Monday, August 31, 2009

Salam merdeka...!!!

Posted by aisHa 'S' at 8/31/2009 09:47:00 PM 2 comments

Salam 1MALAYSIA.....

Hari ni dah hari merdeka kan..? Asal aku tak terasa sangat eh..? Maybe sebab semalam xdapat tengok bunga api kot....Cerita sedih sehari sebelum merdeka,Disebabkan cuti panjang.semua roomate aku balik, pastu member aku pula keluar jalan-jalan menemani buah hatinya.Jadi tinggallah aku keseorangan dekat bilik hostel melayan perasaan..Berbuka pun sorang-sorang(kononnya nak merasa jadi anak perantau).

Malam merdeka,aku dah tutup semua lampu bilik pukul 9 malam lagi,hehe, konon nak sedih la ni.lepas tu member aku balik dari jalan-jalan, so dia lepak bilik aku malam tu.Tapi aku cakap, kul 10 aku nak tidur dah.Sebab aku tak nak tunggu detik 12malam.kekekeke.....


Pukul 12 malam dapat mesej wish birthday dari adik aku.Haha.Terharunya,lepas tu kawan-kawan call dan banyak mesej masuk, Terus aku ceria balik, tak jadi nak makan hati. Terima kasih kawan-kawan dan family. Ingat juga korang dekat aku yer. .nGeE...

Pagi tadi my daddy hantar mesej wish birthday,aku sebak dah rase.Uwaa..nak balik.....Semalam aku mintak hadiah besday ngan adik aku.ekekek...apa punya kakak la aku ni.Baru sekarang aku nak bermanja ngan adik aku. Dah selalu sangat dia tanya aku bila nak balik.Hurm...Tak sabar nak balik rumah.!



Apa-apa pun.aku harap sempena umur aku yang dah 22tahun ni, aku makin matang, tabah, cerdik,rajin and etc...Semoga aku menjadi insan an hamba yang berjaya.Ameen...

Saturday, August 29, 2009

Damba Cinta Mu

Posted by aisHa 'S' at 8/29/2009 11:39:00 PM 0 comments

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

===============================

♥♥ Di hujung kegelapan pasti ada cahaya sedang menunggu. Hanya KESABARAN, KETABAHAN, KEGIGIHAN yang mampu membawa keluar dari kegelapan menuju kepada cahaya.♥♥
_______________________________

p/s :- Kadang-kadang aku merasakan bahawa aku keseorangan. Tetapi hakikatnya aku alpa bahawa, DIA masih ada. Subhanallah....Semoga pemilik hati ini memberi kekuatan kepadaku dan menjauhkan aku dari putus asa.Amin. Sesungguhnya aku terasa sangat jauh....Moga dijauhkan sifat iri hati dan benci dalam diri ini. Cemburukah aku...?

Thursday, August 27, 2009

Tags dari si Chomey

Posted by aisHa 'S' at 8/27/2009 05:17:00 PM 0 comments
Maaf entri ini agak terlambat sedikit. Tak berkesempatan dan kemalasan melanda..Hehe.. Sorry chomey....



1) Copy award dan letak di blog anda.
--> Lambat sikit nak copy-copy ni.

2) 6 fakta menarik pemberi award ini.
-> Nama betul tak tahu..
-> pencuri hati kepada seorang sahabat aku ni.?.Jeng-jeng-jeng...
-> Muda lagi dari aku..huhu
->Orang terengganu gak....
-> masih lagi study dekat UITM.
-> Single but not available. T.T

3) Seberapa banyak fakta/hobi diri sendiri.
Hobi :-
-> Mestilah on9..Kalau tak macam mana boleh ada blog kn..
-> Berangan...Perkara wajib setiap hari.
-> Tidur dan makan dan makan dan tidur...
-> Suka diet tapi tak kurus-kurus.
-> Dengar mp3. Tidur pun dengar mp3 gak..hehe
-> Menyendiri.Itu perkara penting dalam kamus hidup aku sekarang...


Fakta:-
-> Tak tahu nak terangkan.Bagi yang mengenali diri ini, mereka lebih tahu.

4)5 penerima award seterusnya.
-> Tak nak bagi award ni dekat orang lain.Full Stop.!

Wednesday, August 19, 2009

Langkah akan ku teruskan.

Posted by aisHa 'S' at 8/19/2009 11:33:00 PM 2 comments
Ohayo,,,
Hari ni sudah hari rabu, bermakna lagi beberapa hari je akan masuk bulan Ramadhan.Tak sabar tunggu bulan ramadhan menjelma kembali...

Hari ni aku kecewa lagi, apa nak buat kan.? Rasa diri ini betul-betul tak dihargai. Macam langsung tak ada makna even sebagai seorang kawan.
Semalam aku dapat semangat balik, tapi hari ini down balik. Esok aku tak pasti apa pula yang jadi. Cumanya, aku cuba kuatkan semangat dan teruskan langkah demi diri aku pula. Rasanya, mungkin aku akan simpan kemas perasaan itu dan tak nak fikir sangat tentang hal dia sebab aku tahu aku akan down. Bila dia perlukan aku dia akan cari aku. Lepas tu dia akan tinggalkan aku terkapai-kapai. Nasib aku ni sudah betah dibiarkan macam tu. Tak apalah aku redho.Siapalah aku pada dia. Nothing and Empty....

Lagu yang sesuai untuk keadaan aku sekarang.

Salam Untuk Kekasih

Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisih luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri


p/s : Sekarang ni fokus aku cuma pada pelajaran dan Event yang akan berlangsung akhir tahun ini.Aku harap semuanya berjalan lancar. Ku mohon agar pemilik hati ini memberikan kekuatan pada ku. Aku cuma insan yang lemah.

Monday, August 17, 2009

Tag dari Ukhti Julia.

Posted by aisHa 'S' at 8/17/2009 11:24:00 PM 0 comments
Salam....
Hari ni buka je blog tengok dekat chatbox yang saya suah di tag oleh
Kak Julia. Berbunga-bunga baca bila tahu sudah di tag. Ingatkan terus nak
jawab tadi, tapi kat sini hujan dan ada kilat, so tak berani la nak online lama-lama.
Jadi malam ini sambil buat assignment untuk present esok saya memulakan
mukadimah dengan buat tag dulu.Huhu..
Dah lama tak kena tag sebenarnya.
Okaylah tag kak Julia sudah saya jawab.Heeeee

Peraturannya:



1) Copy gambar amal Islam di atas.

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan..
~~> Inilah yang paling susah dan malas sekali bila kena cari orang ramai-ramai.Tapi saya buat jugalah.

3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...


4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..

~> 10 sahabat yang di Tag.
1) Miss Aini
2) Rifa'iee
3) Izhan
4) Aneys
5) Syahmil
6) Zul
7) Amir
8) Aqilah
9) Syafiq
10) Qayyum

Canyoning and Flying Fox

Posted by aisHa 'S' at 8/17/2009 12:19:00 AM 1 comments
Tara...hari ni aku pergi ke Sungai pisang, Gombak.Meyertai aktiviti berikut,sangat seronok beb. Dah la semalam aku tension je sebab 2hari berkurung kat hostel. Hari ni lepaskan tekanan dengan aktiviti riadah berikut, sungguh puas hati.Bayar pun murah jer.Terima kasih kepada Student yang buat aktiviti ini.Tak sia-sia aku join. Gambar akan di update nanti.

Aktiviti ni ambil masa beberapa jam je.Dalam pukul 9pagi bertolak ke gombak dan pukul 6petang dah bertolak ke kampus balik.

Aktiviti pertama ialah jungle tracking, kemudian flying fox dan seterusnya ialah aktiviti canyoning selepas itu sesi bermandi manda.Best beb :). Puas hati aku dapat menjerit, menyelam, berenang,mandi air sungai dan air terjun, main siram-siram air.Hehe..Dan yang paling penting aku dapat naik Flying Fox dan buat Canyoning tu 2x...Peluang depan mata beb.Apa-apa pun aku happy.Itulah yang penting.

Esok sudah bermula sesi pembelajaran.Minggu ini minggu yang sibuk sedikit sebab banyak assignment nak kena hantar dan sudah pastinya aku belum buat lagi. Apa yang penting ada presentation untuk subjek Business Management.Adoi la..Seyesly aku tak tahu nak cerita apa pasal Syarikat Honda ni.Hurm apa-apa pun aku nak start buat kerja dari sekarang.Chow.....



p/s : Sekarang aku dah jarang upate blog. Sibuk mungkin dan juga keadaan diri yang selalu sakit kepala buat aku jadi tak tentu. Hurm, harap penyakit ini tak berterusan yer.Moga aku kembali sihat dan ceria serta cerdas selalu.Ameen.Minggu depan dah puasa.Tak sabarnye menunggu ramadhan yang bakal menjelma.Moga bulan ramadhan ini akan memberi lebih rahmat buat kita semua...InsyaAllah.

Wednesday, August 12, 2009

Merawat hati.

Posted by aisHa 'S' at 8/12/2009 12:23:00 AM 2 comments
Sudah sekian lama penyakit jiwa kacau tak mengganggu aku. Kehidupan yang sebelum ini biasa-biasa sahaja. Sampailah di suatu hari aku jadi jiwa kacau balik. Apa yang buat aku jadi sengal ntah.Semua tak menentu. Hujan sudah mula turun. Banjir sorang-sorang dalam gelap.Orang lain tengah syok tidur. Buang karan betul.Pergi kampus pun termenung panjang. Subahanallah.Aku tak tahu nak cakap apa.Buka je mata dari tidur aku teringat sal itu. Baru aku terfikir tentang diri sendiri.
Selama ini aku dapat hindarkan perasaan itu, tetapi tak tahu kenapa sekarang.?
Aku pun tak tahu, kenapa aku jadi lemah balik.?
Sengal kan.Benda bukan baru sehari dua.Tapi sudah makan tahun da.
Aku tetap macam ni....!!!

-----------------------------------------------------------
Aku cuma mampu bertanya pada diri, siapa aku..? Bila dia perlukan aku..?
Pernah tak dia fikir tentang aku.?




Mengharap pada yang tak sudi.
Menunggu suatu yang tak pasti.
Aku pun tak tahu sampai bila.

Bercinta memang mudah. Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cinta itulah yang payah.
Untuk mendapatkan kembali kasih sayang yang telah hilang bukan senanng. Ia, cinta itu indah, dan sangat indah jika diberikan pada seseorang yang tepat. Tetapi harus diingat, Cinta dan kasih sayang saya adalah untuk orang yang benar-benar ikhlas menyayangi saya, BUKAN untuk dipersendakan.!!!

Apa yang aku boleh cakap,CINTA itu memang indah. Permulaannya sangat bahagia. Pertengahan yang sedikit terpalit duka, tetapi pengakhiran penentu segala. Cinta itu sangat senang untuk bermula,tetapi terlalu sakit untuk berakhir. Kalau tidak aku, pastu kamu yang akan kecewa. Jika bukan aku yang sakit, pasti kamu yang beduka. Tetapi cinta itu tidak bermakna jika hanya sebelah pihak sahaja yang beria.... Love is Sharing. Ada give and take.
Yes, love is beautiful, like a butterfly... Berbahagialah kamu pada yang sedang bercinta. Tapi paa yang single, Jangan berduka.Hehe, sebab kita serupa...Jangan dilupa pada cintaNYA. Itu lebih hakiki....Jangan derita kerana cinta.

---------------------------------------------------------
Dah lama aku hindarkan perkara ini.Sebab aku tahu,aku tak perlukannya sekarang.Tetapi kenapa perkara tiba-tiba datang balik.? Tengok da jiwa kacau balik.Tak ke sakit tu.???

Sekarang kepala asyik sakit je.Migrain ker.? Tension ker..? Anikah harga yang perlu aku bayar.?
Tuhan aku pohon moga dikuatkan semangatku. Beri petunjukmu.Tak tahu apa lagi aku nak buat.Aku cuma berserah padamu. Tak tahu jalan mana yang harus aku pilih. Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku menangis semalam dan masih mampu tersenyum pada hari ini.Cuma aku tidak pasti pada hari esok.?



............................................................
Pesanan buat diri :-
Weh xpenting pun sume ni. Belajar la dulu.Jangan fikir sangat.Satu hari sinar akan kembali. InsyaAllah.Moga hari-hari mendatang aku tetap sabar. Oh pemilik hati, TABAHkan aku.

"Jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Jangan terlalu mengaguminya dan jangan mengharap dia terlalu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa meninggalkanya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya."

Saturday, August 1, 2009

Weekend sama dengan Masjid Jamek

Posted by aisHa 'S' at 8/01/2009 05:58:00 PM 4 comments
Salam....

Ohayo, Hari ini 1 Ogos 2009 bersamaan dengan 10 Syaban 1430H.
Hari ini dalam sejarah hidupku.

Tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan ye. Hari ni hari sabtu, aku plan dengan kak ikin untuk pergi ke masjid jamek, kononnya nak belikan kain untuk mak angkat kami.Plan pukul 2.30petang. Semasa aku menapak ke stesen lrt bangsar, aku tengok jalan jam gila, dalam hati terdetik la, hari ni hari minggu ramai yang keluar kot, lepas tu terjumpa dengan kawan yang sama-sama duk hostel ni, dia tanya aku nak pergi mana, aku cakap nak pergi masjid jamek. Dia cakap tak boleh pergi, masjid jamek tutup, kat sana ada rusuhan. Aku terkejut antara percaya atau tidak. Lepas tu aku teruskan juga perjalanan jumpa kak ikin kat atas stesen ni, cakap kat dia masjid jamek tak boleh pergi, aku siap tanya akak dekat kaunter tu lagi. Kitorang pun ubah rancangan pergi kl sentral, peh ramai gila makhluk tuhan kati cini.

Masa dekat kl sentral aku tengok ramai betul abang-abang polis. Diorang tegah berjaga-jaga kot. Lepas makan kami plan pergi sogo je la.

Sampai je dekat stesen dang wangi menapak la nak pergi sogo, kami dengar bunyi helikoper,ada dua buah helikopter masa tu. Maybe tv3 kot. Aku mengagak ni mesti rusuhan dekat depan ni je.Ssampai je dekat Imperial Hotel, tetiba mata rase pedih, hidung pun sakit gak.Tengok orang yang berjalan dari arah depan tutup hidung. Kami berhenti jap, tengok orang yang lalu lalang,ada yang pakai topeng, ada yang tutup hidung dengan towel, ada yang siap pakai google, macam tahu-tahu je kan.Aku pun fikir, ni mesti orang yang sertai perhimpunan haram tu. Lepas tu aku nampak la pak cik tu pakai baju "Mansuhkan ISA." PErgh, aku kecut perut gak.Tak lama tu ada dua orang lelaki lalu, sorang tu tegur kami,dia tanye, tak pedih mata ke.? Kak ikin cakap la pedih juga. Lepas tu yang sorang lagi pula tanya macam mana nak pergi pudu. Kami cakap la masjid jamek tutup.So kena pergi pasar seni dulu la. LEpas diorang pergi kami cakap la, ni mesti orang jauh ni.Semua berkumpul kat sini.

After that, kami yang degil ini pun meneruskan perjalanan menuju ke Maju
Junction. Masa tu tengok makin ramai orang duk berkumppul sambil pakai topeng. Sampi je dekat simpang empat depan MJ, tengok polis dan orang ramai.Aku sempat cakap dekat kak ikin, jangan kita yang kena tangkap sudah la.TEtiba dengar orang menjerit, "LAri-lari.!!" Semua kalut duk lari.MAsa tu aku tengok gas pemedih mata dilepaskan.Serius aku rasa macam sedang berperang, dengan bunyi tembakannya. Macam mimpi la. Lepastu nampak asap berkepul. Sedang aku lari tu, orang kat depan terjatuh,kesian dia.Aku ni pulak buat sengal,tetiba aku jadi berani, aku berhenti dan ambik gambar dulu.Giler weh...Kak ikin dah kedepan dah tinggalkan aku.Tengok mak cik-mak cik duk lari.Semua tutup hidung.Mata aku dah berair da. Kami lari tak jauh pun, kebetulan bangunan tu pintu tak tutup,kami menumpang duk dalam bangunan ofis,tengok orang ramai. Kitorang gelak, giler la macam tak caya kami alami semua ni, berada dekat orang buat perhimpunan haram. Tak boleh nak bayangkan perasaan time tu. Seakan bukan realiti je. 1st time tengok keadaan macam ni.Tengah duk intai-intai tu, tengok la beberapa pelancong asing lalu lalang. Aku cakap, malu giler la kat diorang ni, tengok negara kita macam ni. Lama juga lepak dalam ofis tu, nasib ada abang yang baik hati bagi kitorang masuk ofis dia. Dalam 30minit lebih duk dalam tu, kitorang balik je la.Tak jadi pergi sogo.Kui-kui-kui. Terbayang mak n ayah dekat kampung.Kalau lah apa-apa jadi tadi. Malam ni plan call my mom.Nak cerita apa yang jadi.

Gambar kat bawah ni, situasi semasa orang ramai kalut berlari. Masa tu siap ada yang sempat ambil gambar lagi. Lepas beberapa lama gas pemedih dilepaskan, ada yang berkumpul balik dekat situ.Buat apa ntah.








Nota mata dan telinga : Pagi tadi aku bermimpi, dekat tempat tidur aku ada dua ekor ular. Seekor betina dan seekor jantan. Ular betina sednag pregnant. Mereka duduk bawah bantal aku je. Dekat hostel dan bilik serta atas katil yang aku duduk sekarang. Tetiba, ular betina melahirkan seekor anak kucing. Si ular jantan mengamuk, sebab anak yang lahir bukan anak dia. Lepas tu aku lupa apa yang jadi dalam mimpi tu, aku tak ingat aku kena patu ke tak. Tapi yang pasti, bila aku bangun tidur, aku rasa macam ular tu betul-betul ada bawah bantal aku. Bila aku tengok bawah bantal, syukur tak ada apa-apa.
Aku tertanya-tanya, apa maksunya ye mimpi macam tu.Dan yang pelik ;agi ajaibnya, sejak bila pula ular beranak. Ularkan sejenis bakteria.MEsti die bertelur kan.? Lagi satu, kenapa yang keluar tu anak kucing..? Ishk, musykil aku.Abaikan jer la...



 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez