denganNya. Aku tak mahu menjadi aku yang setahun lepas, yang terlalu emosi dan suka melenting. Aku sekarang ialah aku yang TABAH... Amin...

*Rezeki kita ada dimana-mana. Apa yang sudah ditakdirkan untuk kita, akan menjadi milik kita juga,walau terpaksa malalui ranjau yang berduri..

Weh...Jiwang kot..Pehal ni..? Dah la skema...Xbest langusng cmni weh...Wake up!!


p/s : Aku mohon padaNya gar dikuatkan hati aku ini...

Wednesday, February 18, 2009

Sakit Hati + Kuiz + Meeting + Proposal xsiap = ????

Posted by aisHa 'S' at 2/18/2009 12:42:00 PM 2 comments



Permulaan hari yg penuh dengan kebasahan..
pepagi menangis kat ostel pe kejadahnya..?
Air mata mengalir laju...(Bodoh!!!)

Buat pe nak tangisi menda yang sama lagi..???
BENCI !!!
TENSION...
Sampai hati ko buat aku macam..
its ok.
fine.Aku redho jer.....


RASA FRUST?
"janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman."
-surah Al-imran ayat 139-

Jumpa ayat ni kat blog student Unikl...
hehe...Mogaaku kuat...
Oh..Tabahlah Hati....

Tuesday, February 17, 2009

Geng Upin dan Ipin

Posted by aisHa 'S' at 2/17/2009 06:06:00 PM 0 comments
Korang dah tengok belum..? Hee


Hari ni macam biasa, seperti hari selasa yang lepas,aku tak ada class. Tapi kalau sebelum ni aku tak keluar, hari ni aku decide nak keluar. So aku merantau la ke Time Square sesorang sebab nak beli tshirt. Heee....Shopping jer..Tapi sebelum shopping aku tengok wayang dulu.Cerita yang ditunggu-tunggu iaitu Geng Upin dan Ipin...Best siot cerita ni, aku tabik la.Tak rugi korang tengok, animation dia memang class la...Kalah cerita melayu yang ada tambah animation tu..Cerita melayu lain memang merapu la.Tapi cerita ni bagus. Susunan cerita dia pun best.Senang nak faham dan bukan fantasi semata-mata....

Kebiasaannya cerita yang ada jumpa raksasa semua akan buat sebagai mimpi, tapi dalam U&I ni, cerita dia betul-betul berlaku, Lawak dia menjadi. Memang aku gelak sesorang la tengok cerita ni...Waktu scene suspen pun kita betul-betul berdebar...Aku rasa macam nak tengok lagi je cerita ni..Waaaaa..Best siot..Tadi tengok sesorang,nak gelak sakan pun tak best...Lepas ni nak tengok reramai,bleh bantai gelak kuat-kuat..Hehe.....

So hari selasa kali ini terisi dengan tengok wayang sesorang...Lepas ni aku menunggu cerita "Syurga Cinta". Tapi lambat lagi la, 21/5/09 kot baru kuar. Time tu aku da cuti sem da.Uwaaa ...Maybe aku layan 'Sayang U can Dance' dulu kot..Hehehe....

Februari = Anniversary & DI TIPU..!!!

Posted by aisHa 'S' at 2/17/2009 09:45:00 AM 0 comments


Well,februari menjelma, so ini bermakna dah setahun secara rasminya aisha with dot dot relation was end. Hehe.....Banyak cerita kelakar, sedih, happy,sakit hati,geram dan macam-macam perasaan yang berlaku sepanjang tempoh setahun menjadi kawan atau lebih tepat lagi scandal teman tapi mesra yang penuh dengan drama air mata.Kwang-kwang...

Cerita kelakar malam Valentine, seperti biasa valentine cuma hari yang biasa, aku xpernah celebrate dan insyaallah takkan celebrate valentine day.. Malam 13 februari, malam yang bosan sebab bila aku masuk bilik aku, roomate aku xde pun, so tinggal la aku sesorang dalam bilik. Aku tak tahu pun yang dia balik kampung, cam hampeh aku rasa, dah la aku dengan dia je yang menetap dalam bilik tu, so aku bernasib baik sebab ikin da masuk hostel,jadi aku lepak dengan dia sampai pukul 2 pagi.Malam tu ada kawan yang nak mesej tapi.....hehe, aku xde mood la nak mesej dengan sesiapa pun. Orang yang nak mesej aku tu dah ada awek kot, jadi aku rasa baik aku tak payah mesej dia. Aku cuma mahu sendiri bersama teman sambil berborak. Aku memang tak nak mesej sesiapa pun, kecuali seorang... Tapi orang tu bizi malam tu...Aku find dia tengok dia kat luar, so aku decide maybe dia sedang happy menyambut valentine bersama kekasih hati. I guess. Aku buat tak tahu je la.Malas nak fikir apa-apa.

Tiba-tiba, pukul 1.47pagi, telefon aku berbunyi, tertera la gambar empunya diri. Bersemangat aku tengok gambar budak tu,hehehe.....Rasa macam tak percaya jer. Soalan dia, "Ko celebrate valentine tak..?"..Wah...aku tak percaya soalan tu yang ditanya. Aku cuma jawab."tak celebrate pun, tak pernah celebrate dan xde orang nak celebrate". Jawapan menagih simpati,....Mesej puny mesej sampai la aku masuk bilik dan aku takut nak tidur sesorang. Sebabnya, kat hostel ni baru jer berlaku kecurian. So aku kecut perut gak la malam-malam tidur sorang.
Aku suruh je mamat tu temankan aku. Sampai pukul 3pagi dia mesej ngan aku.Cian die...Last-last pukul 3 lebih dia da tidur dulu, aku tak boleh tido lagi..Uwaaa....Aku menci bila kat hostel ada jadi pape..Sebab aku always alone..Siapa nak teman bila aku takut..? Aku tak sedar pun aku tidur pukul berapa. Yang aku tau, pukul 6 lebih aku dah bangun dah, sebab hari sabtu, seperti biasa, aku ada class... So aku pergi kelas macam biasa...
....................................................................................................


DItipu....13 februari petang....aku temankan ikin pergi Pertama sebab dia nak beli charger hanset, so aku temankan la sambil aku usha-usha la hanset Sony Walkman yang best-best. Aku nak jual Nokia N95 n ambik sony. Nga usha-usha tu aku terus terjual N95 dan ambik Sony W910i.Wah macam best la kan, Tapi hati aku berdebar.Aku pun tak faham kenapa aku gopoh sangat beli hanset tu..Tapi aku tak perasan apa-apa pun. So esoknya dekat class aku tanya member-member aku yang dah pakai hanset tu, dorang cakap hp tu best, sound best n sume best la. Aku tak puas ati,Aku pun tunjuk la hanset aku ni.Kawan aku cakap, Wei hanset ko tipu.!! Mau luruh jantung aku dengar ayat tu. Cam ape ntah aku rase. Kerugian..Sebab memang awal-awal lagi aku memang tak puas ati ngan hanset aku beli tu. Harga RM700, tapi hanset macam apa ntah, Best lagi Sony K800i yang aku pakai sekarang.So pergi class hari tu aku belajar dengan tak ada semangat.Bongok betul....Ahh..CINA tu PENIPUUU...!!!!!!!!!!!!!!!
So hari tu banyak la ceramah ddari kawan-kawan dan dari mamat tu yang aku dapat. Sampai sekarang aku masih lagi bengan, bingung dan benci gila-gila..Tapi aku redho je..Nangis wei..N95 tu abang aku punya kot..Macam mana aku nak explain nanti. So sekarang aku nga kumpul duit dan nak beli HP ni yang Ori..Sekian...

Moral of the story
* jangan beli HP dekat Pertama.
* gi beli dengan pakar.
* check betul-betul sebelum beli...
*jangan beli ngan CINA(bongok.)
*dah la..malas nak list..SAKIT HATI aku...Aku cuma harap orang jujur ngan aku je.,.Tapi manusia tak boleh dipercayai..(Aku kecewa).

========================================

Ini ada sedikit cerita tentang Valentine day. Sekadar untuk renungan bersama.

HARI VALENTINE mengikut sjrh dtg dri zaman pemerintah ratu isabella di sepanyol.... perkataan VALENTINE diambil sempena nama pederi besar kristian Saint Valentine,beliau amat disayangi oleh ratu isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan islam di cordava,sepanyol pada 14 feb(tarikh hari valentine) 270 masihi. kejayaan beliau begitu bermakna bagi ratu isabella, oleh itu 14 feb disambut setiap tahun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan hari valentine.. Jikalau anda(umat islam) menyambut hari VALENTINE sama seperti anda gembira dengan menumpasan kerajaan islam di cordava.. HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH..

(Subhanallah..Setakat ni aku masih belum meraikan hari valentine.Dan aku harap hari-hari yang akan datang pun begitu. Perasaan sayang perlu ditunjukkan pada setiap hari.)


p/s: Oh ya..Malam itu, mamat itu pun tidak celebrate valentine...Heee..suka aku dengar....aku ingatkan dia bersama kekasih hati,tapi katanya keluar reramai,xtau la dengan siapa..yang penting dia pun tak celebrate gak...Waaa..satu kemajuan..Bwek :p

Monday, February 9, 2009

Akak OC

Posted by aisHa 'S' at 2/09/2009 08:35:00 PM 5 comments
Bermula 29/12/2008 - 2 /1/2009. Aku menjalani kursus Leadership, untuk menjadi Oriented Committee di Unikl MFI (Bangi). Selama 5 hari disana. Kursus ni banyak kepada dengar ceramah dan sesi LDK pula kami diberi tugasan untuk merangka aktiviti yang akan kami buat semasa student baru yang akan mendaftar di Unikl 4/1/2009 nanti. Kami sambut new year pun dekat sana..New year kami bukanlah dengan melihat percikan bunga api, tapi pada pukul 12 malam 31/12/2008 kami kena bermain War Game. Sangat seronok. Cara-cara bermain ialah, kami kena isi 120 biji belon dengan air, dan ketua group kena aturkan stategi berkesan untuk menyerang musuh. Lebih kurang macam main paintball la. Kalau pernah main paintball tau la macam mana nak meyerangnya. Tapi plan kami tak menjadi. Main pun ikut sedap hati je. Ceh...Dorang main tipu...Haha..Habis basah.Tapi yang penting malam itu kami enjoy tambah penat..Seronok. Dah habis kursus kami pulang ke kampus kami iaitu Unikl City Campus yang tercinta...Tamat sudah kursus kami..Lepas ni kami nak mengkuruskan menguruskan dan menjaga dan mendidik junior-junior baru pula...

(Sorry, Ayat agak skema sikit. :)

..........................................................................................................................................

4 Jan 2009. Seawal 7 pagi da kena gerak2 ke cmpus. Tugas bermula. Sesi mendaftar di kampus, aku jaga bahagian jaket untuk student ambik gambar ID Card. Aku jaga level 8 dengan Al-Amin dan Intan Zairine. Aku jadi Leader dorang. Hehe... So tugas aku ialah, bila ada student datang level aku, aku akan tanye, "Saiz berapa dik, Degree ke Diploma. Muat tak jaket ni.? Nak tukar tak.? Ok, adik pakai jaket ni, lepas tu masuk ke bilik tu untuk ambik gambar, Jangan lupa isi borang dan hantar dekat kakak yang kat depan tu sebelum keluar, Lepas ni naik level 10 yer". Hehe.. Dialog aku la ni..Senyum-senyum dan senyum sampai naik kembang da pipi aku ni.Tapi takpe, kita kerja kena ikhlas kan.? Sampai pukul 2 jugak la bertugas ni. Sebab kali ini ialah sesi Januari, jadi student baru pun tak ramai. Dalam 300 orang je yang berdaftar. Hari itu merupakan hari bersejarah bagi aku juga, sebab aku dapat jumpa kawan yang dah setahun lebih kenal melalui friendster, akhirnya kami jumpa juga di Unikl. Kelakar juga bila kawan kita jadi junior.. Hari tu kan,aku dah tak ada suara.. Uuuu.....Suara aku da jadi seksi..Nak bercakap pun susah... 2minggu kot aku tak ada suara. Tapi paling teruk, Intan lak hampir nak pengsan, tak sampai sehari kami kena bertugas, dia dah demam-demam sampai nak pitam. Mungkin badan dia lemah sebab kami baru je lepas habis kursus. sekarang nak bertugas lagi. Semua orang penat.

8.00 malam. Semua student baru dan OC- OC sekalian bertolak dengan menaiki bas ke Unikl MFI. dalam pukul 9 lebih kami dah sampai ke Bangi. Fuh sangat penat kot weh... Aktiviti pertama malam tu. kumpulkan semua student baru dari Unikl City Campus dan MFI dalam dewan. Kami plan nak bat sesi ice breaking dan hafal lagu unikl. Tapi aktiviti kami tergendala sebab kami OC-OC kena mendengar taklimat dari Prof. Abu. So student baru di handle oleh En. Hussien, HEMS Unikl MFI. Hancur kami punya plan malam itu. Uwaaa....kenapa En. Hussien buat kami macam ni. Please tolonglah, bagi kami handle junior kami. Malam tu kami post moterm, so keputusan diambil, pkul 4 pagi kejut student untuk sesi ice breaking dan hafal lagu. Siot je..Penat weh...Kesian junior-juniorku..

Hari-hari seterusnya....

Kali ini aku jaga group 22, seperti nombor bertuah pula aku rasa. Dapat group sempena umur aku tahun ini. :). Group aku diberi nama Corsica. Nama diberi sempena nama-nama bandar di Perancis. Maklumlah, kali ini orienstasi dibuat dekat Malaysia France Institut..Jadi bila lagi nak belajar bahasa france kan.? Memula aku usha je group aku dari belakang. Nak tengok gelagat sorang-sorang. Maklumlah , aku oc yang prihatin, sentiasa mebantu group aku. Tak sampai hati nak jadi kejam(next sem aku akan jadi OC yang kejam). Aku banyak bantu group aku kali ini, sesi perkenalan aku dengan group, aku cakap nama aku Aishah, umur aku 25tahun. Agak kelakar tengok reaksi semua orang tercengang jer.Haha, aku gelak sendiri.Diorang mesti tak caye kan.?.Lepas aku cakap umur, aku terus blah dari tempat dorang berkumpul. Diorang semua panggil aku akak, tapi dalam group aku tu da ada yang berumur 25 da. Tapi group aku nasib la respect aku sebagai oc diorang. Tak melawan cakap, tak memberontak, siap belanja aku makan dan minum lagi. Sempoi la korang. hehe... Sesi LDK adalah yang paling aku suka, sebab time ni la dapat berkenalan dengan semua ahli dengan lebih rapat. Baru aku nampak muka setiap orang ceria je,baru semua nak bersuara dan tunjuk kreativiti masing-masing. Yang pendiam pun mula menyerlah. Kalau sebelum, masing-masing tak kenal.. Hari-hari terakhir bersama mereka memang best, student dari MFI agak aktif sikit dan banyak cakap, diorang tanya aku macam-macam tentang Unikl, yang paling penting mesti tentang pinjaman. Pastu yang tak boleh blah, diorang tanya umur sebenar aku. Hehe..Last day, aku berterus-terang je, umur aku 22tahun. Lepas tu semua borak dengan aku macam member je. Tak nak dah panggil aku kakak lagi. Panggil ko- aku je. Lagi sempoi.. Well, setakat hari itu, aku dapat pengalaman baru, kawan-kawan baru, junior baru dan contact baru. Dan paling takleh blah, aku belajar apa itu 'Mapley'(tak tahu ejaan, sorry yer.) Lepak kedai mamak pukul 2 dan 5 pagi.Giler siot,dah lama aku tak keluar malam-malam macam tu. Last aku keuar lewat time ngan syuk dulu jer.Hahaha. Seronok happening, penat giler, dan ngantuk...Habis orientasi, balik hostel dan tidur sepuasnya.

Sesi LDK, Creative dan Inovative.

Antara aktiviti yang disediakan Treasure Hunt, Catur Bestari(new game), Peragaan fesyen dengan surat khabar, Qiamulail, Gotong-royong dan banyak lagi la..

My Group yang sempoi. Korang tetap dalam ingatan. Sorry guys, tak dapat bagi my contact number. Hehe... Kepada sesiapa yang mintak nombor aku tu memang tak dapat la. Kecuali student perempuan je :p

Saturday, February 7, 2009

Ice ice Skating

Posted by aisHa 'S' at 2/07/2009 11:34:00 AM 2 comments






Wednesday, February 4, 2009

Salahkan aku..?

Posted by aisHa 'S' at 2/04/2009 07:39:00 AM 16 comments
Hari ni, aku bangun pagi dengan dikejutkan oleh 1mesej. Tertera nombor telefon je, nombor pantai timur. So aku agak kawan-kawan lama jer. Tapi aku memang ingat nombor tu, cuma aku tak tahu siapa tuan empunya diri. Mesej dari dia, "Bangun-bangun, buangkan selimut anda itu". Aku da naik hairan da, siapa la pulak hantar mesej macam tu pagi- pagi ni.? Aku cuma balas, "oit, sapo ni.?". Pastu aku tengok ada lagi 1mesej dari dia, pukul 12.30a.m tadi. Dalam mesej tu dia cakap, "saya kembali unutk bertanya khabar". Aku pukul 11 da tidur wei.!! Mesej yang dia balas, "awak mungkin dah lupakan saya, saya orang yang tinggal depan rumah nurul, durian mas."
Aku terkejut, aku tak balas pun mesej dia. Terus aku mesej kawan aku tu, aku tanya dia, ada bagi nombor aku kat budak ni tak.? Lepas tu aku pesan balik, tolonglah, jangan bagi nombor aku dekat orang lain.. Aku tak puas hati kawan aku buat aku macam ni. Ahh, aku da pesan kot jangan bagi nombor aku dekat orang lain. Kenapa kawan aku buat aku macam ni..?

Mood aku terus hilang pagi-pagi lagi. Pukul 6.30a.m baru tadi. Aku sebenarnya dah lupa, macam mana persahabatan aku dengan dia berakhir. Lepas aku pergi mandi baru aku ingat sikit-sikit, sebenarnya aku tak pernah benci dia dan kami tak gaduh pun, cuma aku tak dapat terima dia, tak ada keserasian.Aku dah lupa kot kat dia. Tetiba muncul balik. Aku tak faham. Lelaki-lelaki yang pernah aku kenal hampir semua muncul balik dalam hidup aku lepas dah beberapa tahun pergi. Untuk apa datang balik ??? Untuk menjadi kawan..? Maaf la, aku tak boleh la nak jadi kawan. Kejam kan aku..? Ya! Aku kejam. Aku bukan kawan yang baik.

Masa aku semester 1, XX yang belajar kat sarawak hantar mesej. Memula hantar mesej baik je. Cakap puji-puji je, konon aku la yang baik, aku lah itu, aku lah ini. Wei, aku bukan budak lagi la. Tak payah puji-puji, aku memang tak boleh terima orang yang pernah tipu aku. Nak jadi kawan pun aku tak boleh. Sorry, hati aku memang keras!

Semester 2, my 1st XX... Mintak nombor aku melalui seorang kawan. Syukur kawan aku tu amanah. dia bagi nombor budak tu kat aku. Dan aku la yang hantar mesej dekat dia. Tapi dia tak kenal aku.Sebab aku tak bagitahu pun nama aku. Sekali je aku mesej dia. Cukup la untuk aku recall balik sejarah cinta kami ulu-dulu. 1st couple yang tak pernah ada kata putus pun. Dulu masa sekolah aku yang mintak kami jadi kawan, bila aku tahu yang dia da ada awek lain. Tapi sekarang dia nak kembali jadi kawan. So aku tak nak..Sorry jugak la yer..Aku simpan lagi nombor ko. Jangan risau.

Semester 3, budak ni pulak muncul..? Aku tak faham. Dan aku juga tak faham kenapa aku tak begitu gembira diorang muncul balik..? Sombongkah aku.? Emosi sangatkah aku..? Ntah. Aku tak dapat jawapan. Sekarang aku sedang berdebar, adakah seorang lagi insan itu akan muncul..??

6.45a.m, Dapat mesej dari adeq, Ah,syukur dalam kemelut jiwa ini, masih ada insan yang ingat dekat aku dan buat aku senyum kembali. Apa mimpi dia hantar mesej kat aku pagi-pagi ni erk. Tengah happy sangat kot. Thanks adeq. Jutaan terima kasih sebab buat hati akak lega bila baca mesej dari adeq.

*Syuk tolong nurul...

Monday, February 2, 2009

I'm so Afraid

Posted by aisHa 'S' at 2/02/2009 11:54:00 PM 0 comments
To All my girlfriends who drives,this is really scary.......
To: Everyone who has friends or relatives in Malaysia.This case really happened in Penang.
Dear All Of My Friends,
This is pretty scary, in connection with the case on Ms Canny Ong who was raped and killed last year. A friend of mine stopped at a "pay-at-the-pump" gas station to get gas. Once she filled her gas tank after paying at the pump and about to leave, the attendant inside came over the speaker.He told her that something happened with her credit card
and that she needed to come inside to pay.The lady was confused because the transaction showed complete and approved.She told him that and was getting ready to leave but the attendant once again urged her to come in to pay or else. She proceeded to go inside and started arguing with the attendant about his threat. He told her to calm down and listen carefully. He told her that while she was pumping gas, a guy
slipped into the back seat of her car on the other side and he had called the police. She immediately became scared and looked out there in time to see her car door open and the guy slip out. The report is that the new gang initiation thing is to bring back a woman's body part. One way they are doing this is crawling under girls/women's cars while they're pumping gas or at grocery stores in the
night time. Then, they will cut of the legs ankles to disable them in order to kidnap them, kill and dismember them. The other way is slipping into unattended cars and kidnapping the women to kill and dismember them.
Please pass this on to other women, young and old.


Notakaki : Aku sangat takut..Kecut perut baca cerita macam ni. Thanks to amyno. i'm copying this at my friendster message... Thanks for the sharing.
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez