Monday, August 15, 2011
Third person
Thursday, April 7, 2011
Bersabarlah...

Psst : Aku nak tanya korang, hina ke seseorang itu kalau dia terima atau mencari balik bekas kekasih/isteri/suami dia dulu.? Salah ke kalau berbaik balik dengan your X...? pada aku la, sekurang-kurangnya mereka-mereka itu adalah seseorang yang pernah kita kenal dan sayang. Kalau kita rasa boleh terima just accept la, kalau mereka-mereka ini dah buat kesalahan yang ko rasa ko dah tak boleh nak maafkan, jadi buang je lah mereka-mereka itu dari hidup ko. Tapi janganlah menghina orang yang cuba untuk menerima bekas kekasih/suami/isteri tu. Mungkin dulu dia pernah buat silap, tapi manusia ini boleh berubahkan.?
Wednesday, April 6, 2011
Oh..sebab tu la....
Dulu prinsip aku ialah "Tak NAK gaduh dengan perempuan terutama pasal lelaki". Tapi itulah yang dah pun berlaku pada aku. Sungguh aku pun tak sangka benda tu berlaku pada aku dan memang gaduh gila-gila dengan perempuan tu. Haip...apa nak jadi ni ecah woi..?
Aku juga pernah tak suka dekat seorang perempuan sebab dia couple dengan Exboipren aku. Okay.! Memang aku ni sungguh tak patut bukan? Seriusly aku tak minta pun semua ni jadi pada aku. Dan bila ianya berlaku aku terpaksa la hadapi semuanya. Dan bila aku sedar aku dah buat silap, inilah yang jadinya. ^__^
Saya tak nak membenci,sebab saya tahu ianya adalah 'penyakit' kepada hati. Tapi kalau saya tak kacau orang dan orang yang kacau saya, mungkin kes akan jadi lain sikit kot. Ke guane.? Hehe...(Evil smile)
Sunday, March 6, 2011
Aku ini bukan malang dan bukan terbuang
Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman..
Aku pernah rasa down giler sampai satu tahap aku rasa nak pergi tempat yang jauh...Yang tak ada orang boleh cari aku ataupun aku tidur malam nanti aku takkan bangun-bangun dah esoknya. Dan rasa seperti nak terjun je dari level 12 ni. Kalaulah akal pendek ni aku turutkan aku tak tahulah apa yang terjadi. Kenapa aku sebagai seorang hamba di dunia ni terlalu mengagungkan manusia dan mengutamakan manusia bukan Penciptanya.? Tapi aku bersyukur dalam keadaan ni aku masih mampu kawal emosi dan kawal diri aku dari buat benda-benda mengarut tu semua. Kalau tak, aku boleh bayangkan macam mana kecewanya keluarga aku dan macam mana loser nya aku pada mata semua orang. Seorang kenalan pernah berpesan, "Sabarlah,orang yang sabar akan berjaya". Aku simpan kata-kata itu, dan sedikit memberi pengharapan pada aku.Kenapa aku sebagai manusia ini selalu membuatkan diri aku kelihatan sangat malang padahal hal yang berlaku tidaklah sebesar mana.? Kenapa aku sebagai tuan kepada diri aku yang dipinjamkan oleh pencipta ini membuat diri sendiri menjadi lemah dan tunduk pada keadaan.? Kenapa aku tidak membuat diri aku menjadi gembira.? Kenapa aku tak buat diri aku menjadi hebat pada mata yang memandang rendah pada aku.? Sedarlah wahai diri ku ini bahawa, orang lain tidak akan membuatkan kita bahagia selain diri kita sendiri. Lecturer aku ada berkata, "Tubuh badan kita ni hanya pinjaman dari Allah. Ia bukanlah milik kita, jadi jagalah tubuh badan kita ini sebaiknya, jangan sakiti dan ubah sesuka hati."
Kita hidup ini bukanlah untuk memuja manusia,tetapi mengabdikan diri padaNya. Kita bukan hidup untuk manusia dan bukan juga menjadi hamba kepada manusia.
Tuhanku, ampuni aku, sayangi aku,tutuplah aib-aibku,angkatlah darjatku,berilah aku rezeki,berilah aku petunjuk,sihatkan aku,maafkan aku..
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya. p/s: Sekarang aku fahamlah kenapa ada manusia yang sanggup bunuh diri bila kecewa gila. Sebab rasa sakit tu susah nak cakap dan susah nak zahirkan. Tapi kenapa kita tidak mengadu pada Dia yang menciptakan kita.? Jangan memilih jalan singkat untuk lari dari masalah. *ini adalah pesanan untuk diri sendiri.
Monday, December 27, 2010
Mimpi cuma mainan tidur sahaja.
26 disember 2010 jam 10.35pagi.
aku baru bangkit dari mimpi yang sedih.Dalam mimpi tu ada kenduri dekat rumah aku. Ramai saudara mara yang datang termasuk la si dia (ex-bf) yang aku gelarkan sebagai A. Dalam mimpi itu,A merupakan sepupu aku dan A datang bersama kekasih hatinya iaitu si D. Si D ni ialah awek A sekarang di dunia realiti. Dan berani sungguh dia datang ke rumah aku.???
Berbalik kepada mimpi itu,kawan baik aku sue ada bersama untuk kenduri ni,tengah buat kerja kat dapur,tiba-tiba aku dapat mesej dari si D ni kononnya bertanyakan khabar aku. Aku cuma reply ada apa ni..? Then lambat-lambat D reply mesej akui,konon aku ni macam tunggu-tunggu je mesej dari dia.Haish memang tak boleh blah..
Dipendekkan cerita,rupanya-rupanya kenduri dekat rumah aku tu ialah kenduri pertunangann aku,nenek aku yang buat keputusan ni. Beliau tunangkan aku dengan siapa pun aku tak tahu, memang aku tak nampak langsung muka tunang aku tu. Lepas majlis tamat, aku menangis sebab kena tunang secara paksa,so aku tak puas hati, aku tarik si D yang ada kat dapur masuk bilik. Dan si A juga kebetulan berada di bilik tu. Aku tampar muka si D sampai dia terbaring atas katil. Masa tu si A sedang bergayut dan dia cuma melihat, kemudian A berkata kepada aku "Ko dah tak boleh buat apa dah..." Kiranya di sini, aku dah tak boleh kembali pada A sebab aku dah bertunang dengan orang lain. Si D ni pula masa aku tampar dia dan tanya kenapa dia buat aku macam tu, D cuma berkata "Sebab aku benci ko!!!,Aku jeles tengok tengok ko dengan A selama ni.A hak aku.!!". Aku terus tampar dan pukul dia sepuas hati ku. Dengar saja si D cakap macam tu, A terus tampar si D. A cakap kat D, "Aku sayang dia and bla-bla-bla (tak ingat dialog A apa,yang pastinya A pertahankan aku)". Dalam mimpi tu, A sebenarnya sayangkan aku.Tapi tak tahu kenapa dia tak pilih aku untuk couple,sebab aku sepupu dia ke..?) Lepas dengar A cakap macam tu,aku menangis semahunya, sebab aku tak sangka A sebenarnya sayangkan aku,tetapi dia memilih D. Lepas tu aku tersedar dari mimpi, dada aku panas je,darah membuak-buak je rasa,macam nak pukul orang..Terus aku mesej si A dan bagitau yang aku mimpi tentang "Aku,Kamu dan Dia"(but no reply from him).Kenapa aku mimpi macam ni.?Uwaa...Orang kata mimpi ni maksudnya selalu terbalik. Hurm....
Tuesday, November 9, 2010
How to get your Ex back.?
Ishk tak paham la aku. Celcom pun dah diam dah dari hantar mesej-mesej macam tu. Sekarang kat fb pula. Macam-macam la aku jumpa sehari dua ni.So kepada sesiapa yang berminat dan tertarik dengan iklan di atas. Ni link website tu. The Magic of Makin Up. Aku pun tak tengok lagi video yang die letakkan tu. Baca blog tu pun gitu-gitu je. Hehe... Teruk betul penyampaian aku ni. Nanti ada masa aku tengok la.
Kadang-kadang blog aku sendiri pun suka buat aku sentap. Tadi masa buka blog keluar ayat ni dekat side bar.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Hah elok sangat la tu kan. Masa-masa macam ni juga la mutiara kata ni yang keluar. Aishk.. Y__Y
Thursday, October 28, 2010
Celcom dan Patah Hati
From : 22228
RM0.00 Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan kebahagiaan. Ikuti kisah-kisah cinta yang tidak kesampaian. Dapatkan MMS Cinta Kilat sekarang! Hantar ON CK ke 22228.


Aku BENCI CELcom... !!!! Kenapa celcom suka hantar mesej-mesej macam ni dekat aku.? Member-member aku tak dapat ke.?
Aku pelik mana dia tau yang aku dalam situasi ni.? Apakah orang-orang celcom baca mesej-mesej aku..???
Y__Y
Monday, October 11, 2010
kau berikan aku bahagia-kau berikan aku derita
Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita.
Hari sabtu yang lepas adalah hari yang sangat tak best. Sungguh aku terkilan.Rasa tertipu. Rasa benci mula menapak. Dan selalunya bila perasaan ini muncul ia akan diiringi dengan air mata. Tapi tidak lagi pada hari itu, mata ini sudah tidak sudi lagi untuk menangis. Tidur malam aku terganggu. Fikiran tak tentu. Hati tak tenang. Persoalan yang tak terjawab. Akhirnya ahad muncul tapi di iringi air mata, hati yang menangis tak dapat dibendung lagi. Aku hamburkan saja tangisan itu, sambil mencoretkan peristiwa semalam ke dalam diari kecil hitam milikku. Dan buat pertama kali dalam diari itu ku tulis perkata.."IHY= I Hate You." Dan aku benci perempuan tu gila-gila. Dan aku agak sakit hati sebab aku memang tak pandai bergaduh dengan orang.Aku tak reti nak bercakap bahasa-bahasa kasar.Tapi apa yang boleh cakap. I hate you girl.!!!
Pukul 11malam tadi. Dapat mms dari abang aku. Dia hantar gambar anak die masuk hospital. Warded.Demam teruk,sampai muntah-muntah.Aku hampir menangis. Hati melonjak-lonjak untuk balik. Walau hanya sekadar demam. Dengan pergolakan diri yang aku alami. Aku betul-betul ingin pergi jauh. Dan kamu.Ingat ya.Kali ini bukan mudah untuk aku maafkan dan terima semua ini. Kamu memilih untuk diam.Ok..Aku mahu lihat berapa lama.
Saturday, October 9, 2010
Tiada lagi air mata
Bila mata dah tak sudi nak menangis..Hati dah malu untuk sakit...Mungkin maknanya di situ jiwa kita dah berkenalan dengan sahabat sejatinya yang perlu ada dlm diri setiap insan..iaitu TABAH dan CEKAL..
Friday, October 8, 2010
Beringat-ingat waktu susah
Jangan diharap guruh di langit,kilat memancar hujan tak lalu.
Manusia ni memang mudah lupa. Masa susah dia akan rasa orang disekeliling tak membantu. Lepas tu die akan ingat balik kebaikan-kebaikan yang dia pernah buat dekat orang. Dan akan ungkit balik. "Dulu time ko susah cari aku, bila ko senang ko lupa aku." Tapi dalam masa yang sama kita tak sedar sebenarnya kita juga pernah menyusahkan orang. Macam biasa la, apa kebaikan yang kita buat kita ingat, apa salah yang kita buat kita harap orang lupakan. Macam tu la bila kena batang hidung sendiri. Aku pun selalu rasa macam ni, bila dah rasa terdesak sangat, bila rasa betul- betul keseorangan dan kawan-kawan takde, mula la nak pertikai dan ingat hal-hal dulu. Aku pernah baca ayat ini, "
Bila kita membantu seseorang. Jangan berharap orang yang sama akan membantu bila kita susah nantiMeans tak semestinya kita buat baik dengan orang tu, dan bila kita susah, orang tu juga yang akan tolong kita. Pernah dalam kita merasa susah tu, tiba-tiba orang yang kita tak pernah kenal atau orang yang baru saja kita kenal yang tolong kita. Tapi orang yang kita kenal yang dah hari-hari kawan tu memang tak tolong apa-apa.
Senang cerita bila kita membantu orang, jangan mengharapkan balasan. Hati kena ikhlas..Tapi bukan senang nak ikhlaskan hati tu. Bukan senang macam kita makan nasi.
Edisi peringatan untuk diri sendiri. :D
Tuesday, September 21, 2010
Gila Bayang
Dan perempuan yang jadi bekas kekasih pulak akan kutuk gurl yang baru kapel ngn xbf ko tu. Perempuan tu gedik la, jelik la, mengada-ngada la, perasan lawa la(
Sekian,
Sesi muhasabah diri. Peringatan untuk diri sendiri agar jangan terlalu memandang rendah pada orang lain. Dan jangan terlalu menganggap diri anda tu hebat dari orang. Terima Kasih. Ngee. :D
Monday, September 6, 2010
It's a bad feeling.
Sedang kita bergembira, kadang-kala ada hati yang terluka. Sedang kita berbahagia, disebaliknya ada hati sedang menangis. Kita tak peduli semua itu, sebab yang penting kita merasa kegembiraan dan kebahagiaan itu. Tapi bila kita pula yang terluka dan bersedih kita akan merasakan kita la manusia yang paling malang. Terus lupa pada kegembiraan yang pernah kita rasai sebelumnya. Sebanyak mana yang kita pernah dapat. Sebanyak itu lah yang kita perlu bayar kembali.
Selagi kita tak merasa diri kita bahagia, kita takkan bahagia.
Monolog : Aku yang terleka. Kemudian rasa itu kembali semula. Sampai bila harus menelan kepahitan itu.? Dalam sehari, banyak perubahan yang berlaku. Mengapa menyinta andainya tak setia.? Tak usahlah bercinta jika hanya berpura.!
Monday, August 23, 2010
Edisi membawa diri di Pizza Hut
Pengalaman makan seorang diri dekat pizza. Manusia-manusi di meja sebelah usha aku pelik je makan sorang-sorang. Aku buat tak peduli. Salah ke makan sesorang.? Adakah aku kelihatan begitu kesian.?
Semalam aku nekad. Tak peduli orang cakap apa, yang penting hajat aku nak makan sesorang tercapai. Puas hati dapat buat perangai macam tu, Balik hostel cerita dekat kamu, kesudahannya, kena marah lagi. Berapa kali perlu saya kecewa dalam satu hari.??? Maaf la,memang saya degil.!!! Apa yang saya tahu, kalau da dalam kepala ni terlintas nak keluar sesorang, memang saya buat. Dah tunjuk bukti makan sesorang macam ni pun masih tak percaya.? Adoi...Siapa suruh jadi penyakit kan.?
Monolog: Esok da hari isnin ker..? Wah,saya belum bersedia untuk bekerja. Cepatnya hari minggu berlalu...Kecewa dengan diri sendiri kerana tidak manfaatkan hari minggu dengan sebaiknya.
Thursday, August 5, 2010
Hari ke Lima dalam bulan Ogos
Hari ni datang je kerja, aku dapat berita yang tak berapa nak best, iaitu gelang bermanik kristal warna pink kesayangan dan kepunyaan ibuku telah hilang. Seorang sahabat telah meminjam gelang itu untuk dipakai sekejap, lebih kurang seminggu dah gelang tu ada dengan dia, hari ni dia cakap dah hilang pula. Sedihnya rasa.... :(Tadi send mesej dekat kamu cakap sal gelang tu hilang, it's a good thing when you reply my message. Thanks ya for your concern. Terharu sikit.Sob-sob-sob..Sebak sudah dada ini. Oh kenapa benda yang aku suka akan hilang. Dan kali ini hilang sebab orang lain yang buat. Sesungguhnya nak terima sesuatu kehilangan bukanlah satu perasaan yang menyenangkan tahu.? Walaupun benda yang hilang itu murah, sedikit sebanyak ia akan memberi kesan di hati dan mood pun jadi tak okay.Terus tak ceria hari ni.
Aku sedang mengalami eprasaan sedikit kecewa bila aku tak berjaya mendapatkan sesuatu yang dihajati.Bila kamu tahu orang yang kamu sayangi ingin 'sesuatu', dan kamu berusaha untuk mencari barang yang si dia inginkan dengan bersungguh-sungguh. Tapi usaha itu tak berjaya, mesti dalam hati tu rasa kecewa gila. Rasa sedih jer. Itulah yang aku tengah rasa sekarang. Semalam rasa kecewa sebab barang yang kamu nak tu tak jumpa lagi. Hari ni sedih sebab barang yang aku suka pula hilang.
Semalam aku pergi ke mid valley bersama beberapa teman baikku mencari 'sesuatu' itu. Tiba di kedai pertama, cashier tu cakap, 'sesuatu' itu dulu kami ada jual, tapi dah lama, sekarang dah tak ada dah, semua stail baru je sekarang. So aku dah rasa sedikit kecewa, tapi semangat masih membara nak cari lagi, sebab baru satu kedai. Lepas tu pergi kedai kedua pula, Cashier tu cakap, oh, 'sesuatu' itu dah tak ada stock dekat sini, kalau you nak boleh cari dekat pasar malam.! Terkedu aku mendengarnya, aku masuk kedai yang jual barang-barang yang original, tapi disuruhnya aku cari dekat pasar malam.??? Tapi setelah aku fikir dengan tenang, aku buat kesimpulan, 'sesuatu' itu mungkin dah tak jual di kedai-kedai besar macam ni sebab dah 'old stail', jadi kena cari tempat yang pelik-pelik baru jumpa. Maksudnya, kalau dapat tu, memang precious gila la. Rasa macam satu kejayaan bagi aku kalau dapat yang itu. Tapi malangnya, aku terpaksa menyusahkan kawan-kawan untuk mencarinya. Hee...Kepada teman-temanku yang sudi menemani dan membantu aku mencari 'sesuatu' itu terima kasih sangat-sangat. Hari ini dan seterusnya, kalau masih belum dapat, akan aku terus berusaha mencari sehingga dapat, aku inginkan tahun ini lebih bermakna buat kamu, setiap masa dan saat. Semuga kamu gembira. :D
Monday, August 2, 2010
August..??? Oh-No.!

Kenapa aku rasa masa begitu cepat berlalu, kenapa aku rasa macam tak bersedia tuk masuk bulan ogos.? I really not happy. Why-why and why.? Permulaan bulan ogos pada tahun ni sangat tak menarik.
Semalam berkurung je dalam bilik hostel sorang-sorang. Aku teringin sangat nak keluar jalan-jalan, tapi kawan-kawan semua tak ada dekat hostel. Ada yang balik kampung dan aktiviti lain. Jadi berkurunglah aku sambil menonton cerita korea bertajuk You’re Beatiful. Cerita yang fun jugak bagi aku dan tak ada la bosan sangat, cerita pun tak panjang macam drama korea yang lain, ade 16 episod je. Aku download dekat youtube. Layan jugak la dengan hero yang comel dan heoin yang cute.
Tapi bila mengenangkan yang weekend aku dihabiskan dengan berkurung, rasa sedihnya, macam orang tak ada life je aku ni. Hidup macam orang tak ada kawan. Dah la kamu tu dah tak ada yang peduli. Kenapa lah jadi begini balik.?
Bulan ni sepatutnya sangat bermakna bagi aku, tapi sejak akhir-akhir ni, aku betul-betul sunyi, betul-betul tak dipedulikan oleh dia. Tapi aku cuba jugak untuk tak fikir sal dia sangat. Entahlah, apakah pengakhiran untuk semua ini.? Apakah pada bulan ini, kebenaran akan terserlah dan kepahitan adalah hakikat yang harus aku terima.?
Sifat orang yang lahir pada bulan biasanya:
1: Suka berlawak.
2: Mudah tertawan padanya.
3: Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
4: Berani dan tidak tahu takut.
5: Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
6: Pandai memujuk orang lain.
7: Terlalu pemurah & bersikap ego.
8: Nilai harga diri yang sangat tinggi.
9: Dahagakan pujian.
10: Semangat juang yang luar biasa.
11: Cepat marah & mudah mengamuk.
12: Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
13: Sangat cemburu.
14: Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
15: Cepat berfikir.
16: Fikiran yang berdikari
Monolog : Baru lepas buat kira-kira untuk belanjawan bulan ogos. Elaun setiap bulan RM630. Tambang rapid RM110 + Top up RM40 + Shopping Dress RM50 + Makan RM450 [rm15 x 30] = RM650. Tak cukup RM20...aiyark...Nak menabung lagi. Beli barang keperluan lagi. Syukur tak duk umah sewa. Mana nak fikir duit rumah & bil letrik dan air lg...Ini tak masuk kalau keluar gi shopping + Movie. Mana nak cekup duit.??? Botak kepala.
Conclusion is : Tak payah makan. Confirm jimat.! ;))
Thursday, July 29, 2010
Mimpi itu...

Pagi ini lenaku terjaga kerana sebuah mimpi. And yes, it's about you.! Again and again, i got a dream bout you. Mimpi semalam, aku keluar dengan kamu dan seorang temanmu yang aku kenali. Ketika itu, aku sedang berada di pejabat yang sedang aku praktikal sekarang. Kamu dan temanmu menemaniku menyiapkan kerja-kerja pejabatku. Dan selepas itu, kita ke sebuah kedai makan. Dan disitu kamu bertemu temanmu yang lain yang ketika itu sedang menjamu selera dengan kekasih hatinya. Kamu nampak gembira, dan berbual dengan mereka tanpa mempedulikan aku yag sedang duduk betul-betul dihadapanmu. Dan ketika itu, aku merasakan seolah-olah aku ini tidak wujud dihadapan kamu. Bagaikan satu ilusi. Kamu langsung tidak menghiraukan aku atau berbual denganku.
Kondisinya, perasaan yang aku rasa di alam mimpi itu adalah sama seperti perasaanku dialam realiti. Perasaan bahawa diri ini tidak dipedulikan. Perasan bila melihat senyumanmu melebar tika bersama teman. Tetapi tidak ketika bersamaku. Apakah kamu tidak gembira dan bahagia bila wujudnya aku antara kamu. Kamu tidak ceria, bila aku disisi kamu.
Kemana hilangnya senyuman bila memandangku.? Kemana hilangnya rasa bahagia bila aku disisimu.? Dan kemana hilangnya rindu bila aku jauh darimu.?
If the hero, never comes to you
If you need someone, you're feeling blue
If you wait for love, and you're alone
If you call your friends, nobody's home
You can rum away, but you can't hide
Through a storm and through a lonely night
Then I'll show you there's a destiny
The best things in life, they are free
But if you wanna cry: cry on my shoulder
If you need someone, who cares for you
If you're feeling sad, your heart gets colder
Yes I show you what real love can do
If your sky is grey oh let me know
There's a place in heaven, where we'll go
If heaven is, a million years away
Oh just call me and I'll make your day
When the nights are getting cold and blue
When the days are getting hard for you
I will always stay by your side
I promise you, I'll never hide
Notahati: Bagi ku, kamulah kebahagiaanku. Kamulah yang mampu mengisi setiap kekosongan dihatiku, dan kamulah semangat bagiku meneruskan perjuanganku. Tetapi semalam dan hari ini, aku merasakan aku sendiri. Tiada kamu tempat untuk berkongsi.Kerana kamu terus menyepi. Dan sekarang, aku juga memilih untuk menyepi.. I can't move on. Juz stay here. Hoping and Waiting.
Wednesday, July 28, 2010
cerita ini
“Akak, hari ni ada kerja pape tak..?” Tanyaku pada seorang staff disini. Kak fauziah namanya. Hari ni dia baru masuk kerja setelah 2hari on leave. Jadi selama 2hari juga la aku datang kerja dan tak ada kerja. Disebabkan banyak tugasan aku sepanjang praktikal nanti link dengan kak fauziah so aku kena rajin-rajin bertanya dengan dia. Dengan kak zarina aku segan sikit walaupun dia baik. Kak Zarina adalah supervisor aku untuk praktikal kali ni. Tapi kerja aku bawah kak fauziah.
Selepas bertanya tentang tugasan hari ni aku rasa lega sikit, dan harap ada tugasan untuk aku, tak seronok sebenarnya datang kerja tapi tak ada buat pape. Sekarang dah 45 minit masa berlalu, masih tak dapat task lagi. Oh mereka sungguh busy sampaikan aku sempat menaip untuk buat entry ini. Tolong… I need work to do. Sedih sangat rasa bila datang kerja tapi tak ada tugasan. Saya rasa tak selesa duduk santai saja di kerusi ini. Mengundang rasa mengantuk yang sarat.
Sudahlah malam tadi tak dapat tidur. Asyik fikir tentang si A saja. Sampai pukul 4 pagi. Malam tadi hujan lebat, sama lebatnya dengan hujan yang dibendung dalam hati ini. Tak tahu kesudahan cerita kita macam mana. Saya pilih untuk menyepi dari kamu. Semakin hari semakin hampir dengan tarikh itu, saya sedang merangka hujung minggu ini untuk mencari sesuatu. Tidak tahu bila kita kan berjumpa. Tapi rasanya saya bersedia sahaja untuk hari itu. Sangat rindukan kamu.
Syukurlah teman yang sama-sama praktikal dengan aku baik-baik. Tidaklah aku rasa kosong sangat di tempat kerja ni. Staff pun semua ok dan boleh menceriakan waktu-waktu bekerja disini.
Notahati: hari-hari yang berlalu sangat tidak bermakna. Pergi kerja, balik kerja, pergi kerja, balik kerja. Itu sahaja. Tak ada life lain. Tak ada perkongsian cerita macam dulu-dulu lagi. Sampai hostel tiada lagi gelak tawa dan cerita yang berlaku pada hari-hari itu. Tiada perkongsian certia dengan teman kuliah dan teman sebilik lagi. Tiada lagi perkongsian rasa dan pendapat. Sedih. Kehidupan seharianku kembali seperti aku semester pertama dulu. Cuma sekarang tiada lagi air mata yang menemani malamku.
Hadiah Terbaik Kepada pasangan - Cinta dan ketaatanTuesday, July 27, 2010
Kesepian
kuingin memiliki
kekasih hati
tanpa air mata
tanpa kesalahan
bukan cinta
yang melukai diriku
dan meninggalkan hidupku
lagi
tolonglah aku
dari kehampaan ini
selamatkan cintaku
dari hancurnya hatiku
hempaskan kesendirian
yang tak pernah berakhir
bebaskan aku
dari keadaan ini
sempurnakan hidupku
dari rapuhnya jiwaku
adakah seseorang
yang melepaskanku
dari kesepian ini
Notahati:- Kenangan indah adalah untuk dijadikan kenangan..Bukan untuk diingat-ingatkan.
Sepi - sepi dan sendiri aku benci.!!!
Saturday, May 1, 2010
Rasa ini
Bila da sampai kampus. Buka fb dulu. Alih-alih hati aku terguris lagi. Down giler. Hampeh sungguh. Apakah...???
Rasa ini
Ku tak percaya kau ada di sini
Menemaniku di saat dia pergi
Sungguh bahagia kau ada di sini
Menghapus semua sakit yang kurasa
Mungkinkah kau merasakan
Semua yang ku pasrahkan
Kenanglah kasih..
Ku suka dirinya, mungkin aku sayang
Namun apakah mungkin, kau menjadi milikku
Kau pernah menjadi , menjadi miliknya
Namun salahkah aku, bila ku pendam rasa ini
Tuesday, March 23, 2010
Facebook punya pasal.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab
Cewah kali ni starting je da bagi peribahasa...
Berkisar tentang kemahuan dan kehendak. Untuk dapatkan apa yang kita mahukan, kita akan usahakan untuk dapatkannya. Tapi kalau kita tak nak, macam-macam alasan yang diberi. Macam yang aku tengah buat sekarang ni la...kikiki..
Pukul 3 pagi tak tidur lagi sebab nak update blog. Tapi cuba buat assignment, awal-awal lagi akan tutup laptop dan tutup mata...ADeh la..Apa nak jadi ni.? Final lagi sebulan lebih jer..
Final year project pun ntah kemana lagi. Sempat siap tak..?
Tadi ada seorang kawan bertanya, kenapa offline dekat facebook. Aku cuma cakap, malas nak online, nanti sakit hati je keje. Makan hati sorang-sorang. So dia pun cerita tentang awek dia pun selalu jeles tengok status atau komen antara kawan-kawan perempuan dengan pakwenya. Sampai menangis-nangis. Well untuk pengetahuan sahabatku itu, bukan awek awak je macam tu, ni orang yang sedang bercerita pun macam tu jugak.! Faham tak.?? Sakitnya hati tuhan saja yang tahu. Nak marah-marah nanti kawan-kawan lain baca tak elok pulak nampak kan. So diamkan je la. Tapi sampai bila.?
Kawan aku yang lelaki ni cakap, "org nk jugak kcau member2,nie puji n nganjimg member pon jeles. gurlll o gurllllll y u like this.? "
Aku lak ckp : "well... org pn cmtu gak...tp org xjeles kalo die adil ngn kite."
Hehe..Boleh ke nak adil.? Ntah la. Bagi aku, fb ni banyak bagi masalah jiwa kat aku. Uwaaaa...
Sebab tu kot banyak kes penceraian berlaku kerana fb sekarang ni ek...
Nota kaki : Bila kesetiaan makin berkurangan. Kepercayaan juga akan tergugat.
Sekian...
Update : member aku tak setuju dengan ayat aku tu, die bagi ayat die...
"bila kesetiaan betambah,kepercayaan plak bekurang....so nangisss laaaa"
Persoalan, Ye ker kesetiaan bertambah.? Bertambah macam mana tu yer.? Sila jelaskan.









