Saturday, July 16, 2011

Fasilitator lagi...

Posted by aisHa 'S' at 7/16/2011 10:57:00 PM 1 comments
Semester ni saya berperang dengan encik AS.. Saya jadi fasi untuk kampus saya dan beliau di kampus beliau. So FAIR la kan..
Untuk Encik A S awak jangan nak menggatai sangat la.. Saya tahu pasti akan ada junior yang nak menggedik nanti... Ada yang gedik kantoi siap la..!!! HAIP..AMARAN ni...haha..
Kita buat kerja kena lah ikhlas kan. So saya cuba untuk memahami dan saya harap awak pun memahami. JAngan nak tipu-tipu saya lagi. Nak sorok-sorok ke...Haa. Saya tak pe.. :D

Nak tido dah, esok perlu bertugas untuk menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru di universiti Kuala Lumpur..

Monday, July 11, 2011

Mencari-cari identiti diri. :D

Posted by aisHa 'S' at 7/11/2011 03:32:00 AM 0 comments
Time : 3:33am
Location : Kamar beradu Apartment X.

Sebenarnya aku sangat teringin mengupdate blog. Tapi aku tak tahu nak cerita apa. Kalau boleh aku dah malas nk cerita perihal diri, apa yang buat. cerita-cerita yang remeh. Kalau boleh aku nak share kan pendapat aku tentang sesuatu. Tapi aku takut nak curahkan idea. Dan aku dah malas nak menaip panjang-panjang. Aku selalu membaca blog orang lain, dan blog yang menarik minat aku kerana ada yang berkongsi ilmu tentang apa yang mereka pelajari, ada juga bercerita tentang kehidupannya beliau,tapi cara penceritaan yang menrik tu yang buat mata aku lekat untuk membaca blog beliau. Sekarang dalam proses mencari identiti blog. Harap akan rajin update selepas ini. :D
Salam....

Sunday, July 10, 2011

Multimedia vs Catering

Posted by aisHa 'S' at 7/10/2011 02:28:00 AM 3 comments
Sekarang jam sudah pukul 2pagi.... Aku tak lelapkan mata lagi sebab sedang mengedit gambar. Tak sedar sudah menginjak ke pukul 2pagi. Padahal esok pagi kerja. Omaigod-omaigod.!!!
10 julai 2011 merupakan hari terakhir aku akan berkerja di convex. As a waitress okay. 11 julai nanti aku akan berangkat ke Hulu Langat untuk menjalani Latihan Induksi bagi menjadi fasilitator untuk julai intake nanti. Kepada pelajar-pelajar baru selamat datang ke UniKL. :D

First time jadi waitress. Seronok juga kerja ni walaupun penat.






p/s : Sekarang dah jarang update blog, Sebenarnya teringin sangat nak update, tapi bila taip je tajuk, terus idea menulis hilang entah kemana-mana. Hurm...

Noted : Esok pagi encik AS akan berangkat ke pahang. Jelesnye tengok diorang punya training buat jauh. Tapi tak pe la. Good Luck untuk beliau. Ini percubaan pertama sebagai seorang senior. Jangan ada yang menggatal je nanti.! Haip..!!

ulat vs manusia = Duit

Posted by aisHa 'S' at 7/10/2011 12:55:00 AM 0 comments

Ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia.

Hidup sekarang ni kalau tak ada duit, memang susah. Memang duit tak boleh beli semua benda, tapi untuk kehidupan seharian kita memang perlukan duit. Kalau tak ada duit top up rm10 pn tak mampu nak beli. Kalau tak ada duit nak bergerak kemana-mana pun susah. Kalau tak ada duit, hati pun resah. Oh duit... Banyak masalah yang timbul bila tak ada duit.



p/s : bila MARA nak setel ni...?
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez