Monday, February 9, 2009

Akak OC

Posted by aisHa 'S' at 2/09/2009 08:35:00 PM
Bermula 29/12/2008 - 2 /1/2009. Aku menjalani kursus Leadership, untuk menjadi Oriented Committee di Unikl MFI (Bangi). Selama 5 hari disana. Kursus ni banyak kepada dengar ceramah dan sesi LDK pula kami diberi tugasan untuk merangka aktiviti yang akan kami buat semasa student baru yang akan mendaftar di Unikl 4/1/2009 nanti. Kami sambut new year pun dekat sana..New year kami bukanlah dengan melihat percikan bunga api, tapi pada pukul 12 malam 31/12/2008 kami kena bermain War Game. Sangat seronok. Cara-cara bermain ialah, kami kena isi 120 biji belon dengan air, dan ketua group kena aturkan stategi berkesan untuk menyerang musuh. Lebih kurang macam main paintball la. Kalau pernah main paintball tau la macam mana nak meyerangnya. Tapi plan kami tak menjadi. Main pun ikut sedap hati je. Ceh...Dorang main tipu...Haha..Habis basah.Tapi yang penting malam itu kami enjoy tambah penat..Seronok. Dah habis kursus kami pulang ke kampus kami iaitu Unikl City Campus yang tercinta...Tamat sudah kursus kami..Lepas ni kami nak mengkuruskan menguruskan dan menjaga dan mendidik junior-junior baru pula...

(Sorry, Ayat agak skema sikit. :)

..........................................................................................................................................

4 Jan 2009. Seawal 7 pagi da kena gerak2 ke cmpus. Tugas bermula. Sesi mendaftar di kampus, aku jaga bahagian jaket untuk student ambik gambar ID Card. Aku jaga level 8 dengan Al-Amin dan Intan Zairine. Aku jadi Leader dorang. Hehe... So tugas aku ialah, bila ada student datang level aku, aku akan tanye, "Saiz berapa dik, Degree ke Diploma. Muat tak jaket ni.? Nak tukar tak.? Ok, adik pakai jaket ni, lepas tu masuk ke bilik tu untuk ambik gambar, Jangan lupa isi borang dan hantar dekat kakak yang kat depan tu sebelum keluar, Lepas ni naik level 10 yer". Hehe.. Dialog aku la ni..Senyum-senyum dan senyum sampai naik kembang da pipi aku ni.Tapi takpe, kita kerja kena ikhlas kan.? Sampai pukul 2 jugak la bertugas ni. Sebab kali ini ialah sesi Januari, jadi student baru pun tak ramai. Dalam 300 orang je yang berdaftar. Hari itu merupakan hari bersejarah bagi aku juga, sebab aku dapat jumpa kawan yang dah setahun lebih kenal melalui friendster, akhirnya kami jumpa juga di Unikl. Kelakar juga bila kawan kita jadi junior.. Hari tu kan,aku dah tak ada suara.. Uuuu.....Suara aku da jadi seksi..Nak bercakap pun susah... 2minggu kot aku tak ada suara. Tapi paling teruk, Intan lak hampir nak pengsan, tak sampai sehari kami kena bertugas, dia dah demam-demam sampai nak pitam. Mungkin badan dia lemah sebab kami baru je lepas habis kursus. sekarang nak bertugas lagi. Semua orang penat.

8.00 malam. Semua student baru dan OC- OC sekalian bertolak dengan menaiki bas ke Unikl MFI. dalam pukul 9 lebih kami dah sampai ke Bangi. Fuh sangat penat kot weh... Aktiviti pertama malam tu. kumpulkan semua student baru dari Unikl City Campus dan MFI dalam dewan. Kami plan nak bat sesi ice breaking dan hafal lagu unikl. Tapi aktiviti kami tergendala sebab kami OC-OC kena mendengar taklimat dari Prof. Abu. So student baru di handle oleh En. Hussien, HEMS Unikl MFI. Hancur kami punya plan malam itu. Uwaaa....kenapa En. Hussien buat kami macam ni. Please tolonglah, bagi kami handle junior kami. Malam tu kami post moterm, so keputusan diambil, pkul 4 pagi kejut student untuk sesi ice breaking dan hafal lagu. Siot je..Penat weh...Kesian junior-juniorku..

Hari-hari seterusnya....

Kali ini aku jaga group 22, seperti nombor bertuah pula aku rasa. Dapat group sempena umur aku tahun ini. :). Group aku diberi nama Corsica. Nama diberi sempena nama-nama bandar di Perancis. Maklumlah, kali ini orienstasi dibuat dekat Malaysia France Institut..Jadi bila lagi nak belajar bahasa france kan.? Memula aku usha je group aku dari belakang. Nak tengok gelagat sorang-sorang. Maklumlah , aku oc yang prihatin, sentiasa mebantu group aku. Tak sampai hati nak jadi kejam(next sem aku akan jadi OC yang kejam). Aku banyak bantu group aku kali ini, sesi perkenalan aku dengan group, aku cakap nama aku Aishah, umur aku 25tahun. Agak kelakar tengok reaksi semua orang tercengang jer.Haha, aku gelak sendiri.Diorang mesti tak caye kan.?.Lepas aku cakap umur, aku terus blah dari tempat dorang berkumpul. Diorang semua panggil aku akak, tapi dalam group aku tu da ada yang berumur 25 da. Tapi group aku nasib la respect aku sebagai oc diorang. Tak melawan cakap, tak memberontak, siap belanja aku makan dan minum lagi. Sempoi la korang. hehe... Sesi LDK adalah yang paling aku suka, sebab time ni la dapat berkenalan dengan semua ahli dengan lebih rapat. Baru aku nampak muka setiap orang ceria je,baru semua nak bersuara dan tunjuk kreativiti masing-masing. Yang pendiam pun mula menyerlah. Kalau sebelum, masing-masing tak kenal.. Hari-hari terakhir bersama mereka memang best, student dari MFI agak aktif sikit dan banyak cakap, diorang tanya aku macam-macam tentang Unikl, yang paling penting mesti tentang pinjaman. Pastu yang tak boleh blah, diorang tanya umur sebenar aku. Hehe..Last day, aku berterus-terang je, umur aku 22tahun. Lepas tu semua borak dengan aku macam member je. Tak nak dah panggil aku kakak lagi. Panggil ko- aku je. Lagi sempoi.. Well, setakat hari itu, aku dapat pengalaman baru, kawan-kawan baru, junior baru dan contact baru. Dan paling takleh blah, aku belajar apa itu 'Mapley'(tak tahu ejaan, sorry yer.) Lepak kedai mamak pukul 2 dan 5 pagi.Giler siot,dah lama aku tak keluar malam-malam macam tu. Last aku keuar lewat time ngan syuk dulu jer.Hahaha. Seronok happening, penat giler, dan ngantuk...Habis orientasi, balik hostel dan tidur sepuasnya.

Sesi LDK, Creative dan Inovative.

Antara aktiviti yang disediakan Treasure Hunt, Catur Bestari(new game), Peragaan fesyen dengan surat khabar, Qiamulail, Gotong-royong dan banyak lagi la..

My Group yang sempoi. Korang tetap dalam ingatan. Sorry guys, tak dapat bagi my contact number. Hehe... Kepada sesiapa yang mintak nombor aku tu memang tak dapat la. Kecuali student perempuan je :p

5 comments on "Akak OC"

MISTA SYAH on February 11, 2009 at 12:18 PM said...

aku pown nak panggil ko kak OC la pas nie leh

aisHa 'S' on February 11, 2009 at 12:39 PM said...

hampeh ko..xyah la..
sume tu da lepas la..
tggu next sem..
hehe

JkiNG on February 19, 2009 at 2:09 AM said...

waah,
akak oc yea..^_^

aisHa 'S' on March 4, 2009 at 12:27 AM said...

hehehe..ye dik oi..tp time adik dlu xjd oc lg..

oshie||aus mahmud on June 16, 2009 at 3:49 AM said...

haha..nti aku pgil ko kak aisha lah !
bley x amusy?haha =)
aku nk jd junior pling malas skali..bia korg penat layan aku..
haha dlu aku pnat layan ko taw x?
haha

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez