Monday, September 26, 2011
Ketenangan yang dicari...
Saturday, July 16, 2011
Fasilitator lagi...
Untuk Encik A S awak jangan nak menggatai sangat la.. Saya tahu pasti akan ada junior yang nak menggedik nanti... Ada yang gedik kantoi siap la..!!! HAIP..AMARAN ni...haha..
Kita buat kerja kena lah ikhlas kan. So saya cuba untuk memahami dan saya harap awak pun memahami. JAngan nak tipu-tipu saya lagi. Nak sorok-sorok ke...Haa. Saya tak pe.. :D
Nak tido dah, esok perlu bertugas untuk menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru di universiti Kuala Lumpur..
Friday, October 8, 2010
Beringat-ingat waktu susah
Jangan diharap guruh di langit,kilat memancar hujan tak lalu.
Manusia ni memang mudah lupa. Masa susah dia akan rasa orang disekeliling tak membantu. Lepas tu die akan ingat balik kebaikan-kebaikan yang dia pernah buat dekat orang. Dan akan ungkit balik. "Dulu time ko susah cari aku, bila ko senang ko lupa aku." Tapi dalam masa yang sama kita tak sedar sebenarnya kita juga pernah menyusahkan orang. Macam biasa la, apa kebaikan yang kita buat kita ingat, apa salah yang kita buat kita harap orang lupakan. Macam tu la bila kena batang hidung sendiri. Aku pun selalu rasa macam ni, bila dah rasa terdesak sangat, bila rasa betul- betul keseorangan dan kawan-kawan takde, mula la nak pertikai dan ingat hal-hal dulu. Aku pernah baca ayat ini, "
Bila kita membantu seseorang. Jangan berharap orang yang sama akan membantu bila kita susah nantiMeans tak semestinya kita buat baik dengan orang tu, dan bila kita susah, orang tu juga yang akan tolong kita. Pernah dalam kita merasa susah tu, tiba-tiba orang yang kita tak pernah kenal atau orang yang baru saja kita kenal yang tolong kita. Tapi orang yang kita kenal yang dah hari-hari kawan tu memang tak tolong apa-apa.
Senang cerita bila kita membantu orang, jangan mengharapkan balasan. Hati kena ikhlas..Tapi bukan senang nak ikhlaskan hati tu. Bukan senang macam kita makan nasi.
Edisi peringatan untuk diri sendiri. :D
Saturday, April 10, 2010
Tamatlah sudah Open Day UniKL MIIT
memeng gempak dan meriah la. Banyak persembahan dari student. Ada persembahan yo-yo menari dan menyanyi tu biasa la. Persembahan zapin dari pelajar sekolah rendah pun ada. Part menari shuffle tu aku tak tengok pula.

Suasana di lobi kampus.
Gambar ni aku cilok di sini.
Gambar di atas masa hari pertama Open Day. Setiap booth buat macam-macam persembahan untuk menarik minat pengunjung ke booth diorang.
Friday, April 9, 2010
Hotel mania
kiki....
wa lagi putih dari Dafi..kiki
Adeline Tsen..Die lagi cun kat luar dari dalam cerita tu
Sesi tandatangan la pulak.
Jeles giler ngn kulit si rizal ni. Licin beb...Kalah aku.
Thursday, April 8, 2010
Open Day di UniKL MIIT (City Campus)
Kali ni open day ada kerjasama dengan erama group. Dorang ade buat pelancaran tentang movie terbaru Panglima Awang Series kalau tak silap. Lepas tu dorang show trivia cerita kunang. Semua ni cerita animasi. Best juga la cerita ni.Kelakar.
Semalam comitte erama ada buat promosi, Sesiapa yang daftar di website ini akan dapat t-shirt free dan top up untuk downdload lagu RM10.
Oh ya pada hari kedua ni, ada artis dari cerita HOTEL MANIA akan datang. Dengar katanya Anding, Adeline Tsen, dan Rizal yag datang. So kalau de sesiapa yang nak bergambar boleh la sesakkan lobi tengah hari ni. Dalam pukul 12.00 - 2.00 petang.
Kepada sesiapa yang berminat nak jadi pengacara pula boleh pergi ke level 25 untuk sesi uji bakat menjadi pengacara. My TV3 pun datang. Tapi selebriti yang datang tak tahu la pula siapa. Kalau rasa ada rupa dan bakat untuk jadi pengacara boleh la mencuba nasib. Jangan lupa bawa resume sekali.!
Pukul 10 pagi ni ada pelancaran Facebook MIIT group. Aku kena join tapi sekarang ni tengah dalam kelas. Jap lagi ada kuiz. Tak dapat la aku terlibat. Hari ni juga ada lawatan dari pelajar sekolah. Harap open day kali ni juga meriah la. Esok hari terakhir untuk open day. Tapi aku lupaa plak tentative untuk esok.Ish-ishk.Sungguh tak bertanggungjawab. Maaf la. Busy dangan Final Year Project. So tak dapat nak bagi kerjasama yang baik. Minggu depan nak present da. Rasa macam tak cukup nafas da ni.
Wednesday, March 17, 2010
Baeekkk Punya adab la.
Waduh2..setelah sekian lama saya seakan-akan lupakan blog pula...
hurm.Tak sibuk tetapi menyibuk jer..hoho...
Hari ni buka blog lagi dengan harapan nak update la,tapi dapat pula sesuatu memo ringkas dari chatbox ni. yang berbunyi...
"

guest: Weyyy budak UniKL... Dot-dot-dot(jawatan) dot -dot-dot(nama orang) tak bayr duit sewa rumah... kaki kencing jer"Sekarang ni kan, kalau tak puas hati, dekat mana-mana tempat kita boleh bagitau. Senang je,info tu dah boleh disampaikan. Tapi, biarlah dengan cara yang betul dan tidak memalukan orang, seperti yang telah saudara lakukan ini. Kalau betul beliau tidak membayar sewa, bagitau dekat tuan punya badan. Bukan dekat blog yang umum ini. Tapi mungkin hamba Allah ini tahu yang saya berkawan dengan beliau. So saya sudah sampaikan. Moga anda gembira ya. Dan dirahmati Allah selalu.Amin...
Sudah gembira hajat anda telah disampaikan.?
p/s:-oh ya.sebab tak nak dengar cerita dari sebelah pihak jer,So saya bertanya la tuan punya badan. Oit tak baik memfitnah tau.. DOSA tau.Aishk..Baik minta maaf dengan tuan badan sendiri.
Tuesday, October 27, 2009
UniKL-MIIT anjur pertandingan perniagaan guna IT
Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my
UNIVERSITI Kuala Lumpur -Malaysian Institute of Information Technology (UniKL-MIIT) akan menganjurkan pertandingan penyelesaian masalah perniagaan menggunakan teknologi maklumat (IT), mulai 2 hingga 5 Disember depan.
Program tajaan Kementerian Pengajian Tinggi yang dikenali sebagai UniKL- MIIT Aries Malaysia Business IT Case Challenge 2009 disertai 16 pasukan institusi pengajian tinggi tempatan dan sekitar Asia Tenggara.
Presiden program itu, Mohd Amin Mohamad Arip, berkata pertandingan itu akan diadakan di beberapa tempat, termasuk Hotel Equatorial, Kelab The Shrime, kampus utama UniKL serta Genting International Convention Centre.
Pertandingan itu, katanya, antara lain bertujuan mempertemukan pelajar berbakat dalam bidang IT dengan syarikat serta agensi IT terkemuka seperti MIcrosoft, Cisco System Sdn Bhd dan Perbadanan Pembangunan Multimedia sebagai juri.
“Idea penganjuran ini timbul apabila kami membuat lawatan ke Singapore Management University April lalu yang menganjurkan pertandingan berkenaan. Di Malaysia, ini adalah penganjuran pertama.
“Daripada 16 pasukan, peserta dibahagikan empat kumpulan dan dikuarantin 24 jam di tempat berasingan bersama permasalahan perniagaan sebenar yang memerlukan penggunaan IT sebelum membuat pembentangan esoknya,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.
Mohd Amin berkata, pemenang utama pertandingan itu akan menerima pelbagai hadiah bernilai kira-kira RM15,000 termasuk komputer riba, Play Station 3 dan pakej percutian di pulau sekitar Malaysia, selain trofi dan sijil penyertaan.
Katanya, penyertaan masih dibuka sehingga 10 November ini dan keterangan lanjut, hubungi Pengarah Urusan Aries Malaysia 2009, Abdul Hadi Mohamad (013-2457079), Muhamad Fazaizul Razali (03-21754000 sambungan 5137), layari laman web:www.ariesmalaysia.com atau e-mel: ariesmalaysia@miit.unikl.edu.my.
Credit to Berita Harian.
p/s:- Tak sabar untuk program ini pula. Harap semua berjalan dengan lancar. Amin. Good Luck to All.
Sunday, October 25, 2009
EVENTS: Test your business and IT skills

IF you want a different view of the working world as opposed to a normal internship programme, then the ARIES Malaysia Business IT Case Challenge 2009 may be for you.
Created by students for students, this competition aims to gives participants a greater insight into the world of business and information technology.
Academic Research Innovation and Enrichment Society (ARIES) president Mohd Amin Mohamed Arip says there is a lack of opportunity for students in Malaysia to get in-depth industry exposure.
"When you do an internship, you would only know some aspects of the company you are attached to for those six months or so.
You cannot put a price on the experience, says Mohd Amin Mohamed Arip
You cannot put a price on the experience, says Mohd Amin Mohamed Arip
"The challenge, however, would provide students the chance to gain real insights from key industry players," says Mohd Amin.
The competition calls for teams of three third- or fourth-year students to assess and solve a real-life business case study, incorporating IT into their solution, in 24 hours.
They will then present their proposal to a panel of judges which will be made up of business people from various fields.
"It's akin to an open test where the participants would have all the research material they need to help them find a solution."
Aside from the competition, there are also social events and business networking activities where future business-IT practitioners can interact with students, university academicians and industry professionals.
There are several annual competitions similar to this conducted internationally but few incorporate the business and IT angles.
For this inaugural contest, the organiser is accepting 16 teams from public and private institutions in Malaysia.
"Participants will be competing for prizes worth RM15,000 but the experience of the event is something you cannot put a price on," Mohd Amin adds.
ARIES is a student organisation under the Malaysian Institute of Information Technology, Universiti Kuala Lumpur.
This event will take place from Dec 2-5. Closing date for registration is Nov 7.
For details, visit www.ariesmalaysia.com, email ariesmalaysia@miit.unikl.edu.my or call 03-2175-4000 (ext 5137/4201/4331).
credit to NST Online
p/s:- hoping that all this will end with a such of great successful. Good Luck to all.
Updated:- ARIES Malaysia, we are almost there! Check it out our beautiful story on NST Learning Curve today page H18.
[Sunday, 25 October 2009.]





