Wednesday, February 23, 2011

Jom buat assigment

Posted by aisHa 'S' at 2/23/2011 03:47:00 PM 3 comments
Hari ni ada kelas ICIS (Introduction to Computer Information System), perasaan masa masuk kelas ni sebenarnya sedikit serba salah sebab ada kerja yang tak siap, tapi bila masuk je lab ada classmate cakap madam tak ada,tapi ada lecturer yang ganti. So far agak happy sikit coz tak kantoi sangat tak siap kerja. Hehe... Sekarang ni sebenarnya tengah buat assigmnet yang tak siap tu coz kena hantar hari ni juga. Dapat buat kerja ramai-ramai dalam lab best juga, tambah lecturer tak ada.Hehe...So akhirnya assigment sudah siap dan boleh di upload. Untuk assigment kali ni kerja kena buat dalam group,dan aku kena jadi group leader,haiyooo agak cuak juga kena jadi leader,sebab kena alerkan semua group member dan group member akan evaluate aku. Diorang akan bagi markah kepada leader.Ishk...agak gementar pulak bila kena lead member-member sendiri. Hope this subject and the mini project will done successfully. Peace ya...



Nota hati : Susah juga jd leader ni,sebab aku tengok meber aku evaluate bahagian leadership aku dapat sikit je. Agak terasa juga la, so lepas ni aku kena buat kerja dengan lebih berdedikasi supaya kerja jalan dan projek akan siap dan semua ahli member berpuas hati. Hurm..OK..Cheer up please.. :p
p/s : Hari ni kelas sampai pukul 8.30 malam. Kelas drawing..ahaks....

Monday, February 21, 2011

Mana lagi penting.?

Posted by aisHa 'S' at 2/21/2011 12:17:00 AM 0 comments

Sekarang ni sepatutnya aku tengah tekun buat assignment yang berlambak-lambak tu,tapi agak tension sikit sebab tak tahu nak sentuh mana satu dulu. Semua subjek yang aku ambil semester ni semua ada assigment dan kena siapkan dalam masa beberapa hari ni. Dah lumrahnya sebagai pelajarkan, inilah tanggungjawabnya. Lecturer aku cakap, orang yang berjaya bukanlah orang yang duduk bersenang-lenang. Tapi aku ni banyak bersenang-lenang je dari bersusah-payah. Bila kena berkorban waktu,tenaga sikit dah tension.!. Bila da banyak sangat assignment yang dapat serentak terus kelam kabut. InsyaAllah aku akan laksanakan semua tugasan ini dengan baik. Aku harap degree ni akan merubah hidup aku menjadi lebih baik. Amin..
nota : lepas ni aku ingat nk buat nota pasal drawing dalam blog ni. Tapi buat masa ni belum berkesempatan lagi.

Monday, February 14, 2011

Valentines Day...???

Posted by aisHa 'S' at 2/14/2011 01:39:00 PM 0 comments
Apa itu valentines day atau hari kekasih.? Perlu ke ada hari untuk menunjukkan kasih sayang.?


Semalam aku duk warning dah budak-budak rumah jangan sambut V-day. Syukur la semua sependapat dengan aku. Semua housemate cakap haram-haram. Suka aku dengar. Hoho ^_^. Ini bukan sebab aku jeles sebab tak ada pasangan nak celebrate, tapi aku rasa setakat ni tak pernah lagi celebrate v-day ni. InsyaAllah lepas ni TAK AKAN sambut v-day ni. hari ni search la dekat google pasal v-day, banyak information yang boleh dapat dan kenapa di fatwakan haram. Pagi-pagi tadi pun masuk class member aku cakap die gaduh dengan boyfriend dia sebab hal ni la. Bf dia orang UK so dia bagi pendapat kenapa diorang celebrate hari v-day ni, kawan aku pula duk pertahankan kenapa Islam TAK BOLEH celerate v-day ni. Haha...Susah juga ye couple dengan berlainan agama ni yer. Tetiba aku terfikir, macam mana orang yang kahwin dengan saudara baru ni yer.? Macam mana si isteri/suami tu nak guide couple mereka ni supaya faham kenapa kita tak boleh buat sesuatu benda tu.. Apa-apa pun say NO to Valentines Day.!!!!


Ni artikel yang aku jumpa masa search pasal v-day. Klik sini.





Jom pergi sambut Mulidur Rasul esok.!!! Heheee..






note: Hari rabu ni ada kelas drawing. So kitorang kena bawak gambar potrait. Nak belajar lukis potrait. gambar yang aku search untuk lukis of coz la my kekasih hati jeng-jeng-jeng..

My lovely boy - Kim Hyun Joong

My Sweet Heart - Gi Kwang

p/s: Lecturer aku cakap bawa la gambar bf/gf atau sesiapa saja yang awak suka. Baru bersemangat sikit nak lukis potrait. Hehee.... Kalau tak ada bf/gf bawak gambar mak ayah boleh tak encik.? :p


Saturday, February 5, 2011

Tersentap atau menyentap

Posted by aisHa 'S' at 2/05/2011 08:09:00 PM 2 comments
Aku seorang yang sangat sensitif. Dalam banyak perkara aku amat sensitif, dengan kawan-kawan juga aku sangat sensitif, dengan family lagi-lagi la sensitif. Aku rasa aku ni jenis yang tak suka berkongsi kot. Contohnya, kalau aku baik dengan seseorang tu, aku sangat tak suka bila orang lain yang aku kurang gemar sikapnya itu berbaik dengan kawan aku tu. Sama juga bila abang aku ada adik angkat, bila adik angkat dia datang ke rumah dan aku tengok abang aku sembang and care je dekat orang tu, dalam hati aku akan terusik dan terasa. Mungkin sebab aku takut kehilangan dan mungkin juga sebab aku tak rapat dengan abang aku. Jadi aku rasa macam hak aku telah di rampas. Selalu aku mengalami situasi ini, tetapi sekarang bila dan meningkat usia, aku boleh berfikir rasional sikit dan cuba menerima orang-orang tersebut dan memandang baik pada mereka. Kira aku ni jenis yang busuk hati juga la, sebab suka menilai orang melalui pandangan aku je. ^__^


Kadang-kadang aku rasa sikap aku jadi macam tu sebab aku terlalu memendam rasa. Bila ada sesuatu yang aku tak puas hati, sesuatu yang buat aku terasa aku akan pendam then lama-lama dia akan memakan diri. Sebab tu la kot orang kata kalau ada masalah kita kena share. Tapi aku ni jenis yang suka pendam,tak semua masalah aku share. Selalunya banyak benda yang aku peram,pendam dulu then dah lama-lama, bila masalah tu da makan diri, aku dah tak mampu nak control baru aku share. Aku bukan jenis yang mudah berkongsi masalah dengan semua orang. Tapi sekali aku dah share dekat orang tu masalah aku,means aku percayakan orang tu. Andai kata kepercayaan aku hilang pada orang tu,aku memang takkan berkongsi dengan beliau lagi. Aku kira ada antara teman-teman rapat yang terasa dengan aku sebab hal ni. Dan sekarang persahabatan kami juga semakin renggang. Hurm....


Heart : Kenapa ye,aku selalu merasakn aku sendiri padahal aku dikelilingi ramai orang.? Hilang dalam ramaikah.? Atau perasaan ni aku je reka cipta sebab saja-saja.?

sTarM㋡㋡N

Posted by aisHa 'S' at 2/05/2011 12:58:00 PM 2 comments

Blog ni dah bertukar kepada url dan nama baru... Sebelum ni aku terpaksa private jap blog ni atas sebab-sebab tertentu. Maybe lepas ni aku cuba tukar layout baru dan suasana baru. Sekarang ni aku dalam mood 'new beginning' walaupun tak sepenuhnya new. Aku sayang nak delete post-post yang lepas-lepas. So aku continue je dengan blog sekarang dan aku akan cuba untuk bercerita dengan suasana dan mood baru. Sempena tahun baru 2011 ni aku harap cerita baru akan muncul. Really hope for happy ending story. No more sad story. Peace ya..

Saat ini sangat rindukan teman-teman lama yang makin jauh. Semoga kalian sihat dan berjaya di tahun ini dan akan datang. Best of luck friend.
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez