26 disember 2010 jam 10.35pagi.
aku baru bangkit dari mimpi yang sedih.Dalam mimpi tu ada kenduri dekat rumah aku. Ramai saudara mara yang datang termasuk la si dia (ex-bf) yang aku gelarkan sebagai A. Dalam mimpi itu,A merupakan sepupu aku dan A datang bersama kekasih hatinya iaitu si D. Si D ni ialah awek A sekarang di dunia realiti. Dan berani sungguh dia datang ke rumah aku.???
Berbalik kepada mimpi itu,kawan baik aku sue ada bersama untuk kenduri ni,tengah buat kerja kat dapur,tiba-tiba aku dapat mesej dari si D ni kononnya bertanyakan khabar aku. Aku cuma reply ada apa ni..? Then lambat-lambat D reply mesej akui,konon aku ni macam tunggu-tunggu je mesej dari dia.Haish memang tak boleh blah..
Dipendekkan cerita,rupanya-rupanya kenduri dekat rumah aku tu ialah kenduri pertunangann aku,nenek aku yang buat keputusan ni. Beliau tunangkan aku dengan siapa pun aku tak tahu, memang aku tak nampak langsung muka tunang aku tu. Lepas majlis tamat, aku menangis sebab kena tunang secara paksa,so aku tak puas hati, aku tarik si D yang ada kat dapur masuk bilik. Dan si A juga kebetulan berada di bilik tu. Aku tampar muka si D sampai dia terbaring atas katil. Masa tu si A sedang bergayut dan dia cuma melihat, kemudian A berkata kepada aku "Ko dah tak boleh buat apa dah..." Kiranya di sini, aku dah tak boleh kembali pada A sebab aku dah bertunang dengan orang lain. Si D ni pula masa aku tampar dia dan tanya kenapa dia buat aku macam tu, D cuma berkata "Sebab aku benci ko!!!,Aku jeles tengok tengok ko dengan A selama ni.A hak aku.!!". Aku terus tampar dan pukul dia sepuas hati ku. Dengar saja si D cakap macam tu, A terus tampar si D. A cakap kat D, "Aku sayang dia and bla-bla-bla (tak ingat dialog A apa,yang pastinya A pertahankan aku)". Dalam mimpi tu, A sebenarnya sayangkan aku.Tapi tak tahu kenapa dia tak pilih aku untuk couple,sebab aku sepupu dia ke..?) Lepas dengar A cakap macam tu,aku menangis semahunya, sebab aku tak sangka A sebenarnya sayangkan aku,tetapi dia memilih D. Lepas tu aku tersedar dari mimpi, dada aku panas je,darah membuak-buak je rasa,macam nak pukul orang..Terus aku mesej si A dan bagitau yang aku mimpi tentang "Aku,Kamu dan Dia"(but no reply from him).Kenapa aku mimpi macam ni.?Uwaa...Orang kata mimpi ni maksudnya selalu terbalik. Hurm....