Ku rindu disayangi...sepenuh hati,..Sedalam Cintaku...Setulus hatiku..
Ku ingin di miliki kekasih hati,tanpa air mata..Tanpa kesalahan.......
Sedang melayan lagu ini sambil menghilangkn bosan. Sekarang aku masih lagi merempat dekat hostel. Oleh kerana rumah sewa tak dapat masuk lagi, so terpaksa la merempat dulu. Sekarang aku dah start kerja part time. Kerja pertama dalam hidup aku. ^__^. Sebelum ni aku tak pernah merasa pengalaman bekerja lagi, pengalaman praktikal ada la. So bila da kerja ni,aku jadi sangat berkira soal duit. Terutama bab gaji kena potong ni. Masuk lewat sikit da kena potong.. Wooo sadis sangat rasa. Hehe. Tapi bab makan, top up or lain-lain tak fikir panjang pula.
InsyaAllah awal januari 2011 nanti aku akan menyambung pengajian aku kembali. Setelah berjuang dan berperang dengan diploma selama 3tahun, aku akan meneruskan ke peringkat degree pula. InsyaAllah. Keptusuan di ambil secara drastik setelah my daddy call. Beliau menyarankan agar aku meneruskan pengajian. Jadi aku tanpa banyak soal bersetuju aja. Lagipun kerja yang aku apply pun tak call untuk di interview pun lagi. Asihk..Mulanya aku fikir nak buat degree secara part time,tapi bila fikir panjang sikit,macam tak mampu je. So baik full time je la.Soal kerja nanti baru fikir. Aku harap urusan untuk sambung pengajian nanti tak hadapi banyak masalah. Dalam 20hari lagi aku akan bekerja dulu, lepas tu baru fikir soal nak sambung belajar. Aku harap jalan cerita akan berubah untuk zaman degree menjadi cerita yang lebih menarik.. 3tahun buat diploma segala pahit manis yang diharungi,syukur akhirnya selesai sudah walaupun belum rasmi lagi. :D
P/s: Setelah sebulan lebih menyepi, kini dia kembali... Jiwa aku kacau kembali. Apakah cerita yang akan berlaku nanti.? Katanya, dia anggap aku sebagai bestfriend dia. Jadi apa maksudnya disitu.?
3 comments on "Sambung menyambung."
nanti sambung amek kos ape?
Ambik multimedia in interactive design..eh cmtu ke nama kos tu...
hee..tp multimedia juga la.,.
=)
muga ada iras doh tuu...ambk kos sama,cpt abih...
Post a Comment