Sunday, April 17, 2011

Realiti Insan

Posted by aisHa 'S' at 4/17/2011 11:58:00 PM 0 comments
Baru je dengar lagu ni siang tadi dekat satu majlis. Very nice song. To cheer up. Naikkan balik semangat yang semakin pudar ditambah pula musim nak final ni. Lagu ni tajuk dia Realiti insan. Search dekat youtube. Penyanyinya adalah Santeekee. Layan jer...






Realiti Insan - Santeekee

Ku layangkan segala anganku
Ku lepaskan semua khayalan jiwaku
Berpijak di bumi yang satu
Memandang tinggi di langit biru

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku raih
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin memgapai cita dan cinta

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah realiti keyakinan insan yang penuh visi

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku raih
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin menggapai cita dan cinta

Satu.... satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti(2x)

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah realiti keyakinan insan yang penuh visi

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku raih
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin menggapai cita dan cinta

Satu.... satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu.... satu janji yang ku gapai pasti
Satu... satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu.... satu janji yang ku gapai pasti


Thursday, April 7, 2011

Bersabarlah...

Posted by aisHa 'S' at 4/07/2011 10:14:00 PM 1 comments

Aku memerlukan tahap kesabaran yang tinggi buat masa ini. Kalau aku angkat phone call tadi dah sah-sah aku maki orang lagi hari ni. Jadi baik tak payah angkat kan.?


Noted : Semalam my classmate share link ni (klik untuk baca) dekat aku, cerita pasal penyimbah asid jalanan. aku masa memula dengar cerita ni dari seorang kawan memang kecut perut juga la, sebab tempat kejadian tu sangat familiar. Aku cuma mampu berdoa agar dijauhkan semua perkara-perkara buruk dari berlaku. Ya Allah hanya kepadamu aku berlindung.


Psst : Aku nak tanya korang, hina ke seseorang itu kalau dia terima atau mencari balik bekas kekasih/isteri/suami dia dulu.? Salah ke kalau berbaik balik dengan your X...? pada aku la, sekurang-kurangnya mereka-mereka itu adalah seseorang yang pernah kita kenal dan sayang. Kalau kita rasa boleh terima just accept la, kalau mereka-mereka ini dah buat kesalahan yang ko rasa ko dah tak boleh nak maafkan, jadi buang je lah mereka-mereka itu dari hidup ko. Tapi janganlah menghina orang yang cuba untuk menerima bekas kekasih/suami/isteri tu. Mungkin dulu dia pernah buat silap, tapi manusia ini boleh berubahkan.?

Wednesday, April 6, 2011

Oh..sebab tu la....

Posted by aisHa 'S' at 4/06/2011 01:45:00 AM 0 comments
Sebab tu la orang kata, jangan benci sangat, nanti suatu hari jadi sayang. Dan sebab tu juga orang pesan, jangan terlalu sayang, satu hari nanti mungkin bertukar jadi benci. Okay, perasaan tak suka or benci dekat seseorang tu dah pun mula bertukar jadi kawan sekarang. Tapi perasaan sayang jadi benci tu buat masa ni tak ada lagi dan harapnya takkan berlaku pada aku.

Dulu prinsip aku ialah "Tak NAK gaduh dengan perempuan terutama pasal lelaki". Tapi itulah yang dah pun berlaku pada aku. Sungguh aku pun tak sangka benda tu berlaku pada aku dan memang gaduh gila-gila dengan perempuan tu. Haip...apa nak jadi ni ecah woi..?
Aku juga pernah tak suka dekat seorang perempuan sebab dia couple dengan Exboipren aku. Okay.! Memang aku ni sungguh tak patut bukan? Seriusly aku tak minta pun semua ni jadi pada aku. Dan bila ianya berlaku aku terpaksa la hadapi semuanya. Dan bila aku sedar aku dah buat silap, inilah yang jadinya. ^__^
Saya tak nak membenci,sebab saya tahu ianya adalah 'penyakit' kepada hati. Tapi kalau saya tak kacau orang dan orang yang kacau saya, mungkin kes akan jadi lain sikit kot. Ke guane.? Hehe...(Evil smile)

Bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Posted by aisHa 'S' at 4/06/2011 12:33:00 AM 0 comments


Masa belum start part time hari tu bukan main lagi nak kerja elok-elok. Bila dah masuk kerja,nah ambik ko, sekali terus fikir panjang...Haha..dah start rasa give up,rasa penat dan macam-macam rasa la ada. Bila masuk kerja, sikit-sikit tengok jam, lepas 5 minit tengok jam. Lepas tu mula la rasa macam lambatnya masa berlalu. Hari ketiga berkerja,pergi kerja dengan perasaan sedih. :(. Aku pun tak tahu kenapa rasa macam tu, mungkin sebab aku fikir,kenapa aku kena buat semua ni.?? Padahal tak ada sesiapa pun yang suruh aku kerja, aku yang buat keputusan sendiri.
Semua tu hanya mampu bertahan untuk 3minggu je, khamis lepas call die punya staff cakap, "angle, i xdapat nak pergi kerja la,sebab dah mula busy. Dah nak final. :(" dengan perasaan berat hati aku call dan cakap terus terang. Masa tu memang dah nekad buat keputusan ni,sebab aku kena bagi komitmen dengan group pantomime dan juga assignment aku. Jadi diari aku sebagai seorang promoter kasut berakhir sudah. Kiranya bulan ni aku kena bertahan untuk survive dan habiskan semester pertama ni. Bertahan dan survive dari segi kewangan, juga perkara-perkara lain yang selalu menghantui aku Lepas dah confirm berhenti kerja terus badan dan kepala rasa ringan. Oh my,kuat juga tekanan kerja masa tengah belajar ni ye.Hurm..Satu pengajaran buat aku. ^__^
Tugas sekarang fokus pada study.! Harapannya semester ini akan bagi sinar baru buat aku. Amin....

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez