Sunday, November 21, 2010

Saat aku mencintaimu...

Posted by aisHa 'S' at 11/21/2010 01:43:00 AM 2 comments
Setelah sebulan lebih menyepi, sejak kejadian hari itu. Aku kira ini la pertama kali aku dan dia langsung tak berhubung. Sampai bila aku pun tak tahu. Tapi aku lihat banyak hikmah disebalik semua kejadian ini. Aku pun makin bebas dan tenang walaupun kadang-kadang jiwa ni sunyi sangat. Tapi tidak lagi ada rasa sakit hati dan tertipu.
Sekarang pun dah tak ada lagi mesej dari celcom yang bukan-bukan tu dan juga jumpa perkara-perkara berkaitan seperti entry lepas lagi.Haha...Kena betul dengan masanya. Memang betul kata kawan-kawan dalam komen tu,semuanya kebetulan.
Semasa dia sedang menjauh, kawan-kawan dia yang dulu aku kenal, yang dulu pernah tolong hantar aku dari dungun ke kuala terengganu mula contact aku balik. Aku pun tak sangka. Saat dia mula pergi, kawan-kawan yang terapat sokong aku. Kawan-kawan dia yang dulu pernah teman dating bersama pun masih lagi contact dengan aku dekat facebook. Kenangan semua tu. Masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing. Aku pun sedang sibuk dengan urusan hidup aku. Dan aku harap aku dapat lakukan yang terbaik. :D
Dan untuk kamu, semoga berjaya. Walaupun banyak cerita tidak enak yang saya dengar tentang kamu, saya harap kamu dapat berubah satu hari nanti dan menjadi seperti kamu yang sebelum ini. Bukan kamu yang pentingkan diri seperti sekarang ni. All the BEST... Aku takkan pernah membenci kamu.

Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku.

Tuesday, November 9, 2010

How to get your Ex back.?

Posted by aisHa 'S' at 11/09/2010 12:14:00 AM 4 comments
Seperti biasa, masa aku tengah rajin-rajin buat kerja mesti ada je benda yang nak buat sentap. Aku ni dah la sensitif sikit bab-bab ni. Tapi aku tak paham la, kenapa sekarang asyik jumpa je benda-benda tak munasabah ni. Setelah sekian lama aku membuang masa dengan sia-sia untuk siapkan report, so malam ni aku nekad nak buat sampai siap. Sambil buat kerja sambil ber-fb la kan. So aku jumpa menda alah ni pula.

Ishk tak paham la aku. Celcom pun dah diam dah dari hantar mesej-mesej macam tu. Sekarang kat fb pula. Macam-macam la aku jumpa sehari dua ni.

So kepada sesiapa yang berminat dan tertarik dengan iklan di atas. Ni link website tu. The Magic of Makin Up. Aku pun tak tengok lagi video yang die letakkan tu. Baca blog tu pun gitu-gitu je. Hehe... Teruk betul penyampaian aku ni. Nanti ada masa aku tengok la.

Kadang-kadang blog aku sendiri pun suka buat aku sentap. Tadi masa buka blog keluar ayat ni dekat side bar.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.


Hah elok sangat la tu kan. Masa-masa macam ni juga la mutiara kata ni yang keluar. Aishk.. Y__Y
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez